salam to All.


Monday, February 20, 2012

Bila Rindu Berbisik.


Bahagian 1

September ‘94.
Safiya  renung surat yang di terima pagi tadi lama-lama. Setahun dia merancang untuk perjalanan ini, setahun berkira-kira langkah yang perlu dia ambil. Bila surat itu diterima, Safiya menjadi keliru, serba salah, gundah. Semua perasaan tiba tiba bertimpa-timpa datang dalam hidupnya. Mungkinkah kerana seseorang yang mula mesra di hatinya?

Dia menatap kamar yang dihuninya selama dua tahun. Pelbagai pengalaman sudah di lalui di situ . Dia juga sayang pada rakan-rakan serumah yang sudah seperti adik beradik semuanya. Mundar mandir dia sendirian di bilik yang seluas 10 x 12 kaki persegi itu.
‘pong! Pongggg”  suara hon kereta yang agak kuat mengejutkan Safiya. Dia menjengah ke beranda biliknya. Bilik utama ditingkat satu yang mengadap ke jalan membolehkan dia nampak suasana di hadapan rumahnya dan jiran jiran bersebelahan.
Sebuah kereta hitam berhenti betul betul di hadapan pagar rumahnya. Dia menoleh jam didinding , hampir pukul 11.00 malam.
“siapa pula yang datang waktu begini” fikirnya .
Safiya Nampak pemandunya melambai tangan. Muka pemandu tidak dapat di lihat dengan jelas dari cahaya lampu jalan yang samar samar.
“sebentar!” jerit Safiya agak kuat. Kemudian dia cepat cepat turun tangga ke ruang tamu dan membuka pintu. Dia berjalan ke pagar dengan agak malas.
“Dani!” Safiya menjerit kecil. Jelas keriangan terpancar di mukanya.
“kereta siapa ni? Patut tak cam dari atas tadi” tutur Safiya manja.
“kereta kawan, kereta Dani rosak “ jelas Daniel lembut. “jum minum”. Ajak Dani .
“kejap eh, I kunci rumah dulu” Safiya berjalan semula masuk kerumah, naik kebilik dan mengambil tas tangan serta kunci..

Daniel memandu perlahan keluar dari jalan Terasek ke jalan Telawi.
“mahu minum di sini?” Tanya Dani.
“pergi ke Lucky garden sajalah” jawab Safiya segera. “malas la bersesak sesak dengan remaja kat Telawi ni” tambahnya lagi.
Daniel melunsur terus dan berhenti di gerai kebiasaan mereka. Bawah pokok sena rendang berhadapan dengan deretan rumah kedai. Kebetulan orang tak begitu ramai malam tu.
Pakcik gerai tersenyum bila mereka tiba.
“Lama tak Nampak kamu berdua” Sapa pakcik D ramah.
“kerja out station pakcik” jawab Daniel mesra. Safiya tersenyum kecil . Gerai Pakcik D merupakan tempat mereka selalu melepak. Makanan dan minuman di situ sedap dan murah. Pakcik D juga begitu ramah dengan pelanggannya, membuat mereka senang untuk sering datang ke situ.
“minum apa malam ni?” Tanya Pakcik D.
“biasa pakcik” jawab Daniel.
“adik biasa juga?” Tanya pakcik D pada Safiya. “ya pakcik” Safiya menggiakan.
“makan?”
“Kerang bakar satu, kue tiaw goring basah satu” Tutur Daniel lancar .
Safiya mengangkat kening. “Kerang bakar? Untuk Safi ke?”
“Kalau Safi Tak nak terpaksalah Dani makan sorang” Usik Dani tersenyum.
Jelas ada kemesraan antara mereka berdua.
Pakcik D menyiapkan makanan dan minuman mereka dengan cepat. Safiya melihat kerang bakar dan tersenyum, tidak menyentuhnya.
Dani makan dengan berselera sekali. Belum dinner lagi agaknya. Fikir Safiya. Di tenung saja kerang bakar di hadapan nya. Dani berhenti seketika, menarik bakul kerang dan membuka nya satu persatu, di letak kannya dalam piring kecil .
“nah sayang, tak mau kopek kerang kan, tak mau kuku patah kan” usik Dani.
“thank youuuuu, sayyyyang dia” gurau Safiya sambil mula makan.
Mereka berbual-bual dan sesekali di selangi ketawa kecil.

Safi nak cakap something Dani” tiba tiba suara Safiya serius.
Dani seperti tersentak. Amat jarang Safi menggunakan tonasi yang begitu serius.
“Apa dia?” Tanya Daniel serius juga .
Safi dah dapat offer ke UK” Safiya memulakan bicara sambil matanya tidak berkedip menatap wajah Dani. Ada gusar dalam hatinya.
Dani perlahan meletak kan sudu dan garfu. Perhatian sepenuhnya di tumpukan pada Safiya. Sukar di teka perasaannya waktu itu.
“bila?” Tanya Daniel.
“Safikena berangkat 10 hari lagi”
“10 hari?” Nada Dani agak terkejut. “Cepatnya! “
“mereka kata kami kena mengikuti orintasi selama 2 minggu sebelum semesta bermula, sebab tu kena pergi awal” Safiya mula gelisah.
Daniel mengangguk ngangguk .
“I’m gonna miss you” bisik Daniel perlahan. Kemudian menyambung makan dan minum dalam diam.
Safiya serba salah. Bagaimana dengan perhubungan kita? Bisik nya dalam hati. Tapi ucapan itu tenggelam dalam persaannya sendiri. Haruskah aku bertanya…getus hatinya lagi. Mereka menyudahkan santapan dalam diam. Pakcik D memerhati dari jauh sambil mengerutkan dahi. Setelah usai membayar mereka berdua menuju ke kereta, keduanya masih berdiam diri. Safiya melabuhkan duduk di tempat penumpang. Tangannya kemas di ribaan. Mukanya merunduk memandang jemari nya satu persatu. Seolah olah jari jari halus itu begitu menarik pula. Daniel memandu dengan perlahan, keluar dari kawasan Lucky garden dan membelok masuk ke Jalan besar, menuju ke arah Kuala Lumpur. Bertentangan dengan arah untuk menghantarnya balik. Perjalanan dari situ ke rumah Safiya Cuma memakan masa 5 minit saja sebenarnya. Safiya menoleh kearah Daniel meminta kepastian.
Daniel tersenyum, diambil tangan kanan Safiya dan di genggam kemas. “kita jalan-kalan sekejap, Barang-barang untuk kesana semua sudah ada?” tiba-tiba Daniel mengajukan soalan. Safiya angguk. “hampir kesemuanya” Tuturnya perlahan.
Gelora di hatinya membuak-buak. Haruskah aku bertanya? Gusar sekali perasaan nya. Tidak manis bagi seorang gadis memulakan soalan demikian, itu perinsip yang selalu di pegangnya. Mereka sudah rapat seperti pasangan kekasih, tetapi tidak pernah membincangkan soal masa depan bersama.

Daniel Ashraf bukan orang lain. Daniel adalah anak angkat pada bapa saudara  Safiya yang tidak mempunyai zuriat. Mereka saling mengenali sejak dari kecil lagi. Alam remaja memisahkan mereka. Safiya masuk ke Maktab Rendah sains Mara, sementara Daniel memulakan langkah di sekolah menengah Sains. Sehabis SPM, Daniel melanjutkan pelajaran ke USA, Safiya pula masuk ke Universiti Tempatan. Bertahun mereka tidak pernah berhubungan. Pertemuan di suatu hari Raya selepas keduanya tamat Ijazah pertama dan memulakan kerja di Kuala Lumpur menemukan mereka kembali. Salam yang di genggam kemas ketika itu memulakan satu kemesraan baru antara mereka. Balik ke Kuala Lumpur mereka terus saja berhubungan . Malah kedua keluarga seakan suka dengan hubungan itu, maklum, Safiya lebih selamat di temani Daniel ke mana saja, dan sekurang-kurangnya ada tempat untuk mengadu kata ibu. Malah senang juga untuk berkongsi kereta balik kekampung bila saja ada kesempatan bercuti. Safiya sudah merancang untuk melanjutkan Ijazah lanjutan ke United Kingdom, tapi dalam perancangan itu belum ada Dani dalam hidupnya.
“jauhnya melamun” Daniel mencubit lembut pipinya.
“eii sakitlah!” balas Safiya sambil mencubit peha Dani, “aww awww!” Daniel pura pura kesakitan, kemudian mereka tertawa.

“Dani….Safi nak Tanya boleh”  teragak-agak Safiya bersuara.
“emm..tanya lah, apa dia” balas Daniel masih ada gelak kecil di wajahnya.
“Dani sayang Safi tak? Safiya sedaya mungkin cuba menjadikan soalan itu sebagai senda gurau.
“Sayannnnng” Panjang ungkapan Daniel. “Kalau tak sayang tak kan baru balik dari Kuantan petang tadi cepat-cepat datang nak jumpa…” balas Daniel dengan nada selamba.
“Nanti Safi tak ada…rindu tak?” Safiya memancing. Kalaulah dia tahu debaran di hatiku, fikir Safiya.
“mestilah rindu!” pantas saja Daniel menyahut.
“tapi mesti cepat cari pengganti kan? Maklum le, orang handsome ramai peminat” Ungkap Safiya cuba bergurau.
“ishh..senang ke nak dapat pengganti macam Safi yang manja ni?” Ungkap Dani sambil tersenyum.
“Dani tunggu Safi balik boleh?” Safiya bersuara sambil menahan getar halus dalam hatinya.
“emmm..Daniel tak nak berjanji..lama tu 2 tahun, nanti Safi jumpa orang lain kat sana, mat saleh ke, terus tinggalkan Dani kan?” Jawapan Daniel menusuk terus ke kalbunya. Jelas lah, dia tidak ada perasaan seperti aku. Hatinya terasa begitu kosong tiba tiba.
“kata sayang…” Safiya buat buat merajuk.
Safi…” Daniel memulakan ucapan. Tiba-tiba dia memberhentikan kereta di Lorong kecemasan di pinggir jalan. Safiya menoleh sekeliling, tidak di sedari rupanya mereka berpusing-pusing mengelilingi Kota Kuala Lumpur. Lampu neon berkelipan di rasanya tidak secantik macam selalu. Dani menoleh dan mengambil kedua tangan Safiya. Di kucup nya satu persatu.
“Dani sayangkan Safi, tau?” Matanya kelihatan sendu menatap Safiya dalam kesamaran lampu jalan. Safiya angguk perlahan. “Safi, Dani serius, Dani sayang sangat pada Safi…”  seakan ayat itu tergantung.
“Tapi..?” sambung Safiya inginkan kepastian.

“Tapi Dani tak ingin, tak berani nak  berjanji apa-apa yang belum pasti. Dani tak mau membina harapan yang mungkin kita berdua akan mungkiri” Begitu serius kata-kata Daniel.
“Tapi Safi boleh setia dan balik …” tidak sempat tutur Safiya habis, Daniel menutup mulutnya dengan jemari. Dia menggelengkan kepala.
“Jangan Safi, jangan berjanji apa-apa”
“tapi…” Safiya keliru, kalau benar-benar sayangkan dirinya, kenapa begitu takut untuk memberi satu komitmen yang sekurang-kurang nya untuk di pegang sepanjang dua tahun nanti.
“benar Dani sayangkan Safi, sayang sangat, malah Dani tak tau macamana nanti nak lalui hidup di Kuala Lumpur ni tanpa Safi
“Dani nak Safi tunda my study dulu?” Sungguh gusar hati Safiya. Apa ertinya semua ini.
“Tidak…Safi pergi sambung cita-cita Safi, jangan buat Dani sebagai alasan untuk berhenti separuh jalan. “
“what about us?”..Safiya sudah tidak peduli lagi. Dia perlukan jawapan yang pasti. Perasaan malunya di buang jauh-jauh.
Safi, kita serahkan semuanya pada Takdir…jika ada jodoh kita, kita akan bersama juga.”
Daniel meluah satu persatu tuturnya, sambil mukanya di tunduk kan. Safiya cuba membaca riak wajah itu, tapi hampa. Tidak dapat di baca sedikitpun apa yang tersembunyi diwajah yang sudah lama menghiasi mimpinya.

“kita balik ya, dah malam, esok Safi kerja?” Daniel berpaling dan tersenyum.
“tak , Safi dah serahkan surat berhenti, Cuma tunggu gaji akhir dan urusan cukai saja. Pihak personel akan telefon nanti.”  Panjang penjelasan Safiya. Seboleh mungkin dia cuba berlagak normal. Harapan untuk mendengar kata-kata janji manis dari Daniel ternyata menghampakan.
“kalau macamtu, Dani ambil Safi dalam pukul lima petang esok, kita pergi beli apa-apa yang Safi belum ada” . Ujar Daniel sambil memulakan pemanduan semula. Sepanjang jalan mereka berdua diam saja. Cuma tangan Safiya di genggam kemas oleh Daniel di ribaanya. Malam menyaksikan resah Safiya yang berselarit kedalam satu kekosongan yang amat sukar di mengertikan.


............bersambung......



1 comment: