salam to All.


Sunday, March 4, 2012

Pulut Kuning...

for no occasion. ;))


Hari nim terasa boring pulak. Hari minggu, hubby masih di KK, kita kat umah mati kutu...nak ronda-ronda pun anak nak periksa dah..konon paksa dia ulangkaji, tapi last last banyak main psp dari baca buku. Budak-budak....nak strict sangat pun bukan dia dapat absorb bila baca secara terpaksa. 
Bila nak pergi beli barang untuk masak sesaja tanya, kita nak makan apa hari nim?...
"kita makan pulut kuning ma, macam yang orang kawin tu"..jawab Irfan. Pulut kuning? oklah...jawab ku, "dengan kari ayam ok ?". dia mengangguk.  Maka bermulalah pengalaman pertama nak buat pulut kuning...ishhhh tau ke nih? Selama nim ada jugak tengok orang kat kampung buat untuk 'pulut semangat' masa kenduri kawin, tengok dari jauh jerlah...orang-orang yang dah veteran di kampung tak suka kita menyibuk masa dia orang nak buat kerja. Pulut yang di bentuk cantik di letak atas lapik tembaga atau Dulang berkaki dan di cucuk dengan bunga telur/bunga pahar  membentuk satu gubahan yang unik sekali, dengan telur bergantungan dari 'batang' pokok tersebut. sekarang payah nak jumpa orang buat lagi...di kampung pun kadang-kadang bunga telur yang dah siap di beli dari kedai jer jadi perhiasan pengantin. Kat bandar pulak ada pulut kuning tingkat-tingkat menggantikan kek kawen, dan harganya..fuhhhhh, terbeliak mata makkk.


Beli pulut 2kg, sebenarnya tak tau nak agak banyak mana bila dah masak....beli kelapa parut 2 biji. rempah kari dan lain2 semua dah ada. oh ya, kunyit hidup...saya tak berapa gemar pakai pewarna kuning dan kunyit debu segera, semacam baunya, Nasib kedai runcit depan rumah ada jual kunyit hidup. Hmmm..nak telefon mak tanya cara membuat pulut kuning atau tidak..atau main redah ajer..;)) 


Balik terus saja rendam pulut, kalau tak silap mak selalu rendam pulut untuk buat tapai pulut 2 jam, agaknya samalah tu.   Tapi kalau anak nak makan cepat satu jam cukup tak? Lantak laaaa....1 Jam saja masa untuk rendam yg ada nim. Proses mengukus pulut ni makan masa lama jugak...hmmm mungkin sempat untuk lunch.
Sementara rendam pulut mula masak kari dulu. Tengok dalam peti ada lagi sambal tumis ala jawa semalam..hmmm..ok jugak nim. 
Kari seperti biasa saja. Santan saya bahagi dua, separuh untuk masak kari, separuh lagi untuk pulut. Siapppp masak kari...konon-konon dah expert la masak kari ayam, daging, ikan segala kari lah..,...(perasan!)..he he


Sekali bila tengok pengukus..ehhh..bahagian dalam nya besar-besar la lubang..tak ada daun pandan nak carik-carik buat alas...aduhaiiii, camana ni? Ternampak tapis aluminium berjaring halus ku, bila di letak dalam tempat mengukus, terlebih tinggi pulak..aku cuba tekan2 bagi penyet ha ha ha..wokeh,ngam untuk letak penutup dah, lalu saya kukus pulut, siap beratkan penutup dengan lesung batu lagi...aduuhhhh...selepas satu jam lebih, air hampir mengering..saya keluarkan pulut dan menggaulkannya dengan santan pekat, atau 'kepala santan', garam dan sedikit gula. Anak yang teringin pulut manis sedikit..entah mana dia pernah makan yang manis saya tak pasti.  Kemudian dikukus kembali. saya tak pasti proses mengukus dua kali ni, saya cuma mengagak proses ini seperti membuat nasi dagang....warna pulut pun tidak la kuning cantik seperti menggunakan pewarna...kuning dari kunyit hidup yang saya ketuk dan letak semasa merendam beras tu macam kuning manja gitu..he heh.
Selepas 1 jam ,saya angkat, pulut dah masak dan lembut..wahhhh..menjadi nih! Saya gaul kan lagi lebihan santan pekat dan sedikit garam (to taste) ..dan uihhh..Terasa lenguh amat bahu dan lengan nih..tak sangka pulak menggaul pulut dengan menggunakan senduk kayu ni memenatkan.. hu hu hu...Pulut dah ok, Saya goreng telur dadar pulak, untuk hiasan, macam orang dulu dulu...Wallaaaa....dah boleh di nikmati bersama kari ayam, dan sambal tumis juga. MMuah! Oh ya, pinggan jiran bagi jajan masih ada dengan saya, okey, kira rezeki jiran la ni, saya pulangkan dengan pulut kuning dan kari...dia tanya ada occasion apa ni?...tersengih-sengih saya.."tak ada apa, anak ni ha nak makan pulut."  ;p


Tadaaaaa!! Pulut kuning pertamaku, lazatttt1 ;)
Semalam teringin nak makan Prawn mee...versi tak pedas demi anak..makdia kena ada extra sambal..;)



No comments:

Post a Comment