salam to All.


Monday, July 22, 2013

Seaweed Salad

Bagi mereka yang agak muak memakan jelly seaweed, boleh mempelbagaikan pengambilan seaweed sebagai salad atau kerabu.
Salad atau kerabu Seaweed ini sesuai untuk menjadi hidangan pembuka selera, terutama di bulan Ramadhan ini. Resepi adunan saya sendiri ini mengikut cita rasa saya, yang selalunya sedikit masam. Pengunjung boleh mengubah resepi mengikut citarasa sendiri. Janji SEDAP! :)

Tambahan tauhu goreng dan capsicum

Ekstra bawang, ikan dan udang segar
Mengubah selera dengan menambah sotong kering yang di rebus.

Seaweed yang sudah di rendam semalaman


Resepi:




Sediakan satu mangkuk sederhana besar.

1) 2-3 ekor ikan kembung/sadin. bakar/rebus sampai masak.

ambil isi dan lenyek hancur, masuk dalam mangkuk.

2) 2-3 ekor sotong, dan 7-8 ekor udang segar, berseh, rebus sekejap , toss, potong (udang tak payahla)



3) 2 + 2 cili merah dan hijau, berseh, racip halus.

4) 2 biji mangga muda, kupas, parut ke dalam mangkuk.

5) 2-3 helai daun limau purut, potong halus.

6) setangkai seaweeds yg di rendam semalaman, getus kecil. masuk mangkuk.

7) sebiji capsicum, potong panjang. (guna 2 bijin yang beza warna kalau nak cantik)

8) sebiji timun racip halus. (optional)

9) 2 biji tomato potong.

10) 2 keping tauhu, goreng dan potong nipis. (optional)

11) sebiji bawang besar mayang nipis. (optional)

*jika ada sambal jeruk. boleh masuk sekali sesudu...sedapppp. :) Saya memang sentiasa ada sambal jeruk dalam peti ais. Rasa pedas dan masin, masam yang sudah mesra menyedapkan lagi salad anda. (Kerabu kering)

Anak sedara suka tambah kelapa parut goreng...
sedikit garam, gula dan lada hitam.

sedikit jus limau nipis.

*Gaulkan rata semua bahan dalam Mangkuk.

* simpan sebentar dalam peti ais jika ingin salad sejuk rangup.
*bahan2 sayuran boleh di ubah ikut selera masing2.

Thursday, July 18, 2013

Kamu


Mata itu,
masih lagi lembut
menyembunyikan rahsia
sesekali menjeling
sesekali seakan menduga.
Benarkah,
getar yang kadang kadang
berdesir didada ini
bersambut,
Atau cuma terkhilaf tafsir
berselirat dalam bayangan palsu.
Akan kemanakah hujungnya,
kembara rindu itu
Yang tersimpan dalam sinar purnama
atau mungkin
cuma ilusi gerhana
menemani mimpi sepi ku.
sesekali
Tika langit gelap pekat begini
ku seru namamu dalam senyap
ada nada yang membakar
di segenap detik nadiku
rasa apakah sebenarnya itu ?

********************

Sunday, July 14, 2013

Rendang dendeng | daging hitam


Ramadhan 6.
Tetiba teringin nak masak rendang dendeng, tapi hubby ada gout la pulak...kalau masak sikit, makan sorang tak best huhuhuhu...
Lama dah tak makan masak hitam ni, nampak kat Bazar Ramadhan, tapi malas nak beli, mesti rasanya kelaut. hmmmm..Bagi yang mencari resepi, ini versi saya, mungkin di negeri berbeza rempah dan caranya sedikit berbeza.

ps/ gambar ini di ambil sewaktu sahabat saya memasak untuk buku resepinya. :)
Versi resepi kami agak berbeza sedikit.



resepi.

Rendang dendeng

ingredients
1/kg beef, sliced very thinly ( I mean very very thin)

3 garlic,
2-3 big onions,
10 fresh red chillies,
1 tea spoon coriander seeds (ketumbar)
(bahan di atasdi tumbuk atau blend kasar)


1 table spoon coriander powder 
sedikit tamarind juice/ asam jawa , to taste
2 table spoon thick soy sauce
2 table spoon kicap manis
sugar to taste
salt, to taste
Oil, for cooking


Methods
1. Basuh ketul daging dan potong senipis mungkin. Marinade dengan sedikit garam, gula dan serbuk ketumbar. Selama ½ - 1 jam.

2. Panaskan minyak dan goreng daging yang di perap sehingga rangup. Ketepikan .
3. buang baki minyak goreng tadi , tinggal sedikit untuk menumis Garlic, onions dan cili merah …sampai naik wangi, tambah air asam jawa, gula, ketumbar tumbuk. Kacau.sekejap, tambah kicap pekat dan kicap manis. Kacau sampai wangi satu badan ha ha ha…
4. Masak adunan sampai hamper kering/pekat/mesra…masuk kan garam secukupnya, masukkan daging goreng, kacau sampai rata.

5. Hidang kan dengan pulut/roti/lemang ….he he

Makan dgn nasi panas2 pun sodapppp…;D

P/S.
Kalau daging import dr India, aka daging kerbau kut…rebus dulu ketul daging sampai masak, (bersama garam dan sedikit serbuk ketumbar) kemudian potong nipis nipis masa masih lagi panas…(pandai2 pegang ..melecur kang berparut lak huhuhu)
Lepas tu ketuk dgn pengetuk daging atau ‘ulu lesung’ pun boleh ha ha..satu persatu..bagi lembut daging,
Baru di goreng sampai rangup….
Leceh kan..tapi sedap gop, I buat doh ha ha ha…

*Kalu ganti cili fresh dgn cili kering/potong/rendam/blend kasar pun buleh jugop…

Selamat memasak dan beriftar bersama keluarga. Hari ni Saya tak naik tren, jadi tak ada gambar dan cerita dalam tren nak di kongsi. :)

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Kareem

Ramadhan kedua. 


Semalam aku bergerak seperti biasa, keluar rumah jam 8.30 pagi, dan hari ini terasa ingin memulakan lebih awal. Bulan puasa aku tidak payah menyediakan makan tengahari untuk anak balik dari sekolah, jadi pagi ku agak lapang.


Memulakan perjalanan seawal. 7.50am dengan tren adalah satu pengalaman yang berbeza. Pagi ini rintik hujan masih bertaburan membasahi bumi. Langkahku agak perlahan, berhati-hati memijak rumput yang basah. Dingin angin pagi membelai lembut pipi dan badan , terasa nyaman sekali. Stesyen LRT agak penuh, berpusu-pusu warga kota ingin lekas ke destinasi masing-masing. Tidak ketara perbezaan antara bulan ramadhan dan hari biasa, semuanya mempamirkan wajah serious, tidak peduli atau mungkin tenggelam dalam fikiran sendiri. Setelah lebih 3 bulan aku menggunakan rutin harian begini, aku juga sudah mahir menunjukkan riak selamba, menjadi seorang yang tidak peramah atau mudah tersenyum pada orang asing.
Tren awal pagi juga bermakna peluang untuk mendapat tempat duduk hampir 85% gagal. Aku tarik shawl rapat2 ke badan, hujan dan ekon pagi ini buat aku kedinginan.


Setiap kali, bila tren berhenti di setiap stesyen dan menambah penumpang, aku mengikut saja pergerakan 'automatik' untuk cuba memberi tempat pada penumpang lain berdiri, dan berahkir disuatu posisi, tiada ruang untuk bergerak lagi. Berhadapan secara fizikal dengan seorang lelaki asing dalam jarak 6 inci dan cuba untuk tidak bersentuhan pada mana-mana bahagian badan secara langsung menjadi satu teknik martial art yang harus di miliki setiap penumpang wanita. Memandang. tanpa ekspresi, mengelak dari bertentangan mata, kerana tidak mahu terasa janggal, berada dalam jarak amat dekat dengan sesorang tidak di kenali adalah satu situasi yang pelik. membatukan diri dengan menatap skrin henset juga teknik seni yang baru, satu tangan memegang 'hanger', satu tangan galak memetik skrin telefon, rata-rata di sekelilingku begitulah pemandangannya, aku turut saja, trend orang muda sekarang, skrin 4-6 inci jauh lebih menarik dari orang disekeliling. Sesekali di hujung mata aku perhatikan dia, sepatu loafer cokelat pekat , seluar linen kelabu, dengan kemeja putih kain linen yang halus. Kemas, pakaian pejabat juga boleh membuatkan seseorang nampak bergaya.


Sampai di stensyen KLCC, dia memandang isyarat ingin bergerak turun, aku senyum sekilas memberi ruang lalu.. dia terkejut barangkali, ada alien tersenyum, sampai keluar dari pintu dan ingin menaiki tangga dia masih menoleh padaku. Ehhh aku pun pandang pesal?? Puasa oh puasa.. tunduk kan pandangan. Lupa pula, sidia juga kacak dan wangi! Ahaks!

Aku selalu berfikir, kenapa mesti ada sikap dingin antara sesama manusia? Sebab tidak kenal? sebab tidak ingin beramah mesra tanpa sebab? Kita tengok saja sewaktu menaiki bas ekspress. Sebaik memandang sekeliling mencari tempat duduk, pasti mereka yang sudah duduk di kerusi berusaha untuk tidak memandang kita/kamu/saya, seperti mengisyaratkan 'jangan duduk tepi saya' ...kenapa ya? Bagi saya, tidak ada masalah untuk mengisi masa perjalanan dengan berbual kosong dengan teman baru, bukan kah setiap perkenalan mesra juga mesti di mulai dengan pertemuan pertama? Atau aku hidup di kalangan manusia asing yang bersikap keakuan melampau sehingga hilang ukhwah sesama insan?

Bila sesekali bertemu dengan seseorang yang peramah, mesra dan riang, aku cukup senang, cukup membuat hari ku riang hingga ke petang. Menceriakan hari orang lain juga bisa membuat kita gembira, tapi sayang, semua itu semakin lenyap dalam arus pembangunan kota ini. Setelah lebih 3 bulan, aku membuat kesimpulan sendiri, Kenderaan awam bukan tempat untuk kita berkenalan sesama manusia. Mungkin ramai yang tidak setuju, tapi begitulah, bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi, sama seperti senyuman yang di hulur tersadai ke dinding keretapi....membazir bukan, jadi biarlah, aku juga sudah pandai memakai topeng tidak peduli ini. ...  ...   ...Salam Ramadhan. Senyum senyumlah selalu. (relevant kah? )

Wednesday, July 3, 2013

Tanaka Powder

Tanaka oh Tanaka . (thanaka)
Tiba-tiba saja Tanaka powder, atau Tanaka paste and dust meletup di pasaran dan internet.
Saya suka juga mencuba benda-benda baru. Oleh kerana Tanaka bark ni sudah di gunakan di Burma sebagai bahan kecantikan sejak 2000 tahun dahulu, saya menjadi begitu curious untuk mengenali lebih dekat.
Bacaan menarik bagi tester dari pengguna pertama saya jumpa di sini, (sila klik untuk bacaan lanjut) :)

Apabila our heart trobe , pelakun comel Nora Danish memasarkan product Tanaka base powder atau bedak sejuk tanaka di Malaysia, ramai orang buat carian mengenai Tanaka di internet, termasuk saya.
Hari ini singgah di cafe untuk beli kopi , dan croissant, my morning routine, cuma pagi ni singgah kat essence cafe, teringin nak freshly brewed coffee pagi nim. Dan...tingggg..mata saya tertarik pada bekas-bekas yang di atur depan cashier machine. Eh eh! Tanaka Powder. Saya mem'peramah'kan diri bersembang dengan cashier yang comel, dan tuan cafe pun keluar...owhhh..tuan punya cafe berasal dari Burma/Myanmar rupanya, patutlah dia boleh bawa masuk bedak tanaka original dari Burma, maksud original saya, product yang di buat di Burma, bukan re-packaged semula seperti sesetengah product di pasaran. Tulisan di luar bungkusan juga tulisan Burma, yang saya tak faham. Bagaimana pun..Taaadaaaaaa!! Tanpa bersusah payah order di internet, i can have my own Tanaka Powder right at the doorstep! Yeaaahhh, i loike! Sembang punya sembang sempat lah saya mencadangkan padanya untuk membawa lebih banyak product dari Myanmar, seperti batu-batu permata dan costume jewellery , yang terkenal kehalusan buatannya dari sana, juga kain-kain sutera dan embroidery yang begitu meriah di pasaran sekarang. Saya menjadi marketing consultant secara percuma pagi tadi. he hee heee...seronok juga sembang pasal perniagaan, walaupun saya memang tidak pandai berniaga. :(

Anyway, tak sabar rasanya nak balik cuba Bedak Tanaka powder ni, mana tau, bangun-bangun esok terus Cun macam Nora Danish! Ha ha haaa...

Sekarang nak cari sabun Tanaka pulak, baru nampak kat sini. :) 


Anda berminat? Boleh contact saya, harga agak murah, cuma kena tambah harga posting. :) 


Tanaka Powder and coffee beans. ;)

                

                        This si the image  of Tanaka Powder from Shwe Pyi Nann .                                                                                                                  
                                                            (Sandalwood scented)

Kesan penggunaan Tanaka akan saya post selepas mencuba sekurang-kurangnya seminggu. Byeeee.