salam to All.


Sunday, March 25, 2012

Bila Levi's fav ku koyak..

Prapppp! bunyi yang membuatkan aku terkejut semasa mahu mencangkung mengintai seekor Praying Mantis hijau yang agak besar. Mantis pertama aku nampak sejak berpindah ke sini.. Bunyi itu terus mengalih perhatian aku dari si mantis, hilang terus semangat nak shot bugs/bermakro hari tu. Seperti jangkaan, Levis kegemaran ku Koyak! adushhhh...besar pulaktu, terus berlubang melintang kat atas bahagian lutut belah kiri. 


Apa sangat nak heran dengan jeans yang koyak kan? Walhal masa remaja dulu memang sengaja aku rendam jeans dalam clorox untuk dapat kesan faded dan manually tetas bahagian atas atau bawah lutut untuk mendapatkan kesan koyakan yang 'berseni'. ha ha..koyak pun kena ada gaya dan seni nya. Zaman rugged lah katakan waktu tu..kalau pakai Jeans baru dari kedai rasa macam minah 'bagus bagus' gitu. Teringat masa mula-mula berkerja dulu Boss minta datang on weekend. Ada kena belajar trick CAD software dari kawan nya yang handle projek juta-juta..katanya short cut yang kawannya guna senang dari apa yang di ajar di kelas pengeluar software sendiri. tak kesah lah, Boss suruh mesti kita datang...working saturday, aku pun dengan selamber mengenakan Jeans koyak dan Tshirt tiga helai $10 yang aku beli di kedai souvenir murahan kat Paris. Biarlah murahan, janji Paris! Kah kah kah. Bila sampai ofis boss belum datang dan ofis berkunci. Aku lepak dulu kat bawah sambil tengok tengok kedai dan bar yang kebanyakan nya tutup hari sabtu. Kemudian berhenti sebuah bmw hitam, park bertentangan dengan tempat aku berdiri. Driver nya turun, juga berseluar jeans lusuh dan Tshirt longgar. terus saja dia berjalan ke arah aku dan menegur, ' u kerja dengan en.xxxx ke?' tanya nya padaku. Aku angguk, yup, dia tak sampai lagi. A few moments  Boss sampai, parked kereta dan terus menghampiri kami. 'Eh, you two dah berkenalan?' Tanya nya. 'Jum naik atas' ..kami semua naik lift dan terus ke ofis. 'Camana u two kenal ?' Tanya boss kemudian. "Aku tengok Jeans koyak dia dari jauh aku tau dah mesti staf kau punya" Jawab kawan boss...GULP! Tak sangka pulak jeans koyak aku boleh jadi trade mark yang mengaitkan aku dgn boss...mesti boss aku rugged dulu ni he he.
Banyak kali juga seingat aku jeans koyak kegemaran ku menjadi issu sewaktu di Uni dulu, warden dan pensyarah ramai yang tak gemar studen mengenakan jeans lusuh dan koyak-koyak, mencemarkan  image Uni kata mereka..hmmm...tapi yang bermini skirt boleh pulak bebas kesana kemari. tak kesah lah, waktu remaja dan proses menjadi dewasa kita lalui dengan pelbagai kenangan, mungkin waktu melaluinya kita rasa pahit, tapi bila telah menjadi kenangan, ia nya adalah sesuatu yang manis untuk di ingati. 


Berbalik pada Levi's ku. kalau tak silap belum 5 tahun usia this pair. Aku suka kerana cutting nya membuat aku rasa kurus heh heh..mungkin pada pandangan orang lain terserlah kegempalan ku huwaaa huwaa huwaaa...kerana aku gemar this pair, aku sering pakai, ke tempat kerja, ke shopping complex, beriadah bersama keluarga, travel, dan duduk di rumah juga..pendek kata ia menjadi fav Jeans, berbanding dengan Jeans lain yang lebih banyak tergantung dalam almari dari di gunakan. Mungkin kerana kerap di pakai dan di cuci ia menjadi mudah reput. Boleh di katakan setiap minggu aku cuci seluar ni. Rupa-rupanya selama ni aku tak ikut cara yang betul untuk cuci Levi's..hu hu..cara betul nya begini.  Patutlah kaum adam jarang jarang basuh Jeans mereka, mencuci terlalu kerap juga boleh mempercepatkan 'kerosakan' pada jeans seperti yang di jelaskan oleh page ni,

The Jeans Care Secret: Rarely Wash Them (sila klik untuk pembacaan lanjut) 

Selepas bermuram dengan trajedi jeans koyak nim, aku mengintai ke shopping complex, mana tau jumpa jeans baru yang berkenan di hati. Lepas satu kedai satu kedai aku usha...citttt! Rata-rata kedai pakaian sekarang menjual dan mempamirkan Jeans yang ala K-pop! Dalam usia aku sekarang kalau pakai potongan ala-Kpop ni mesti orang kata buang tabiat la pulak Ha ha ha ha...Sungguh, kedai kedai yang aku masuk ni, (aku baru Usha kat KL Festival City jer ni, dekat dengan rumah) hampir kesemuanya menjual jeans yang cutting nya sesuai untuk remaja hingga pertengahan 20han saja. untuk orang berpeha kurus, pinggang ramping, flat tummy...adushhhh...nak salah kan kedai ke nak salah kan badan yang dah terlebih bela ekk? LOL. Anyway...Levi's kesayangan ku akan menjadi pakaian duduk rumah dan keluar photo outing sorang-sorang kat semak jelah lepas ni...malu nak pakai jeans koyak pergi tempat-tempat terbuka dah...;)) Errrr...boleh hantar repair tampal lagi rasanya....... "Yang, kirim repair Jeans boleh?". Ya..sudah tentu Hubby akan kata boleh, TIDAK!  kena tukar strategi, 'Yang, belikan i Levi's baru boleh?' ..begitu baru Vogue! ha ha. Buat masa ni nampak nya kena lah menyelesakan diri dengan 501 yang dah macam balut nangka nim....;(
wassalam. thanks for viewing geng!
image dari 
Life Cycle of Levi's Jeans. Source: http://store.levi.com/waterless/  dan http://static.theurbn.com

Gua Lupa pasal Mantis, gua balik shot Jeans Gua lak Ha ha ha ha..

2 comments:

  1. errrr...dok pasti 501 ke dop watnim..tp wat girl kan kecik lebel dia tu, beli kt kedai Ganu waser..sekali ngan belt legend.

    ReplyDelete