Salam sekali lagi...
Semuga anda semua sihat dan di dalam Lindungan Nya sentiasa.
Saya terpanggil untuk bercerita mengenai kueh kegemaran saya. Sewaktu kecil lagi saya gemar akan kueh bakar hijau ini. Selalunya mak akan belikan saya tiap kali beliau bertandang ke pasar Pasir Puteh, sebuah pekan kecil yang menyambut kedatangan tetamu ke Negeri Cik Siti Wan Kembang jika melalui jalan Terengganu-Kelantan. Saya ingat lagi, saya cukup gembira jika Mak ingin membawa saya ke Pasar Pasir Puteh. Akan terbayang di mata segala jebis kueh tradisi enak yang di jual disana seperti 'koleh kacang hitam', akok, jagung rebus berkelapa, kacang rebus berkelapa, kueh bakar, baulu, 'karah', dan pelbagai jenis yang saya sendiri tidak ingat namanya. Semakin lama, melewati alam remaja di daerah lain membuat saya semakin lupa dengan Bandar Kecil ini. Kemudian berhijrah pula ke Luar negara menyambung pelajaran. Sewaktu di sana lah tiba tiba rindu saya pada kueh bakar memuncak. Terasa seakan hilang keenakan puding dan cheesecake yang mudah didapati di sana. Keinginan merasa kueh ini membuat saya menelefon kakak dan makcik untuk bertanya resepi...terkejut mereka di buatnya. Maklum, saya bukan seorang yang rajin turun ke dapur asalnya....bagaimanapun, hasil percubaan saya berjaya, rindu saya terubat, dan boleh pula berkongsi dengan rakan rakan lain yang berasal dari kelantan....;)
Kueh bakar 'bintang hati' Emak untuk berbuka puasa |
Antara variasi yang saya suka cuba..;) |
Cantik bukan...ada sahabat kata cantik di buat Hantaran kawin...;p |
Menggiurkan?.. |
Tidak adil bukan jika saya bercerita tanpa berkongsi resepi dengan anda...
Kueh Bakar, tidak susah membuatnya.
Bahan bahan;
1 cawan santan pekat (pati)
1 cawan susu cair
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula / kurang jika tidak suka manis
1 cawan air pandan
3-5 biji telur (banyak telur lagi berkedut kueh anda)
pewarna hijau
Bijan untuk hiasan (optional)
25 g butter (optional)
Caranya,
Masukkan telur, gula ke dalam blender dan kisar sehingga gula hancur, Kemudian tambahkan semua bahan kedalam blender (kecuali bijan) dan kisar sehingga adunan sebati.
Lenserkan minyak/margerin pada acuan anda. Panaskan oven. 180d C.
Tuangkan adunan kedalam acuan anda dan bakar selama 40min
Taburkan bijan ke atas kueh dan bakar lagi sehingga kekuningan atau 'berkerak'.
Hidangkan panas panas...........yum yum yum...
Selamat mencuba bagi penggemar kueh lama ini...
Selamat malam semua. Assalamualaikum.
sesungguhnya kueh bakor ojie nampak sangat enak.. geram wase nok makan.. minyok molek.. setengah tu kering je..
ReplyDeletenak puasa ni kena cek resepi semula huhuhu...macam malasang nak masok...
ReplyDelete