Salad atau kerabu Seaweed ini sesuai untuk menjadi hidangan pembuka selera, terutama di bulan Ramadhan ini. Resepi adunan saya sendiri ini mengikut cita rasa saya, yang selalunya sedikit masam. Pengunjung boleh mengubah resepi mengikut citarasa sendiri. Janji SEDAP! :)
Tambahan tauhu goreng dan capsicum |
Ekstra bawang, ikan dan udang segar |
Mengubah selera dengan menambah sotong kering yang di rebus. |
Seaweed yang sudah di rendam semalaman |
Resepi:
Sediakan satu mangkuk sederhana besar.
1) 2-3 ekor ikan kembung/sadin. bakar/rebus sampai masak.
ambil isi dan lenyek hancur, masuk dalam mangkuk.
2) 2-3 ekor sotong, dan 7-8 ekor udang segar, berseh, rebus sekejap , toss, potong (udang tak payahla)
3) 2 + 2 cili merah dan hijau, berseh, racip halus.
4) 2 biji mangga muda, kupas, parut ke dalam mangkuk.
5) 2-3 helai daun limau purut, potong halus.
6) setangkai seaweeds yg di rendam semalaman, getus kecil. masuk mangkuk.
7) sebiji capsicum, potong panjang. (guna 2 bijin yang beza warna kalau nak cantik)
8) sebiji timun racip halus. (optional)
9) 2 biji tomato potong.
10) 2 keping tauhu, goreng dan potong nipis. (optional)
11) sebiji bawang besar mayang nipis. (optional)
*jika ada sambal jeruk. boleh masuk sekali sesudu...sedapppp. :) Saya memang sentiasa ada sambal jeruk dalam peti ais. Rasa pedas dan masin, masam yang sudah mesra menyedapkan lagi salad anda. (Kerabu kering)
Anak sedara suka tambah kelapa parut goreng...
sedikit garam, gula dan lada hitam.
sedikit jus limau nipis.
*Gaulkan rata semua bahan dalam Mangkuk.
* simpan sebentar dalam peti ais jika ingin salad sejuk rangup.
*bahan2 sayuran boleh di ubah ikut selera masing2.
Salam...
ReplyDeleteMenarik resepi ni... tapi dah cuba resepi atau makan pajeri rambutan? Oleh kerana buah-buah rambutan tak ada nilai di sini (Baling, Kedah), maka berbagai resepi dicuba dengan menggunakan buah rambutan....
Selamat mencuba dan salam ramadan
wkmslam. Rambutan..menarik!! Saya suka minum T.O rambutan.. :)) Rambutan yang rasa masam masam sikit best nih..dan makan dalam keteapi masa nak balik kampung...( bila tah nak naik keretapi dari KL-Kelantan..ermmm... TQ, slm ramadhan.
Delete