Roma, atau Rome, sebuah Bandar terkenal yang terletak di Italy. Waktu dulu memang pernah berangan untuk menjejaki bumi Italy, terutama bila menonton filem-filem hebat dan romantik yang back ground settingnya berkisarkan bandar-bandar di Italy. Peluang untuk melawati sambil belajar mengenai kisah-kisah sejarah dan architecture peninggalan kaum Roman tidak saya lepaskan. Beberapa bulan sebelumnya saya baru balik dari Bologna sebenarnya, poket sudah kering, memang dari segi kemampuan kewangan saya tidak mampu. Tetapi saya cuba memohon surat kepada Pihak penaja pelajaran saya tentang 'study tour' yang di anjurkan oleh fakulti masa tu, sekiranya mereka approved untuk saya pergi, sekurang-kurangnya untuk mengganti balik tambang flight dari London ke Romepun saya sudah lega. Penantian yang membuat saya tak senang duduk.
Setelah mendapat surat sokongan dari Universiti, pihak Mara bersetuju, menaja tiket perjalanan pergi dan balik, dengan kos penginapan sekadar 5P semalam. (pound sterling) . Duit dari Mara akan saya dapat bila saya membuat claimed terperinci balik nanti, Jadi untuk bekalan sara diri, saya membuat pinjaman di bawah 'student loan' dari Lloyds Bank. Claimed dari pihak Mara nanti akan digunakan untuk membayar hutang Bank, dan selebihnya kena lah pandai-pandai saya ikat perut...fuhhh..hidup sebagai pelajar memang sentiasa tidak berwang. Beruntung nya kalau menjadi anak jutawan...satu impian kosong yang sering saya angankan. he he..5 pound semalam? Hotel jenis apa yang boleh saya duduk?..kadang-kadang pihak atasan tidak mempunyai rational dan logik, tapi tak kisah lah..saya ikut jer dulu, pasal duit kita usaha kemudian.
Sewaktu Lawatan 10 hari ke Rome, kebetulan di bulan puasa. Waktu itu di sana penghujung musim bunga. Cuaca masih sejuk, dengan matahari agak terik di siang hari. Meronda sekitar bandar banyak di lakukan dengan berjalan kaki sahaja. Bayangkan, bekalan meggi dan roti yang menjadi alas perut. Sebagai musafir, saya dan rakan Muslim saya cuba berpuasa juga untuk hari pertama di sana, dan ternyata, cuaca sejuk dengan makanan yang kurang membuat kami lemah. Hari2 seterusnya kami tidak berpuasa, bertekad menggantinya semula selepas hari raya nanti. Begitu banyak gerai pizza tepi jalan yang sungguh menyelerakan, tapi cuma perisa potato & cheese dan pomodoro and cheese (cheese dan tomato) yang kami makan, yang lain -lain kebanyakan nya mengandungi daging yang sudah pasti tidak halal. Kami mencuba juga makanan vegetarian di kedai, yang begitu tasteless...urghhhh. Makan Roti bersapu butter, dan sambal daging (serunding) yang saya bawa menjadi hidangan yang lazat masa tu. Di tambah pula slice of sweet tomato and cheese, Walllaaa, ...tapi bila setiap hari menjamah makanan yang sama, rasa payah juga nak menelannya...huhuhu..Sepanjang 10 hari, banyak pemandangan yang dinikmati, ramai orang yang di temui, pelbagai kesan sejarah yang di pelajari, beribu pengalamanan yang di lalui, yang sudah semestinya tidak dapat di nilai dengan duit, matawang termahal duniapun tidak dapat membeli pengalaman itu. Go on frens, Go travel to the foreign countries, meet the unknown, see the unseen, feel the magic touch of our beautiful world ....than keep the memories to be cherished in the old days...
Lawatan ke Rome agak di cemari dengan pendatang terutama kanak-kanak yang menerpa ke arah tourist meminta sedekah. Ada waktu saya di serbu ramai-ramai, dan mereka mengambil kesempatan mencuri barang dengan meraba-raba beg anda juga...
bertemu lagi di siri perjalanan yang lain pula. ;))
Bergambar kenangan kat depan side entrance ke runtuhan sejarah...
Banyak tempat nak jelajah, rasa macam tak cukup 24 jam sehari.
Anda boleh melihat pelbagai tempat di tautan ini.
Bersama Jamie berhampiran Piazza de Phanteon. |
Tempat tempat yang wajib di lawati..;)
The famous Roman pillar Ruins. |
Entry to the Rome Museum. |
Jalan jalan cari pasal..;) |
Street's cafe yang mengoyak kan poket student time tu huhu..
"Trinità dei Monti" , Spanish steps, selepas hujan. and it is an ideal departure point for the famous and fashionable Via Condotti. Cuma saya tidak ada budget untuk shopping..huhu |
Rasanya cukuplah dulu gambar-gambar nya, banyak sangat, dan line pulak semput semacam, see u all on my next 'trip'!
Hello, Ojie!
ReplyDeleteThanks for visiting and congratulations on your blog!
I really enjoyed your blog!
Congratulations, it's very beautiful! Have a nice week!
Greetings from Brasil!
Hi, Ojie!
ReplyDeleteThank you very much for follow-me!
I'm also here! I am your new follower ... No. 29 ...
Warm regards!
Take care!
Dear Clark, Hallo hallo!
ReplyDeletethanks for visiting! and thanks for being here, following this, tho i'm not sure you will understand most of my stories...;) cheers.
Hi, Dear Friend!
ReplyDeleteHow are you? Wow... Finally Saturday again!
So, have a great day!
A big hug from Brazil!