salam to All.


Thursday, October 3, 2013

Pumpkin Flower

Tetiba teringin makan pengat Labu! :)



Entah kenapa, minggu ni menjadi minggu aku melayari maya dengan sepi. Maksudnya, tanpa bersembang dengan siapa-siapa. Kalau di mukabuku sering saja berceloteh terus di dinding2 maya itu, bergelak gumbira dengan joke atau topik yang melucukan. Bila belek-belek semula, tak sedar rupanya dah hampir 5 tahun aku berada di alam Flikr. Alam perkongsian minat pada photography, perkongsian rasa yang di terjemahkan dalam bentuk gambar.   Di blog pula aku suka mencurahkan rasa yang di kiaskan dalam bentuk kata-kata. Sungguh berbeza. Kadang aku rasa macam aku ni dua manusia yang berlaianan ...ehh..macam ada split personality la pulak!! eheeee.

Apapun, hari ni tetiba teringin nak makan pengat labu. Turun cafe kat bawah tadi intai kut kut ada masak lemak labu putih ka......hampa, Tapi oh yeahhh, ada tempura labu! eh..sedap pula tau, isi labu di potong sederhana dan di salut dengan tepung tempura, goreng ......tadaaaaaa...rangup lemak di luar, lembut lemak manis di dalam. SEDAP!!

Apa pula kena mengena mukabuku, blog , flickr dan Labu? Adoiiiiii...kan, aku memang selalu begini, berkecamuk dengan topik yang saling tidak ada kena mengenapun. heh ehhh hehh..
Nah, gambar bunga labu dari flickrku, dan kalau tak tahu, bunga labu ni ada jantan betina tau, Dan, bunga labu jantan sedap di masak tau! Lebih lanjut bacalah  kat flickr , kat komen2 dalam gambar tentang bunga labu. Chowwww..Salam Jumaat semua.

Gambar bunga labu sini





Keraguan

Maaf kan aku Tuhan,
kerana sering bertanya, apa hikmahnya .
Maaf kan aku Tuhan,
kerana selalu leka dalam gelodak jiwa sendiri yang membuat aku lupa untuk berdoa.
Maafkan aku Tuhan,
kerana aku selalu sangsi akan aturan perjalanan hidup yang di rencanakan buat aku di sini.
Maafkan aku Tuhan,
kerana kerap saja mengeluh pada kepayahan yang remeh temeh.
Maafkan aku Tuhan,
kerana lupa untuk bersyukur pada anugerah Mu yang maha hebat.
Maafkan aku Tuhan,
kerana mengambil mudah pada hukum hukum yang sudah tertulis untuk kami.
Maaf kan aku Tuhan,
Kerana selalu mengabaikan tugas seorang manusia.
Maafkan lah aku yang kerdil ini
Kerana begini lemah menewaskan bisikan bisikan iblis ini.
:(

Tuesday, October 1, 2013

maafkan aku

Ampun maaf wahai sahabat.
Ramai rupanya yang mencari aku bila FB aku tutup, bila HP aku off. Maafkan, 
maafkan, baru aku tahu ramai yang ambil berat pasal aku yang kerdil ini. Terima kasih sahabat.
Selama ini aku kira kita cuma kenal mesra di alam maya, pertemuan empat mata cuma satu ilusi minda yang tipis. Ada, memang ada yang akrab di luar skrin kejung ni, ada yang mesra di alam nyata dan tidak bertegur di alam maya pun. Sejak zaman begini maju, fasa bersahabat juga menjadi lain, sahabat di alam nyata dan di alam maya, dua dunia berbeza, dan cuma 30% dari total sahabat itu bertemu di garisan keduanya, yakni kenal di alam nyata dan mesra di alam maya.
Apa yang aku merapu ni?
Aku sungguh tertekan minggu ini. Berbagai masalah datang bertindih , sehingga aku merasa sesak, lemas , dan membuat aku hilang semangat. Senyum?
yeahhhh, senyum, selalunya aku senyum pada pagi, senyum pada langit, senyum pada orang2 yang aku sendiri tidak kenal . Tapi nampaknya senyum juga sudah tidak sudi menghampiri. Kosong. Dan dalam kekalutan emosi itu aku tidak mampu berjenaka di alam maya, aku malas untuk menjawab i'm ok, don't worry. Dan aku sentap saja, off FB, Off hand phone, sepi duniaku dari alam maya...dan di situ bermulanya satu pencarian, perbincangan , bisik-bisik tentang aku. Desas desus cepat saja bertiup, dan cepat juga sampai ke cuping telinga ku. Hmmmmmmmmm... aku cuma senyum, sebab aku juga tidak mempunyai jawapan yang jelas untuk di nyatakan pada mereka. :)

Biarkan saja mereka dengan sangkaan mereka. Aku tidak punyai apa-apa tanggungjawab untuk menerangkan apa-apa. Mereka tidak nampak ketika aku jatuh, tersadung atau luka, mereka juga tidak nampak sewaktu aku bangun terkebil kebil cuba membetulkan kehidupan aku yang selerak. Biarlah aku begini saja, bertatih mencari jalan aku sendiri, melangkah dengan perlahan, walaupun sedikit goyah. 

Sombong? Bukan, jauh sekali, aku cuma tidak mahu sahabat aku terkesan dengan masalah aku, aku tidak suka menyusahkan sesiapa, terutama sekali kawan-kawan aku. Meluahkan masalah ke alam maya juga menjadi bencana bertaut yang tidak di sedari, baik aku begini saja, Berdiam , dan cuba mencari jalan sendiri.
Moga aku cepat dapat menyelesaikan semua ini. 

Aikk..Blog ini juga alam maya kan? Yeahhhhhh. Senyum tawar. Blog aku rasanya cuma aku yang baca, aku tak rasa ada pengunjung pun, dan aku tak rasa kawan-kawan aku baca blog aku, he he heee.....jadi di sini saja aku luahkan apa yang terbuku, walau cuma sekadar kiasan rasa yang tersasar dari jiwa yang hampir kontang.

Fuhh fuhh...tarik nafas dalam-dalam. hembus pelan-pelan. Istifar banyak-banyak. Dan mula langkah seterusnya...Bismillahirrahmanirrahim.