salam to All.


Monday, September 19, 2011

Mangga Oh Mangga

Thursday.
Setelah kelam kelibut pagi seperti biasa aku ingin memulakan langkah ke opis pulak. Tetiba ade suara orang memanggil manggil di depan pagar. Ku intai dari tingkap bilik. Ada Lelaki bertopi cowboy dengan boot hitam plastik sampai ke lutut sedang berusaha memanggil kami. Aishhhkkkk siapa pulak nim, bisik ku dalam hati. Berdebar debar jugak rasanya...apa dia nak? Aku ni memang jenis menggelabah kalau orang tak di kenali panggil panggil kita...
"Yang, cepat tengok sape tu...dari tadi tercegat kat pagar tu"..mintaku pada hubby yang juga tak siap siap. Tah apa yang di buat kt bilik air lama lama..
Lepas tu aku petrhatikan hubby pergi berbual bual sebentar, masuk rumah dan ambil kunci kereta, start kereta yang di park bawah pokok mangga tepi pagar dan memindahlan nya ke seberang jalan berhampiran kedai runcit mamak. "Apasal pulak tu?" getus ku sendirian.
Hubby kemudian masuk rumah dan terus ke bilik air semula.
Kemudian aku nampak si cowboy bawa tangga dan memanjat pohon mangga dengan sebilah parang dan mula memotong dahan2 mangga yang tinggi. Habis berguguran buah buah mangga hijau ke atas jalan, kecil, besar, tua muda, semua berteraburan. Ehhh sayang nya..bisik ku. Rupa nya si Cowboy tu adalah kontraktor TNB yang memulakan acara pembersihan talian letrik dari dahan2 pokok.
Dah, jum jalan, suara Hubby memanggil dari pintu. Tak sedar rupanya dia dah siap sedia untuk bergerak. 
'Bagi  i 10 minutes' pinta ku.


Aku mencapai baldi buruk di sudut laman dan mula memungut buah buah mangga di atas dan tepi jalan. Banyak yang sudah penyet di langgar kereta. Baldi ku penuh sekejap sahaja. Lebihan ku longgokkan di bawah pokok mangga. Ada dua tiga jiran menjenguk, dan ada yang mengambil untuk di buat sambal. Ku tinggal baldi mangga di tepi pagar, membersihkan tangan...wahhhh...banyak getah pula rupanya! 
Seharian di ofis aku terfikirkan mangga kat umah hik hik hik..Rajinkah aku buat jeruk mangga banyak banyak macam tu?



buah mangga berjuntaian di dahan. 'Pauh ringan' org Klate panggil




Besok cuti hari Malaysia, hmmm mungkin aku boleh menyiapkan jeruk mangga 'home made' yang dah lama aku tak buat. Mungkin. Sambil menyiapkan apa yang patut di pejabat, aku mengingatkan diri untuk membeli bahan2 petang nanti...

Fuhhh...penuh satu baldi jugak nim...


Sengaja ku tinggalkan baldi di tepi pagar agar sesiapa yang ingin ambil untuk buat sambal atau makan 'cholek' boleh ambil sendiri....
hmmm....proses membasuh bermula.


Pukul 8.30 pm, aku memulakan projek jeruk manggaku. Anak anakku dan hubby memerhatikan dengan heran. 'siapa nak makan ma?' tanya anak ku. 'abah dan adik tak makan asam....'hmmm...dalam rumah nim aku sorang je yang gemarkan asam. 

siap basuh, ready untuk di kupas...




1jam, 20 minit, siap di kupas.
Ahaks... lama masa di ambil kerana mengupas mangga sambil menonton Tv...he he he he. Sambil tu kena rendam dalam air yang bergaram juga, supaya getah getah yang masih tersisa bersih .


Terpaksa menghiris pelbagai rupa kerana kebanyakan mangga sudah keras 'tempurung' bijinya. Lebih cantik jika mangga yang masih muda di belah dua saja.


Dua jam dan dua luka di tangan, akhirnya proses mengupas dan memotong siap..Fuhhh, lenguh juga jari jemari di buatnya. Potongan2 mangga di biarkan di dalam rendaman air garam selama 2 hingga 5 jam. Ada sesetengah orang akan meletak kan sedikit kapur makan  ke dalam air garam ini bagi merangupkan isi mangga. Tapi aku memang tidak gemarkan rasa kapur, jadi aku tidak pernah menggunakan kapur. Kalau boleh dalam resepi kueh tradisi pun aku cuba untuk menggunakan versi tanpa kapur...contohnya cendol...;p




menyediakan ramuan, gula melaka, gula, garam . Di panaskan hingga larut. sejukkan.


Apabila adunan gula melaka sejuk, tambahkan gula putih jika perlu, dan sedikit cuka sebagai bahan pengawet . Mangga yang sudah di rendam air garam di toskan sebentar. Kemudian sediakan mangga dalam bekas yang sesuai dan campurkan adunan gula melaka bersama mangga. Gaul rata. Biarkan selama semalaman. Keesokan hari boleh di rasa samada rasa masam, masin dan manis mencukupi atau tidak. Jika perlu tambahlah gula atau garam secukupnya. Masukkan Mangga ke dalam peti sejuk supaya tahan lama. 




Adunan gula melaka siap di tuang.






selepas 2 hari, Jeruk mangga siap untuk di edar pada kekawan dan Jirans...;)
hidangkan bersama cili bagi lebih Kaw!! ;))


Sekian kesah mangga depan rumah ku. Aku bangga kerana dapat berkongsi jeruk mangga home made bersama rakan rakan...;p. Sedappp tawwww...he he

5 comments:

  1. Mengancam betul gambar yang last tu. meleleh air liur!
    Nice blog...terbaek.

    p/s: lawatlah blog saya
    http://sohighmay.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Suhaimie, thanks..will do that later..;) ojie.

    ReplyDelete
  3. Banyaknya mangga weii!! betul kata bro Suhaime tu, rasa nak ngap kat monitor ni je huhu

    ReplyDelete
  4. ANA>> selamat hantar ke ZZ sekali..he he he..dan staf2 klinik kt gombak..;))

    ReplyDelete