salam to All.


Sunday, June 30, 2013

ride of silence


1) Cafe Latte n Cream Cheese Bagel.

Jun4, 2013. Hari ini aku mengambil cuti. Ada sedikit urusan yang perlu di uruskan sendiri. Ini merupakan kali pertama aku ke airport sendirian. Pada awalnya teragak-agak juga untuk menaiki bus di KLcentral ke lcct. Namun aku kuatkan semangat, dengan agak berdebar aku memulakan langkah. Bas sudah agak penuh juga semasa aku naik, dan tertinjau-tinjau mencari tempat kosong, ahhh, lega masih ada ruang kosong di belakang. Aku duduk sambil meninjau keliling, kebanyakan penumpang adalah pelancung asing yang mungkin ingin kembali ke negara masing-masing atau pun meneruskan percutian ke negara lain pula.


Sendirian menaiki kenderaan awam membuka satu pengalaman yang tidak akan pernah sama. 'Anyone sitting here?' Satu suara menyapa. Aku mengangkat muka, pandanganku di sambut mesra pada satu wajah yang tersenyum. Manis! Spontan perkataan itu datang. 'Nope' sambut ku membalas senyum. Dia duduk, semerbak wangian lelaki singgah pada deria bauku, segar sekali. Aku jeling sekilas padanya , tingginya, kepalaku hanya sampai ke paras bahu. Tempat duduk seakan sempit bila dia melabuhkan punggungnya. Aku yang bukan lagi berukuran xs tidak dapat mengelak dari bersentuh dengan lengan di sebelah.. arghhh.. agak awkward pula rasanya. Jalan yang bengkang bengkok tidak menolong langsung.. 'nak sapa ke tidak ni'.. fikirku dalam hati. Satu jam agak lama untuk terus berdiam diri..dalam mencari idea untuk berbual mengisi masa aku leka dengan pemandangan menghijau di luar tingkap. Terasa lenganku agak berat bila dia bersandar, aku menoleh, oh, sudah tertidur rupanya... aku cuma senyum memandangnya, jeans yang agak lusuh membalut sepasang kaki yang panjang, dengan kasut converse hitam agak biasa. Cuma kemeja biru mudanya berpotongan moden, agak sederhana ala k-pop kegemaran anak muda sekarang, dibiar polos menjadikanya santai tapi bergaya... aku dan dia ibarat cafe latte dan creame cheese bagel... . Sejam yang bisu itu berakhir tenang saja. Sampai ke destinasi, dia senyum, dan kami membawa haluan masing-masing. Mungkin dia terkejar-kejar penerbangan nya. Aku? aku cukup masa untuk menikmati hidangan ini dulu.. tenggelam dalam anganku sendiri.



KLcentral yang agak kosong sewaktu aku sampai. Menaiki tren transit ringan sudah menjadi rutin harian bagiku sekarang.



*bersambung*

No comments:

Post a Comment