salam to All.


Wednesday, September 21, 2011

Triffles Tahajjud Cinta



Tahajjud Cinta? Kenapa dengan nama tu?....


itulah reaksi pertama yang ku dapat masa nak buat puding nim...he he he
Tahajjud Cinta, siri drama baru TV3 yang mempunyai pengikutnya sendiri, membaca barisan nama nama pelakun nya saja membuat anda teruja untuk menontonnya. Semua nama nama besar dalam industri, semua hebat hebat...dan kerana itu juga saban Jumaat malam aku tertunggu tunggu kesinambungan jalan ceritanya.


Tapi kenapa dengan Puding ini? Haaaaaa.....ini mengikut cita rasa dan Naluriku sendiri. Naluri seorang perempuan, seorang Isteri juga barangkali.....;))


Lapisan lapisan yang bakal membuka selera..



Kemudian tiba-tiba anak ku bertanya..."kan Ustaz tu ada 4 isteri mama..mama buat tiga lapis saja " . Lurus dan tulus soalan dari budak 8 tahun.Tak perasan pulak dia sempat memerhatikan aku kehulu kehilir di dapur sambil cuba men'snap' gambar puding sendiri..he he he


"oh....kan ustaz dah ceraikan isteri no 2 dia, yang bernama Qadirah..." dan ustaz belum lagi berkahwin dengan Seri"..jadi buat masa ni, isteri ustaz cuma 3 saja....." jawab ku sambil memerhati wajah anakku...fahamkah dia" tanya ku dalam hati. Dia cuma mengangguk ngangguk tanpa kata, kemudian meneruskan permaianan video game di Ps2 nya yang sudah agak uzur.


Bebalik kepada namanya. Ku pilih watak2 isteri dalam drama itu untuk di wakilkan dalam lapisan lapisan triffles ini...di dalam gelas, bukan seperti  puding triffles biasa yang di buat dalam mangkuk leper. Aku sengaja ingin melihat lapisan2 itu...nampak cantik dan menyelerakan bukan?..seperti kita melihat hidup orang berpoligami, nampak aman sentosa dan bekerjasama dari kacamata luar...sampai membuat sesetengah lelaki iri hati dan teringin untuk ber isteri lebih dari satu...hmmm.hakikatnya?....tidak perlu ku bincang disini, issu poligami ni sensitif sikit, kena ada mood yang betul baru bersemangat untuk berdebat pasal isu ni....


Lapisan 1.
Hamani. Di pegang oleh Erma Fatima sendiri.
Watak yang lembut, taat, setia, sabar, tapi masih tegas dalam menerajui keluarga sebagai isteri pertama.
Bancuhan cream caramel sesuai menjadi base/ lapisan pertama ini. Lembut, manis, lemak, dengan cairan manis tersembunyi didalam nya. seperti air mata Hamani yang sering menitis dalam diam, dalam kerelaan. Walau pun soft and creamy, masih teguh untuk di jadikan sebagai tunggak puding ku...


Lapisan 2.
Syarifah. Di bawa oleh Melissa Saila.
Watak yang agak tegas, berterus terang, dan tidak mahu berselindung tentang rasa cemburu, iri hati, dan tuntutan kasih yang semakin berkurangan dari sang Ustaz. Namun dalam keras, Syarifah masih akur dengan hukum2 alam.Masih cuba bersabar dalam menuntut hak haknya sebagai isteri.
Adunan Jelly berperisa Oren ku pilih. Lembut, manis dan sedikit masam dengan aroma oren, compliment the sweetness of the cream caramel below.Transparent, menonjol dengan warnanya, telus dengan sikapnya.ada rasanya yang tersendiri, tetapi masih lazat untuk di jadikan kombinasi bersama rasa yang lain.



Lapisan 3.
Umairah. Di dokong oleh Dira abu zahar.
Dengan wajah lembut, Taat, mengalah, halus tuturkata, menghormati isteri2 yang lain. Jiwa yang sensitif dan cepat menangis. Sebagai isteri ketiga (bongsu) Umairah menjadi tumpuan utama ustaz. Selalu di lebih kan.Mungkin kerana wajah ayunya, mungkin kerana layanannya...ooops! Sebelum ada Seri, Umairah lah kesayangan ustaz...
Custard. Seperti triffles biasa, sering ada lapisan custard ini. rasanya yang lembut, lemak, manis memang menjadi pilihan lapisan triffles. Custard boleh menjadi kombinasi bagi banyak kueh mueh. Secara sendirian, memang sedap dimakan, bersama yang lain juga tidak pernah mengecewakan. Seperti umairah, sentiasa menjadi pilihan, sentiasa membuka selera...he heh hee..


Hiasan. pilihan anda sendiri.


Aku teringin untuk meletakkan Strawberry dan whipped cream sebagai topping triffles ini. Tapi stock ngak ada daaaa....jadi, cokelat gulung pun jadilah. Tentunya whip cream dan strawberi boleh menjadi Seri, tumpuan utama, penyeri bagi setiap gelas triffles ini....Seri, cantik, muda, cepat mengalah pada Takdirnya...Seri, dambaan ustaz, juga Cinta hati Sollehuddin...Teringat jer Remy Ishak dan Aaron Aziz..terus berselera nak makan..muaha ha ha ha..


Lapisan pink cream caramel dan jelly di siapkan dulu.


Anda juga ingin mencuba resepi Triffles Tahajud Cinta? Begini....


1) cream caramel.
4 biji telur.
1 sudu tepung custard. (bird)
1/4 tin susu pekat. 
1/2 tin air.
2 sudu tepung jagung atau custard.
sedikit vanilla dan pewarna pink..atau apa2 pilihan warna lain.
semua bahan di pukul/kacau rata dan masukkan ke dalam bekas (gelas/mangkuk)
kukuskan selama 20-25 minit.
Angkat dan ketepi.


2)Crystall jelly. Nona menjadi pilihan saya.
Bancuhkan serbuk jelly bersama air mendidih, ikut sukatan pada peket jelly anda. selalunya dalam 400-500ml air.
untuk 6 gelas ini, 1 packet cukup.
Tuangkan adunan jelly tadi kedalam gelas caremel yang telah masak.
ketepikan. Jelly membeku dalam masa 1-2 jam.


3) custard.
2/3 tin susu cair 
2/3 tin air 
5-6 sudu gula..
dimasak atas api. 
(sambil memasak adunan di atas, bancuh 3 sudu 
tepung kastad dengan 1/2 gelas air). 

Bila susu dan mendidih..
kecilkan sedikit api..
masukkan bancuhan tepung kastad..
kacau..sehingga adunan tadi menjadi likat. 
Tuang ke atas lapisan jelly dalam gelas tadi.

biarkan sejuk...atau simpan dalam peti sejuk.

Hiaskan dengan fruits cocktails atau hirisan buah,atau  apa saja kegemaran anda...menggunakan cairan caremel yang di tuang ke atas lapisan custard juga satu pilihan yang unik....;))

(caremel..cairkan 5-6 sudu gula dengan 3sudu air di atas api perlahan, sehingga menjadi satu cairan perang pekat, tuang ke atas dessert anda sebagai manisan).....

ohh Gambar...gambar mesti ada...he he he
lapisan jelly itu menonjol bukan..telus...
menggiurkan?..tidak?....;))
Yummyyyyyyy....
Pengkritik tetap di dapurku, yang sentiasa akan kata
'emmmmm shedap nyeee..."

2 comments:

  1. Memang mengancam..minggu depan buat lagi tahajjud cinta ni ye..kami nak gi makan...

    ReplyDelete
  2. wahhhh....nak datang makn ya....ddebour selalu!! ;p

    ReplyDelete