salam to All.


Thursday, August 4, 2011

Sambal bilis goreng tempoyak (for Nong)

Salam Ramadhan semua...Semuga kita semua mendapat segala kebaikan yang diganjarkan bagi bulan Mulia ini...
(
Belumpun habis cerita mengenai Chomel, saya dah mula pos baru..hrrmmm,..memang saya masih tidak mempunyai disiplin untuk menjadi seorang penulis! Tak mengapalah. Sewaktu saya membaca status FB seorang kawan di Sarawak semalam, terus saya terpanggil untuk menulis mengenai Masakan kegemaran seorang sahabat baik suatu waktu dulu. Status itu berbunyi "Dalam perjalanan ke Bazar Ramadhan, harap harap dapat jumpa sambal tempoyak goreng nanti"...Aduh!!! 


Serentak jiwa terusik, sambal tempoyak goreng, rasanya sudah lebih 15 tahun saya tidak makan sambal itu. Dan sejenak Rindu dan kenangan bersama sahabat di asrama berfmain di fikiran...Nong, nama panggilan kami padanya. Asalnya dari Limbang, Serawak. Setiap kali Nong balik dari Limbang ke Kuala Trengganu, mesti membawa buah tangan istimewa, sambal bilis goreng tempoyak dan ikan salai. Sewaktu itu kami masih remaja, semua masakan dirasa berselera, tambahan lagi tinggal di asrama penuh. Saya tidak pula terfikir waktu itu masakan itu cuma dari Serawak. Kadang kadang Nong masakkan kami sambal itu sewaktu di hostel, terlupa pula darimana mendapat 'multi-purpose rice cooker' untuk kami gunakan. Semua barangan letrik adalah bahan larangan di asrama, kecuali sterika dan cerek. Siapa nak ambil tahu mengenai periuk nasi kan, janji kami dapat makan dengan santai...he he he


Dan semalam, dengan Rindu masakan sambal bilis itu, saya menggagahi diri meredah hujan untuk ke kedai, mencari tempoyak dan ikan bilis...adoiii...kebetulan petang semalam hujan lebat sewaktu balik dari pejabat, dan payung seperti biasa, tertinggal di ofis! Basah kuyup dibuatnya. Tapi misi saya berjaya, ada tempoyak di jual disitu. Gembira saya balik mencuba. Pertama kali sebenarnya saya memasak sambal bilis tempoyak ini...demi rindu, demi teringin....


Cabaran pertama adalah dari anak lelaki saya. Dia tidak suka bau yang menusuk hidung, tidak suka cili..uishkkk..jenuh saya membuka tingkap, pintu , kipas segala supaya bau semasa menumis itu tidak melekat di dalam rumah. Cabaran kedua adalah suami. Suami saya tidak makan tempoyak, baunya juga boleh menghilangkan selera makan beliau...hmmmm, minta maaf la bang ya..kali ni saya teringin makan tempoyak! 
Oleh kerana Tidak tau dimana boleh mendapatkan ikan salai secara tradisional, saya menggantikannya dengan ikan bakar saja. cukuplah Buat menghilang Rindu. Bagi yang ingin mencuba, ini resepi dari Kawan saya Nong, saya juga cuba banding dengan resepi di internet, perbezaan cuma sedikit..tak kisah lakan, kita boleh mengubah mengikut cita rasa masing masing. Selamat mencuba!!


Sambal bilis tempoyak goreng

Bahan-Bahan:
segenggam ikan bilis atau lebih kalau suka.
sedikit minyak utk menggoreng
5 sudu besar tempoyak.
3 -5 keping cili kering di buang biji dan potong halus
 5-7 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
10 biji cili padi (bergantung pada tahap suka anda pada pedas)..

Cara:
Gorengkan ikan bilis sehingga rangup dan toskan. ketepi.
Kisarkan bawang merah, bawang puteh dan cili padi, Tumis sehingga naik bau.
Masukkan hirisan cili kering. 
bancuh tempoyak dgn sedikit air dan masukkan ke dalam tumisan. 
kacau.
Setelah air agak kering, masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
kacau hingga sebati, di tambah garam mengikut selera.(kalau ikan bilis masin x payah garam)
boleh di hias dengan hirisan daun bawang jika suka.
angkat dan hidangkan.
enak dimakan bersama nasi putih panas dan ikan salai...
Note, tempoyak yang baru memberikan rasa yg lebih kick....;)


Sambal bilis goreng tempoyak, siap! Saya menyejukkan nya di dalam bekas tupperware dan menutupnya bagi mengelak bau yang agak kuat...;p
*Dan cili kering saya tidak begitu halus (tak cukup rajin), serta bahan2 juga saya tumbuk, tidak blended..saya memang suka rempah ratus atau bawang tumis dapat di kunyah...
*Dan tempoyak yang di beli di supermarket tidak seenak tempoyak yang mak saya buat di kampung...;(



Ikan kembung bakar (atas kuali serbaguna saja) dengan kunyit hidup, garam dan bawang putih. Saya suka mempelbagaikan rasa ikan kunyit, sama ada dengan bawang putih, halia atau lada hitam. yum yum yum...
Semuga anda yang suka kan sambal tempoyak dapat merasa masakan ini...sekian terima kasih! he he he

3 comments:

  1. esok buat tauhu sumbat pulop deh...hehehe..dulu2 sokmo buat jual ngan nik tie..those were the days

    ReplyDelete
  2. Tauhu i dok minat sangat..sebab masih dalam proses belajar minum/makan soya..dan taugeh..he he he..tapi tauhu bakar yg sedap bulih kira gop...

    ReplyDelete
  3. demi rindu seorang kawan...sweet!

    ReplyDelete