"I still find each day too short for all the thoughts I want to think, all the walks I want to take, all the books I want to read, and all the friends I want to see." ~John Burroughs
salam to All.
Friday, September 27, 2013
Kau nyawa ku
di setiap denyut nadi
ada nama mu
di setiap hembus nafas,
ada suara mu
di setiap kerdip mata
ada wajah mu,
Bagaimana lagi harus ku coba
meyakinkan bahawa kita adalah satu
Dalam Dua jasad yang terpisah.
Jika langkah ini payah
tangan mu memimpin mesra
jika hidup ini lelah
semangat mu membakar semula
jika malam ini suram
rindu mu menerangi kelam
jika resah ini bergulung
senyum mu membelai manja
Bagaimana harus bisa ku lepaskan
sebuah tulus yang kau hulur
Yang sudah sebati dalam diri ini.
Jika ini Takdir
Merampas mu dari hatiku,
akan terhenti lah detik jantung ku
dan beakhirlah hidupku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment