salam to All.


Sunday, August 21, 2011

citarasa orang kampung....


Lidah kampung ku….

Bagi mereka yang bersungguh sungguh ingin mencari keredhaan Ramadhan, 10 malam terakhir ini menjadi kemuncak untuk memertabadkan amalan dan mencari keampunan dariNya. Pemburuan malam misteri yang penuh keistimewaan yang telah di janjikan ganjaran beribu kali darjat menjadi satu kemestian bagi proses penyucian jiwa mereka yang bertakwa. Bagi sesetengah golongan pula, tidak ada perbezaan samada Ramadhan atau bulan bulan lain dalam setahun. Siang Cuma berpuasa kerana mengikut tradisi orang2 di sekeliling, malam pula di penuhi dengan jamuan2 mewah bagi membalas dendam berlapar sepanjang hari….semuga kita semua di sinarai cahaya Hidayah dari Yang Esa dan di jauhi dari segala kemungkaran dunia.

****************

Saya ingin berkongsi disini mengenai cita rasa saya sebagai anak kampung. Hidup di Bandar besar dan moden mendedahkan kita pada kepelbagaian makanan yang sungguh istimewa. Barat , Timur Tengah, Jepun, Cina, malah makanan Malaysia juga ada pelbagai cara menyediakan nya. Saya suka semuanya….;)) Namun sesekali, lidah ini begitu rindu masakan kampung, seperti masakan mak sewaktu saya membesar di kampong. Masak lemak kuning ikan kembung, masak singgang ikan tongkol, nasi dagang, nasi berlauk, nasi kerabu, nasi ‘tumpang’, sambal bilis petai, sambal udang, sambal mangga udang geragau…budu dengan limau di cecah ikan bakar…sambal belacan, Koleh kacang, aduhhh kecur dibuatnya..
Tak kala kawan kawan berselera menyantap red velvet dan cappuccino cheesecake, saya pula teringatkan sambal belacan, Ohhh! sungguh tak Vogue kata my friend! ;)
Teringat ketika saya bersama seorang kawan mat saleh sedang minum kopi di piazza Galileo di Roma, Italy, Saya bercerita padanya tentang seorang sahabat yang menjual kopi di kampung. Serbuk kopi yang di gereng dan di mesin sendiri oleh mak nya, aroma nya sungguh membangkit selera dan rindu untuk kembali ke Tanah air…’amazing’ kata kawan berhidung belatuk saya. Dia Cuma tahu kopi yang di import dari Brazil. Dan segala kopi yang di proses dengan mesin2 kopi canggih masa kini….sambil bersantai di cafe gaya Itali yang mewah....dan gejala meminum kopi mahal sambil bersantai dengan lappy masing2 sudah menjadi satu budaya muda mudi di negara kita juga...Seperti terasa usia sudah menuju senja bila saya tidak lagi berminat untuk melepak bersama rakan rakan di tempat tempat begitu...mungkin memakan cholek mangga muda di atas pangkin bawah pokok rambutan lebih serasi dengan anak kampung seperti saya....;D

Panjang pula celoteh kali ini…baiklah, menu apa hari ini ya, bagi memberikan lidah kampung saya kepuasan..hrmmmm….

Mungkin sambal mangga udang kering untuk membangkit selera berbuka puasa...;)

*Sambal mangga udang kering/udang geragau

Bahan Bahan.
3 biji mangga muda. (pauh ringan org kelantan panggil)
kupas dan di cincang halus
segenggam kecil udang kering, rendam air panas biar lembut, Toskan.

*Atau udang geragau/udang baring

segenggam kecil cili padi 
garam secukup rasa
sedikit gula
sebiji limau nipis.

Tumbuk cili, garam, gula sehingga halus, masukkan mangga dan tumbuk sehingga mesra, masukkan udang, tumbuk sebentar sehingga mesra. perah kan air limau nipis dan hidangkan. Hrmmmmmm.....di cecah ikan kembung bakar. 

sambal mangga udang kering.


*Sambal belacan mangga.

Bahan Bahan.
3 biji mangga muda. (pauh ringan org kelantan panggil)
kupas dan di cincang halus
2cm belacan. (terasi org Bugis panggil) 
segenggam kecil cili padi 
garam secukup rasa
sedikit gula
sebiji bawang merah di bakar
sebiji bawang putih di bakar.
sebiji limau nipis.
Tumbuk semua bahan di dalam Lesung Batu sehingga halus. 

Tambahkan perahan airlimau nipis. Hidangkan.
Enak di makan bersama ulam ulam kampung. dan nasi panas panas...;))

Antara masakan kampung yang selalu saya cari bila balik kampung...
Sambal mangga ikan tawar. Resepi seperti mangga udang, cuma udang di ganti dengan isi ikan yang di bakar.



Sambal belacan.
Jeruk Petai dan balang balang Tempoyak di Dapur Mak...

Pulut dimakan dengan kelapa parut , ikan masin, dan ikan bilis goreng asam.


Nasi lemak daun pisang dengan sambal tempe...yum yum yum..

Sekian Buat Kali ini. Mungkin lepas kerja nanti saya boleh mengintai masakan lain pula...;p
Wasslam.

Saturday, August 20, 2011

kueh bakar, kueh kemboja, akok....



Salam  sekali lagi...
Semuga anda semua sihat dan di dalam Lindungan Nya sentiasa.
Saya terpanggil untuk bercerita mengenai kueh kegemaran saya. Sewaktu kecil lagi saya gemar akan kueh bakar hijau ini. Selalunya mak akan belikan saya tiap kali beliau bertandang ke pasar Pasir Puteh, sebuah pekan kecil yang menyambut kedatangan tetamu ke Negeri Cik Siti Wan Kembang jika melalui jalan  Terengganu-Kelantan. Saya ingat lagi, saya cukup gembira jika Mak ingin membawa saya ke Pasar Pasir Puteh. Akan terbayang di mata segala jebis kueh tradisi enak yang di jual disana seperti 'koleh kacang hitam', akok, jagung rebus berkelapa, kacang rebus berkelapa, kueh bakar, baulu, 'karah', dan pelbagai jenis yang saya sendiri tidak ingat namanya. Semakin lama, melewati alam remaja di daerah lain membuat saya semakin lupa dengan Bandar Kecil ini. Kemudian berhijrah pula ke Luar negara menyambung pelajaran. Sewaktu di sana lah tiba tiba rindu saya pada kueh bakar memuncak. Terasa seakan hilang keenakan puding dan cheesecake yang mudah didapati di sana. Keinginan merasa kueh ini membuat saya menelefon kakak dan makcik untuk bertanya resepi...terkejut mereka di buatnya. Maklum, saya bukan seorang yang rajin turun ke dapur asalnya....bagaimanapun, hasil percubaan saya berjaya, rindu saya terubat, dan boleh pula berkongsi dengan rakan rakan lain yang berasal dari kelantan....;)

Kueh bakar 'bintang hati' Emak untuk berbuka puasa
Antara variasi yang saya suka cuba..;)
Cantik bukan...ada sahabat kata cantik di buat Hantaran kawin...;p







Menggiurkan?..

 Tidak adil bukan jika saya bercerita tanpa berkongsi resepi dengan anda...
Kueh Bakar, tidak susah membuatnya.

Bahan bahan;
1 cawan  santan pekat (pati)
1 cawan susu cair
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula / kurang jika tidak suka manis
1 cawan air pandan
3-5 biji telur (banyak telur lagi berkedut kueh anda)
pewarna hijau
Bijan untuk hiasan (optional)
25 g butter  (optional)

Caranya,
Masukkan telur, gula ke dalam blender dan kisar sehingga gula hancur, Kemudian tambahkan semua bahan kedalam blender (kecuali bijan) dan kisar sehingga adunan sebati.
Lenserkan minyak/margerin pada acuan anda. Panaskan oven. 180d C.
Tuangkan adunan kedalam acuan anda dan bakar selama 40min 
Taburkan bijan ke atas kueh dan bakar lagi sehingga kekuningan atau 'berkerak'.
Hidangkan panas panas...........yum yum yum...
Selamat mencuba bagi penggemar kueh lama ini...
Selamat malam semua. Assalamualaikum.


Wednesday, August 10, 2011

ikan bakar berlada

Assalamualaikum, 
Masuk hari ke 11 sudah kita berpuasa, bermakna 10 hari pertama sudah pergi meninggalkan kita. Semuga 10 hari kedua kita akan menjadi lebih baik dari yang terdahulu. Mungkin ada yang hairan kenapa saya asyik berkongsi resepi pula tahun ini sempena Ramadhan. Saya cuma ingin memaparkan aktiviti harian sahaja, bukan untuk menunjuk-nunjuk lauk pauk seperti tuduhan sesetengah pihak apabila kita meng'upload' gambar gambar makanan berbuka puasa. Tidak sama sekali, menunjuk dan riak itu mungkin terdetik bagi orang2 yang kaya yang menghabiskan ratusan ringgit untuk berbuffet di hotel hotel mewah. Sekadar resepi masakan di dapur yang ala kadar sahaja...apa yang boleh di banggakan? Semuga jika ada yang kekeringan idea untuk menjamu keluarga, boleh mencuba apa yang saya suka..itu saja...

Baiklah...Saya secara personal sukakan ikan bakar sebagai menu berbuka puasa, tidak kira samada bakar kunyit, bakar kosong atau bakar berlada..semua saya suka. Bau semerbak sewaktu membakar ikan itu sudah cukup untuk membuka selera. 5 hari berturut-turut saya menyusur Bazar Ramadhan untuk mendapatkan ikan bakar berbagai perisa, Fuhhh, harga ikan bakar tahun ini sungguh mencanak naik, terkejut di buatnya. Dan seperti biasa, RASA nya masih belum ada yang membuatkan saya ingin mengulangi gerai tersebut..Haizzzz..payah nya nak mendapatkan yang simple dan sedap...akhirnya saya masuk dapur dan bakar sendiri..puas hati...;)


Bahan- bahan.
2 ekor ikan Talapia merah sederhana besar
(atau siakap, pari)
-di bersihkan dan di lumur garam rata.
 3 helai daun kunyit.


5 ulas bawang merah.saiz sederhana besar
3 ulas bawang putih
segenggam kecil cili kering, potong halus,buang biji, rendam air suam, toskan.
seinci halia.
2 inci kunyit segar

2 sudu sos tomato
1 sudu teh pes asam jawa (adabi ada)
sedikit gula
sedikit garam 
sedikit belacan jika suka.
air untuk mengisar.


bahan2 di kisar sehingga halus, atau sedikit kasar bagi yang sukakannya.
lumurkan rata 3/4 dari bahan kisar pada ikan dengan rata. Perap selama 1 jam.
Balutkan ikan dengan daun kunyit.


2) bakar ikan di atas kuali serbaguna atau grill pembakar sehingga separuh masak, terbalik kan dan lumur baki pes tadi pada ikan. Ulang menyapu baki pes pada ikan sehingga ikan masak.
Angkat dan hidang kan panas panas.

ikan talapia yang siap di bakar..yum yum yum..



                                    ais asam jawa bercili untuk cecah ikan bakar....


Bahan Bahan.
asam jawa 1-2 sudu makan
bancuh dalam setengah cawan air, buang biji.


1 biji bawang besar di potong nipis.
5 biji cili padi dipotong halus.
sedikit garam (sesuai rasa)
sedikit gula (sesuai rasa)
campurkan semua bahan dalam mangkuk. biarkan selama 1/2 jam sebelum di guna sebagai pencecah ikan. Itu bagi memesrakan semua rasa cili ,asam dan bawang tersebut.
Selamat mencuba.....anda suka, keluarga pun pasti suka.  


Wassalam.

Sunday, August 7, 2011

Apple Nestum pudding, with apple sauce

Ramadhan kembali lagi, bersama seribu satu ganjaran yang di janjikan. Semuga kita semua dapat menjalani ibadah puasa lebih baik dari tahun sebelumnya.Dan dengan kehadiran Ramadhan juga menjadi satu sumber rezeki berganda bagi peniaga peniaga di Bazar Ramadhan, Kita di Malaysia sudah begitu sinonim dengan kehadiran pelbagai jenis kueh muih lama dan baru di bazar Ramadhan, Lauk pauk juga melimpah ruah di Niagakan. Terliurnya bukan main lagi kan...tapi seringkali terjadi, sebaik pulang dan bersedia untuk berIftar bersama keluarga tersayang. belian kueh mueh dan lauk pauk kita tidak sehebat bau dan rupa. Sering kecewa dengan rasa nya...pernah terjadi pada anda?...tidak?..Begitulah yang sering terjadi pada saya saban tahun, tapi masih tidak jemu berkunjung saban petang...haiii...begitu hebat tarikan Bazar Ramadhan rupanya....Hari ini saya cuba berkongsi resepi saya di sini, resepi ini saya acu cuba tery test bulan puasa tahun lepas, dan ramai rakan rakan saya yang meminta resepi ini kerana tertarik dengan gambar nya...;))


   Sepotong...mana cukup?..


Apple Nestum pudding, with apple sauce.

Bahan bahan nya:
Acuan 8 atau 6 inci bulat.

A) 2 sudu makan gula merah, 
2 sudu makan gula putih, 
2-4 sudu air. 
panaskan sehingga menjadi merah/caremel, goyang rata, taburkan nestum biar melekat rata...ada yg lebih pun tak pe. ;)) ketepikan biar sejuk.

B)4 biji epal merah besar, kupas dan buang biji.
2 biji blend bersama .750ml air
2 biji lagi di potong dadu kecil2.
70g butter.
2 kayu manis ~ 2inci.
3-4 kuntum bunga cengkih.sedikit essence vanilla & gula merah secukup rasa.

PANASKAN BAHAN B SEHINGGA MENDIDIH, DAN LIKAT, MASUKKAN 2 SUDU NESTUM ATAU LEBIH UNTUK PEKATkannya. SEJUKKAN. letak ketepi.

C)mula sediakan air kukusan. (steamer)

D) 5 Biji telur ayam .
1/3 tin susu pekat.
1 sudu corn flour.sedikit apple essence jika ada. letak vanilla pun boleh.
2-4 Sudu nestum.
BANCUH RATA BAHAN  DALAM BOWL. MASUKKAN SEPARUH DARI bahan B dia atas. dan kacau.(Kalau pekat sangat tambah air kosong...kepekatan macam nak buat cream caremel jugak)

E) Tuang ke dalam bekas acuan ber caremel anda.(A)

F) kukus 25-35 minit.

G) *bahan sauce yang separuh tadi boleh tambah gula jika mau manis.

H) bila puding sudah masak, terbalikkan dalam bekas dan tuangkan apple sauce ke atas nya dan sejuk kan....

makan panas panas pun sedap.

p/s hati2 masa terbalikkan..

    Siapppp!! ;), ini versi yang sos nya sedikit.

    Versi dengan sos yang mewah, lebih lemak berkrim..;)

Harap resepi ini dapat membantu suri suri yang suka mencuba sesuatu yang baru. Boleh di kongsi dengan seisi keluarga dengan belanja yang kurang dari berborong di Bazar Ramadhan...
Sekian terima kaseh, Selamat Ber Iftar bersama keluarga.
0 ·  · 




Thursday, August 4, 2011

Sambal bilis goreng tempoyak (for Nong)

Salam Ramadhan semua...Semuga kita semua mendapat segala kebaikan yang diganjarkan bagi bulan Mulia ini...
(
Belumpun habis cerita mengenai Chomel, saya dah mula pos baru..hrrmmm,..memang saya masih tidak mempunyai disiplin untuk menjadi seorang penulis! Tak mengapalah. Sewaktu saya membaca status FB seorang kawan di Sarawak semalam, terus saya terpanggil untuk menulis mengenai Masakan kegemaran seorang sahabat baik suatu waktu dulu. Status itu berbunyi "Dalam perjalanan ke Bazar Ramadhan, harap harap dapat jumpa sambal tempoyak goreng nanti"...Aduh!!! 


Serentak jiwa terusik, sambal tempoyak goreng, rasanya sudah lebih 15 tahun saya tidak makan sambal itu. Dan sejenak Rindu dan kenangan bersama sahabat di asrama berfmain di fikiran...Nong, nama panggilan kami padanya. Asalnya dari Limbang, Serawak. Setiap kali Nong balik dari Limbang ke Kuala Trengganu, mesti membawa buah tangan istimewa, sambal bilis goreng tempoyak dan ikan salai. Sewaktu itu kami masih remaja, semua masakan dirasa berselera, tambahan lagi tinggal di asrama penuh. Saya tidak pula terfikir waktu itu masakan itu cuma dari Serawak. Kadang kadang Nong masakkan kami sambal itu sewaktu di hostel, terlupa pula darimana mendapat 'multi-purpose rice cooker' untuk kami gunakan. Semua barangan letrik adalah bahan larangan di asrama, kecuali sterika dan cerek. Siapa nak ambil tahu mengenai periuk nasi kan, janji kami dapat makan dengan santai...he he he


Dan semalam, dengan Rindu masakan sambal bilis itu, saya menggagahi diri meredah hujan untuk ke kedai, mencari tempoyak dan ikan bilis...adoiii...kebetulan petang semalam hujan lebat sewaktu balik dari pejabat, dan payung seperti biasa, tertinggal di ofis! Basah kuyup dibuatnya. Tapi misi saya berjaya, ada tempoyak di jual disitu. Gembira saya balik mencuba. Pertama kali sebenarnya saya memasak sambal bilis tempoyak ini...demi rindu, demi teringin....


Cabaran pertama adalah dari anak lelaki saya. Dia tidak suka bau yang menusuk hidung, tidak suka cili..uishkkk..jenuh saya membuka tingkap, pintu , kipas segala supaya bau semasa menumis itu tidak melekat di dalam rumah. Cabaran kedua adalah suami. Suami saya tidak makan tempoyak, baunya juga boleh menghilangkan selera makan beliau...hmmmm, minta maaf la bang ya..kali ni saya teringin makan tempoyak! 
Oleh kerana Tidak tau dimana boleh mendapatkan ikan salai secara tradisional, saya menggantikannya dengan ikan bakar saja. cukuplah Buat menghilang Rindu. Bagi yang ingin mencuba, ini resepi dari Kawan saya Nong, saya juga cuba banding dengan resepi di internet, perbezaan cuma sedikit..tak kisah lakan, kita boleh mengubah mengikut cita rasa masing masing. Selamat mencuba!!


Sambal bilis tempoyak goreng

Bahan-Bahan:
segenggam ikan bilis atau lebih kalau suka.
sedikit minyak utk menggoreng
5 sudu besar tempoyak.
3 -5 keping cili kering di buang biji dan potong halus
 5-7 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
10 biji cili padi (bergantung pada tahap suka anda pada pedas)..

Cara:
Gorengkan ikan bilis sehingga rangup dan toskan. ketepi.
Kisarkan bawang merah, bawang puteh dan cili padi, Tumis sehingga naik bau.
Masukkan hirisan cili kering. 
bancuh tempoyak dgn sedikit air dan masukkan ke dalam tumisan. 
kacau.
Setelah air agak kering, masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
kacau hingga sebati, di tambah garam mengikut selera.(kalau ikan bilis masin x payah garam)
boleh di hias dengan hirisan daun bawang jika suka.
angkat dan hidangkan.
enak dimakan bersama nasi putih panas dan ikan salai...
Note, tempoyak yang baru memberikan rasa yg lebih kick....;)


Sambal bilis goreng tempoyak, siap! Saya menyejukkan nya di dalam bekas tupperware dan menutupnya bagi mengelak bau yang agak kuat...;p
*Dan cili kering saya tidak begitu halus (tak cukup rajin), serta bahan2 juga saya tumbuk, tidak blended..saya memang suka rempah ratus atau bawang tumis dapat di kunyah...
*Dan tempoyak yang di beli di supermarket tidak seenak tempoyak yang mak saya buat di kampung...;(



Ikan kembung bakar (atas kuali serbaguna saja) dengan kunyit hidup, garam dan bawang putih. Saya suka mempelbagaikan rasa ikan kunyit, sama ada dengan bawang putih, halia atau lada hitam. yum yum yum...
Semuga anda yang suka kan sambal tempoyak dapat merasa masakan ini...sekian terima kasih! he he he