salam to All.


Showing posts with label lemak. Show all posts
Showing posts with label lemak. Show all posts

Saturday, August 20, 2011

kueh bakar, kueh kemboja, akok....



Salam  sekali lagi...
Semuga anda semua sihat dan di dalam Lindungan Nya sentiasa.
Saya terpanggil untuk bercerita mengenai kueh kegemaran saya. Sewaktu kecil lagi saya gemar akan kueh bakar hijau ini. Selalunya mak akan belikan saya tiap kali beliau bertandang ke pasar Pasir Puteh, sebuah pekan kecil yang menyambut kedatangan tetamu ke Negeri Cik Siti Wan Kembang jika melalui jalan  Terengganu-Kelantan. Saya ingat lagi, saya cukup gembira jika Mak ingin membawa saya ke Pasar Pasir Puteh. Akan terbayang di mata segala jebis kueh tradisi enak yang di jual disana seperti 'koleh kacang hitam', akok, jagung rebus berkelapa, kacang rebus berkelapa, kueh bakar, baulu, 'karah', dan pelbagai jenis yang saya sendiri tidak ingat namanya. Semakin lama, melewati alam remaja di daerah lain membuat saya semakin lupa dengan Bandar Kecil ini. Kemudian berhijrah pula ke Luar negara menyambung pelajaran. Sewaktu di sana lah tiba tiba rindu saya pada kueh bakar memuncak. Terasa seakan hilang keenakan puding dan cheesecake yang mudah didapati di sana. Keinginan merasa kueh ini membuat saya menelefon kakak dan makcik untuk bertanya resepi...terkejut mereka di buatnya. Maklum, saya bukan seorang yang rajin turun ke dapur asalnya....bagaimanapun, hasil percubaan saya berjaya, rindu saya terubat, dan boleh pula berkongsi dengan rakan rakan lain yang berasal dari kelantan....;)

Kueh bakar 'bintang hati' Emak untuk berbuka puasa
Antara variasi yang saya suka cuba..;)
Cantik bukan...ada sahabat kata cantik di buat Hantaran kawin...;p







Menggiurkan?..

 Tidak adil bukan jika saya bercerita tanpa berkongsi resepi dengan anda...
Kueh Bakar, tidak susah membuatnya.

Bahan bahan;
1 cawan  santan pekat (pati)
1 cawan susu cair
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula / kurang jika tidak suka manis
1 cawan air pandan
3-5 biji telur (banyak telur lagi berkedut kueh anda)
pewarna hijau
Bijan untuk hiasan (optional)
25 g butter  (optional)

Caranya,
Masukkan telur, gula ke dalam blender dan kisar sehingga gula hancur, Kemudian tambahkan semua bahan kedalam blender (kecuali bijan) dan kisar sehingga adunan sebati.
Lenserkan minyak/margerin pada acuan anda. Panaskan oven. 180d C.
Tuangkan adunan kedalam acuan anda dan bakar selama 40min 
Taburkan bijan ke atas kueh dan bakar lagi sehingga kekuningan atau 'berkerak'.
Hidangkan panas panas...........yum yum yum...
Selamat mencuba bagi penggemar kueh lama ini...
Selamat malam semua. Assalamualaikum.


Sunday, August 7, 2011

Apple Nestum pudding, with apple sauce

Ramadhan kembali lagi, bersama seribu satu ganjaran yang di janjikan. Semuga kita semua dapat menjalani ibadah puasa lebih baik dari tahun sebelumnya.Dan dengan kehadiran Ramadhan juga menjadi satu sumber rezeki berganda bagi peniaga peniaga di Bazar Ramadhan, Kita di Malaysia sudah begitu sinonim dengan kehadiran pelbagai jenis kueh muih lama dan baru di bazar Ramadhan, Lauk pauk juga melimpah ruah di Niagakan. Terliurnya bukan main lagi kan...tapi seringkali terjadi, sebaik pulang dan bersedia untuk berIftar bersama keluarga tersayang. belian kueh mueh dan lauk pauk kita tidak sehebat bau dan rupa. Sering kecewa dengan rasa nya...pernah terjadi pada anda?...tidak?..Begitulah yang sering terjadi pada saya saban tahun, tapi masih tidak jemu berkunjung saban petang...haiii...begitu hebat tarikan Bazar Ramadhan rupanya....Hari ini saya cuba berkongsi resepi saya di sini, resepi ini saya acu cuba tery test bulan puasa tahun lepas, dan ramai rakan rakan saya yang meminta resepi ini kerana tertarik dengan gambar nya...;))


   Sepotong...mana cukup?..


Apple Nestum pudding, with apple sauce.

Bahan bahan nya:
Acuan 8 atau 6 inci bulat.

A) 2 sudu makan gula merah, 
2 sudu makan gula putih, 
2-4 sudu air. 
panaskan sehingga menjadi merah/caremel, goyang rata, taburkan nestum biar melekat rata...ada yg lebih pun tak pe. ;)) ketepikan biar sejuk.

B)4 biji epal merah besar, kupas dan buang biji.
2 biji blend bersama .750ml air
2 biji lagi di potong dadu kecil2.
70g butter.
2 kayu manis ~ 2inci.
3-4 kuntum bunga cengkih.sedikit essence vanilla & gula merah secukup rasa.

PANASKAN BAHAN B SEHINGGA MENDIDIH, DAN LIKAT, MASUKKAN 2 SUDU NESTUM ATAU LEBIH UNTUK PEKATkannya. SEJUKKAN. letak ketepi.

C)mula sediakan air kukusan. (steamer)

D) 5 Biji telur ayam .
1/3 tin susu pekat.
1 sudu corn flour.sedikit apple essence jika ada. letak vanilla pun boleh.
2-4 Sudu nestum.
BANCUH RATA BAHAN  DALAM BOWL. MASUKKAN SEPARUH DARI bahan B dia atas. dan kacau.(Kalau pekat sangat tambah air kosong...kepekatan macam nak buat cream caremel jugak)

E) Tuang ke dalam bekas acuan ber caremel anda.(A)

F) kukus 25-35 minit.

G) *bahan sauce yang separuh tadi boleh tambah gula jika mau manis.

H) bila puding sudah masak, terbalikkan dalam bekas dan tuangkan apple sauce ke atas nya dan sejuk kan....

makan panas panas pun sedap.

p/s hati2 masa terbalikkan..

    Siapppp!! ;), ini versi yang sos nya sedikit.

    Versi dengan sos yang mewah, lebih lemak berkrim..;)

Harap resepi ini dapat membantu suri suri yang suka mencuba sesuatu yang baru. Boleh di kongsi dengan seisi keluarga dengan belanja yang kurang dari berborong di Bazar Ramadhan...
Sekian terima kaseh, Selamat Ber Iftar bersama keluarga.
0 ·  ·