Cuti akhir tahun, sempena sambutan Christmas dan Tahun baru, kami berpeluang balik kampung. Sudah agak lama tidak menjenguk emak. Rasa bersalah menusuk-nusuk ke hati. Kebetulan anak pertama ku mengikuti kakak balik ke Kelantan, jadi mahu tidak, kami mesti pulang mengambil nya sebelum sesi persekolan bermula.
Musim Tengkujuh sedang melanda Pantai Timur, seluruh alam begitu suram, lembab dan hujan berpanjangan. Tidak banyak aktiviti rekreasi luar dapat di buat di musim-musim begini. Kami banyak menghabiskan masa bersembang dan memasak, yeahhh, makan dan makan lagi.
Orang dulu-dulu suka makan Ubi Kayu rebus bersama kopi 'O' bila tiba musim hujan. Sambil duduk di pangkin terbuka mengadap laman, sambil memerhati rintik rintik Hujan, sambil membuat perkiraan sendiri tentang banjir yang mungkin melanda...Pelbagai kesah2 menarik selalu di perdengarkan bila musim tengkujuh tiba,.maklum tidak dapat berlari riang di padang, anak2 di hiburkan denga cerita-cerita dongeng secara turun temurun. Paling seronok jika ade kawan untuk bermain congkak atau batu serembang. (main slambuk-org kelantan kata)
Aku sejenak mengelamun di jendela sambil terkenang waktu2 kecil dulu. Kemudian aku intai anak-anak ku, ahhh..mereka dan sepupunya leka di depan komputer, bermain game maya dalam talian dengan kawan maya dr penjuru dunia yang lain..Begitu berbeza sekali zaman kanak kanak kami. ;)
Musim banjir suatu waktu dulu di depan rumah. |
Merasa agak bosan, aku menggeledah almari lama. Penuh habuk dan cebisan cebisan kertas seolah di landa serombongan tikus. hmmmm..agak lama tidak di buka almari ni agaknya. Disitu tersusun album album lama kami...agak lembab dan berbau hapak. Satu demi satu aku belek, pelbagai kenangan menerpa ke ruang fikiran, membuat aku tersenyum senyum sendiri. Tiba-tiba sekeping gambar aku mendokong seorang bayi terjatuh ke lantai. Aku renung gambar itu cuba mengingati dimana dan bila dia di ambil..Aku berdiri di pelantar kayu yang agak usang di tebing sungai dengan perahu-perahu kecil di belakang...
Ulu Bertam!
Ya. aku masih ingat tempat itu. Sungai itu adalah transit untuk orang-orang yang ingin ke Kg Limau Kasturi. Menurut penduduk, dalam 2 jam perjalanan melalui sungai baru sampai ke sekolah di kampung itu. Aku teringat sebuah drama TV yang berjodol 'Cikgu Limau Kasturi'...yes, drama itu memaparkan kehidupan sebenar kehidupan jauh nun di pendalaman. Apa yang aku buat di tempat 'jin bertendang' sana? Anak siapa di dalam gambar yang aku dukung itu..?? ;D Kisah nya bermula begini....jeng jeng jeng...
(Music....he he, cuba bayangkan, aku sedang bersandar di wakaf merenung titik titik hujan petang sambil mengimbau kenangan lama...)
Gambar gambar dalam album itu terus membawa aku jauh ke zaman remaja. Aku ingat kakak mendapat tawaran/posting menjadi guru di sekolah Bertam baru, kami semua terpinga-pinga, di mana kah kampung itu? Masa tu tak ada google untuk kami cari peta atau lokasi..he he. waktu itu aku masih berada di asrama, jadi persediaan kakak dan mak untuk memulakan satu langkah ke alam pekerjaan tidak dapat aku selami. Dengar cerita masa tu tak ada jalan raya untuk sampai ke kampung tersebut. Kenderaan yang boleh sampai ke situ hanyalah dengan keretapi atau motorsikal..itupun mungkin model scrambler sahaja.Bunyi begitu tersorok dan jauh kawasan itu...risau juga rasanya bila kakak menerima tawaran tersebut. Setahun kemudian bila berpeluang bertanya, kakak gembira di sana. Alhamdulillah. 2 minggu sekali kakak balik menjenguk emak.
Cuti semesta.
Bosan kan tinggal di rumah saja. Tiba-tiba aku teruja mengajukan pada emak untuk cuba naik keretapi. Aku sebenarnya tidak pernah naik keretapi..Ohhhh..malunya nak cerita kat orang hahaha...mak kata, pergilah ke Tumpat dengan abang, naik keretapi sampai wakaf Baru, nanti abang ambil lah kat stesyen tu balik semula...eeiii...pergi Tumpat semata-mata nak naik keretapi..macam tak best lah pulak. Hujung minggu itu aku berpeluang jumpa kakak! Wahhh...aku sungguh seronok, kakak kata perjalanan untuk ke tempat dia mengajar kena naik keretapi dari Wakaf Baru , melalui 7 'bukit korek' , beberapa stesyen tempatan baru sampai. Phewww...bersinar sinar mata ku , 7 bukit korek? ini peluang keemasan, aku mesti ikut kakak balik nanti.Mesti!
Keinginan aku di suarakan pada sepupuku Siti, (bukan nama sebenar). Siti juga amat teruja kerana dia seperti aku, belum pernah naik keretapi!! Justeru dia serta merta ingin ikut bersama...seronok!! Aku cuba bayangkan bagaimana rasanya naik keretapi, melalui hutan2 yang hijau segar, bukit bukit batu kapur, melintasi sungai..agaknya masa itu aku tertidur dalam senyuman...;D
Ada ke orang seronok jumpa jalan keretapi?
Ishhh...darak ngat aku dulu!
gambar yang membawa kenangan...
Tiba hari yang di tunggu, aku, siti dan kakak bertolak ke Stesyen wakaf baru. Aku terlupa samada ibu turut ikut atau tidak..huhuhu memori ini sudah agak usang seperti gambar dalam tanganku juga…Disna aku dapat melihat pelbagai ragam orang yang sedang menunggu keretapi. Ada yang membawa gulungan tikar mengkuang, ada yang membawa raga berisi ubi, ada keluarga yang berpakaian usang dan comot, ada juga jejaka-jejaka stylo dengan kaca mata hitam.
"Assalamualaikum"
Aku menoleh, seorang yang tinggi berwajah manis menyapa. Siapa kah ini.
"Waalaikummusslam", jawab ku sambil menyambut huluran salam.
"Kakak mana?" Tanya gadis itu…oh kawan kakak agaknya, fikirku.
"Kakak ke kedai sana," menjawab sambil menunjuk lokasi deretan rumah kedai lama bersebelahan stesyen itu.
"beli air ", tambah ku lagi. Dia mengangguk ngangguk. Sambil tu aku perkenalkan Siti padanya juga.
"wah!! Meriah lah tempat kami nanti" usik gadis itu lagi. Kami tersenyum.
Sebentar kakak kembali bersama bungkusan Nescafe tarik kegemaran ku, tea untuk Siti dan air untuk kakak dan sahabatnya juga.
"dah berkenalan?" Tanya kakak. "sudah", jawab kami serentak, dan ketawa. Mesra.
Cuaca agak panas. Terasa melekat2 dah baju kat badan ku. Ku cuba meninjau sekeliling, mereka yang lain kelihatan sangat Cool...ishhh..aku sorang jer ke rasa macam rimas nim. Getus hati kecil sendiri. Dari jauh terdengat tuuuttttt!! tuuttttttt! kccceh keciihhh kecihhhh!. yeahhhh!! Keretapi yang kami tunggu sudah menghampiri. Gembira sakan perasaan ku, aku cubit Siti, dia tersengih-sengih juga, teruja barangkali., he heh.
Dengan penuh keterujaan aku naik keretapi..wahhhhh ramai sungguh penumpang. Sampai ramai yang berdiri, hingga ke tangga pun ada. Dari warga emas sehingga anak kecil, semua bersesak-sesak. Kanak-kanak sekolah berunifom juga ada. Sikap aku yang suka memerhati keadaan sekeliling mungkin mengundang perasaan kurang senang pada sesetengah orang, ada satu pakcik mengangkat kening pada ku, seolah bertanya " ada masalah?".aku tersenyum dan cuba seboleh mungkin untuk berlagak selamba…. ..hu hu.
Ini pertama kali aku naik kertetapi, mesti lah aku ingin melihat semuanya. Keretapi itu sudah agak usang pada pendapat ku..tempat duduk nya agak lusuh dengan besi-besi untuk berpegang sudah terkopek dan berkarat sana sini. Tiba tiba terasa macam aku di India pulak...naik keretapi sambil gelek-gelek ikut irama Hindi...huwaaaa...mata ku cuba mencuri pandang sana sini kut kut ada Shah Rukh Khan look alike ker ha hah.
Agak lama keretapi ni berhenti di sini. Ada remaja naik membawa bungkusan2 air minuman dalam plastik yang di ikat getah siap siap dan melaungkan 'air! air! dengan suara nyaring. Ada juga makcik menjungjung tikar mengkuang naik sambil berteriak tikar! tikar! muroh! muroh!, di ikuti dengan lelaki separuh umur yang menjual kacang rebus dan jagung rebus yang digaul kelapa parut...semuanya berulang ulang menyebut bahan jualan mereka dalam dialek kelantan yang agak pekat. Mereka segera turun bila wisel nyaring berbunyi, menandakan perjalanan akan bermula.Fuhhh..akhirnya, aku dan siti berpandangan sambil tersenyum, perlahan-lahan keretapi bergerak meninggalkan stesyen Wakaf baru......menuju ke satu destinasi yang samar-samar dalam pemikiranku......
_bersambung. Part II. _
No comments:
Post a Comment