salam to All.


Monday, March 19, 2012

Monday with or without blues..


19.03.2012
Selamat kembali ke sekolah buat semua adik-adik dan Ibu-ibu …
Bila Sekolah bermula, walaupun Cuma dari cuti seminggu, terasa kesibukan mula berganda. Pagi-pagi lagi sudah kecoh untuk menyediakan anak ke sekolah, Tentu di luar sana ramai ibu-ibu yang berkongsi rasa dan pengalaman seperti saya. Awal pagi selalu payah untuk kejutkan anak yang sudah mula leka bangun agak lewat masa percutian. My son yang bakal menjejak usia 9 tahun hujung tahun ni mula liat nak bangun dan mandi pagi. Pelbagai bunyi mengomel yang tak jelas keluar dari mulutnya. Sejuk lah, mengantuklah, penat, lenguh..tah apa-apa saja yang di sebut. Kalau tak di tarik keluar dari selimut dia buat-buat tidur semula. Isk isk isk..budak ni…Tektik saya senang saja, ‘Nak ibu membebel pagi-pagi ni dik?’ saya ajukan soalan….cepat cepat dia bangun Ha ha ha…siapa yang nak dengar leteran tanpa noktah seawal pukul 6.30 pagi kan?
Saya selalu berleter padanya tentang hidup dia yang bertuah, tidak seperti saya masa kecik kecik dulu. Kalau waktu pagi hendak ke sekolah, pukul 5.40 atau paling lewat pukul 6 sudah bangun, mandi dengan air sejuk, bukan ada ada water heater seperti sekarang. Pakai baju ala kadar dan sarapan dengan roti ‘buku’ sapu planta serta air kopi O sahaja. Saya tak pasti kenapa emak saya sediakan kopi O, walhal emak ada kedai runcit kecil kecilan yang menjual kopi, teh dan milo kosong atau bersusu. Tapi setiap pagi mak buatkan saya kopi O, hmmmm..mungkin sebab mak saya tidak minum susu. Seingat saya, dari kecil sampai sekarang mak tidak suka semua benda yang berasaskan susu. Dan pastinya macam-macam lagi saya bandingkan tentang kehidupan waktu dulu dan sekarang, sampai anak saya naik muak mendengarnya heh heh heh. Jadi ringkasnya, dari mendengar ulang tayang bebelan saya, baik cepat-cepat anak saya bangun dan bersiap, walaupun bersiap tu Cuma mandi dan mengelap!  Bajupun masih kena tolong pakaikan, kalau tak di tengok ada saja butang yang senget. Maklum, mengenakan baju, seluar dan tali leher dengan mata yang separuh terbuka.
Uteh..Tidur kat lur semalam, so bukan dia yang buat hal..;)

Berbalik kepada hari Isnin dan sekolah bermula….maka dengan ini juga bermula kembali kesesakan lalulintas. Sungguh membosankan, walaupun bukan saya yang memandu kereta. Saya yang memang selalu liat menempuh hari isnin …sering saja mengalami ‘Monday blues’ walaupun tak ada apa-apa yang penting di Pagi Isnin, mood saya mesti kurang ceria di pagi Isnin. Nak di jadikan cerita, Seawal pagi jugalah si Itam, kucing kesayangan Qisstina buat Hal. Turun saja ke bawah satu Ruang tamu berbau busuk!! Haissssh!!! Pastinya anak saya duduk di tangga dan tak mau turun sarapan. Kelam kelibut pula saya mengesan lokasi kejadian dan membersihkannya..HADOIIII!!! rasa nak pergi buang si Itam jam tu jugak! Habis langsir yang baru seminggu saya cuci di kerjakannya. Memanjat buka langsir, bawa keluar rumah, buang apa-apa yang patut, basuh, bilas, mop, spray Mr.muscle, lap lagi. Spray fabreez…..Fuhhh, nak patah pinggang dah rasa. Rendam air sabun langsir kat luar rumah lah..nanti petang baru di cuci, pagi ni dah cukup exercise yang saya buat. Anak ready ke sekolah. Si kecik pula bangun. Giliran saya dan si kecil pula ke bilik air. Buka semua tingkap dan pintu (grilled di kunci semestinya) bagi udara segar mengalir, kami berdua naik kebilik semula , berduet Ombak rindu dengan si kecil di bilik air agak menceriakan pagi. Bila dah mandi baru mood kembali normal. Turun balik tengok hubby dah belikan sarapan Nasi dagang agaknya dia singgah beli sewaktu balik menghantar anak sekolah, ohhhh, lega. Pekena Nescaffe panas-panas, done, I’m ready to face Monday now. ;))

Sib baik si kecil cumel nim ada, tak sampai hati nak
buang mama nya si Itam he he

Irfan, ready for school with the new hair cut. ;))


No comments:

Post a Comment