Kimchi, makanan atau lebih tepat
lauk sampingan masyarakat Korea
yang mendapat perhatian di seluruh dunia. Bagaimana sebuah Negara boleh
mempromosikan makanan tradisi mereka sehingga menjadi buruan masyarakat luar
terutama di Barat yang rata-rata sifat ego terhadap budaya sendiri yang begitu
tinggi? Kimchi, oh Kimchi. Mungkin ramai yang menonton The Kimchi family di
Malaysia. Malah bintang filem Korea
dan kumpulan music atau band boys mereka cukup terkenal dan menjadi kegilaan
ramai gadis Melayu. Dari Winter Sonata ke Oppa Gangnam , semuanya menjadi
siulan santai anak-anak Malaysia .
Banggakah kita dengan fenomena baru ini???
Apa kata kita promosikan makanan
tradisi kita pula,
Sambal ikan bilis petai?
Jeruk Binjai?
Jeruk petai?
Tempoyak?
Patin masak asam pedas tempoyak?
Gulai lemak cili api ikan keli?
Kuah lodeh/lontong dengan sambal
kicap pekat?
Rendang pekat?
Chili jeruk, sambal jeruk, mangga
jeruk, serunding, sambal ikan , sambal kelapa, Oh banyak nya makanan kampung
yang aku rindui!!
(Sekarang saya sudah kecur..adalah orang melilau cari jeruk time lunch nih)
Sebenarnya Jeruk adalah tradisi orang melayu kita juga. Aku ingat sejak kecil memang beratur balang-balang jeruk petai, tempoyak dan cili kat dapur nenek. Zaman dulu belum ada peti sejuk dan cuaca kita yang panas mempercepatkan proses bakteria dalam makanan kita, menjadikan nya cepat basi. Menjeruk adalah salah satu teknik bagi menjadikan sesuatu makanan tahan lama tanpa melalui proses sejuk beku.
Kenapa Kimchi pula yang menjadi
bualan? Kenapa?? Kenaaapaaaaaaa…? bergema-gema pertanyaan datang mengetuk fikiranku yang memang sudah berserabut dengan pelbagai subjek lain.
Huh, mungkin rupa paras pelakun
Korea yang sering muncul di kaca TV tempatan itu sudah ‘brainwash’ kepala otak
kita untuk turut sama memakan makanan mereka juga..berangan kut-kut dah serasi
dengan makanan Korea dapat
kawan dengan mat-mat atau mek mek Korea pulaaaa…..hah hah hahhhhh….
Melalutlah pula hari ni…dah lama
tak MEMblog..macam dah lupa pula gaya
atau style penulisan sebelumni.Hmmmmmmmmm tak kesahlah , suka akulah, Blog
sendirikan?. :P
Sebenarnya aku ada membeli Halal
Kimchi kat kedai, ready to eat pack, dan rasanya huhhh..tak sama macam yang di
hidang di restoren mahal Korea .
Lalu aku mula study aka google search cara-cara membuat Kimchi tradisi. Fuhhh punya
banyak cara yang di pos ke web rupanya. Variasi yang pelbagai ini merupakan
keyunikan Kimchi itu sendiri, Resepi Kimchi boleh di ubah mengikut citarasa
masing-masing..wahhh..bahan-bahan yang paling asas adalah Tapa cabbage, sayuran
lain boleh ditambah mengikut selera. Saya suka!
Rasa juga berbeza, selagi ada
keseimbangan antara masin, masam , manis dan pedas, dan yang penting sedap
dengan lidah kita, bermakna Kimchi kita menjadi..Ehh Ehhh…inipun aku suka!
Dalam banyak-banyak cara dan resepi yang di
poskan di laman web, ini yang paling aku suka, sila klik sini untuk baca secara details. Aku ikut resepi ini untuk cubaan Kimchiku yang pertama, tetapi Tapa cabbage ku potong terus ke 'bite size' , senang nak simpan dan makan..heh heh heh
Selamat Mencoobaaaa!
Kimchi ku bukan jadi kimchi Korea, tapi akan jadi Kimchi Mek Klate, next batch aku nak cuba letak budu ganti fish sauce tu, amacam??? :) :)
** Oleh kerana tenet NAZAK, saya akan attached gambar kemudian, sorryyyy**
No comments:
Post a Comment