“Kampung Bertam Baru is believed have been around long before the English occupied the state of Kelantan. At that time, the administration of Bertam Baru was under the dominion of Kuala Krai. Ever since the small dominion of Ulu Kelantan was formed on the 1st of July, 1976, which later became a full scale dominion on the 1st of September, 1977 that is centred in Gua Musang, Kampung Bertam Baru was placed under the dominion of Gua Musang. A long time ago, settlements were build by the riverbanks because rivers were the main mode of transportation. There is huge river that passes through this village and it is called the Nenggiri River which is upstream from the Kelantan River .”
~From laman komuniti.
Nota perjalanan:-Stesen keretapi Tumpat • Stesen keretapi Wakaf Bharu • Stesen keretapi Pasir Mas • Stesen keretapi Tanah Merah • Stesen keretapi Kuala Krai • Stesen keretapi Dabong • Stesen keretapi Gua Musang • Stesen keretapi Merapoh • Stesen keretapi Kuala Lipis • Stesen keretapi Jerantut • Stesen keretapi Kuala Krau • Stesen keretapi Mentakab • Stesen keretapi Triang • Stesen keretapi Bahau • Stesen keretapi Gemas'
Ini adalah laluan stesyen keretapi "Stesen laluan Pantai Timur"yang telah di kemaskini. Bertam baru, atau Ulu Bertam yang aku ceritakan sebelumnya terletak di antara Stesyen Dabong dan Stesyen Gua Musang. Satu Perhentian kecil yang masih berfungsi pada waktu itu. Aku kurang pasti jika stesyen itu masih ada hari ini.
Perjalanan siang hari itu di penuhi dengan pemandangan hutan hujan khatulistiwa yang sungguh memukau. Sawah menghijau yang segar di mata, bukit bukit membiru di kejauhan, dan paling ku ingat pemandangan kampung2 terpencil di hiasi dengan deretan pokok-pokok kelapa seperti yang sering digambarkan dalam lukisan pelukis tanah air.Pengalaman memasuki terowong atau lebih di kenali sebagai 'Bukit korek' di kelantan sungguh yunik. Kami tiba-tiba saja di selubungi kegelapan yang amat sangat. Tiada lampu2 di pasang di sepanjang terowong. Tiada turbin pengalir udara juga. Phewww..pada terowong pertama aku agak berdebar dan suspen..kemudian terowong2 seterusnya menjadi gurauan pula pada kami. Ada yang sengaja mencubit kaki atau meletak kan tangan ke bahu seolah2 di kacau penumpang lain...hah, kakak dan sahabatnya juga agak lucu rupanya. Mereka terbahak bahak bila aku pura-pura menjerit kecil awww aww..jangan raba saya ha ha ha...
Kami melalui satu perkampungan yang di namakan Temangan dan Bukit besi. Temangan? Aku seolah terkedu, itu adalah kampung tempat aku di lahirkan!! Dan aku tidak pernah menjejak kan kaki ke sana..hu hu hu..Bukit besi pula adalah satru bandar lama yang dahulunya di huni oleh orang-orang jepun bagi melombong bijih besi. Arwah bapa pernah bekerja dengan mereka..aku ingat cerita ibu..hmmmm...Apa yang dapat aku lihat dari keretapi cuma pokok pokok rendang, rumput memanjang dan rumah-rumah usang yang terbiar. Mungkin suatu waktu dulu situasinya berbeza. Aku berangan untuk meneroka tempat itu pula suatu hari nanti, mengorek sejarah silam yang mungkin menyimpan seribu rahsia...
Keretapi kami berhenti di semua stesyen, kecil, besar, sederhana, dan penumpang silih berganti naik dan turun. Selepas begitu banyak terowong dan jambatan kecil kami lalui, akhirnya kami sampai ke destinasi kami. Bertam baru, terbentang tulisan di stesyen tersebut. "Here we are!" kata kakak".
Sempat posing dulu satu! ;p jalan jalan di kampung. Gambar courtesy dr laman komunity. |
Wahhhh. Akhirnya kami sampai jua. Sebuah stesyen yang agak usang menyambut kami. Aku membayangkan satu perkampungan kecil seolah olah perkampungan orang asli, hah, ini lah penangan banyak sangat menonton TV!!
Bertam Baru adalah sebuah kampung yang cantik, bersih, dan mendamaikan. Benda pertama yang menyambut kami adalah jalan jalan penghubung dari stesyen keretapi dan ke semua arah, sekolah, klinik desa, rumah rehat/tumpangan, pasar dan ke sungai juga, semuanya berturap simen dengan cantik! Meleset sekali image yang terpampang dalam perasangka ku!
Ada sekeluarga biri-biri menyambut kami di stesyen, dan aku yang selalu 'keluar dari tujuan utama' segera ingin mendapatkan anak biri biri yang sungguh cumel itu.Aku letak beg di jalan dan yeahhhhh..meh meh sini sicumel! Bila dihampiri dua ekor anak biri biri itu lari sembunyi ke bawah wakaf kecil. Hmmm..mau lari ya? aku cuba juga merangkak ke bawah wakaf/pondok itu bagi mendapatkan nya. Tiba tiba aku dengar gelak-gelak kecil dibelakang..bila menoleh wahhhh..terkejut aku, lebih kurang 5 - 6 orang kanak2 dalam lingkungan 7-8 tahun dengan mata bersinar sinar menggelak kan aku. Grrrrrrr....aku tunjuk muka garang, bertempiaran mereka lari sambil tertawa.Haaa...tau takut. he he he. Jum jum..kakak mengarah kami bergerak. baru beberapa langkah kami di hidang pula dengan petikan gitar sekumpulan remaja yang sedang bersantai di pondok pinggir jalan.
'Oh fatimah..gadis ayu" grenggg! grenggg! (bunyi petik gitar kapak)
mereka menyanyi..hah, lagu untuk kakak ku tu ..ada peminat rupanya.
"baru balik cikgu?" mereka bertanya sambil mengusik. Peramah penduduk disini.
"iyaaaa" jawab kaka dan kawannya sengaja memanjangkan sebutan.
"tu siapa?" tanya mereka lagi
"hmmm..adik adik cikgu, jangan nak kacau"...jawab kakak.
"alaaa..sikit boleh laaa.." jawab mereka tertawa. Kakak gelak saja.
Di pendek kan kisah, kami tinggal di sana lebih kurang 2 minggu. Rumah guru yang didirikan dari kayu tempatan agak selesa. Bekalan air agak terhad, kalau tak silap ada jangka waktu tetentu dalam sehari bekalan di salurkan. Jadi setiap rumah akan mempunyai tong-tong drum yang besar yang di ubahsuai untuk menyimpan air. Mandi waktu subuh adalah satu masalah bagi mereka yang tak tahan sejuk...fuhhhh..sejuk macam ais! Tapi bagi mereka yang pernah tinggal di pendalaman negeri Sabah, mungkin ini satu perkara biasa saja.
Bekalan letrik juga di salurkan dari penjana utama secara berperingkat. Rasanya letrik cuma berfungsi dari pukul 7 pagi hingga 9 malam. TV? aku tidak ingat jika ada TV. Malam kami di penuhi dengan undangan makan malam oleh orang2 kampung. Sungguh peramah dan pemurah! Sungguh. Dua minggu tidak dapat kami penuhi dan berkenalan dengan semuanya, tapi rata rata mereka begitu menghormati guru-guru yang sanggup tinggal di sana bagi mendidik anak-anak mereka. Perhatian mereka begitu memberi kesan pada aku dan Siti yang cuma datang sebagai tetamu ...
Oh sungai. Ada sehari bekalan air terputus terus. Kami mengambil option seperti penduduk lain untuk mandi di sungai saja. Wahhhhh...ada anak2 tangga berturap dari jalan sampai ke gigi air! Aku kagum sekali. Kami sebenarnya segan untuk mandi secara 'live' di situ kerana terus saja kami di ekori oleh anak anak kecil yang mungkin mengganggap kami ini alien! Aduh...lalu aku dan Siti duduk di pelantar kayu dengan sopan mandi menggunakan gayung ! hah hah...budak2 mentertawakan kami. Ada mengajak kami terjun ke sungai sambil menggayakan somersault aka terjun tiruk dengan penuh yakin. Ada juga mengajak kami naik perahu...wow wow..mereka mempamirkan gaya hidup kampung yang yunik sekali. Ada seorang budak lelaki mungkin baru 9 tahun mendayung perahu sambil menunjuk kan kami seekor udang galah gergasi, hasil tangkapan hari itu agaknya.
Dari sungai itu juga ada 'perahu tambang' yang boleh membawa kita ke kampung Limau Kasturi. Aku ada terlihat stesyen Limau Kasturi juga tertera dalam perjalan ke Gua Musang, mungkin pengangkutan sungai dan keretapi adalah pengangkutan utama di situ.
Dan di kampung ini jua sepupuku Siti bertemu dengan buah hatinya untuk pertama kali, mungkin dia patut menulis blognya sendiri tentang waktu-waktu manis mereka...cewaahhh. Tidak sia-siakan perjalanan kami jauh ke sini. Siti dan sidia selamat di ijab Qabul sewaktu aku melanjutkan pelajaran nun jauh di negara orang. Mereka bahagia sampai ke hari ini. he heh.
Satu perkara yang paling aku ingat bila bersembang dengan kanak-kanak di situ, majoriti dari mereka tidak pernah menjejak kan kaki ke Kota Bharu. Sebahagian besar tidak pernah melihat kereta atau bas dan lori! Mereka cuma kenal pelbagai kenderaan dari gambar-gambar dalam buku. Mereka keluar ke bandar paling dekat adalah pekan Gua Musang, dengan menaiki keretapi.Di kampung mereka kebanyakan penduduk menggunakan motosikal atau jalan kaki sahaja. Sunyi dan nyaman sekali kampung Bertam baru dalam ingatanku.
Tepi sungai |
'Perahu tambang ' |
Sayang sekali waktu itu belum ada kamera digital canggih seperti sekarang, kalau tidak tentu banyak kenangan dapat di rakamkan. Ini cuma sebahagian yang ada terselamat dari dimakan anai-anai...huhuhu...
Jika anda adalah anak kecil yang aku kendong di pinggi sungai itu (part 1), sila berhubung di sini. Aku ingin sekali mendenagr cerita terbaru dari sana. Anak itu sudah menjadi remaja sekarang ini. Namapun ku tidak ingat, dia cuma seorang 'adik' kepada salah seorang murid kakakku. Setiap hari murid itu mengendongnya ke hulu kehilir sebaik tamat waktu sekolah. Anak kecil itu menjadi mesra dengan ku dan bila terluang, aku mengendung nya , memberi ruang pada kakaknya menikmati zaman kecilnya seperti anak2 lain. Semuga mereka semua menjadi insan dewasa yang sempurna.suatu hari, aku ingin melawati kampung ini semula. wassalam. ;)
Saya ucapkan tahniah kerana dah sampai ke kampung saya Bertam Baru dan telah berusaha menulis mengenainya. Saya berharap ianya bukan lawatan kali pertama dan terakhir ke tempat itu. Tidak dapat dinafikan, tulisan tersebut juga mengingatkan saya kembali kepada tanah tumpah darah saya yang telah lama saya tidak lawati. Sekali lagi terima kasih. Prof.Dr.Kamaruzzaman Seman, Fakulti Sains dan Teknologi USIM BAndar BAru Nilai NS.
ReplyDeleteTerima kaseh Prof, kerana singgah di Blog saya, sudah lama saya tidak menjenguk Blog saya...saya suka Bertam, dan memang berniat untuk menjenguknya kembali suatu hari nanti..
ReplyDeleteTerima kaseh sekali lagi