salam to All.


Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Kareem

Ramadhan kedua. 


Semalam aku bergerak seperti biasa, keluar rumah jam 8.30 pagi, dan hari ini terasa ingin memulakan lebih awal. Bulan puasa aku tidak payah menyediakan makan tengahari untuk anak balik dari sekolah, jadi pagi ku agak lapang.


Memulakan perjalanan seawal. 7.50am dengan tren adalah satu pengalaman yang berbeza. Pagi ini rintik hujan masih bertaburan membasahi bumi. Langkahku agak perlahan, berhati-hati memijak rumput yang basah. Dingin angin pagi membelai lembut pipi dan badan , terasa nyaman sekali. Stesyen LRT agak penuh, berpusu-pusu warga kota ingin lekas ke destinasi masing-masing. Tidak ketara perbezaan antara bulan ramadhan dan hari biasa, semuanya mempamirkan wajah serious, tidak peduli atau mungkin tenggelam dalam fikiran sendiri. Setelah lebih 3 bulan aku menggunakan rutin harian begini, aku juga sudah mahir menunjukkan riak selamba, menjadi seorang yang tidak peramah atau mudah tersenyum pada orang asing.
Tren awal pagi juga bermakna peluang untuk mendapat tempat duduk hampir 85% gagal. Aku tarik shawl rapat2 ke badan, hujan dan ekon pagi ini buat aku kedinginan.


Setiap kali, bila tren berhenti di setiap stesyen dan menambah penumpang, aku mengikut saja pergerakan 'automatik' untuk cuba memberi tempat pada penumpang lain berdiri, dan berahkir disuatu posisi, tiada ruang untuk bergerak lagi. Berhadapan secara fizikal dengan seorang lelaki asing dalam jarak 6 inci dan cuba untuk tidak bersentuhan pada mana-mana bahagian badan secara langsung menjadi satu teknik martial art yang harus di miliki setiap penumpang wanita. Memandang. tanpa ekspresi, mengelak dari bertentangan mata, kerana tidak mahu terasa janggal, berada dalam jarak amat dekat dengan sesorang tidak di kenali adalah satu situasi yang pelik. membatukan diri dengan menatap skrin henset juga teknik seni yang baru, satu tangan memegang 'hanger', satu tangan galak memetik skrin telefon, rata-rata di sekelilingku begitulah pemandangannya, aku turut saja, trend orang muda sekarang, skrin 4-6 inci jauh lebih menarik dari orang disekeliling. Sesekali di hujung mata aku perhatikan dia, sepatu loafer cokelat pekat , seluar linen kelabu, dengan kemeja putih kain linen yang halus. Kemas, pakaian pejabat juga boleh membuatkan seseorang nampak bergaya.


Sampai di stensyen KLCC, dia memandang isyarat ingin bergerak turun, aku senyum sekilas memberi ruang lalu.. dia terkejut barangkali, ada alien tersenyum, sampai keluar dari pintu dan ingin menaiki tangga dia masih menoleh padaku. Ehhh aku pun pandang pesal?? Puasa oh puasa.. tunduk kan pandangan. Lupa pula, sidia juga kacak dan wangi! Ahaks!

Aku selalu berfikir, kenapa mesti ada sikap dingin antara sesama manusia? Sebab tidak kenal? sebab tidak ingin beramah mesra tanpa sebab? Kita tengok saja sewaktu menaiki bas ekspress. Sebaik memandang sekeliling mencari tempat duduk, pasti mereka yang sudah duduk di kerusi berusaha untuk tidak memandang kita/kamu/saya, seperti mengisyaratkan 'jangan duduk tepi saya' ...kenapa ya? Bagi saya, tidak ada masalah untuk mengisi masa perjalanan dengan berbual kosong dengan teman baru, bukan kah setiap perkenalan mesra juga mesti di mulai dengan pertemuan pertama? Atau aku hidup di kalangan manusia asing yang bersikap keakuan melampau sehingga hilang ukhwah sesama insan?

Bila sesekali bertemu dengan seseorang yang peramah, mesra dan riang, aku cukup senang, cukup membuat hari ku riang hingga ke petang. Menceriakan hari orang lain juga bisa membuat kita gembira, tapi sayang, semua itu semakin lenyap dalam arus pembangunan kota ini. Setelah lebih 3 bulan, aku membuat kesimpulan sendiri, Kenderaan awam bukan tempat untuk kita berkenalan sesama manusia. Mungkin ramai yang tidak setuju, tapi begitulah, bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi, sama seperti senyuman yang di hulur tersadai ke dinding keretapi....membazir bukan, jadi biarlah, aku juga sudah pandai memakai topeng tidak peduli ini. ...  ...   ...Salam Ramadhan. Senyum senyumlah selalu. (relevant kah? )

No comments:

Post a Comment