salam to All.


Sunday, September 29, 2013

Mencari sesuatu yang hilang


Wahai hati,
mengapakah begitu pedih
gurisan luka yang terbekas
masih berdarah, merah dan basah
bukankah sudah di balut kemas kemas
disapu ubat penahan sakit
dipujuk agar bertahan
kerana waktu akan sentiasa bisa menyembuhkan
kata mereka.
Wahai rasa,
Mengapa masih ada derita
sensara jiwa yang berat tidak tergalas
oleh kedua bahu ini
kerana ciptaan seorang perempuan itu bukankah lemah
untuk di lindungi
untuk di sayangi
bukan untuk menanggung bebanan kehidupan yang payah
Dari sebuah perjalanan yang goyah.
Wahai rindu,
Mengapa masih lagi keliru,
sedang mimpi itu sudah lama ranap
dalam bait bait janji palsu sekian lama
yang terhimpun menjadi sebuah dendam
dalam sisa hidup yang tinggal cuma sejengkal,
sementara Izrail semakin hampir
mampukah berdiam dan memaafkan,
sebelum semuanya terhenti,
dan segalanya tidak beerti lagi.
Hati, rasa, rindu,
berdamailah dengan waktu.
kerana yang akan tinggal di sini cuma jasad yang kaku.



Friday, September 27, 2013

Kau nyawa ku


di setiap denyut nadi
ada nama mu
di setiap hembus nafas,
ada suara mu
di setiap kerdip mata
ada wajah mu,
Bagaimana lagi harus ku coba
meyakinkan bahawa kita adalah satu
Dalam Dua jasad yang terpisah.
Jika langkah ini payah
tangan mu memimpin mesra
jika hidup ini lelah
semangat mu membakar semula
jika malam ini suram
rindu mu menerangi kelam
jika resah ini bergulung
senyum mu membelai manja
Bagaimana harus bisa ku lepaskan
sebuah tulus yang kau hulur
Yang sudah sebati dalam diri ini.

Jika ini Takdir
Merampas mu dari hatiku,
akan terhenti lah detik jantung ku
dan beakhirlah hidupku.

Wednesday, September 25, 2013

Stranger besides me.



1) Cafe Latte n Cream Cheese Bagel.

Perjalan satu jam tadi agak membosankan. Sendirian menaiki kenderaan awam membuka satu pengalaman yang tidak akan pernah sama. 'Anyone sitting here?' Satu suara menyapa. Aku mengangkat muka, pandanganku di sambut mesra pada satu wajah yang tersenyum. Manis! Spontan perkataan itu datang. 'Nope' sambut ku membalas senyum. Dia duduk, semerbak wangian lelaki singgah pada deria bauku, segar sekali. Aku jeling sekilas padanya , tingginya, kepalaku hanya sampai ke paras bahu. Tempat duduk seakan sempit bila dia melabuhkan punggungnya. Aku yang bukan lagi berukuran xs tidak dapat mengelak dari bersentuh dengan lengan di sebelah.. arghhh.. agak awkward pula rasanya. Jalan yang bengkang bengkok tidak menolong langsung.. 'nak sapa ke tidak ni'.. fikirku dalam hati. Satu jam agak lama untuk terus berdiam diri..dalam mencari idea untuk berbual mengisi masa aku leka dengan pemandangan menghijau di luar tingkap. Terasa lenganku agak berat bila dia bersandar, aku menoleh, oh, sudah tertidur rupanya... aku cuma senyum memandangnya, jeans yang agak lusuh membalut sepasang kaki yang panjang, dengan kasut converse hitam agak biasa. Cuma kemeja biru mudanya berpotongan moden, agak sederhana ala k-pop kegemaran anak muda sekarang, dibiar polos menjadikanya santai tapi bergaya... aku dan dia ibarat cafe latte dan creame cheese bagel... . Sejam yang bisu itu berakhir tenang saja. Sampai ke destinasi, dia senyum, dan kami membawa haluan masing-masing. Mungkin dia terkejar-kejar penerbangan nya. Aku? aku cukup masa untuk menikmati hidangan ini dulu.. tenggelam dalam anganku sendiri.



2) Pertemuan kedua

Seminggu berlalu agak pantas. Selepas habis urusan menyediakan anak untuk kembali ke sekolah semula, rutin harian berjalan normal kembali. Tiada apa-apa kejadian yang anih atau menarik berlaku, dengan kata lain agak membosankan.... Petang itu aku setuju membiarkan anak manjaku menghabiskan masa di CC, selepas meronda-ronda menjamu mata di kompleks beli belah aku bersantai saja di cafe sambil melayan minum petang. Angin sepoi sepoi yang sesekali singgah terasa segar dan damai, sendirian bukan lagi satu kekurangan atau sesuatu yang pelik. Agak leka aku menatap skrin telefon dan membaca status kawan-kawan di FB.
'Boleh saya duduk?' Agak terkejut aku bila satu suara menyapa. Spontan aku menoleh ke arahnya, kaget seketika. Mungkin lama aku memandang tanpa suara. Dia mengangkat kening penuh tanda tanya dan tersenyum, ada sedikit kenakalan di sudut senyuman nya. Terasa panas pipiku, aku 'blushing' kah? 'oh ya, sure' balasku ragu-ragu, sambil menoleh sekeliling. banyak meja yang kosong tanpa pelanggan. Bersahaja dia duduk, berhadapan mengadap aku yang masih kelu. Dia ambil kertas dan pensil disudut meja dan menulis ordernya, ' u nak apa-apa lagi tak?' Tanya dia sambil memandang gelasku yang hampir kosong serta sisa sepiring pulut mangga. Aku geleng, dalam hati penuh dengan seribu persoalan. Aku cuma mampu memandang padanya, suaraku seperti tersekat di kerongkong. 'Masih ingat sayakan' Dia seperti dapat membaca fikiranku. 'Lcct' sepatah perkataan yang keluar. Ishhh, bahana apa yang menimpa aku ni, sampai bercakappun seperti budak baru belajar mengeja..mataku sempat menangkap pada sepasang kasut kulit cokelat gelap yang terjulur sedikit dari sudut meja...kasut baru, fikirku .Senyap.

Aku menarik nafas dalam dalam dan menghembus perlahan. Wangian lelaki yang bertaut dalam angin petang mengisi rongga dada terasa nyaman sekali. Perfume yang sama, detik hatiku, tersenyum mengingatkan pada hari itu. 'awak.. ' serentak kami ingin berkata.. dan terhenti, kami saling berpandangan dan ketawa. Spontan dan santai pula. 'ok, awak dulu' katanya mengambil gelas minuman sejuk dari waiter. Nasi lemak ayam juga terhidang . Aku terlupa sudah apa yang ingin diperkatakan. Dia meneguk sedikit Tea ais limaunya. 'betul awak tak mau makan' ajunya sambil mencapai sudu dan garfu. Aku angguk, melihat jemarinya yang runcing memulakan tugas. Dia makan perlahan, duduk dengan selesa seperti kami sudah saling mengenal. 'Akak ..' aku memulakan bicara. Serentak itu juga dia tersedak.. berdehem dan mencapai gelas meminum sedikit airnya. 'Akak?' dia melontar kata dan ketawa. Sepasang matanya tajam memandangku, riak nakal dalam renungan itu terasa menusuk terus ke dada.
Dia senyum senyum sendiri menyambung makan semula. 'Jie' Katanya perlahan, tanpa memandang aku kali ni. Berderau deria rasaku . 'Awak.. awak kenal akak.. saya?' Dengan selamba Dia menarik telefonku dari tangan, mengangkat tegak separas mataku.. 'itu, itu, Fb awak kan.. sejak dari haritu saya nampak, saya ingin menyapa, tapi awak kelihatan asyik dengan skrin ni dan tersenyum senyum sambil menaip.. jadi saya cuba tidur saja.' .


'Oh!' cuma itu yang mampu aku ucapkan. 'Oh!' ulang nya seperti mentertawakan aku. Aduh! malu sungguh rasanya. . . .

Aku cuma memerhati dia makan. Tertib dan berselera. Usai dijamah sambal nasi lemak dia mengambil kertas menu dan menulis sesuatu, tekan butang di hujung meja dan segera muncul waiter di meja kami. Dia hulur kertas dan kembali menatap aku, dengan senyum lebar. Sebaris gigi yang putih dengan sebatang taring yang agak tinggi terkeluar dari susunan, jadi pemanis pula pada mataku.
'so....' mata itu berbicara lebih dari apa yang di luahkan.
'What?..' apa yang cuba dipancing dari perbualan ni eh.. aku agak cemerkap berdepan dengan situasi begini. Serba tak kena rasanya.
'Hari tu flight pegi mana?.. awak nampak tergesa-gesa. ' Aku cuba mengisi kesunyian yang mula buat aku jadi tak keruan. Tiba pula waiter dengan dua cawan kopi. Aku pandang wajahnya penuh tanda tanya.
'Awak suka kopikan, saya tau'
'huh?'
'Tiga malam saya baca fb awak'
'Tapi fb saya private, awak stalk saya? Ishhhh...'
'Bukan stalk, cuba mengenali, most pictures yang tiada orang awak set public' ..
'Jadi awak rasa dah kenal saya? awak mungkin silap, di fb kita boleh berlakun jer..'
'try me. saya baca perbualan awak dan rakan-rakan, saya suka apa yang saya baca...'
'Dan?' tanya aku mencungkil lagi.
'Dan?'
'Ya.. ayat dan nada awak tadi tergantung'
'Dan saya suka orang yang duduk sebelah saya dalam bas .. dannnn...'
Dia sengaja memanjangkan hujung ayatnya. Aku meneguk kopi, agak pahit, tapi cukup untuk memberi aku ruang bernafas.
Dia masih memandang aku dengan satu senyum yang nakal. Apakah ?? Detik hatiku, sedikit berbunga, menahan senyum yang mula menguntum.
'Tak mau tanya lagi?'
'okayy okayyy.. dan apa?' aku ikut rentak dia.
'Dan saya baca awak tulis pasal cheese bagel dan cafe latte tu, pasal saya kan!' Dia memandang tepat padaku, ada senyuman di ekor matanya.
Aduhhh, malu, memang malu, aku tulis sebab aku pasti pertemuan dengannya hanya kebetulan, one off kata orang. Dia pura-pura tidur agaknya hari tu.
'Ya , mungkin pasal awak' . Aku telan saja rasa yang mula bergelodak di dada.
Dia ketawa kecil. Aku baru perasan sesuatu. Dia tidak memegang telefon bimbit, seperti waktu dalam bas juga. Mungkin dia antara orang yang suka aksi fizikal dari mengadap skrin dan berbual dengan sahabat maya. Dan dia masih tidak menjawab soalan pertamaku....

Aku baru saja merasa selesa untuk berbual, tiba-tiba dia tersengih dan melambai kearah pintu. Aku menoleh kearah lambaian itu dan di sambut wajah ceria seorang anak muda bertopi yang di pakai terbalik. Dengan senyum lebar langkahnya laju merapati meja.

'Soryyyy.. terlambat sikit' tuturnya sambil memandang dia dan aku silih berganti. Aku tersenyum lebar mengangguk, tanpa tahu apa-apa. Blurrrr sungguh aku masa tu!
'Eh, kenalkan, Jie.. Dani, Dani Jie' Aku sambut salam Dani, 'hai' tersengih macam kerang busuk pula rasanya.
'Nak minum dulu tak? dia ajukan soalan pada Dani. Dani menarik kerusi, duduk di sebelah kanan aku, sambil melepaskan beg sandang belakangnya ke kerusi kosong di sebelah dia.
'You all dah siap eh? i dah minum tadi , patut tak sibuk call i lambat, ada teman rupanya' Dani mengusik.
'Betul tak nak minum, nak gerak sekarang?' tanya dia sekali lagi. Aku cuma pandang mereka, seperti dua rakan yang akrab. Kemesraan mereka mengingatkan aku pada zaman kolej.
' Kejap' Dia bangun dan menuju ke kaunter bayaran. Aku dan Dani cuma senyum. Kemudian aku tengok dia menyeluk poket jeansnya, kiri, kanan , menepuk saku kemeja dan menoleh pada Dani.
'Dani' sepatah dia panggil dengan nada agak pelik. Dani ketawa, bangun sambil sempat berbisik perlahan padaku . 'dia lupa bawa wallet lagilah tu!' Aku cuba menahan dari ketawa , tapi gagal. Dia membulatkan matanya ke arahku, lucu sekali masatu. Kemudian mereka kembali kemeja.
'Okkkkk, we have to go, dia dan Dani berdiri, di sebelah sambil perkemaskan diri. 'Call me' Dia bersuara, masih belum berganjak, pandanganya sedikit anih ku rasa. Dani menarik bahu dia , berjalan ke pintu, menoleh sambil mengenyitkan mata di iring senyum dengan riak wajah yang nakal. Aku pandang mereka sehingga menghilang di balik dinding. 1, 2, 3 . aku mengira dalam hati. Tepat jangkaanku, dia undur dan menoleh tanpa kata-kata beberapa saat, kemudian pergi. Cafe tiba-tiba terasa begitu sepi.
Call? mana aku nak call? nombor tak bagi, Dan yang penting, Nama dia pun aku tak tahu!!
Kadang-kadang ada yang singgah dalam hidup kita, sebentar saja, namun cukup untuk mengukir sedikit kenangan manis dalam lipatan ingatan .....dan dia salah satu darinya.


~sekian. ~

p/s.. dia tahu fb saya kannn...









Sunday, September 1, 2013

Bila September Tiba.

Tiba di setiap suku terakhir
Seperti dijanjikan
masih setia
menjelma dalam diam
pergi juga tidak berteman.
Tiap datangnya bersambut kenangan
mengajak ku menoleh seketika
pada kelmarin yang panjang
melewati awal musim gugur
mengatur langkah sunyi di perantauan
penuh dugaan
memburu mimpi yang samar
di bumi asing
sendirian dan terasing.

September tiba
walau tiada dedaun perang keemasan
tanpa angin dingin menghembus kencang
tiada juga suara ombak di muara gersang
tanpa lirik senyum si mata biru kundang
Tapi semuanya masih segar dalam ingatan
Kenangan yang jauh tersimpan
Hangatnya terpendam di bumi Scotland.