salam to All.


Sunday, September 29, 2013

Mencari sesuatu yang hilang


Wahai hati,
mengapakah begitu pedih
gurisan luka yang terbekas
masih berdarah, merah dan basah
bukankah sudah di balut kemas kemas
disapu ubat penahan sakit
dipujuk agar bertahan
kerana waktu akan sentiasa bisa menyembuhkan
kata mereka.
Wahai rasa,
Mengapa masih ada derita
sensara jiwa yang berat tidak tergalas
oleh kedua bahu ini
kerana ciptaan seorang perempuan itu bukankah lemah
untuk di lindungi
untuk di sayangi
bukan untuk menanggung bebanan kehidupan yang payah
Dari sebuah perjalanan yang goyah.
Wahai rindu,
Mengapa masih lagi keliru,
sedang mimpi itu sudah lama ranap
dalam bait bait janji palsu sekian lama
yang terhimpun menjadi sebuah dendam
dalam sisa hidup yang tinggal cuma sejengkal,
sementara Izrail semakin hampir
mampukah berdiam dan memaafkan,
sebelum semuanya terhenti,
dan segalanya tidak beerti lagi.
Hati, rasa, rindu,
berdamailah dengan waktu.
kerana yang akan tinggal di sini cuma jasad yang kaku.



No comments:

Post a Comment