Memang
berniat nak update blog yang dah lama sunyi ni..tapi minggu ni agak sibuk pula,
kerja ofis ada di bawa balik, disamping cuba menyambung kerja tangan yang
masih separuh siap. Memandangkan telah berjanji dengan kawan di fb untuk memuat
naik resepi Nasi Ayam with steam/baked chicken minggu lepas, saya cuba tulis
secara ringkas dan mudah untuk di ikuti. Tetapi satu pesanan, Anda boleh
menjadikan resepi saya ini sebagai panduan sahaja, dan boleh di ubah mengikut
cita rasa dan selera masing-masing. Saya memang suka memasak sesuatu mengikut
apa yang available di dapur, kalau tak cukup satu rencah, boleh diganti dengan
rencah lain yang mungkin akan lebih membangkitkan selera kita.
Bahan
bahan.
1)
Ayam. Samada seekor ayam dara atau potongan yang di dapati di supermarket.
DAN
2-4 ketul sayap ayam untuk sup. Atau boleh juga kerangka/tulang ayam yang
dijual di kedai.Di OTK 3 ringgit seekor kerangka...
Bersihkan
ayam dan perap bersama
Seulas
bawang merah, 3 -4 bawang puteh, sedikit white pepper dan black pepper, garam
secukup rasa dan sedikit sos tiram. (Bagi menjimatkan masa, terus letak kedalam
Loyang atau bekas untuk mengukus,)
Ketepikan
. Biarkan selama ½ jam atau lebih.
2)
potong sayap/tulang ayam kecil-kecil.
3)
Sediakan air yang banyak (cukup untuk memasak nasi anda dan
lebihan untuk di jadikan sup ) Saya gunakan periuk untuk mengukus..2 dlm 1.)
Rebuskan
potongan ayam bersama :-
1
labu bawang merah, 2 labu bawang puteh, di potong kasar atau di ketuk2. dan
sebungkus kiub ayam (knorr atau Maggie, guna kiub ikan bilis pun ok. ) sedikit
garam.
Sementara
menunggu, bersihkan beras,
4)
4 pot beras wangi atau basmati atau campuran. Saya selalu guna 2 pot b wangi dan 2 pot
basmati. Untuk 5 org . Toskan, ketepi.
5) sediakan 2 labu bawang merah lagi, 2 bawang putih, dan sedikit
halia, di potong halus.
6)
Sediakan rempah untuk membuat sup, atau buka rencah dari
bungkusan sup bunjut anda.
(atau bunga lawang, pelaga hindi, bunga
cengkih, kayu manis, ‘cabe’, jintan manis/putih, white pepper, ketumbar)
Ketepi
kan sebentar.
Apabila
Sup mula mendidih, letak kan
ayam anda di atas nya kukuskan selama 20-25 minit. Jika ayam anda muda, masa
yang singkat 15 minit sudah memadai. Bila
Ayam sudah masak, keluarkan. Ketepi..
Dalam
kuali lain tumiskan dgn sedikit minyak bahan 5 dan 6 sehingga wangi dan garing,
ambil sedikit kuah sup anda dan tuang kedalam kuali , biar berdesir sebentar
dan tuangkan semua nya kedalam kuah sup anda. Kacau dan Rasa sup anda dan
tambahlah apa yang anda suka. (serbuk pasti sedap contohnya) dan daun sup, daun bawang dl...
Matikan
api…(penting tu! ) ;))
Kemudian
masak beras yang di tos tadi dalam
periuk letrik biasa bersama sup ayam secukupnya.
Dalam
mangkuk campurkan,
7)
Kicap pekat, kicap cair/atau soy sos. Dan sos nenas, atau sos
plum atau sos tiram, sedikit garam jika perlu, dan sedikit madu.
8)
Pindah kan
ayam kukus anda ke dalam dulang pembakar, dan sapukan ramuan di atas
rata2…tambahan seperti lada hitam dan putih atau mix herbs juga boleh jika
suka.
9)
Panggang dalam ketuhar ayam tersebut selama 15-20 minit atau
sehingga Nampak rangup.
10) Lebihan juice dari
ayam kukus tadi boleh di campur dengan kicap dan sedikit limau untuk di jadikan sos kicap nasi
ayam, jika lebih boleh di simpan untuk di jadikan stock ayam.
11) Bila ayam dan Nasi
masak, hidangkan bersama sup, tomato, timun , cili dan sos kicap , taugeh jika
suka.
nota:
ANDA
juga boleh menghidangkan ayam STEAM tadi tanpa di bakar/baked bersama nasi ayam.
Tumiskan
sedikit bawang merah, bawang putih, dan udang kering hingga wangi, masuk kan sedikit sos tiram,
dan sedikit jus dari steam ayam , biar mendidih sekejap, dan tuangkan ke atas
ayam kukus (steamed chicken) dan hidangkan.
Cili
nasi ayam. Pelbagai versi boleh di dapati di kedai.
Saya
suka membuat sendiri dengan
Cili
besar. Cili kering. Buang biji. Kisar
sehingga hampir halus. (Bagi yang suka bawang putih, boleh juga kisar bersama 2
ulas bawang puteh. )
Masakkan
di atas api sederhana sehingga mendidih, masukkan garam, sedikit gula, potongan
halus halia, dan cuka secukup rasa.
Biarkan
sejuk dan hiding.
Saya
tahu…aturan resepi kelam kelibut sedikit..tapi saya tak punya banyak waktu
untuk mengulas nya semula. Harap dapat membantu, cubalah, sedaaaaapppp!!! ;)
Saya
nak kena kopek mangga muda pulak..ada orang minta jeruk mangga la pulak isk
iskisk…. Bye fo now. Assalamualaikum . ;)
Panas panas dari oven. yeezzza!
Ayam yang di panggang/baked/bbq lembut tektur nya dan juicy..yummy
Ayam yang siap di perap.
bawang merah, bawang puteh. Saya suka
guna bawang yang saiz/labu besar2. he he
rempah untuk menumis sup.
Tomato, ready... ;)
Timun/cougete/zuchini siap....;))
Kicap siap..maknanya ayam dah masak steaming, sup ready, tunggu Nasi dan
baked chicken. yehaaa..
sambal dari stock dalam peti sejuk. he he he..(mengilat aci kan?)
*Nota: Ini Ayam steamed, dan di 'sirsm' tumisan serta sos tiram..versi
tak payah baked.
errr..gambar sup tak ambil lah pulak. hohohi.
Selamat mencuba. Tak ada gambar masa hidang sebab sibuk layan anak2 dah, tak sempat dah klik klik klik..;))