Lidah kampung ku….
Bagi mereka yang bersungguh sungguh ingin mencari keredhaan Ramadhan, 10 malam terakhir ini menjadi kemuncak untuk memertabadkan amalan dan mencari keampunan dariNya. Pemburuan malam misteri yang penuh keistimewaan yang telah di janjikan ganjaran beribu kali darjat menjadi satu kemestian bagi proses penyucian jiwa mereka yang bertakwa. Bagi sesetengah golongan pula, tidak ada perbezaan samada Ramadhan atau bulan bulan lain dalam setahun. Siang Cuma berpuasa kerana mengikut tradisi orang2 di sekeliling, malam pula di penuhi dengan jamuan2 mewah bagi membalas dendam berlapar sepanjang hari….semuga kita semua di sinarai cahaya Hidayah dari Yang Esa dan di jauhi dari segala kemungkaran dunia. 
****************
Saya ingin berkongsi disini mengenai cita rasa saya sebagai anak kampung. Hidup di Bandar besar dan moden mendedahkan kita pada kepelbagaian makanan yang sungguh istimewa. Barat , Timur Tengah, Jepun, Cina, malah makanan Malaysia 
Tak kala kawan kawan berselera menyantap red velvet dan cappuccino cheesecake, saya pula teringatkan sambal belacan, Ohhh! sungguh tak Vogue kata my friend! ;) 
Teringat ketika saya bersama seorang kawan mat saleh sedang minum kopi di piazza Galileo di Roma, Italy, Saya bercerita padanya tentang seorang sahabat yang menjual kopi di kampung. Serbuk kopi yang di gereng dan di mesin sendiri oleh mak nya, aroma nya sungguh membangkit selera dan rindu untuk kembali ke Tanah air…’amazing’ kata kawan berhidung belatuk saya. Dia Cuma tahu kopi yang di import dari Brazil 
Panjang pula celoteh kali ini…baiklah, menu apa hari ini ya, bagi memberikan lidah kampung saya kepuasan..hrmmmm….
Mungkin sambal mangga udang kering untuk membangkit selera berbuka puasa...;)
*Sambal mangga udang kering/udang geragau
Bahan Bahan.
3 biji mangga muda. (pauh ringan org kelantan panggil)
kupas dan di cincang halus
segenggam kecil udang kering, rendam air panas biar lembut, Toskan.
*Atau udang geragau/udang baring
segenggam kecil cili padi 
garam secukup rasa
sedikit gula
sebiji limau nipis.
Tumbuk cili, garam, gula sehingga halus, masukkan mangga dan tumbuk sehingga mesra, masukkan udang, tumbuk sebentar sehingga mesra. perah kan air limau nipis dan hidangkan. Hrmmmmmm.....di cecah ikan kembung bakar. 
| sambal mangga udang kering. | 
*Sambal belacan mangga.
Bahan Bahan.
3 biji mangga muda. (pauh ringan org kelantan panggil)
kupas dan di cincang halus
2cm belacan. (terasi org Bugis panggil) 
segenggam kecil cili padi 
garam secukup rasa
sedikit gula
sebiji bawang merah di bakar
sebiji bawang putih di bakar.
sebiji limau nipis.
Tumbuk semua bahan di dalam Lesung Batu sehingga halus. 
Tambahkan perahan airlimau nipis. Hidangkan.
Enak di makan bersama ulam ulam kampung. dan nasi panas panas...;))
Antara masakan kampung yang selalu saya cari bila balik kampung...
| Sambal mangga ikan tawar. Resepi seperti mangga udang, cuma udang di ganti dengan isi ikan yang di bakar. | 
| Sambal belacan. | 
| Jeruk Petai dan balang balang Tempoyak di Dapur Mak... | 
| Pulut dimakan dengan kelapa parut , ikan masin, dan ikan bilis goreng asam. | 
| Nasi lemak daun pisang dengan sambal tempe...yum yum yum.. Sekian Buat Kali ini. Mungkin lepas kerja nanti saya boleh mengintai masakan lain pula...;p Wasslam. | 
 
emmm besttttt....
ReplyDeletehe he he
ReplyDelete