salam to All.


Friday, March 23, 2012

Hair raising experience.



Pernah mengalami nya? Perkataan melayunya pengalaman yang menegakkan rambut? Atau buluroma? LOL!!
Sebut saja tegak bulu roma atau bulu tengkuk mesti terus membayangkan cerita Hantu kan..serammmm...hu hu, walaupun slot seram hari Khamis malam Jumaat di TV3 cuma kelakar seram, suam suam kuku jer takutnya..he heh. Anak saya umur 4 tahun pun selamber jer ketawakan hantunya..adusss.

Tidak, saya bukan ingin berkongsi pengalaman menaiki roller coaster atau keretapi berhantu di sini. Saya Cuma tertarik dengan koleksi baru yang bertambah kat rumah ni…koleksi kat rumah ni tak ada yang beharga pun, tak ada barang antik, tak ada bohemian crystal, tak ada blue spode atau  Portmeirion  pun he he yang banyak saya collect cuma key chains, dan surat2 lama serta poscards dari tempat yang saya lawati.…semuanya bersifat peribadi, semuanya junk, kalau dah buruk boleh buang saja, tak ada second hand value pun. Oh ya, saya suka juga simpan botol wine..entah kenapa, yang saya jumpa di jalan dan cantik saya ambil, cuci dan simpan, Cantik2 dan unik bentuk botol2 ni. Botol perfume pun ada yang di simpan, ada yang tutup mata dan buang..dah banyak sangat. 

Hello!

Dan barang terbaru ni agak interesting juga. Grass Head nama kat kotaknya. Saya belek-belek…sesuai jugak untuk jadikan belaan atau bahan ujikaji anak-anak ni.
Pernah tengok? Saya pertama kali nak mencuba ni. Lepas baca-baca instruction, buka kotak..taddaaaa…keluar satu bebola seperti kepala bersabut, dengan hiasan mata, hidung dan mulut. Tak comel langsung, fikir saya. Tapi boleh laaaa…kena rendam dulu, sampai basah dan hampir tenggelam. Lepas tu letak dalam bekas yang di sediakan dan simpan atas rak. Siap…tunggu 2 hari hingga seminggu, terdapat cambahan rumput seperti rumput carpet di kepalanya…ehhh cute jugak ha ha ha…bila dah panjang ‘rambut’ hijau nya, boleh lah di trimmed ikut fesyen kegemaran anda. Grass Head kita, suka kita la kan nak buat fesyen macam mana…
Nak maintain senang saja, renjis2 kan air ke ‘kepala’ tu setiap hari…Berapa lama akan bertahan? Entah…yang kat rumah ni baru seminggu ni….harap-harap dapat bertahan lama, ataupun maybe short live sebab jatuh di langgar sang kucings…;))
Yang penting anak saya suka pulak Grass Head tu. Excited bila menunggu dia tumbuh..dan seronok menggunting dan membentuk rambutnya. Ha ha ha ha..macam-macam orang creative buat barang untuk di jual….dan macam macam cara orang nak tarik duit dari poket kita…dharrrhhhhh….

Kelakar pun ade rupa dia nih!
Senang di bela...
Tunggu kalau kalau boleh shot group photo Grass Head nanti he he.
Selamat Berhujung Minggu semua!

No comments:

Post a Comment