salam to All.


Tuesday, February 7, 2012

Kids In the House II

Salam maulidur Rasul buat semua teman-teman Maya.
Semuga kita mengambil langkah langkah untuk semakin mendekatkan diri dengan Rasulullah.

Day 3: Fun with Colour Clay.

We do have a few boxes of colour clay around the house. The very limited choice of colour actually, just purple, red and moss green. When the kids start playing and mixed, ponding, shaping  them into various forms, all the colours become greenish grey...quite dull actually.
But who cares? ;D  we did have a lot of fun rolling the clay on the floor, and wrapped them around a few favourite figurines. . . 
This is the only brand of non toxic clay around my place.

haunted castle and Pinocchio..


Even the Barbi has the New Dress! ;)


lost their way..coming out from the enchanted woods, 'Enid Blyton's"
Wrapping the strings of play doh around a few figures...and recreate our own version of the lost Mummy! 
My kids love them!!!  

Try with your kids guys...;))
Have Fun!


Saturday, February 4, 2012

sekalung doa buat teman.

Jumaat. 3/2/12
Tidak ada kata kata dapat ku ungkapkan hari ini. Dari pagi seperti ada rasa tidak selesa dan berdebar debar.
Lantas sebelum ke pejabat aku minta suami menurunkan ku sebentar di pantai m.c. Mahu menjenguk rakan yang sakit sebentar. Sesungguhnya amat terkesan sekali di jiwa. Jumaat sebelumnya dia begitu ceria bercerita dengan ku. Pagi ini keadaan nya tidak dapat ku luahkan dengan kata kata. Sahabat yang setia menemani dia dan isteri tercinta begitu tabah dan sabar. Persahabatan yang terjalin antara mereka membuat kita rasa bertuah kerana masih wujud nilai nilai insani , kesetiaan, kejujuran dalam persahabatan..semuanya membuat aku tersentuh. Keadaan dia sudah tidak mengizinkan kami/tetamu rakan2 menziarahi beliau seperti sebelumnya. Ku mohon permisi dengan iringan doa di dalam hati.
Di Pejabat aku buka surah Yassin kecil yang sememangnya ku bawa dari pagi...entah kenapa, hati ku masih tidak tenang.
Menjelang petang kawan menyampaikan khabar yang kurang baik...kemudian hand phone ku pula just dying on me, kaput!  ishhh...saat saat begitu pula this old iphone pilih untuk just died. gone, nothing can actually revive its live, aku campak ketepi. lupakan.
Bayangan dia dan dua sahabat di hospital singgah dalam fikiranku sampai ke malam. Doa dan Yassin sahaja hadiah yang dapat di hulurkan. Terasa sungguh tidak berdaya sekali diri ini, kerdil dan amat kecil. Menjelang tengah malam  aku buka fb lagi...tidur seperti menjauhkan diri..aku seperti tertunggu tunggu sesuatu. tapi entah apa...kemudian masuk message membawa berita duka itu. Innalillahiwainna-ilaihirajiuun. Sahabat sudah kembali pada Penciptanya. Tidak di sedari berguguran air mata .....
Selepas itu muka buku menjadi aktif dengan doa-doa dari seluruh penjuru . Kami kehilangan seorang kawan yang baik. Ternyata ramai sahabat berjaga hingga ke pagi, masing masing dengan imbauan kenangan yang berbeza, diiring dengan seikhlas doa tentunya. Beliau tidak rapat denganku sewaktu 5 tahun di asrama, tapi perkenalan di penghujungnya meninggalkan kesan sendiri. AlFatihah. Semua urusan telah selesai siang tadi. Semuga beliau di tempatkan di kalangan orang orang yang Soleh.

Selamat jalan sahabat.
Aku yang masih di sini masih dalam kesamaran bekalan untuk keSana.
"life is a gift, never take it for granted"
sepi yang seringkali bertamu di kalbu...

Wednesday, February 1, 2012

Kids in the house.

Rentetan Bosannya Cuti di rumah...

Okay. Hari pertama.

Nampak nya kena buat sesuatu untuk menceriakan anak-anak sepanjang seminggu bercuti Raya Cina ni….ibu mula merencanakan indoor games buat mereka. Nak berjalan-jalan ke kejiranan sambil beriadah pun cuaca tidak menentu. Panas yang melampau dan tiba-tiba hujan boleh membuat seseorang mudah di serang selsema.

Bila di selongkar permainan budak-budak kat rumah..wahhh macam-macam ada rupanya! Mau kalah rancangan kat Astro tu he he he.

Mula-mula jumpa non toxic body colour yang dah tinggal separuh. Apa lagi. Projek hari pertama:-

1) MARI MEWARNA MUKA DAN BADAN !

Tak susah nak ajak budak-budak kearah ini. Bab-bab mencomotkan diri adalah satu kaedah menghilangkan bosan yang sungguh berkesan. Pertama ibu kena pastikan ada cukup ruang kosong yang tidak beralas lantainya, yaitu, tanpa karpet atau tikar atau apa apa hamparan yang mudah comot. Penggunaan warna badan ini boleh di lukis mengikut kreativiti anda dan anak-anak anda. Jika ibu rajin boleh mencari pelbagai teknik lukisan dan corak kat internet, print dan biar anak anda meniru corak tersebut pada abang atau adik atau kakak atau Anda sendiri Hahaa..ada berani? Gunakan alas surat khabar di lantai jika perlu. Dari pengalaman lepas, lantai dan kemungkinan dinding juga menjadi kanvas anak-anak untuk meluahkan hasil seni mereka. Ibu mesti bersedia untuk kerja-kerja mengemas selepas itu. (Part yang bosan buat ibu-ibu he he)
Ibu boleh membiarkan anak-anak melakukan aktiviti sendiri sambil memulakan kerja-kerja memasak.(sambil pemantauan , mana tau, lain jadinya lak..) Kalau sudah menyediakan makanan awal-awal lagi baik, ibu boleh join sekali having Fun with the kids! Yeahhhh..bila lagi nak jadi kanak-kanak semula.

Ni salah satu Hasil dr contengan muka kt si kecik. ;))




2. Hari ke Dua.

Penyelongkaran seterusnya, ibu jumpa pelbagai figurines dari watak-watak kartun terkenal. Setengah nya memang di kumpul dari McDonald, dan setengahnya memang sengaja di beli dari kedai-kedai mainan. Fuhhhh! Tidak disangka, berbakul-bakul dah mainan sebegitu terkumpul, patutlah rumah semak hari-hari!

Hmmm…lets create a story of our own! Semua watak-watak boleh di masuk kan dalam cerita yang di reka sendiri. Ibu memulakan cerita dengan watak kegemaran anak-anak. Biarkan anak-anak menokok tambah cerita tersebut, Mereka mempunyai banyak imaginasi sebenarnya. Terkadang akan terbabas pada situasi yang tidak masuk akal, anda hendaklah bijak mengolah  idea mereka kedalam jalan cerita anda. Cubalah di rumah bersama anak-anak anda, terutama jika hari hujan, cerita rekaan yang tidak pernah di dengar mereka akan menjadi lebih seronok jika ibu membawakan watak-watak rekaan itu dengan gaya bahasa dan tonasi suara yang di pelbagaikan.
Anda boleh mencari idea-idea hebat di internet terutama kisah-kisah dalam ‘puppet show’, dan anda juga boleh mengambil idea-idea itu untuk berhibur dengan anak-anak anda.
Cubalah! ;))




Ibu Mulakan dengan Pinochio dan Ginger. Mereka sedang bersantai-santai di bawah matahari keemasan waktu petang....mereka berdua mula berkawan baik sejak pertama kali bertemu dalam "Shrek' ...bla bla bla....



Tanpa di sangka Ginger menyimpan rasa cinta pada Pino, dan mula berangan-angan sendiri. Sambil tu, mashmellow love tu di kunyah dengan anak-anak dengan milo suam...ohhhh, cerita menjadi semakin menarik! Ha ha ha.

Hah...Persahabatan baik antara Ginger dan Pino tidak di senangi oleh Michelangelo , Leonardo , Raphael dan Donatello. Mereka takut jika Pino dan ginger nanti tidak lagi ingin bersama-sama melawan penjahat penjahat kotaraya MetroGombak jika mereka berkahwin. Lantas kumpulan Ninja T jr pun merancang sesuatu...jeng jeng jeng...break minum lagi..;D




Rancangan Jahat empat bersaudara tersebut di dengari oleh  donkey dan Horsey, kuda kecil kegemaran Lil Qiss. Mereka berdua cuba merahsiakan perkara ini dari Ginger. Bagaimana kita nak selesaikan masalah ini tanpa menimbulkan curiga dari Pino dan Ginger? Donkey dan Horsey berbisik bisik ...



Keadaan menjadi kecoh bila penghuni kota MetroGombak mula berkumpul dan ingin mengetahui apa yang terjadi. Ginger panik, "kenapa semua orang datang ke sini? " Sambil matanya mencari-cari wajah Pino. Hampa, Pino tidak kelihatan dalam keramaian malam tu. 
"sesuatu telah terjadi pada Pino kah?"  Berdebar-debar Ginger di buatnya.

Race?

Semua yang berkumpul terkejut dengan deruan enjin kereta dari arah jalan besar. Wahhh apa yang berlaku?...

Cerita ibu bermula selepas breakfast, kemudian bersambung lepas Lunch break...membawa ke petang...sambil break bermain something else dan buli kities dulu, sambung semula bila kids minta, Fuhhh..jenuh juga nak habis kan cerita ni. But as always, kids story berakhir dengan Happily ever After. Cerita di habiskan menjelang bed time. Tak payah baca story books malam tu .
Notes, Gambar-gambar adalah dari archive yang dah agak lapuk. Sekadar hiasan saja...cerita selalu di lakunkan dgn watak2 di gerakkan bersama itonasi suara bagi menarik..dengan kata lain, Ibu jadi penglipurlara tak bertauliah gitu!

Dan!! Ibu kena kemaskan semula figurines dan toys masuk kotak hadoiii...berselerak nya rumah! ;))

Next. .. .. 

Bosan!



Entah nak mula di mana sebenarnya. Seminggu mereka tiga beranak berada di rumah sepanjang cuti Tahun Baru Cina. Abahnya kena pergi Sabah, asyik-asyik ke Sabah saja, tapi tak juga nampak rezeki yang di kejar di sebelah sana. Budak-budak menyuarakan rasa bosan, tapi ibu  biarkan saja. Mana nak di bawa mereka, ibu nya takut nak drive kat Kuala Lumpur tu. Duduk jelah diam-diam…banyak cd dan dvd tu, layan je lahhh….mereka mula gelisah dan asyik bertengkar, ishhh ibu pun naik bosan lah macamtu!

Melukis bosan, mewarna bosan, membaca bosan, menonton juga bosan, macamana nak buat budak 3 tahun dan 8 tahun mengisi hari mereka tanpa merungut? PSP dan PS.2 pun tak mau layan dah. Parah jugak virus bosan tu!…
“Jum tolong mama kemas rumah, satu hari satu ruang, seminggu semua ruang rumah kita bersih nanti.” Ibu cuba memancing reaksi mereka.
‘Kemas??” kemas lagi la bosan mama”. Seperti dijangka, itulah jawapannya. Haizzzz.
“Jum tengok Ombak Rindu” ! !
“Mama!! Mama dah tengok 5 kali dah, boringla camni…” cebik si abang.
“Jum tolong mama masak”  Si abang mendiamkan diri. Si adik teruja nak menolong, “jum-jum mama”. Pantas si adik ke dapur dan mencari sesuatu. Di ambil bangku getah ikea dan berdiri di atasnya. Melilau mata si kecik menjenguk ke atas cabinet dapur.
“cari apa?” Ibu kehairanan.
“pisau biru” jawab si kecil
“Oh…nah!” Ibu menghulurkan pisau plastic biru pada adik. Tersenyum si kecil. Dia terus saja mengeluarkan bawang merah dan bawang puteh dari tempatnya.
Bersungguh-sungguh dia mula mengopek bawang.
“Kita nak masak apa ni?” Tanya ibu pada adik.
“Kita masak ikan” bersahaja jawab adik tanpa mengalih perhatian dari bawang-bawangnya.
“Kita tak ada ikan dalam frezer…” ibu cuba menerangkan.
“Tak ada?” bulat mata adik memandang pada ibu. Kelihatan seperti ada kegusaran pada wajahnya.
“Tak ada” Ibu menggeleng kepala.
Adik terdiam. “Ayam?” dia bertanya selepas beberapa ketika.
“Ayam pun kita tak ada “ Jawab ibu serius.
“kita nanti tak dapat makan?” berkerut wajah adik meminta penjelasan ibu. Ibu tersenyum.
“kita kena pergi kedai beli dulu, ikan ke, ayam ke…baru kita boleh masak” Ibu cuba tenangkan adik.
“ohhhh” adik mengangguk. Seperti faham benar dengan penjelasan ibu.
“Pergi mandi dulu,ajak abang sekali, lepas tu kita ke kedai” Anjur ibu.
“yeeyyy!” adik bersorak sambil berlari keluar dan menarik abangnya naik ke bilik atas untuk mandi sama. Abangnya mengikut saja tanpa berkata apa-apa.

Bunyi mereka mula mandi sambil bermain air boleh di dengar sampai ke tingkat bawah. Ibu dapat mengagak mesti lama mereka mandi, kalau di biarkan mau banjir satu bilik air. Ibu kemas sedikit ruang tamu sambil berkira-kira menu untuk siang hari dan malam. Kalau boleh tak perlu dua kali turun kedapur, bukan ada orang lain pun. Mungkin sup dan sedikit sayur sudah memadai. Kalau tak mau nasi, cecah sup dengan roti saja pun sedap, fikir ibu.

Selepas bersiap seadanya. “Abang bertanya, kita nak pergi mana ni?”
“Kedai”, jawab ibu ringkas.
“Giant? Ong tai kim? KL festival, KLCC? Tanya abang teruja.
“ishhh..mana ibu berani nak drive jauh-jauh tu”…Ibu mengerutkan muka.
“habis nak pegi mana?” Tanya abang mula hairan.
“tu, kedai runcit mamak”, jawab ibu sambil menunjuk kearah kedai runcit yang letak nya Cuma di seberang jalan depan rumah.
Muka abang monyok kembali, bibirnya sedikit di cebik kan. Dia melabuhkan duduknya di sofa dan diam di situ.
“tak nak ikut?” Tanya ibu..
“nak nak nak” jawab adik seronok. Ibu tersenyum, “jum” sambil memimpin adik keluar.
“betul tak mau ikut?” Tanya ibu sekali lagi. Abang geleng kepala. “Beli milo kotak dan aiskrim satu” Tambah abang kemudian.
Ibu angguk sambil memimpin tangan adik melintas jalan.
Kesian pulak si abang. Beriya iya dia ingat nak keluar jalan jalan. Nantilah, ibu fikirkan sesuatu untuk menceriakan nya. ;)).

Begitu begini kat kedai runcit, akhirnya adik dan ibu settle untuk masak mee goreng dengan udang segar. Ibu Nampak ada udang agak besar hari tu.
Nahhhh ni dia hidangan tiga beranak untuk mengisi hari yang boring.

TaaDaaaaa…. He he he. Entry hari ini pun BORING kan!! ;)
....esok kita sambung dengan citer lain ya. good nite, sweet dream all.
wassalam.

Sunday, January 15, 2012

Bertam , Part II

Nota kecil:

“Kampung Bertam Baru is believed have been around long before the English occupied the state of Kelantan. At that time, the administration of Bertam Baru was under the dominion of Kuala Krai. Ever since the small dominion of Ulu Kelantan was formed on the 1st of July, 1976, which later became a full scale dominion on the 1st of September, 1977 that is centred in Gua Musang, Kampung Bertam Baru was placed under the dominion of Gua Musang. A long time ago, settlements were build by the riverbanks because rivers were the main mode of transportation. There is huge river that passes through this village and it is called the Nenggiri River which is upstream from the Kelantan River.”
~From laman komuniti.
Nota perjalanan:-

Stesen keretapi Tumpat • Stesen keretapi Wakaf Bharu • Stesen keretapi Pasir Mas • Stesen keretapi Tanah Merah • Stesen keretapi Kuala Krai • Stesen keretapi Dabong • Stesen keretapi Gua Musang • Stesen keretapi Merapoh • Stesen keretapi Kuala Lipis • Stesen keretapi Jerantut • Stesen keretapi Kuala Krau • Stesen keretapi Mentakab • Stesen keretapi Triang • Stesen keretapi Bahau • Stesen keretapi Gemas'

Ini adalah laluan stesyen keretapi "Stesen laluan Pantai Timur"yang telah di kemaskini. Bertam baru, atau Ulu Bertam yang aku ceritakan sebelumnya terletak di antara Stesyen Dabong dan Stesyen Gua Musang. Satu Perhentian kecil yang masih berfungsi pada waktu itu. Aku kurang pasti jika stesyen itu masih ada hari ini. 



Perjalanan siang hari itu di penuhi dengan pemandangan hutan hujan khatulistiwa yang sungguh memukau. Sawah menghijau yang segar di mata, bukit bukit  membiru di kejauhan, dan paling ku ingat pemandangan kampung2 terpencil di hiasi dengan deretan pokok-pokok kelapa seperti yang sering digambarkan dalam lukisan pelukis tanah air.Pengalaman memasuki terowong atau lebih di kenali sebagai 'Bukit korek' di kelantan sungguh yunik. Kami tiba-tiba saja di selubungi kegelapan yang amat sangat. Tiada lampu2 di pasang di sepanjang terowong. Tiada turbin pengalir udara juga. Phewww..pada terowong pertama aku agak berdebar dan suspen..kemudian terowong2 seterusnya menjadi gurauan pula pada kami. Ada yang sengaja mencubit kaki atau meletak kan tangan ke bahu seolah2 di kacau penumpang lain...hah, kakak dan sahabatnya juga agak lucu rupanya. Mereka terbahak bahak bila aku pura-pura menjerit kecil awww aww..jangan raba saya ha ha ha...


Kami melalui satu perkampungan yang di namakan Temangan dan Bukit besi. Temangan? Aku seolah terkedu, itu adalah kampung tempat aku di lahirkan!! Dan aku tidak pernah menjejak kan kaki ke sana..hu hu hu..Bukit besi pula adalah satru bandar lama yang dahulunya di huni oleh orang-orang jepun bagi melombong bijih besi. Arwah bapa pernah bekerja dengan mereka..aku ingat cerita ibu..hmmmm...Apa yang dapat aku lihat dari keretapi cuma pokok pokok rendang, rumput memanjang dan rumah-rumah usang yang terbiar. Mungkin suatu waktu dulu situasinya berbeza. Aku berangan untuk meneroka tempat itu pula suatu hari nanti, mengorek sejarah silam yang  mungkin menyimpan seribu rahsia...
Keretapi kami berhenti di semua stesyen, kecil, besar, sederhana, dan penumpang silih berganti naik dan turun. Selepas begitu banyak terowong dan jambatan kecil kami lalui, akhirnya kami sampai ke destinasi kami. Bertam baru, terbentang tulisan di stesyen tersebut. "Here we are!" kata kakak".
Sempat posing dulu satu! ;p


jalan jalan di kampung. Gambar courtesy dr laman komunity.
Ini Link bagi mereka yang ingin melihat sendiri deretan stesyen2 kecil di sepanjang perjalanan keretapi di Pantai Timur.  http://zkeretapi.blogspot.com/2010/05/stesen-dan-perhentian-part-11.html  (part 1 pun ada)

Wahhhh. Akhirnya kami sampai jua. Sebuah stesyen yang agak usang menyambut kami. Aku membayangkan satu perkampungan kecil seolah olah perkampungan orang asli, hah, ini lah penangan banyak sangat menonton TV!!
Bertam Baru adalah sebuah kampung yang cantik, bersih, dan mendamaikan. Benda pertama yang menyambut kami adalah jalan jalan penghubung dari stesyen keretapi dan ke semua arah, sekolah, klinik desa, rumah rehat/tumpangan, pasar dan ke sungai juga, semuanya berturap simen dengan cantik! Meleset sekali image yang terpampang dalam perasangka ku! 


Ada sekeluarga biri-biri menyambut kami di stesyen, dan aku yang selalu 'keluar dari tujuan utama' segera ingin mendapatkan anak biri biri yang sungguh cumel itu.Aku letak beg di jalan dan yeahhhhh..meh meh sini sicumel! Bila dihampiri dua ekor anak biri biri itu lari sembunyi ke bawah wakaf kecil. Hmmm..mau lari ya? aku cuba juga merangkak ke bawah wakaf/pondok itu bagi mendapatkan nya. Tiba tiba aku dengar gelak-gelak kecil dibelakang..bila menoleh wahhhh..terkejut aku, lebih kurang 5 - 6 orang kanak2 dalam lingkungan 7-8 tahun dengan mata bersinar sinar menggelak kan aku. Grrrrrrr....aku tunjuk muka garang, bertempiaran mereka lari sambil tertawa.Haaa...tau takut. he he he. Jum jum..kakak mengarah kami bergerak. baru beberapa langkah kami di hidang pula dengan petikan gitar sekumpulan remaja yang sedang bersantai di pondok pinggir jalan.
 'Oh fatimah..gadis ayu" grenggg! grenggg! (bunyi petik gitar kapak) 
mereka menyanyi..hah, lagu untuk kakak ku tu ..ada peminat rupanya. 
"baru balik cikgu?" mereka bertanya sambil mengusik.  Peramah penduduk disini. 
"iyaaaa" jawab kaka dan kawannya sengaja memanjangkan sebutan.
"tu siapa?" tanya mereka lagi
"hmmm..adik adik cikgu, jangan nak kacau"...jawab kakak.
"alaaa..sikit boleh laaa.." jawab mereka tertawa. Kakak gelak saja.



Di pendek kan kisah, kami tinggal di sana lebih kurang 2 minggu. Rumah guru yang didirikan dari kayu tempatan agak selesa. Bekalan air agak terhad, kalau tak silap ada jangka waktu tetentu dalam sehari bekalan di salurkan. Jadi setiap rumah akan mempunyai tong-tong drum yang besar yang di ubahsuai untuk menyimpan air. Mandi waktu subuh adalah satu masalah bagi mereka yang tak tahan sejuk...fuhhhh..sejuk macam ais! Tapi bagi mereka yang pernah tinggal di pendalaman negeri Sabah, mungkin ini satu perkara biasa saja.


Bekalan letrik juga di salurkan dari penjana utama secara berperingkat. Rasanya letrik cuma berfungsi dari pukul 7 pagi hingga 9 malam. TV? aku tidak ingat jika ada TV. Malam kami di penuhi dengan undangan makan malam oleh orang2 kampung. Sungguh peramah dan pemurah! Sungguh. Dua minggu tidak dapat kami penuhi dan berkenalan dengan semuanya, tapi rata rata mereka begitu menghormati guru-guru yang sanggup tinggal di sana bagi mendidik anak-anak mereka. Perhatian mereka begitu memberi kesan pada aku dan Siti yang cuma datang sebagai tetamu ...


Oh sungai. Ada sehari bekalan air terputus terus. Kami mengambil option seperti penduduk lain untuk mandi di sungai saja. Wahhhhh...ada anak2 tangga berturap dari jalan sampai ke gigi air! Aku kagum sekali. Kami sebenarnya segan untuk mandi secara 'live' di situ kerana terus saja kami di ekori oleh anak anak kecil yang mungkin mengganggap kami ini alien! Aduh...lalu aku dan Siti duduk di pelantar kayu dengan sopan mandi menggunakan gayung ! hah hah...budak2 mentertawakan kami. Ada mengajak kami terjun ke sungai sambil menggayakan somersault aka terjun tiruk dengan penuh yakin. Ada juga mengajak kami naik perahu...wow wow..mereka mempamirkan gaya hidup kampung yang yunik sekali. Ada seorang budak lelaki mungkin baru 9 tahun mendayung perahu sambil menunjuk kan kami seekor udang galah gergasi, hasil tangkapan hari itu agaknya.


Dari sungai itu juga ada 'perahu tambang' yang boleh membawa kita ke kampung Limau Kasturi. Aku ada terlihat stesyen Limau Kasturi juga tertera dalam perjalan ke Gua Musang, mungkin pengangkutan sungai dan keretapi adalah pengangkutan utama di situ.
Dan di kampung ini jua sepupuku Siti bertemu dengan buah hatinya untuk pertama kali, mungkin dia patut menulis blognya sendiri tentang waktu-waktu manis mereka...cewaahhh. Tidak sia-siakan perjalanan kami jauh ke sini. Siti dan sidia selamat di ijab Qabul sewaktu aku melanjutkan pelajaran nun jauh di negara orang. Mereka bahagia sampai ke hari ini. he heh.
Satu perkara yang paling aku ingat bila bersembang dengan kanak-kanak di situ, majoriti dari mereka tidak pernah menjejak kan kaki ke Kota Bharu. Sebahagian besar tidak pernah melihat kereta atau bas dan lori! Mereka cuma kenal pelbagai kenderaan dari gambar-gambar dalam buku. Mereka keluar ke bandar paling dekat adalah pekan Gua Musang, dengan menaiki keretapi.Di kampung mereka kebanyakan penduduk menggunakan motosikal atau jalan kaki sahaja. Sunyi dan nyaman sekali kampung Bertam baru dalam ingatanku. 
Tepi sungai
'Perahu tambang '
Sayang sekali waktu itu belum ada kamera digital canggih seperti sekarang, kalau tidak tentu banyak kenangan dapat di rakamkan. Ini cuma sebahagian yang ada terselamat dari dimakan anai-anai...huhuhu...
Jika anda adalah anak kecil yang aku kendong di pinggi sungai itu (part 1), sila berhubung di sini. Aku ingin sekali mendenagr cerita terbaru dari sana. Anak itu sudah menjadi remaja sekarang ini. Namapun ku tidak ingat, dia cuma seorang 'adik' kepada salah seorang murid kakakku. Setiap hari murid itu mengendongnya ke hulu kehilir sebaik tamat waktu sekolah. Anak kecil itu menjadi mesra dengan ku dan bila terluang, aku mengendung nya , memberi ruang pada kakaknya menikmati zaman kecilnya seperti anak2 lain. Semuga mereka semua menjadi insan dewasa yang sempurna.


suatu hari, aku ingin melawati kampung ini semula. wassalam. ;)











Wednesday, January 11, 2012

Ulu Bertam dan Limau Kasturi...

Dalam Kenangan.


Cuti akhir tahun, sempena sambutan Christmas dan Tahun baru, kami berpeluang balik kampung. Sudah  agak lama tidak menjenguk emak. Rasa bersalah menusuk-nusuk ke hati. Kebetulan anak pertama ku mengikuti kakak balik ke Kelantan, jadi mahu tidak, kami mesti pulang mengambil nya sebelum sesi persekolan bermula.
Musim Tengkujuh sedang melanda Pantai Timur, seluruh alam begitu suram, lembab dan hujan berpanjangan. Tidak banyak aktiviti rekreasi luar dapat di buat di musim-musim begini. Kami banyak menghabiskan masa bersembang dan memasak, yeahhh, makan dan makan lagi. 



Orang dulu-dulu suka makan Ubi Kayu rebus bersama kopi 'O' bila tiba musim hujan. Sambil duduk di pangkin terbuka mengadap laman, sambil memerhati rintik rintik Hujan, sambil membuat perkiraan sendiri tentang banjir yang mungkin melanda...Pelbagai kesah2 menarik selalu di perdengarkan bila musim tengkujuh tiba,.maklum tidak dapat berlari riang di padang, anak2 di hiburkan denga cerita-cerita dongeng secara turun temurun. Paling seronok jika ade kawan untuk bermain congkak atau batu serembang. (main slambuk-org kelantan kata)


Aku sejenak mengelamun di jendela sambil terkenang waktu2 kecil dulu. Kemudian aku intai anak-anak  ku, ahhh..mereka dan sepupunya leka di depan komputer, bermain game maya dalam talian dengan kawan maya dr penjuru dunia yang lain..Begitu berbeza sekali zaman kanak kanak kami. ;)
Musim banjir suatu waktu dulu
di depan rumah.


Merasa agak bosan, aku menggeledah almari lama. Penuh habuk dan cebisan cebisan kertas seolah di landa serombongan tikus. hmmmm..agak lama tidak di buka almari ni agaknya. Disitu tersusun album album lama kami...agak lembab dan berbau hapak. Satu demi satu aku belek, pelbagai kenangan menerpa ke ruang fikiran, membuat aku tersenyum senyum sendiri. Tiba-tiba sekeping gambar aku mendokong seorang bayi terjatuh ke lantai. Aku renung gambar itu cuba mengingati dimana dan bila dia di ambil..Aku berdiri di pelantar  kayu yang agak usang di tebing sungai dengan perahu-perahu kecil di belakang...


Ulu Bertam! 
Ya. aku masih ingat tempat itu. Sungai itu adalah transit untuk orang-orang yang ingin ke Kg Limau Kasturi. Menurut penduduk, dalam 2 jam perjalanan melalui sungai baru sampai ke sekolah di kampung itu. Aku teringat sebuah drama TV yang berjodol 'Cikgu Limau Kasturi'...yes, drama itu memaparkan kehidupan sebenar kehidupan jauh nun di pendalaman. Apa yang aku buat di tempat 'jin bertendang' sana? Anak siapa di dalam gambar yang aku dukung itu..??  ;D   Kisah nya bermula begini....jeng jeng jeng...


(Music....he he, cuba bayangkan, aku sedang bersandar di wakaf merenung titik titik hujan petang sambil mengimbau kenangan lama...)


Gambar gambar dalam album itu terus membawa aku jauh ke zaman remaja. Aku ingat kakak mendapat tawaran/posting menjadi guru di sekolah Bertam baru, kami semua terpinga-pinga, di mana kah kampung itu? Masa tu tak ada google untuk  kami cari peta atau lokasi..he he. waktu itu aku masih berada di asrama, jadi persediaan kakak dan mak untuk memulakan satu langkah ke alam pekerjaan tidak dapat aku selami. Dengar cerita masa tu tak ada jalan raya untuk sampai ke kampung tersebut. Kenderaan yang boleh sampai ke situ hanyalah dengan keretapi atau motorsikal..itupun mungkin model scrambler sahaja.Bunyi begitu tersorok dan jauh kawasan itu...risau juga rasanya bila kakak menerima tawaran tersebut. Setahun kemudian bila berpeluang bertanya, kakak gembira di sana. Alhamdulillah. 2 minggu sekali kakak balik menjenguk emak. 


Cuti semesta.
Bosan kan tinggal di rumah saja. Tiba-tiba aku teruja mengajukan pada emak untuk cuba naik keretapi. Aku sebenarnya tidak pernah naik keretapi..Ohhhh..malunya nak cerita kat orang hahaha...mak kata, pergilah ke Tumpat dengan abang, naik keretapi sampai wakaf Baru, nanti abang ambil lah kat stesyen tu balik semula...eeiii...pergi Tumpat semata-mata nak naik keretapi..macam tak best lah pulak. Hujung minggu itu aku berpeluang jumpa kakak! Wahhh...aku sungguh seronok, kakak kata perjalanan 
untuk ke tempat dia mengajar kena naik keretapi dari Wakaf Baru , melalui 7 'bukit korek' , beberapa stesyen tempatan baru sampai. Phewww...bersinar sinar mata ku , 7 bukit korek? ini peluang keemasan, aku mesti ikut kakak balik nanti.Mesti!


Keinginan aku di suarakan pada sepupuku Siti, (bukan nama sebenar). Siti juga amat teruja kerana dia seperti aku, belum pernah naik keretapi!! Justeru dia serta merta ingin ikut bersama...seronok!! Aku cuba bayangkan bagaimana rasanya naik keretapi, melalui hutan2 yang hijau segar, bukit bukit batu kapur, melintasi sungai..agaknya masa itu aku tertidur dalam senyuman...;D


Ada ke orang seronok jumpa jalan keretapi?
Ishhh...darak ngat aku dulu!


gambar yang membawa kenangan...
Tiba hari yang di tunggu, aku, siti dan kakak bertolak ke Stesyen wakaf baru. Aku terlupa samada ibu turut ikut atau tidak..huhuhu memori ini sudah agak usang seperti gambar dalam tanganku juga…Disna aku dapat melihat pelbagai ragam orang yang sedang menunggu keretapi. Ada yang membawa gulungan tikar mengkuang, ada yang membawa raga berisi ubi, ada keluarga yang berpakaian usang dan comot, ada juga jejaka-jejaka stylo dengan kaca mata hitam.
"Assalamualaikum"
Aku menoleh, seorang yang tinggi berwajah manis menyapa. Siapa kah ini.
"Waalaikummusslam", jawab ku sambil menyambut huluran salam.
"Kakak mana?" Tanya gadis itu…oh kawan kakak agaknya, fikirku.
"Kakak ke kedai sana," menjawab sambil menunjuk lokasi deretan rumah kedai lama bersebelahan stesyen itu.
"beli air ", tambah ku lagi. Dia mengangguk ngangguk. Sambil tu aku perkenalkan Siti padanya juga.
"wah!! Meriah lah tempat kami nanti" usik gadis itu lagi. Kami tersenyum.
Sebentar kakak kembali bersama bungkusan Nescafe tarik kegemaran ku, tea untuk Siti dan air untuk kakak dan sahabatnya juga.
"dah berkenalan?" Tanya kakak. "sudah", jawab kami serentak, dan ketawa. Mesra.
Cuaca agak panas. Terasa melekat2 dah baju kat badan ku. Ku cuba meninjau sekeliling, mereka yang lain kelihatan sangat Cool...ishhh..aku sorang jer ke rasa macam rimas nim. Getus hati kecil sendiri. Dari jauh terdengat tuuuttttt!! tuuttttttt! kccceh keciihhh kecihhhh!. yeahhhh!! Keretapi yang kami tunggu sudah menghampiri. Gembira sakan perasaan ku, aku cubit Siti, dia tersengih-sengih juga, teruja barangkali., he heh.


Dengan penuh keterujaan aku naik keretapi..wahhhhh ramai sungguh penumpang. Sampai ramai yang berdiri, hingga ke tangga pun ada. Dari warga emas sehingga anak kecil, semua bersesak-sesak. Kanak-kanak sekolah berunifom juga ada. Sikap aku yang suka memerhati keadaan sekeliling mungkin mengundang perasaan kurang senang pada sesetengah orang, ada satu pakcik mengangkat kening pada ku, seolah bertanya " ada masalah?".aku tersenyum dan cuba seboleh mungkin untuk berlagak selamba…. ..hu hu.

Ini pertama kali aku naik kertetapi, mesti lah aku ingin melihat semuanya. Keretapi itu sudah agak usang pada pendapat ku..tempat duduk nya agak lusuh dengan besi-besi untuk berpegang sudah terkopek dan berkarat sana sini. Tiba tiba terasa macam aku di India pulak...naik keretapi sambil gelek-gelek ikut irama Hindi...huwaaaa...mata ku cuba mencuri pandang sana sini kut kut ada Shah Rukh Khan look alike ker ha hah.



Agak lama keretapi ni berhenti di sini. Ada remaja naik membawa bungkusan2 air minuman dalam plastik yang di ikat getah siap siap dan melaungkan 'air! air! dengan suara nyaring. Ada juga makcik menjungjung tikar mengkuang naik sambil berteriak tikar! tikar! muroh! muroh!, di ikuti dengan lelaki separuh umur yang menjual kacang rebus dan jagung rebus yang digaul kelapa parut...semuanya berulang ulang menyebut bahan jualan mereka dalam dialek kelantan yang agak pekat. Mereka segera turun bila wisel nyaring berbunyi, menandakan perjalanan akan bermula.Fuhhh..akhirnya, aku dan siti berpandangan sambil tersenyum, perlahan-lahan keretapi bergerak meninggalkan stesyen Wakaf baru......menuju ke satu destinasi yang samar-samar dalam pemikiranku......




_bersambung. Part II. _





Monday, November 21, 2011

Di Penghujung Rindu

Begitu cepat masa berlalu. Begitu rakus meninggalkan kita yang terkapar kapar mengejar nya.Bersedia atau tidak, kita mesti melaluinya. Laju dan perlahan, seharusnya kita yang mengaturnya, menjadualkan diri supaya seiring dengan putaran masa. Tapi bersediakah kita?


Tiba tiba tersadar sudah di penghujung November, sebentar nanti Disember bertandang memberi salam dan pantas akan berlalu juga. Seperti semalam baru meraikan ketibaan tahun baru. Seperti semalam juga baru berkenal mesra dengan tahun 2011 .Masakah yang tercepat, atau akukah yang terlewat? Semalam membaca kenangan sahabat yang mengimbau kenangan silam dari pagar sekolah kami. Tempat dimana kami melayari alam kanak-kanak dan bertukar menjadi remaja. Tempat kami belajar mengenal erti sahabat, erti perpisahan, erti suka dan duka hidup berdikari di asrama penuh, tempat mula mengenal rindu, mula berjinak dengan cinta remaja yang malu malu, mula mencari hala tuju menjejak dewasa. Semua nya seperti baru semalam. Benarlah kata orang, kita tidak akan merindui semuanya melainkan setelah kita tidak lagi memilikinya....kehidupan ini begitu singkat. Terasa seperti mahu saja ku putarkan waktu kemasa itu, dan menukar sesuatu yang terkesan di hati ke arah yang lebih manis...manis? Kenangan memang manis, yang pahitpun bila di terima dengan ikhlas akan menjadi manis..: menjadi sebuah pengajaran...Sesekali, bila rindu menjenguk ke hati, selamilah semuanya dengan senyuman, dengan keikhlasan, agar perjalanan menuju ke hadapan yang mungkin masih panjang akan di isi dengan seribu kebahagiaan. Mungkin.




Sikecil...waktu waktu Terakhir di laman ini...

menoleh sejenak,
pada tembok batu,
pada hijau dedaun, 
pada bunga bunga rumput kecil,
pada ilalang,
pada unggas berterbangan..
Dan tersentak aku,
akan cepatnya waktu berlalu,
sebakpun menggamit rindu,
dan aku akur,
bahawa laman ini bukan milik ku.
Sampai sudah masa untuk kita berpisah,
Ku bawa resah,
Jiwa yang pasrah,
kerana kini jasad ini jua telah lelah.

simpanlah salam manis,
dari gumpalan senyum dan tangis,
telah kita pateri sebuah memori,
yang akan sebati di hati.
mungkin kita kan ketemu lagi.
dalam sebuah warkah mimpi.
abadi.

Ojie~19mei11 Copyright Reserved.
Revised 21.11.2011.