salam to All.


Tuesday, March 20, 2012

Abah buat lagi...;)




“Makkkk! Busuk nya!! Terdengar jeritan Abang dari dapur. Ibu yang sedang melipat kain di tingkat atas segera turun. Apa pula yang terjadi?
Ibu juga memicit hidung bila sampai ke dapur. Fuhh, bau apa ni? Mencucuk hidung dan terbatuk-batuk ibu. Keluar Abang..cepat!!, bau ni entah-entah merbahaya. Cepat Abang keluar dari dapur, membuka cermin pintu dan menarik nafas panjang-panjang. Ibu kehairanan, ingatkan si kucing 5 ekor tu buat hal lagi, tunjuk perasaan ke.apa ke,.mana tau kan. Tapi bau ni sungguh berlainan. Seperti bertoksid pun ada. Kipas di lajukan, tingkap, pintu semua di buka luas-luas. Ibu tarik nafas..di mana nak mula menyiasat ni?
“Abah mana?” Tanya Ibu kemudian.  Abang geleng kepala. “Tadi abang kat bilik atas, turun nak minum air jer..busuk!” jawab abang sambil membuat memek muka nak menguatkan lagi rasa tidak senangnya. Ibu tersenyum. Ibu membuka pintu depan dan;
Hah! Tu pun abah!
Abah sedang mengetuk-ngetuk sesuatu berhampiran rumah sampah. Ibu tak dapat melihat dengan jelas kerana terlindung oleh kereta abah di porch. Dengan curiga dan ingin tahu Ibu mencapai selipar jepun dan menghampiri abah. Ibu terkejut. “Kuali Nonstick saya?” Suara ibu cemas….abah mengetuk2 kuali membuang sesuatu kedalam tong sampah. Kemudian Abah memandang ibu dengan senyum terkebil-kebil…”sorrryyyyyyy”  Ibu ternganga , tak dapat berkata apa-apa.

Wajah ibu monyok. Apa yang Abah hanguskan kali ni? Tanya Ibu, pura-pura merajuk.
Abah masih tersengih….nuggets…tadi ingat nak goreng nuggets kt budak2, lepas tu pergi tandas…lepas tu lupa…hangus dan dengan kuali sekali burned. Ibu tarik Nafas panjang..”tak payah ketuk2 dah, kena buang dengan kuali2 sekali” Kuali Non-stick tu kalau dah ter-Over suhu dia lapisan non-stick tu dah jadi toksid..tengok tu, menggelupas dah…kena buang jer. Hmmm….ibu mencebik bibir dan masuk kerumah. Patutlah bau pelik semacam..bau hangit makanan dah di ambil alih oleh bau Chemical yang terbakar. Lapisan Teflon sebenarnya menjadi toksid apabila terdedah pada suhu yang terlalu tinggi. Adushhhhh..hilang satu lagi Pan, dan ini bukan kali pertama Abah buat ni hu hu hu...dulu bibik yang suka merosak kan barang, bibik tak ada Abah pulak yang ganti? Ish ish ish..tak boleh jadi ni!

Ada peluang Abah Ganti Pan baru ni heh heh he...jum buat rombongan Cik Kiah ke kitchen department !
Tapikan, bila banyak-banyak baca pasal toxic gasses terhasil dari lapisan nonstick cookware ni kan..Rasa macam nak tukar masak dalam periuk Tanah semula pulak. Back to basic. Ada tak kajian mengenai periuk tanah ni?..pro and cons nya...Yang Pasti, rasa ikan singgang dari periuk tanah memang Kaw berbanding dengan masak dalam periuk vision. 

Gambar periuk tanah saya pinjam dari sini. Terima kasih ya. Kawan2 yang ingin mengetahui lebih lanjut sila klik link itu. ;)

Dan, terimakasih juga buat sahabat saya Ana, kerana mengajar saya buat link. Berjaya! Thanks dear!
Errrr....tak sempat lah pulak nak ambil Gambar gambar bukti forensik kejadian pada hari tu. ;). 

No comments:

Post a Comment