salam to All.


Showing posts with label sambal. Show all posts
Showing posts with label sambal. Show all posts

Friday, May 18, 2012

Gulp!!!

goshhh..been leaving my blog for sometime. Sooowy my dear friends and visitors. I'm a bit lazy to write at the moment. Em trying to collect materials for my kid innovative 'story book', and still stuck in the middle of nowhere.Thank you for those whom still peep here and there here. ;))

in the meantime, lets enjoy this delicious mix fruits pickles, home made from my friend.
its really tease your taste bud, i tell you! ha ha

And the spicy sambal ikan bilis dengan petai i made yesterday. yummmy!
Catch you later!  ;)) Luv.mmuah.


>>>>>>>>>>>>>  >>>>>>>>>>>>>>>>>>>(^_^)" <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Sunday, August 21, 2011

citarasa orang kampung....


Lidah kampung ku….

Bagi mereka yang bersungguh sungguh ingin mencari keredhaan Ramadhan, 10 malam terakhir ini menjadi kemuncak untuk memertabadkan amalan dan mencari keampunan dariNya. Pemburuan malam misteri yang penuh keistimewaan yang telah di janjikan ganjaran beribu kali darjat menjadi satu kemestian bagi proses penyucian jiwa mereka yang bertakwa. Bagi sesetengah golongan pula, tidak ada perbezaan samada Ramadhan atau bulan bulan lain dalam setahun. Siang Cuma berpuasa kerana mengikut tradisi orang2 di sekeliling, malam pula di penuhi dengan jamuan2 mewah bagi membalas dendam berlapar sepanjang hari….semuga kita semua di sinarai cahaya Hidayah dari Yang Esa dan di jauhi dari segala kemungkaran dunia.

****************

Saya ingin berkongsi disini mengenai cita rasa saya sebagai anak kampung. Hidup di Bandar besar dan moden mendedahkan kita pada kepelbagaian makanan yang sungguh istimewa. Barat , Timur Tengah, Jepun, Cina, malah makanan Malaysia juga ada pelbagai cara menyediakan nya. Saya suka semuanya….;)) Namun sesekali, lidah ini begitu rindu masakan kampung, seperti masakan mak sewaktu saya membesar di kampong. Masak lemak kuning ikan kembung, masak singgang ikan tongkol, nasi dagang, nasi berlauk, nasi kerabu, nasi ‘tumpang’, sambal bilis petai, sambal udang, sambal mangga udang geragau…budu dengan limau di cecah ikan bakar…sambal belacan, Koleh kacang, aduhhh kecur dibuatnya..
Tak kala kawan kawan berselera menyantap red velvet dan cappuccino cheesecake, saya pula teringatkan sambal belacan, Ohhh! sungguh tak Vogue kata my friend! ;)
Teringat ketika saya bersama seorang kawan mat saleh sedang minum kopi di piazza Galileo di Roma, Italy, Saya bercerita padanya tentang seorang sahabat yang menjual kopi di kampung. Serbuk kopi yang di gereng dan di mesin sendiri oleh mak nya, aroma nya sungguh membangkit selera dan rindu untuk kembali ke Tanah air…’amazing’ kata kawan berhidung belatuk saya. Dia Cuma tahu kopi yang di import dari Brazil. Dan segala kopi yang di proses dengan mesin2 kopi canggih masa kini….sambil bersantai di cafe gaya Itali yang mewah....dan gejala meminum kopi mahal sambil bersantai dengan lappy masing2 sudah menjadi satu budaya muda mudi di negara kita juga...Seperti terasa usia sudah menuju senja bila saya tidak lagi berminat untuk melepak bersama rakan rakan di tempat tempat begitu...mungkin memakan cholek mangga muda di atas pangkin bawah pokok rambutan lebih serasi dengan anak kampung seperti saya....;D

Panjang pula celoteh kali ini…baiklah, menu apa hari ini ya, bagi memberikan lidah kampung saya kepuasan..hrmmmm….

Mungkin sambal mangga udang kering untuk membangkit selera berbuka puasa...;)

*Sambal mangga udang kering/udang geragau

Bahan Bahan.
3 biji mangga muda. (pauh ringan org kelantan panggil)
kupas dan di cincang halus
segenggam kecil udang kering, rendam air panas biar lembut, Toskan.

*Atau udang geragau/udang baring

segenggam kecil cili padi 
garam secukup rasa
sedikit gula
sebiji limau nipis.

Tumbuk cili, garam, gula sehingga halus, masukkan mangga dan tumbuk sehingga mesra, masukkan udang, tumbuk sebentar sehingga mesra. perah kan air limau nipis dan hidangkan. Hrmmmmmm.....di cecah ikan kembung bakar. 

sambal mangga udang kering.


*Sambal belacan mangga.

Bahan Bahan.
3 biji mangga muda. (pauh ringan org kelantan panggil)
kupas dan di cincang halus
2cm belacan. (terasi org Bugis panggil) 
segenggam kecil cili padi 
garam secukup rasa
sedikit gula
sebiji bawang merah di bakar
sebiji bawang putih di bakar.
sebiji limau nipis.
Tumbuk semua bahan di dalam Lesung Batu sehingga halus. 

Tambahkan perahan airlimau nipis. Hidangkan.
Enak di makan bersama ulam ulam kampung. dan nasi panas panas...;))

Antara masakan kampung yang selalu saya cari bila balik kampung...
Sambal mangga ikan tawar. Resepi seperti mangga udang, cuma udang di ganti dengan isi ikan yang di bakar.



Sambal belacan.
Jeruk Petai dan balang balang Tempoyak di Dapur Mak...

Pulut dimakan dengan kelapa parut , ikan masin, dan ikan bilis goreng asam.


Nasi lemak daun pisang dengan sambal tempe...yum yum yum..

Sekian Buat Kali ini. Mungkin lepas kerja nanti saya boleh mengintai masakan lain pula...;p
Wasslam.

Thursday, August 4, 2011

Sambal bilis goreng tempoyak (for Nong)

Salam Ramadhan semua...Semuga kita semua mendapat segala kebaikan yang diganjarkan bagi bulan Mulia ini...
(
Belumpun habis cerita mengenai Chomel, saya dah mula pos baru..hrrmmm,..memang saya masih tidak mempunyai disiplin untuk menjadi seorang penulis! Tak mengapalah. Sewaktu saya membaca status FB seorang kawan di Sarawak semalam, terus saya terpanggil untuk menulis mengenai Masakan kegemaran seorang sahabat baik suatu waktu dulu. Status itu berbunyi "Dalam perjalanan ke Bazar Ramadhan, harap harap dapat jumpa sambal tempoyak goreng nanti"...Aduh!!! 


Serentak jiwa terusik, sambal tempoyak goreng, rasanya sudah lebih 15 tahun saya tidak makan sambal itu. Dan sejenak Rindu dan kenangan bersama sahabat di asrama berfmain di fikiran...Nong, nama panggilan kami padanya. Asalnya dari Limbang, Serawak. Setiap kali Nong balik dari Limbang ke Kuala Trengganu, mesti membawa buah tangan istimewa, sambal bilis goreng tempoyak dan ikan salai. Sewaktu itu kami masih remaja, semua masakan dirasa berselera, tambahan lagi tinggal di asrama penuh. Saya tidak pula terfikir waktu itu masakan itu cuma dari Serawak. Kadang kadang Nong masakkan kami sambal itu sewaktu di hostel, terlupa pula darimana mendapat 'multi-purpose rice cooker' untuk kami gunakan. Semua barangan letrik adalah bahan larangan di asrama, kecuali sterika dan cerek. Siapa nak ambil tahu mengenai periuk nasi kan, janji kami dapat makan dengan santai...he he he


Dan semalam, dengan Rindu masakan sambal bilis itu, saya menggagahi diri meredah hujan untuk ke kedai, mencari tempoyak dan ikan bilis...adoiii...kebetulan petang semalam hujan lebat sewaktu balik dari pejabat, dan payung seperti biasa, tertinggal di ofis! Basah kuyup dibuatnya. Tapi misi saya berjaya, ada tempoyak di jual disitu. Gembira saya balik mencuba. Pertama kali sebenarnya saya memasak sambal bilis tempoyak ini...demi rindu, demi teringin....


Cabaran pertama adalah dari anak lelaki saya. Dia tidak suka bau yang menusuk hidung, tidak suka cili..uishkkk..jenuh saya membuka tingkap, pintu , kipas segala supaya bau semasa menumis itu tidak melekat di dalam rumah. Cabaran kedua adalah suami. Suami saya tidak makan tempoyak, baunya juga boleh menghilangkan selera makan beliau...hmmmm, minta maaf la bang ya..kali ni saya teringin makan tempoyak! 
Oleh kerana Tidak tau dimana boleh mendapatkan ikan salai secara tradisional, saya menggantikannya dengan ikan bakar saja. cukuplah Buat menghilang Rindu. Bagi yang ingin mencuba, ini resepi dari Kawan saya Nong, saya juga cuba banding dengan resepi di internet, perbezaan cuma sedikit..tak kisah lakan, kita boleh mengubah mengikut cita rasa masing masing. Selamat mencuba!!


Sambal bilis tempoyak goreng

Bahan-Bahan:
segenggam ikan bilis atau lebih kalau suka.
sedikit minyak utk menggoreng
5 sudu besar tempoyak.
3 -5 keping cili kering di buang biji dan potong halus
 5-7 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
10 biji cili padi (bergantung pada tahap suka anda pada pedas)..

Cara:
Gorengkan ikan bilis sehingga rangup dan toskan. ketepi.
Kisarkan bawang merah, bawang puteh dan cili padi, Tumis sehingga naik bau.
Masukkan hirisan cili kering. 
bancuh tempoyak dgn sedikit air dan masukkan ke dalam tumisan. 
kacau.
Setelah air agak kering, masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
kacau hingga sebati, di tambah garam mengikut selera.(kalau ikan bilis masin x payah garam)
boleh di hias dengan hirisan daun bawang jika suka.
angkat dan hidangkan.
enak dimakan bersama nasi putih panas dan ikan salai...
Note, tempoyak yang baru memberikan rasa yg lebih kick....;)


Sambal bilis goreng tempoyak, siap! Saya menyejukkan nya di dalam bekas tupperware dan menutupnya bagi mengelak bau yang agak kuat...;p
*Dan cili kering saya tidak begitu halus (tak cukup rajin), serta bahan2 juga saya tumbuk, tidak blended..saya memang suka rempah ratus atau bawang tumis dapat di kunyah...
*Dan tempoyak yang di beli di supermarket tidak seenak tempoyak yang mak saya buat di kampung...;(



Ikan kembung bakar (atas kuali serbaguna saja) dengan kunyit hidup, garam dan bawang putih. Saya suka mempelbagaikan rasa ikan kunyit, sama ada dengan bawang putih, halia atau lada hitam. yum yum yum...
Semuga anda yang suka kan sambal tempoyak dapat merasa masakan ini...sekian terima kasih! he he he