Sejak dua menjak nim asyik
teringat kat kolej lama...Maktab Rendah Sain Mara Kuala Terengganu. Permulaan
seorang kanak-kanak belajar memulakan hidup berdikari di asrama penuh, baru
masuk 13 tahun, cuci kasut pun belum putih, tetiba kena buat semua sendiri..aduhaiiii
bila di kenang kembali gelora rasa sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ke kampus,
tanpa mengenali seorangpun kawan dari sekolah yang sama. Semua serba baru,
tempat baru, belajar mengenal kawan baru, malah rakan sebilik baru yang tidak
pernah di kenali, tapi terus menjadi rakan berkongsi bilik...seorang
kanak-kanak sebenarnya amat mudah menyesuaikan diri...kenapa sekarang saya
masih ragu-ragu membiarkan anak melakukan urusannya sendiri...
Naluri seorang ibu yang sentiasa ingin melindungi anak2? Mungkin. hmmmm
Rasa macam banyak nak cerita di sini, tapi kenangan sudah banyak bercelaru, maklum di usia matang ni (masih tak mau mengaku tua la kan kan kan) kenangan yang tertentu saja masih melekat, banyak yang sudah kabur dek masa yang berlalu, kemudian bertindih dengan kenangan baru ..kalau pencipta Time Machine sudah berjaya, ingin rasanya menjadi orang pertama mencuba travel back in time..to my precious teenage dreams...big and small...
Gambaran sewaktu hari pertama datang ke Asrama. I love this Hostel..now semua dah Gone. :( |
4 februari, tarikh pendaftaran batch kami. Sungguh berdebar-debar bila masuk pagar Mara, melihat kelibat kakak-kakak senior (pioneers) dan abang2 waktu tu, terasa diriku sungguh kerdil. Saya cuma budak hingusan dari kampung, dan mereka kelihatan begitu gah dengan pakaian kemas dan berperawakan sungguh 'ekademik' di mata saya.
Masing masing cuba membawa barang kesayangan..errr lupa nak add Teady bear. :) |
Minggu pertama berlalu begitu pantas. Kami cepat saja menyesuaikan diri dengan jadual kampus...kuliah di waktu pagi hingga tengahari, lunch hour di dewan makan yang ketika itu mengamalkan tradisi kebaratan..kami mesti menggunakan sudu/garfu untuk makan, tidak di benarkan menggunakan tangan atau di denda...diberi 'borang B' yaitu kesalah kecil, menu juga agak istimewa..saya masih ingat chicken chop dan curry mee menjadi kegemaran saya waktu itu. Waktu petang juga di wajibkan pergi prep...sehingga waktu Tea , dimana ada hidangan minuman petang, kemudian bergegas pula bertukar baju untuk ke Padang beriadah. Semua di atur dan mesti di turuti...mungkin bulan pertama di penuhi dengan perasaan homesick , asyik teringat nak balik rumah..nak duduk dengan mak, nak makan masakan emak...tapi keadaan semakin seronok bila sudah mempunyai ramai kawan-kawan.
Kemudian saya jumpa dia.... :) Dan semuanya mula berubah....
*****
Berkongsi rasa dan pengalaman remaja bersama teman seangkatan adalah sesuatu yang sungguh beharga. Kami menjalin ikatan persahabatan sehingga kini...erat dan utuh, sahabat yang bersama mengongsi suka duka, pahit manis waktu remaja sukar di isi dengan sahabat yang kita kenal setelah dewasa. Ada, bukan tidak ada sahabat baru yang baik, yang ikhlas, cuma perkongsian rasa berbeza...kerana sahabat sejak dari awal remaja telah membentuk satu persepsi yang berbeza.