salam to All.


Tuesday, August 7, 2012

assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sempena Bulan yang mulia ini saya memohon ampun dan maaf pada pengunjung semua kerana sudah lama tidak berinteraksi di sini. Terlalu banyak benda yang berlaku sepanjang perjalanan hidup kita di bumi Allah ini tanpa kita rancang...Dia Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Sebelum menyambut Ramadhan, bonda telah kembali menemui Tuhannya..dan sedikit sebanyak kami sekeluarga masih berduka di atas sebuah kehilangan yang tiba-tiba itu. Al-Fatihah buat bonda. Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi terasa begitu sunyi tanpa nya. Terasa seolah sudah hilang seri pagi Syawal nanti tanpa Bonda. Tiada lagi senyum uzurnya menyambut baju raya baru...tiada ladi sinar mata yang gembira menyambut anak cucu pulang kekampung...rumah tua itu sudah begitu sepi sekarang. Separuh jiwanya sudah pergi bersama bonda.
Kami akan cuba, seboleh mungkin untuk menghidupkan suasana ceria di rumah Bonda. Semuga bonda aman dan tenteram di sana. ameen.
 Banyak benda yang ingin saya kongsi disini, tapi buat masa ini saya belum mampu menulis tanpa mengalirkan airmata. Suatu hari bila saya sudah kuat untuk meluahkan rasa, saya akan cuba menulis tentang Bonda...hidup Bonda yang penuh dengan onak duri, jiwa Bonda yang sentiasa kuat melalui apa pun ujianNya, ucapan bonda yang selalunya tersimpan tanpa diluahkan.....



No comments:

Post a Comment