salam to All.


Sunday, January 15, 2012

Bertam , Part II

Nota kecil:

“Kampung Bertam Baru is believed have been around long before the English occupied the state of Kelantan. At that time, the administration of Bertam Baru was under the dominion of Kuala Krai. Ever since the small dominion of Ulu Kelantan was formed on the 1st of July, 1976, which later became a full scale dominion on the 1st of September, 1977 that is centred in Gua Musang, Kampung Bertam Baru was placed under the dominion of Gua Musang. A long time ago, settlements were build by the riverbanks because rivers were the main mode of transportation. There is huge river that passes through this village and it is called the Nenggiri River which is upstream from the Kelantan River.”
~From laman komuniti.
Nota perjalanan:-

Stesen keretapi Tumpat • Stesen keretapi Wakaf Bharu • Stesen keretapi Pasir MasStesen keretapi Tanah MerahStesen keretapi Kuala KraiStesen keretapi DabongStesen keretapi Gua MusangStesen keretapi MerapohStesen keretapi Kuala LipisStesen keretapi JerantutStesen keretapi Kuala KrauStesen keretapi MentakabStesen keretapi TriangStesen keretapi BahauStesen keretapi Gemas'

Ini adalah laluan stesyen keretapi "Stesen laluan Pantai Timur"yang telah di kemaskini. Bertam baru, atau Ulu Bertam yang aku ceritakan sebelumnya terletak di antara Stesyen Dabong dan Stesyen Gua Musang. Satu Perhentian kecil yang masih berfungsi pada waktu itu. Aku kurang pasti jika stesyen itu masih ada hari ini. 



Perjalanan siang hari itu di penuhi dengan pemandangan hutan hujan khatulistiwa yang sungguh memukau. Sawah menghijau yang segar di mata, bukit bukit  membiru di kejauhan, dan paling ku ingat pemandangan kampung2 terpencil di hiasi dengan deretan pokok-pokok kelapa seperti yang sering digambarkan dalam lukisan pelukis tanah air.Pengalaman memasuki terowong atau lebih di kenali sebagai 'Bukit korek' di kelantan sungguh yunik. Kami tiba-tiba saja di selubungi kegelapan yang amat sangat. Tiada lampu2 di pasang di sepanjang terowong. Tiada turbin pengalir udara juga. Phewww..pada terowong pertama aku agak berdebar dan suspen..kemudian terowong2 seterusnya menjadi gurauan pula pada kami. Ada yang sengaja mencubit kaki atau meletak kan tangan ke bahu seolah2 di kacau penumpang lain...hah, kakak dan sahabatnya juga agak lucu rupanya. Mereka terbahak bahak bila aku pura-pura menjerit kecil awww aww..jangan raba saya ha ha ha...


Kami melalui satu perkampungan yang di namakan Temangan dan Bukit besi. Temangan? Aku seolah terkedu, itu adalah kampung tempat aku di lahirkan!! Dan aku tidak pernah menjejak kan kaki ke sana..hu hu hu..Bukit besi pula adalah satru bandar lama yang dahulunya di huni oleh orang-orang jepun bagi melombong bijih besi. Arwah bapa pernah bekerja dengan mereka..aku ingat cerita ibu..hmmmm...Apa yang dapat aku lihat dari keretapi cuma pokok pokok rendang, rumput memanjang dan rumah-rumah usang yang terbiar. Mungkin suatu waktu dulu situasinya berbeza. Aku berangan untuk meneroka tempat itu pula suatu hari nanti, mengorek sejarah silam yang  mungkin menyimpan seribu rahsia...
Keretapi kami berhenti di semua stesyen, kecil, besar, sederhana, dan penumpang silih berganti naik dan turun. Selepas begitu banyak terowong dan jambatan kecil kami lalui, akhirnya kami sampai ke destinasi kami. Bertam baru, terbentang tulisan di stesyen tersebut. "Here we are!" kata kakak".
Sempat posing dulu satu! ;p


jalan jalan di kampung. Gambar courtesy dr laman komunity.
Ini Link bagi mereka yang ingin melihat sendiri deretan stesyen2 kecil di sepanjang perjalanan keretapi di Pantai Timur.  http://zkeretapi.blogspot.com/2010/05/stesen-dan-perhentian-part-11.html  (part 1 pun ada)

Wahhhh. Akhirnya kami sampai jua. Sebuah stesyen yang agak usang menyambut kami. Aku membayangkan satu perkampungan kecil seolah olah perkampungan orang asli, hah, ini lah penangan banyak sangat menonton TV!!
Bertam Baru adalah sebuah kampung yang cantik, bersih, dan mendamaikan. Benda pertama yang menyambut kami adalah jalan jalan penghubung dari stesyen keretapi dan ke semua arah, sekolah, klinik desa, rumah rehat/tumpangan, pasar dan ke sungai juga, semuanya berturap simen dengan cantik! Meleset sekali image yang terpampang dalam perasangka ku! 


Ada sekeluarga biri-biri menyambut kami di stesyen, dan aku yang selalu 'keluar dari tujuan utama' segera ingin mendapatkan anak biri biri yang sungguh cumel itu.Aku letak beg di jalan dan yeahhhhh..meh meh sini sicumel! Bila dihampiri dua ekor anak biri biri itu lari sembunyi ke bawah wakaf kecil. Hmmm..mau lari ya? aku cuba juga merangkak ke bawah wakaf/pondok itu bagi mendapatkan nya. Tiba tiba aku dengar gelak-gelak kecil dibelakang..bila menoleh wahhhh..terkejut aku, lebih kurang 5 - 6 orang kanak2 dalam lingkungan 7-8 tahun dengan mata bersinar sinar menggelak kan aku. Grrrrrrr....aku tunjuk muka garang, bertempiaran mereka lari sambil tertawa.Haaa...tau takut. he he he. Jum jum..kakak mengarah kami bergerak. baru beberapa langkah kami di hidang pula dengan petikan gitar sekumpulan remaja yang sedang bersantai di pondok pinggir jalan.
 'Oh fatimah..gadis ayu" grenggg! grenggg! (bunyi petik gitar kapak) 
mereka menyanyi..hah, lagu untuk kakak ku tu ..ada peminat rupanya. 
"baru balik cikgu?" mereka bertanya sambil mengusik.  Peramah penduduk disini. 
"iyaaaa" jawab kaka dan kawannya sengaja memanjangkan sebutan.
"tu siapa?" tanya mereka lagi
"hmmm..adik adik cikgu, jangan nak kacau"...jawab kakak.
"alaaa..sikit boleh laaa.." jawab mereka tertawa. Kakak gelak saja.



Di pendek kan kisah, kami tinggal di sana lebih kurang 2 minggu. Rumah guru yang didirikan dari kayu tempatan agak selesa. Bekalan air agak terhad, kalau tak silap ada jangka waktu tetentu dalam sehari bekalan di salurkan. Jadi setiap rumah akan mempunyai tong-tong drum yang besar yang di ubahsuai untuk menyimpan air. Mandi waktu subuh adalah satu masalah bagi mereka yang tak tahan sejuk...fuhhhh..sejuk macam ais! Tapi bagi mereka yang pernah tinggal di pendalaman negeri Sabah, mungkin ini satu perkara biasa saja.


Bekalan letrik juga di salurkan dari penjana utama secara berperingkat. Rasanya letrik cuma berfungsi dari pukul 7 pagi hingga 9 malam. TV? aku tidak ingat jika ada TV. Malam kami di penuhi dengan undangan makan malam oleh orang2 kampung. Sungguh peramah dan pemurah! Sungguh. Dua minggu tidak dapat kami penuhi dan berkenalan dengan semuanya, tapi rata rata mereka begitu menghormati guru-guru yang sanggup tinggal di sana bagi mendidik anak-anak mereka. Perhatian mereka begitu memberi kesan pada aku dan Siti yang cuma datang sebagai tetamu ...


Oh sungai. Ada sehari bekalan air terputus terus. Kami mengambil option seperti penduduk lain untuk mandi di sungai saja. Wahhhhh...ada anak2 tangga berturap dari jalan sampai ke gigi air! Aku kagum sekali. Kami sebenarnya segan untuk mandi secara 'live' di situ kerana terus saja kami di ekori oleh anak anak kecil yang mungkin mengganggap kami ini alien! Aduh...lalu aku dan Siti duduk di pelantar kayu dengan sopan mandi menggunakan gayung ! hah hah...budak2 mentertawakan kami. Ada mengajak kami terjun ke sungai sambil menggayakan somersault aka terjun tiruk dengan penuh yakin. Ada juga mengajak kami naik perahu...wow wow..mereka mempamirkan gaya hidup kampung yang yunik sekali. Ada seorang budak lelaki mungkin baru 9 tahun mendayung perahu sambil menunjuk kan kami seekor udang galah gergasi, hasil tangkapan hari itu agaknya.


Dari sungai itu juga ada 'perahu tambang' yang boleh membawa kita ke kampung Limau Kasturi. Aku ada terlihat stesyen Limau Kasturi juga tertera dalam perjalan ke Gua Musang, mungkin pengangkutan sungai dan keretapi adalah pengangkutan utama di situ.
Dan di kampung ini jua sepupuku Siti bertemu dengan buah hatinya untuk pertama kali, mungkin dia patut menulis blognya sendiri tentang waktu-waktu manis mereka...cewaahhh. Tidak sia-siakan perjalanan kami jauh ke sini. Siti dan sidia selamat di ijab Qabul sewaktu aku melanjutkan pelajaran nun jauh di negara orang. Mereka bahagia sampai ke hari ini. he heh.
Satu perkara yang paling aku ingat bila bersembang dengan kanak-kanak di situ, majoriti dari mereka tidak pernah menjejak kan kaki ke Kota Bharu. Sebahagian besar tidak pernah melihat kereta atau bas dan lori! Mereka cuma kenal pelbagai kenderaan dari gambar-gambar dalam buku. Mereka keluar ke bandar paling dekat adalah pekan Gua Musang, dengan menaiki keretapi.Di kampung mereka kebanyakan penduduk menggunakan motosikal atau jalan kaki sahaja. Sunyi dan nyaman sekali kampung Bertam baru dalam ingatanku. 
Tepi sungai
'Perahu tambang '
Sayang sekali waktu itu belum ada kamera digital canggih seperti sekarang, kalau tidak tentu banyak kenangan dapat di rakamkan. Ini cuma sebahagian yang ada terselamat dari dimakan anai-anai...huhuhu...
Jika anda adalah anak kecil yang aku kendong di pinggi sungai itu (part 1), sila berhubung di sini. Aku ingin sekali mendenagr cerita terbaru dari sana. Anak itu sudah menjadi remaja sekarang ini. Namapun ku tidak ingat, dia cuma seorang 'adik' kepada salah seorang murid kakakku. Setiap hari murid itu mengendongnya ke hulu kehilir sebaik tamat waktu sekolah. Anak kecil itu menjadi mesra dengan ku dan bila terluang, aku mengendung nya , memberi ruang pada kakaknya menikmati zaman kecilnya seperti anak2 lain. Semuga mereka semua menjadi insan dewasa yang sempurna.


suatu hari, aku ingin melawati kampung ini semula. wassalam. ;)











Wednesday, January 11, 2012

Ulu Bertam dan Limau Kasturi...

Dalam Kenangan.


Cuti akhir tahun, sempena sambutan Christmas dan Tahun baru, kami berpeluang balik kampung. Sudah  agak lama tidak menjenguk emak. Rasa bersalah menusuk-nusuk ke hati. Kebetulan anak pertama ku mengikuti kakak balik ke Kelantan, jadi mahu tidak, kami mesti pulang mengambil nya sebelum sesi persekolan bermula.
Musim Tengkujuh sedang melanda Pantai Timur, seluruh alam begitu suram, lembab dan hujan berpanjangan. Tidak banyak aktiviti rekreasi luar dapat di buat di musim-musim begini. Kami banyak menghabiskan masa bersembang dan memasak, yeahhh, makan dan makan lagi. 



Orang dulu-dulu suka makan Ubi Kayu rebus bersama kopi 'O' bila tiba musim hujan. Sambil duduk di pangkin terbuka mengadap laman, sambil memerhati rintik rintik Hujan, sambil membuat perkiraan sendiri tentang banjir yang mungkin melanda...Pelbagai kesah2 menarik selalu di perdengarkan bila musim tengkujuh tiba,.maklum tidak dapat berlari riang di padang, anak2 di hiburkan denga cerita-cerita dongeng secara turun temurun. Paling seronok jika ade kawan untuk bermain congkak atau batu serembang. (main slambuk-org kelantan kata)


Aku sejenak mengelamun di jendela sambil terkenang waktu2 kecil dulu. Kemudian aku intai anak-anak  ku, ahhh..mereka dan sepupunya leka di depan komputer, bermain game maya dalam talian dengan kawan maya dr penjuru dunia yang lain..Begitu berbeza sekali zaman kanak kanak kami. ;)
Musim banjir suatu waktu dulu
di depan rumah.


Merasa agak bosan, aku menggeledah almari lama. Penuh habuk dan cebisan cebisan kertas seolah di landa serombongan tikus. hmmmm..agak lama tidak di buka almari ni agaknya. Disitu tersusun album album lama kami...agak lembab dan berbau hapak. Satu demi satu aku belek, pelbagai kenangan menerpa ke ruang fikiran, membuat aku tersenyum senyum sendiri. Tiba-tiba sekeping gambar aku mendokong seorang bayi terjatuh ke lantai. Aku renung gambar itu cuba mengingati dimana dan bila dia di ambil..Aku berdiri di pelantar  kayu yang agak usang di tebing sungai dengan perahu-perahu kecil di belakang...


Ulu Bertam! 
Ya. aku masih ingat tempat itu. Sungai itu adalah transit untuk orang-orang yang ingin ke Kg Limau Kasturi. Menurut penduduk, dalam 2 jam perjalanan melalui sungai baru sampai ke sekolah di kampung itu. Aku teringat sebuah drama TV yang berjodol 'Cikgu Limau Kasturi'...yes, drama itu memaparkan kehidupan sebenar kehidupan jauh nun di pendalaman. Apa yang aku buat di tempat 'jin bertendang' sana? Anak siapa di dalam gambar yang aku dukung itu..??  ;D   Kisah nya bermula begini....jeng jeng jeng...


(Music....he he, cuba bayangkan, aku sedang bersandar di wakaf merenung titik titik hujan petang sambil mengimbau kenangan lama...)


Gambar gambar dalam album itu terus membawa aku jauh ke zaman remaja. Aku ingat kakak mendapat tawaran/posting menjadi guru di sekolah Bertam baru, kami semua terpinga-pinga, di mana kah kampung itu? Masa tu tak ada google untuk  kami cari peta atau lokasi..he he. waktu itu aku masih berada di asrama, jadi persediaan kakak dan mak untuk memulakan satu langkah ke alam pekerjaan tidak dapat aku selami. Dengar cerita masa tu tak ada jalan raya untuk sampai ke kampung tersebut. Kenderaan yang boleh sampai ke situ hanyalah dengan keretapi atau motorsikal..itupun mungkin model scrambler sahaja.Bunyi begitu tersorok dan jauh kawasan itu...risau juga rasanya bila kakak menerima tawaran tersebut. Setahun kemudian bila berpeluang bertanya, kakak gembira di sana. Alhamdulillah. 2 minggu sekali kakak balik menjenguk emak. 


Cuti semesta.
Bosan kan tinggal di rumah saja. Tiba-tiba aku teruja mengajukan pada emak untuk cuba naik keretapi. Aku sebenarnya tidak pernah naik keretapi..Ohhhh..malunya nak cerita kat orang hahaha...mak kata, pergilah ke Tumpat dengan abang, naik keretapi sampai wakaf Baru, nanti abang ambil lah kat stesyen tu balik semula...eeiii...pergi Tumpat semata-mata nak naik keretapi..macam tak best lah pulak. Hujung minggu itu aku berpeluang jumpa kakak! Wahhh...aku sungguh seronok, kakak kata perjalanan 
untuk ke tempat dia mengajar kena naik keretapi dari Wakaf Baru , melalui 7 'bukit korek' , beberapa stesyen tempatan baru sampai. Phewww...bersinar sinar mata ku , 7 bukit korek? ini peluang keemasan, aku mesti ikut kakak balik nanti.Mesti!


Keinginan aku di suarakan pada sepupuku Siti, (bukan nama sebenar). Siti juga amat teruja kerana dia seperti aku, belum pernah naik keretapi!! Justeru dia serta merta ingin ikut bersama...seronok!! Aku cuba bayangkan bagaimana rasanya naik keretapi, melalui hutan2 yang hijau segar, bukit bukit batu kapur, melintasi sungai..agaknya masa itu aku tertidur dalam senyuman...;D


Ada ke orang seronok jumpa jalan keretapi?
Ishhh...darak ngat aku dulu!


gambar yang membawa kenangan...
Tiba hari yang di tunggu, aku, siti dan kakak bertolak ke Stesyen wakaf baru. Aku terlupa samada ibu turut ikut atau tidak..huhuhu memori ini sudah agak usang seperti gambar dalam tanganku juga…Disna aku dapat melihat pelbagai ragam orang yang sedang menunggu keretapi. Ada yang membawa gulungan tikar mengkuang, ada yang membawa raga berisi ubi, ada keluarga yang berpakaian usang dan comot, ada juga jejaka-jejaka stylo dengan kaca mata hitam.
"Assalamualaikum"
Aku menoleh, seorang yang tinggi berwajah manis menyapa. Siapa kah ini.
"Waalaikummusslam", jawab ku sambil menyambut huluran salam.
"Kakak mana?" Tanya gadis itu…oh kawan kakak agaknya, fikirku.
"Kakak ke kedai sana," menjawab sambil menunjuk lokasi deretan rumah kedai lama bersebelahan stesyen itu.
"beli air ", tambah ku lagi. Dia mengangguk ngangguk. Sambil tu aku perkenalkan Siti padanya juga.
"wah!! Meriah lah tempat kami nanti" usik gadis itu lagi. Kami tersenyum.
Sebentar kakak kembali bersama bungkusan Nescafe tarik kegemaran ku, tea untuk Siti dan air untuk kakak dan sahabatnya juga.
"dah berkenalan?" Tanya kakak. "sudah", jawab kami serentak, dan ketawa. Mesra.
Cuaca agak panas. Terasa melekat2 dah baju kat badan ku. Ku cuba meninjau sekeliling, mereka yang lain kelihatan sangat Cool...ishhh..aku sorang jer ke rasa macam rimas nim. Getus hati kecil sendiri. Dari jauh terdengat tuuuttttt!! tuuttttttt! kccceh keciihhh kecihhhh!. yeahhhh!! Keretapi yang kami tunggu sudah menghampiri. Gembira sakan perasaan ku, aku cubit Siti, dia tersengih-sengih juga, teruja barangkali., he heh.


Dengan penuh keterujaan aku naik keretapi..wahhhhh ramai sungguh penumpang. Sampai ramai yang berdiri, hingga ke tangga pun ada. Dari warga emas sehingga anak kecil, semua bersesak-sesak. Kanak-kanak sekolah berunifom juga ada. Sikap aku yang suka memerhati keadaan sekeliling mungkin mengundang perasaan kurang senang pada sesetengah orang, ada satu pakcik mengangkat kening pada ku, seolah bertanya " ada masalah?".aku tersenyum dan cuba seboleh mungkin untuk berlagak selamba…. ..hu hu.

Ini pertama kali aku naik kertetapi, mesti lah aku ingin melihat semuanya. Keretapi itu sudah agak usang pada pendapat ku..tempat duduk nya agak lusuh dengan besi-besi untuk berpegang sudah terkopek dan berkarat sana sini. Tiba tiba terasa macam aku di India pulak...naik keretapi sambil gelek-gelek ikut irama Hindi...huwaaaa...mata ku cuba mencuri pandang sana sini kut kut ada Shah Rukh Khan look alike ker ha hah.



Agak lama keretapi ni berhenti di sini. Ada remaja naik membawa bungkusan2 air minuman dalam plastik yang di ikat getah siap siap dan melaungkan 'air! air! dengan suara nyaring. Ada juga makcik menjungjung tikar mengkuang naik sambil berteriak tikar! tikar! muroh! muroh!, di ikuti dengan lelaki separuh umur yang menjual kacang rebus dan jagung rebus yang digaul kelapa parut...semuanya berulang ulang menyebut bahan jualan mereka dalam dialek kelantan yang agak pekat. Mereka segera turun bila wisel nyaring berbunyi, menandakan perjalanan akan bermula.Fuhhh..akhirnya, aku dan siti berpandangan sambil tersenyum, perlahan-lahan keretapi bergerak meninggalkan stesyen Wakaf baru......menuju ke satu destinasi yang samar-samar dalam pemikiranku......




_bersambung. Part II. _