salam to All.


Showing posts with label ojie. Show all posts
Showing posts with label ojie. Show all posts

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Kareem

Ramadhan kedua. 


Semalam aku bergerak seperti biasa, keluar rumah jam 8.30 pagi, dan hari ini terasa ingin memulakan lebih awal. Bulan puasa aku tidak payah menyediakan makan tengahari untuk anak balik dari sekolah, jadi pagi ku agak lapang.


Memulakan perjalanan seawal. 7.50am dengan tren adalah satu pengalaman yang berbeza. Pagi ini rintik hujan masih bertaburan membasahi bumi. Langkahku agak perlahan, berhati-hati memijak rumput yang basah. Dingin angin pagi membelai lembut pipi dan badan , terasa nyaman sekali. Stesyen LRT agak penuh, berpusu-pusu warga kota ingin lekas ke destinasi masing-masing. Tidak ketara perbezaan antara bulan ramadhan dan hari biasa, semuanya mempamirkan wajah serious, tidak peduli atau mungkin tenggelam dalam fikiran sendiri. Setelah lebih 3 bulan aku menggunakan rutin harian begini, aku juga sudah mahir menunjukkan riak selamba, menjadi seorang yang tidak peramah atau mudah tersenyum pada orang asing.
Tren awal pagi juga bermakna peluang untuk mendapat tempat duduk hampir 85% gagal. Aku tarik shawl rapat2 ke badan, hujan dan ekon pagi ini buat aku kedinginan.


Setiap kali, bila tren berhenti di setiap stesyen dan menambah penumpang, aku mengikut saja pergerakan 'automatik' untuk cuba memberi tempat pada penumpang lain berdiri, dan berahkir disuatu posisi, tiada ruang untuk bergerak lagi. Berhadapan secara fizikal dengan seorang lelaki asing dalam jarak 6 inci dan cuba untuk tidak bersentuhan pada mana-mana bahagian badan secara langsung menjadi satu teknik martial art yang harus di miliki setiap penumpang wanita. Memandang. tanpa ekspresi, mengelak dari bertentangan mata, kerana tidak mahu terasa janggal, berada dalam jarak amat dekat dengan sesorang tidak di kenali adalah satu situasi yang pelik. membatukan diri dengan menatap skrin henset juga teknik seni yang baru, satu tangan memegang 'hanger', satu tangan galak memetik skrin telefon, rata-rata di sekelilingku begitulah pemandangannya, aku turut saja, trend orang muda sekarang, skrin 4-6 inci jauh lebih menarik dari orang disekeliling. Sesekali di hujung mata aku perhatikan dia, sepatu loafer cokelat pekat , seluar linen kelabu, dengan kemeja putih kain linen yang halus. Kemas, pakaian pejabat juga boleh membuatkan seseorang nampak bergaya.


Sampai di stensyen KLCC, dia memandang isyarat ingin bergerak turun, aku senyum sekilas memberi ruang lalu.. dia terkejut barangkali, ada alien tersenyum, sampai keluar dari pintu dan ingin menaiki tangga dia masih menoleh padaku. Ehhh aku pun pandang pesal?? Puasa oh puasa.. tunduk kan pandangan. Lupa pula, sidia juga kacak dan wangi! Ahaks!

Aku selalu berfikir, kenapa mesti ada sikap dingin antara sesama manusia? Sebab tidak kenal? sebab tidak ingin beramah mesra tanpa sebab? Kita tengok saja sewaktu menaiki bas ekspress. Sebaik memandang sekeliling mencari tempat duduk, pasti mereka yang sudah duduk di kerusi berusaha untuk tidak memandang kita/kamu/saya, seperti mengisyaratkan 'jangan duduk tepi saya' ...kenapa ya? Bagi saya, tidak ada masalah untuk mengisi masa perjalanan dengan berbual kosong dengan teman baru, bukan kah setiap perkenalan mesra juga mesti di mulai dengan pertemuan pertama? Atau aku hidup di kalangan manusia asing yang bersikap keakuan melampau sehingga hilang ukhwah sesama insan?

Bila sesekali bertemu dengan seseorang yang peramah, mesra dan riang, aku cukup senang, cukup membuat hari ku riang hingga ke petang. Menceriakan hari orang lain juga bisa membuat kita gembira, tapi sayang, semua itu semakin lenyap dalam arus pembangunan kota ini. Setelah lebih 3 bulan, aku membuat kesimpulan sendiri, Kenderaan awam bukan tempat untuk kita berkenalan sesama manusia. Mungkin ramai yang tidak setuju, tapi begitulah, bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi, sama seperti senyuman yang di hulur tersadai ke dinding keretapi....membazir bukan, jadi biarlah, aku juga sudah pandai memakai topeng tidak peduli ini. ...  ...   ...Salam Ramadhan. Senyum senyumlah selalu. (relevant kah? )

Sunday, August 12, 2012

Pretty Hand Made Cards

~For all occasion.~
Don't we all love to receive something special and personal from our friends...bf, bff or from that special someone. We do have such a lil romantic touch in our heart, regardless of our age and the current technology trends. Yepe, most people do their greetings on line now, come birthday, the new baby, the special Holiday, or even just to say hi...everything is just a click away. 
I suka duduk disebelah my old Trunk dan search deep inside. Sungguh tidak di sangka saya mempunyai ramai sahabat sewaktu dulu, dan kawan-kawan saya rajin menulis surat dan mengirim kad..kad birthday, kad hari raya, kad christmas, kad good luck, valentine, dan just to say Hello cards...dan saya masih terbayang keterujaan saya setiap kali menerima kad dari posman, ataupun mendapati ada kad di bawah pintu bilik sebaik pulang dari sesuatu tempat. Walaupun sudah berzaman waktu berlalu, setiap kad yang tersimpan dalam trunk junk saya masih mampu membuat saya tersenyum. Kenangan yang sejajar dengan cerita dalam kad tersebut akan secara otomatik terpampar di layar ingatan. 

Semenjak kemudahan teknologi mengambil alih kehidupan kita, sudah hampir pupus tradisi menghantar kad kepada kawan-kawan. Ucapan yang di kirim melalui internet boleh di baca secara live..tidak lagi perlu menunggu dan membuang waktu di pejabat pos membeli setem serta tertanya-tanya samada kad yang di kirim sampai ke tangan penerima dengan selamat atau sebaliknya. Semua nya sekarang cepat dan mudah. Saya khuatir anak-anak saya tidak akan dapat merasa keseronokan menerima surat lagi...


Kad Raya dari sarung duit raya. :)
Kini saya cuba memupuk kegemaran menulis dan membuat kad sendiri pada kedua anak saya. Mereka seronok bila bersama-sama dapat membuat kraf tangan dan dapat memberinya kepada kawan sekolah dan cikgu. Keceriaan di panjangkan bila ada guru yang memuji sikap itu....Marilah kita beramai-ramai menghidupkan kembali keseronokan menulis dan menerima kad ucapan ini. Jum!!!

The handmade birthday card for my sister.

Creating a card with barby box. My lil one is begging me for it. ;)
Hand Made Kad Raya for a friend yang jauh di perantauan....

Thats all for today's post. Disini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua pengunjung. Maaf zahir dan batin.

Tuesday, August 7, 2012

Lil recycle kad raya. ;)

Good Morning and selamat mencari Malam Lailatul Qadar!

Lama tak jenguk sini, Hari ni saya nak kongsi sedikit aktiviti mengisi masa lapang sementara menunggu waktu berbuka puasa. Hari tu dah di nyatakan saya membuka page baru di FB saya kan...belum? ermmmm...ok, ini link ke page saya, Secret Box, rajin rajinlah LIKE wahai kawan-kawan maya sekelian ya! :))

Saya sejak dulu berangan ingin membuka kedai cenderahati atau tit bits atau nooks corner atau cuppies dan seumpanya...yang boleh menjual hasil kerja tangan seperti homemade cookies, cup cakes dan juga buku buku cerita serta cenderamata. Banyak benda boleh di katagorikan dalam cenderamata ni, termasuk gubahan2 untuk perkahwinan. ..sebuah cafe kecil bersama kedai buku atau cenderamata dengan suasana yang cosy adalah tempat lepak yang saya paling suka...Tapi begitulah...angan tinggal angan la kan he he heee...
Anyway, dah lama kan kita asyik menghantar kad Raya melalui maya, design satu kad, atau gambar, lepas tu tags pada semua rakan2 yang di kenali di Fb atau twitter..mudah bukan. Apa kata tahun ini kita meriahkan semula tradisi menghantar kad raya seperti era tanpa internet dulu? Seronok bukan menerima kad raya secara fizikal, boleh di pegang dan rasa..serta di simpan untuk kenangan...

Saya menggeledah kota simpanan junks saya ..dan Wallaaaa!!! banyak juga kad raya yang di print oleh kompeni untuk kaki tangan dan tidak di gunakan. Jadi tahun ni saya olah semula atau recycle kad kad yang belum di tulis itu dengan sentuhan personal dan mengirimnya pada teman-teman...Anda juga boleh mencubanya jika masih ada kad lama-lama yang belum di gunakan tu. 

Ini beberapa contoh kad raya yang saya buat..disamping itu di sertakan sekali book mark atau penanda buku yang di reka mudah buat sahabat...boleh digunakan untuk menanda mukasurat dalam Quran juga, sudah menjadi amalan kita kan membaca surah surah suci dalam bulan yang mulia ini..boleh juga tumpang pahala kawan kawan tu jika book mark kita di gunakan untuk benda yang berfaedah.

Semuga sahabat semua juga mendapat idea dari perkongsian ini. cubalah!


Salah satu kad lama yang penuh bunga-bunga, di olah semula di atas purple Fancy card, dan matching book mark for friends...
Ada banyak kad biru nim, oleh kerana tahun hijrah di print sekali, saya ambil bahagian yang sesuai untuk di kitar semula. Notes: Bunga ungu itu di buat dari kertas lembut bertektur and come with Lavender essence. Nice kan! ;)
Ada kad yang sudah sedia cantik, cuma perlu tambah sentuhan peribadi yang minima. 
Salah satu fav saya...tak perlu banyak hiasan. Less is more.
antara book mark yang di kembarkan bersama kad raya. Cute bukan?
Banyak kad yang saya buat, dan tidak mampu untuk mempamerkan semuanya di sini. Semuga dapat memberi sedikit idea untuk musim musim perayaan akan datang, atau sambutan kemeriahan untuk hari hari gembira anda juga.

Wassalam.

Monday, May 28, 2012

Nasi ayam, (My Version)


Memang berniat nak update blog yang dah lama sunyi ni..tapi minggu ni agak sibuk pula, kerja ofis ada di bawa balik, disamping cuba menyambung kerja tangan yang masih separuh siap. Memandangkan telah berjanji dengan kawan di fb untuk memuat naik resepi Nasi Ayam with steam/baked chicken minggu lepas, saya cuba tulis secara ringkas dan mudah untuk di ikuti. Tetapi satu pesanan, Anda boleh menjadikan resepi saya ini sebagai panduan sahaja, dan boleh di ubah mengikut cita rasa dan selera masing-masing. Saya memang suka memasak sesuatu mengikut apa yang available di dapur, kalau tak cukup satu rencah, boleh diganti dengan rencah lain yang mungkin akan lebih membangkitkan selera kita.

Bahan bahan.
1)      Ayam. Samada seekor ayam dara atau potongan yang di dapati di supermarket.
DAN 2-4 ketul sayap ayam untuk sup. Atau boleh juga kerangka/tulang ayam yang dijual di kedai.Di OTK 3 ringgit seekor kerangka...

Bersihkan ayam dan perap bersama
Seulas bawang merah, 3 -4 bawang puteh, sedikit white pepper dan black pepper, garam secukup rasa dan sedikit sos tiram. (Bagi menjimatkan masa, terus letak kedalam Loyang atau bekas untuk mengukus,)
Ketepikan . Biarkan selama ½ jam atau lebih.

2)      potong sayap/tulang ayam kecil-kecil.

3)      Sediakan air yang banyak (cukup untuk memasak nasi anda dan lebihan untuk di jadikan sup ) Saya gunakan periuk untuk mengukus..2 dlm 1.)

Rebuskan potongan ayam bersama :-
1 labu bawang merah, 2 labu bawang puteh, di potong kasar atau di ketuk2. dan sebungkus kiub ayam (knorr atau Maggie, guna kiub ikan bilis pun ok. ) sedikit garam.

Sementara menunggu, bersihkan beras,
4)      4 pot beras wangi atau basmati atau campuran.  Saya selalu guna 2 pot b wangi dan 2 pot basmati. Untuk 5 org .  Toskan, ketepi.

5)     sediakan 2 labu bawang merah lagi, 2 bawang putih, dan sedikit halia, di potong halus. 

6)      Sediakan rempah untuk membuat sup, atau buka rencah dari bungkusan sup bunjut anda.

(atau bunga lawang, pelaga hindi, bunga cengkih, kayu manis, ‘cabe’, jintan manis/putih, white pepper, ketumbar)

Ketepi kan sebentar.

Apabila Sup mula mendidih, letak kan ayam anda di atas nya kukuskan selama 20-25 minit. Jika ayam anda muda, masa yang  singkat 15 minit sudah memadai. Bila Ayam sudah masak, keluarkan. Ketepi..

Dalam kuali lain tumiskan dgn sedikit minyak bahan 5 dan 6 sehingga wangi dan garing, ambil sedikit kuah sup anda dan tuang kedalam kuali , biar berdesir sebentar dan tuangkan semua nya kedalam kuah sup anda. Kacau dan Rasa sup anda dan tambahlah apa yang anda suka. (serbuk pasti sedap contohnya)   dan daun sup, daun bawang dl...
Matikan api…(penting tu! ) ;))

Kemudian masak beras yang di tos tadi  dalam periuk letrik biasa bersama sup ayam  secukupnya.

Dalam mangkuk campurkan,

7)      Kicap pekat, kicap cair/atau soy sos. Dan sos nenas, atau sos plum atau sos tiram, sedikit garam jika perlu, dan sedikit madu.

8)      Pindah kan ayam kukus anda ke dalam dulang pembakar, dan sapukan ramuan di atas rata2…tambahan seperti lada hitam dan putih atau mix herbs juga boleh jika suka.

9)      Panggang dalam ketuhar ayam tersebut selama 15-20 minit atau sehingga Nampak rangup.

10)  Lebihan juice dari ayam kukus tadi boleh di campur dengan kicap dan sedikit limau untuk di jadikan sos kicap nasi ayam, jika lebih boleh di simpan untuk di jadikan stock ayam.

11)  Bila ayam dan Nasi masak, hidangkan bersama sup, tomato, timun , cili dan sos kicap , taugeh jika suka.

nota:
ANDA juga boleh menghidangkan ayam STEAM tadi tanpa di bakar/baked  bersama nasi ayam.

Tumiskan sedikit bawang merah, bawang putih, dan udang kering hingga wangi, masuk kan sedikit sos tiram, dan sedikit jus dari steam ayam , biar mendidih sekejap, dan tuangkan ke atas ayam kukus (steamed chicken) dan hidangkan.

Cili nasi ayam. Pelbagai versi boleh di dapati di kedai.
Saya suka membuat sendiri dengan

Cili besar.  Cili kering. Buang biji. Kisar sehingga hampir halus. (Bagi yang suka bawang putih, boleh juga kisar bersama 2 ulas bawang puteh. )
Masakkan di atas api sederhana sehingga mendidih, masukkan garam, sedikit gula, potongan halus halia, dan cuka secukup rasa.
Biarkan sejuk dan hiding.


Saya tahu…aturan resepi kelam kelibut sedikit..tapi saya tak punya banyak waktu untuk mengulas nya semula. Harap dapat membantu, cubalah, sedaaaaapppp!!! ;)


Saya nak kena kopek mangga muda pulak..ada orang minta jeruk mangga la pulak isk iskisk…. Bye fo now. Assalamualaikum  .    ;)


Panas panas dari oven. yeezzza!

Ayam yang di panggang/baked/bbq lembut tektur nya dan juicy..yummy

                                                     Ayam yang siap di perap.
bawang merah, bawang puteh. Saya suka 
guna bawang yang saiz/labu besar2. he he
rempah untuk menumis sup.
Tomato, ready... ;)
Timun/cougete/zuchini siap....;))
Kicap siap..maknanya ayam dah masak steaming, sup ready, tunggu Nasi dan 
baked chicken. yehaaa..
sambal dari stock dalam peti sejuk. he he he..(mengilat aci kan?)


*Nota: Ini Ayam steamed, dan di 'sirsm' tumisan serta sos tiram..versi
tak payah baked.

errr..gambar sup tak ambil lah pulak. hohohi.
Selamat mencuba. Tak ada gambar masa hidang sebab sibuk layan anak2 dah, tak sempat dah klik klik klik..;))

Wednesday, September 21, 2011

September rains....

Ada sesuatu tentang bunga dan rintik hujan. 
Seringkali, pagi selepas hujan menjadi kegemaranku untuk keluar mencari subjek untuk photoshot. Dan seringkali, cuaca menjadi setback utama, mendung, hujan, takut kamera basah...tapi jika anda bertuah, mentari yang tiba tiba muncul selepas hujan adalah seperti waktu golden moment petang hari. Dunia menjadi sungguh indah ketika itu, terutama jika di lihat dari lensa kamera anda pada dunia kecil yang tidak nampak dek mata kasar kita....Dan aku sangat suka pada rintik rintik yang tertinggal di atas dedaun dan bebunga...segar, indah, menjadi terapi minda yang ideal.

Disni beberapa keping gambar bunga dan droplets yang ku suka.
Ada banyak lagi...akan ku selongkar hard disc bila berkesempatan, sementara itu..enjoyyyy...;)








Wednesday, August 10, 2011

ikan bakar berlada

Assalamualaikum, 
Masuk hari ke 11 sudah kita berpuasa, bermakna 10 hari pertama sudah pergi meninggalkan kita. Semuga 10 hari kedua kita akan menjadi lebih baik dari yang terdahulu. Mungkin ada yang hairan kenapa saya asyik berkongsi resepi pula tahun ini sempena Ramadhan. Saya cuma ingin memaparkan aktiviti harian sahaja, bukan untuk menunjuk-nunjuk lauk pauk seperti tuduhan sesetengah pihak apabila kita meng'upload' gambar gambar makanan berbuka puasa. Tidak sama sekali, menunjuk dan riak itu mungkin terdetik bagi orang2 yang kaya yang menghabiskan ratusan ringgit untuk berbuffet di hotel hotel mewah. Sekadar resepi masakan di dapur yang ala kadar sahaja...apa yang boleh di banggakan? Semuga jika ada yang kekeringan idea untuk menjamu keluarga, boleh mencuba apa yang saya suka..itu saja...

Baiklah...Saya secara personal sukakan ikan bakar sebagai menu berbuka puasa, tidak kira samada bakar kunyit, bakar kosong atau bakar berlada..semua saya suka. Bau semerbak sewaktu membakar ikan itu sudah cukup untuk membuka selera. 5 hari berturut-turut saya menyusur Bazar Ramadhan untuk mendapatkan ikan bakar berbagai perisa, Fuhhh, harga ikan bakar tahun ini sungguh mencanak naik, terkejut di buatnya. Dan seperti biasa, RASA nya masih belum ada yang membuatkan saya ingin mengulangi gerai tersebut..Haizzzz..payah nya nak mendapatkan yang simple dan sedap...akhirnya saya masuk dapur dan bakar sendiri..puas hati...;)


Bahan- bahan.
2 ekor ikan Talapia merah sederhana besar
(atau siakap, pari)
-di bersihkan dan di lumur garam rata.
 3 helai daun kunyit.


5 ulas bawang merah.saiz sederhana besar
3 ulas bawang putih
segenggam kecil cili kering, potong halus,buang biji, rendam air suam, toskan.
seinci halia.
2 inci kunyit segar

2 sudu sos tomato
1 sudu teh pes asam jawa (adabi ada)
sedikit gula
sedikit garam 
sedikit belacan jika suka.
air untuk mengisar.


bahan2 di kisar sehingga halus, atau sedikit kasar bagi yang sukakannya.
lumurkan rata 3/4 dari bahan kisar pada ikan dengan rata. Perap selama 1 jam.
Balutkan ikan dengan daun kunyit.


2) bakar ikan di atas kuali serbaguna atau grill pembakar sehingga separuh masak, terbalik kan dan lumur baki pes tadi pada ikan. Ulang menyapu baki pes pada ikan sehingga ikan masak.
Angkat dan hidang kan panas panas.

ikan talapia yang siap di bakar..yum yum yum..



                                    ais asam jawa bercili untuk cecah ikan bakar....


Bahan Bahan.
asam jawa 1-2 sudu makan
bancuh dalam setengah cawan air, buang biji.


1 biji bawang besar di potong nipis.
5 biji cili padi dipotong halus.
sedikit garam (sesuai rasa)
sedikit gula (sesuai rasa)
campurkan semua bahan dalam mangkuk. biarkan selama 1/2 jam sebelum di guna sebagai pencecah ikan. Itu bagi memesrakan semua rasa cili ,asam dan bawang tersebut.
Selamat mencuba.....anda suka, keluarga pun pasti suka.  


Wassalam.

Sunday, August 7, 2011

Apple Nestum pudding, with apple sauce

Ramadhan kembali lagi, bersama seribu satu ganjaran yang di janjikan. Semuga kita semua dapat menjalani ibadah puasa lebih baik dari tahun sebelumnya.Dan dengan kehadiran Ramadhan juga menjadi satu sumber rezeki berganda bagi peniaga peniaga di Bazar Ramadhan, Kita di Malaysia sudah begitu sinonim dengan kehadiran pelbagai jenis kueh muih lama dan baru di bazar Ramadhan, Lauk pauk juga melimpah ruah di Niagakan. Terliurnya bukan main lagi kan...tapi seringkali terjadi, sebaik pulang dan bersedia untuk berIftar bersama keluarga tersayang. belian kueh mueh dan lauk pauk kita tidak sehebat bau dan rupa. Sering kecewa dengan rasa nya...pernah terjadi pada anda?...tidak?..Begitulah yang sering terjadi pada saya saban tahun, tapi masih tidak jemu berkunjung saban petang...haiii...begitu hebat tarikan Bazar Ramadhan rupanya....Hari ini saya cuba berkongsi resepi saya di sini, resepi ini saya acu cuba tery test bulan puasa tahun lepas, dan ramai rakan rakan saya yang meminta resepi ini kerana tertarik dengan gambar nya...;))


   Sepotong...mana cukup?..


Apple Nestum pudding, with apple sauce.

Bahan bahan nya:
Acuan 8 atau 6 inci bulat.

A) 2 sudu makan gula merah, 
2 sudu makan gula putih, 
2-4 sudu air. 
panaskan sehingga menjadi merah/caremel, goyang rata, taburkan nestum biar melekat rata...ada yg lebih pun tak pe. ;)) ketepikan biar sejuk.

B)4 biji epal merah besar, kupas dan buang biji.
2 biji blend bersama .750ml air
2 biji lagi di potong dadu kecil2.
70g butter.
2 kayu manis ~ 2inci.
3-4 kuntum bunga cengkih.sedikit essence vanilla & gula merah secukup rasa.

PANASKAN BAHAN B SEHINGGA MENDIDIH, DAN LIKAT, MASUKKAN 2 SUDU NESTUM ATAU LEBIH UNTUK PEKATkannya. SEJUKKAN. letak ketepi.

C)mula sediakan air kukusan. (steamer)

D) 5 Biji telur ayam .
1/3 tin susu pekat.
1 sudu corn flour.sedikit apple essence jika ada. letak vanilla pun boleh.
2-4 Sudu nestum.
BANCUH RATA BAHAN  DALAM BOWL. MASUKKAN SEPARUH DARI bahan B dia atas. dan kacau.(Kalau pekat sangat tambah air kosong...kepekatan macam nak buat cream caremel jugak)

E) Tuang ke dalam bekas acuan ber caremel anda.(A)

F) kukus 25-35 minit.

G) *bahan sauce yang separuh tadi boleh tambah gula jika mau manis.

H) bila puding sudah masak, terbalikkan dalam bekas dan tuangkan apple sauce ke atas nya dan sejuk kan....

makan panas panas pun sedap.

p/s hati2 masa terbalikkan..

    Siapppp!! ;), ini versi yang sos nya sedikit.

    Versi dengan sos yang mewah, lebih lemak berkrim..;)

Harap resepi ini dapat membantu suri suri yang suka mencuba sesuatu yang baru. Boleh di kongsi dengan seisi keluarga dengan belanja yang kurang dari berborong di Bazar Ramadhan...
Sekian terima kaseh, Selamat Ber Iftar bersama keluarga.
0 ·  · 




Thursday, August 4, 2011

Sambal bilis goreng tempoyak (for Nong)

Salam Ramadhan semua...Semuga kita semua mendapat segala kebaikan yang diganjarkan bagi bulan Mulia ini...
(
Belumpun habis cerita mengenai Chomel, saya dah mula pos baru..hrrmmm,..memang saya masih tidak mempunyai disiplin untuk menjadi seorang penulis! Tak mengapalah. Sewaktu saya membaca status FB seorang kawan di Sarawak semalam, terus saya terpanggil untuk menulis mengenai Masakan kegemaran seorang sahabat baik suatu waktu dulu. Status itu berbunyi "Dalam perjalanan ke Bazar Ramadhan, harap harap dapat jumpa sambal tempoyak goreng nanti"...Aduh!!! 


Serentak jiwa terusik, sambal tempoyak goreng, rasanya sudah lebih 15 tahun saya tidak makan sambal itu. Dan sejenak Rindu dan kenangan bersama sahabat di asrama berfmain di fikiran...Nong, nama panggilan kami padanya. Asalnya dari Limbang, Serawak. Setiap kali Nong balik dari Limbang ke Kuala Trengganu, mesti membawa buah tangan istimewa, sambal bilis goreng tempoyak dan ikan salai. Sewaktu itu kami masih remaja, semua masakan dirasa berselera, tambahan lagi tinggal di asrama penuh. Saya tidak pula terfikir waktu itu masakan itu cuma dari Serawak. Kadang kadang Nong masakkan kami sambal itu sewaktu di hostel, terlupa pula darimana mendapat 'multi-purpose rice cooker' untuk kami gunakan. Semua barangan letrik adalah bahan larangan di asrama, kecuali sterika dan cerek. Siapa nak ambil tahu mengenai periuk nasi kan, janji kami dapat makan dengan santai...he he he


Dan semalam, dengan Rindu masakan sambal bilis itu, saya menggagahi diri meredah hujan untuk ke kedai, mencari tempoyak dan ikan bilis...adoiii...kebetulan petang semalam hujan lebat sewaktu balik dari pejabat, dan payung seperti biasa, tertinggal di ofis! Basah kuyup dibuatnya. Tapi misi saya berjaya, ada tempoyak di jual disitu. Gembira saya balik mencuba. Pertama kali sebenarnya saya memasak sambal bilis tempoyak ini...demi rindu, demi teringin....


Cabaran pertama adalah dari anak lelaki saya. Dia tidak suka bau yang menusuk hidung, tidak suka cili..uishkkk..jenuh saya membuka tingkap, pintu , kipas segala supaya bau semasa menumis itu tidak melekat di dalam rumah. Cabaran kedua adalah suami. Suami saya tidak makan tempoyak, baunya juga boleh menghilangkan selera makan beliau...hmmmm, minta maaf la bang ya..kali ni saya teringin makan tempoyak! 
Oleh kerana Tidak tau dimana boleh mendapatkan ikan salai secara tradisional, saya menggantikannya dengan ikan bakar saja. cukuplah Buat menghilang Rindu. Bagi yang ingin mencuba, ini resepi dari Kawan saya Nong, saya juga cuba banding dengan resepi di internet, perbezaan cuma sedikit..tak kisah lakan, kita boleh mengubah mengikut cita rasa masing masing. Selamat mencuba!!


Sambal bilis tempoyak goreng

Bahan-Bahan:
segenggam ikan bilis atau lebih kalau suka.
sedikit minyak utk menggoreng
5 sudu besar tempoyak.
3 -5 keping cili kering di buang biji dan potong halus
 5-7 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
10 biji cili padi (bergantung pada tahap suka anda pada pedas)..

Cara:
Gorengkan ikan bilis sehingga rangup dan toskan. ketepi.
Kisarkan bawang merah, bawang puteh dan cili padi, Tumis sehingga naik bau.
Masukkan hirisan cili kering. 
bancuh tempoyak dgn sedikit air dan masukkan ke dalam tumisan. 
kacau.
Setelah air agak kering, masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
kacau hingga sebati, di tambah garam mengikut selera.(kalau ikan bilis masin x payah garam)
boleh di hias dengan hirisan daun bawang jika suka.
angkat dan hidangkan.
enak dimakan bersama nasi putih panas dan ikan salai...
Note, tempoyak yang baru memberikan rasa yg lebih kick....;)


Sambal bilis goreng tempoyak, siap! Saya menyejukkan nya di dalam bekas tupperware dan menutupnya bagi mengelak bau yang agak kuat...;p
*Dan cili kering saya tidak begitu halus (tak cukup rajin), serta bahan2 juga saya tumbuk, tidak blended..saya memang suka rempah ratus atau bawang tumis dapat di kunyah...
*Dan tempoyak yang di beli di supermarket tidak seenak tempoyak yang mak saya buat di kampung...;(



Ikan kembung bakar (atas kuali serbaguna saja) dengan kunyit hidup, garam dan bawang putih. Saya suka mempelbagaikan rasa ikan kunyit, sama ada dengan bawang putih, halia atau lada hitam. yum yum yum...
Semuga anda yang suka kan sambal tempoyak dapat merasa masakan ini...sekian terima kasih! he he he

Wednesday, January 5, 2011

Dia...



dia,
yang sering mengingatkan aku, 
pada indahnya sang kejora, 
menghiasi pekat malam, 
dengan kerdip matanya, 
yang selalu menyeri rindu. 
dia, 
selalu mengimbaukan aku, 
pada musim bunga yang mekar indah, 
selepas dingin salju berlalu, 
membelai kalbu, 
dengan senyum manismu 
yang selalu bertamu dalam sepi. 
dia, 
sering saja membawa aku, 
kembara ke alam penuh misteri, 
dalam renungan tanpa suara, 
dalam senyum tanpa kata, 
dalam tawa dalam manja, 
dia.......
~Ojie, copyright reserved. ;D

Tuesday, October 5, 2010

Bebayang Rindu

bebayang,
meratah sepi,
memeluk gundah,
merobek mimpi,
di perut bulan,
hitam.
bebayang,
memanggil rindu,
melambai sendu,
tersingkap duka,
berdarah luka,
di tengah lautan.
kelam.
bebayang,
cuma dendam,
dari remang petang,
sebelum bertemu malam,
kelam dan hitam,
terungkai dalam diam.

Ojie.
Sepetang di Kuala Besut.
penghujung september2010

Thursday, September 30, 2010

autumn light

may be,
i was fortunate enough to be here,
as the summer was ending, the colour of autumn is beginning to peak,
from every corner of the park,the garden, balmy days
with just a little nip in the air to remind me that winter is just around the corner.
Then i remember you. The sharp pain begin to slash through my heart again. I still miss him, badly at times.
When the gentle rain falling so quietly all over the hills, soaking into the ground to bring out the new life, and its hard for me to accept that, I never going to see him again, hear his laugh, or grinning at his half crook smile....its like trying to imagine the spring without the sound of birds, or a field without colourful daffodils.
Here i am, alone in the strange country.
Scotland, September 16,'94.





When i hear the wind blow,
all across the Kepplestone High,
Is it you i hear calling?
oh sweet dear of mine,
When i look to the west,
all across the River of Dee,
I can still see your smile,
oh greatest love of mine,
When the leaves have turn to brown,
and autumn's due,
as i watch the sun goes down,
I'll still think of you.
And when i see the first leave falls,
along the way,
On Ceaton Park to roads of Tillydrone,
sure its you i hear a whisper,
lullaby of the lifetime,
oh sweet sweet love of mine.
                                                                                         September '95.
                                                                                    Kepplestone. Aberdeen.