salam to All.


Tuesday, February 28, 2012

The Strange Encounter

(pardon the broken English.)


And they called it Macro too...
Its been a while since my last Macro Outing, by myself, of course, and just around my neighbourhood, my Old neighbourhood to be exact. Since i moved to this new area, i lost my enthusiast  of bugs hunting. May be i should upgrade my lens, diverging into a new style of photography , may be.... 


Once i had this dream...of seeing a totally new world through my lens. A magical world, like the childhood dreams of the tiny winni people. fairies,  leprechaun and such. The Strange Fantastic world, Unseen under our naked eyes. But it wasn't a dream after all.
The morning walk uphill behind my old house was my favourite place for macro outing. The Hill located at the edge of Taman Setia and Taman Harmonis, Gombak. i did tell you about the mysterious house on top before, did i not?


'what are you looking at?' Glared the red eye  female at me. Stunt, i instantly jerked away from my lens. My heart beat thumbed faster like a samba drums during the hot wild dancing festival in Rio. Thomb! thomb! thomb! Rio? i have never been to the Place, why should Rio flashed through my mind at that moment?...
'what was that?' i tried to swallow the big goose bump that suddenly appeared in my throat, it wasn't there before. 
i took a deep breath. Longggg Inhales, exhales. Fuhhh.
Reluctantly, slowly i peeped through the lens again. Curiosity was taking over my fear.


"Hey!" Yelled the red eye again. 'you can see me right?' i just guessing she actually yelled by her expression. In my ears, the voice was quiet soft, like the early summer evening wind. Her small body modestly clad by some sort of green velvet, some kind of leaf maybe.
'Yes'. i whisper back. Afraid that she might ran away if i used our normal tone. Almost certain that her small delicate pointed ears cannot bear the high pitch of a human being's voice.
i looked around her. My initial intention of searching for a tiny fruit flies were forgotten. I saw debris of dried leaf. brown and wet. The grass roots which were enlarged almost 5 times spread and entwined around her forming a cave like structure. Then she pointed to the little cave. I noticed her tiny long dirty finger nail at once.


I struggled hard to focus on the spot she pointed. Slowly cursing under my breath for the big aperture, few mm is a very big different in this tiny world. There, something caught my eyes. Something blue and shiny. I had to blink my eyes a few times,  and a little pain creeping up my neck as well. i almost hold my breath altogether, afraid i might blew everything away.
I wished i had the extension tube with me. At least i can double my view. But of course i afraid even to move away from the lens, afraid she and this tiny world will just disappeared, banished. Uncomfortable posture, but i was determined to hold on.


What was that? and Who are you? I asked, convincing myself that I was not day dream about the whole thing. I bitted the corner of my lower lip and  the pain was quite real to me.
'i'm Kruxie, and that is  my throne". She said flatly.
I refocus to the tiny bluish thing again, carefully this time. I can see the intricate gold pattern around the blue stone. Blue sapphire? or maybe diamond?
"And i want you to keep it for me" She looked at me again. Her eyes almost begging. 
"why?" My voice sounds strange in my own ears.
"Our region was invaded by the enemy, i am the next crowned princess, and if they had it, my region will be forever banished, they already captured my farther. Please help." her voice became so soft, i barely heard her last word.
i had to strain my eyes and ears to stay in the conversation and view. The itchy arms and mosquitoes bite were not helping at all. i need to act fast, but how? the so called Crown was so small, i can't use my finger to grab it for my finger in this view looks like a giant's thumb!

"Assalamualaikum!"
The husky voice behind startled me. i turned around to meet two pairs of curious eyes of a policemen. 
"waalaikummuassalam i tried my best to smile. i must be too engrossed in my thing to hear their motorcycle's engine . 
"what are you doing?" Asked one of them.
"Taking pictures" me smiling again.
"Pictures of what?" ishhh too many questions, i need to get back to the princess. Praying hard she won't ran away now.
"nothing,Just a few wild bugs.."  answered me in a light voice. At the same time reaching for my itchy arms. "Is there any problem?" me pretending to be friendly.
"Nope, just a normal routine "  a stern answered. They then continued their riding down the hill. "tak takut ker?"  the second man asked with a crooked smile and waved. I waved back. Scared..of what? i glimpsed toward the old green empty house nearby. The cold winds suddenly whisked through me. I shivered, shrugged and turned back to my old Nikon, peeping through the viewfinder again. All i can see was the green grass, and wilted brown leaves around, some dried dandelions magnified in sizes, but no red eye Princess. 
I search the area franticly with the best 90mm f2.8 can do, Nothing, everything looks normal.
I sat there scratching my un itchy head. i was not hallucinating...was i?



My lil One loves to tag along during morning outing or waiting for sun set. At the corner is the green old house.
The Green Garden Spider. Found it twice on the foot of the hill.

Lady bird,The most common bug, i can find her almost on every visit uphill

Face to Face with the Tortoise Beetle, The beautiful encounter

Giraffe Weevil, Cute lil bug.

The cricket's baby. Cutie red, but not the princess...;)

Shield bug, easy to find around the hill.


Enough for now, i got tons of bugs images in my ugly archive, maybe one day i should load it here. ;))

Thursday, February 23, 2012

Majlis Pernikahan Lisa dan Yusry

Salam Pagi Jumaat buat semua. Assalamualaikum.


Pagi-pagi tadi sambil bersiap-siap untuk memulakan rutin Harian, saya sempat menjeling TV3, SPM, dan ada selitan  slot sepanjang Majlis Pernikahan Lisa Surihani dan Yusry KRUdi Hotel Marriot , Putrajaya..wahhhhh, Sungguh Sweet sekali. Berseri-seri Muka Lisa, ayu dalam busana pearl white, dengan Tema Winter Garden...arghhhh...terasa seperti ingin kawin semula Opppsss! Kalau Lelaki yang mengucapkan nya sudah Pasti orang ingat nak pasang dua he he. Tertingat kat Hubby saya yang terus UNLIKE page Lisa setelah dia mengumumkan akan bertunang dengan Yusry tempohari. Kelakar sungguh. Emosi lak dia, macam la kalau Lisa stay single dia boleh usha usha...ha ha...(sorry Yang..gurau2 ekkk..)
Apa pun saya mendoakan Lisa dan Yusry mendapat kebahagian bersama hingga ke hujung nyawa. Ameen.

Ini sekeping gambar yang saya pinjam dari http://www.decrewz.com/.  Banyak gambar lain telah di muat turun ke dalam Internet. Sila ke link tersebut untuk paparan dan gambar gambar yang lain.
picture courtesy of decrewz.com

Wednesday, February 22, 2012

Bila Rindu Berbisik.(2)

...Cont.

Sepuluh hari begitu cepat berlalu. Hampir setiap hari Daniel datang menjenguknya. Sehingga hari terakhir, dia datang berkunjung dan makan bersama keluarga Safiya yang turun ke Kuala Lumpur juga. Ibu, abang, kakak, dan anak-anak saudara Safiya semua mahu menghantarnya ke Airport.Semua mereka juga sudah mesra dengan Daniel Ashraf.

Kesibukan menyediakan pelbagai persiapan membuatkan Safiya tidak sempat untuk memikirkan mengenai hubungan mereka berdua. Biarlah, mungkin benar kata Dani, serahkan semuanya pada Takdir. Safiyah seperti pasrah dengan keadaan itu.

Sewaktu semua berkumpul menghantarnya ke pintu gerbang untuk masuk ke ruang berlepas juga masih sempat Daniel menarik tangannya dan membisikan “I miss you already” ke telinga Safiya, yang ketika itu cuma mampu tersenyum bersaksikan semua keluarga dan rakan baiknya.Hairi dan Qasyif, teman kuliah zaman Universiti tersenyum memandang sambil mengangkat kening. Raizi teman sekolah Safiya mengenyitkan mata. “keep your options open” Raizi pernah berkata padanya sewaktu Safiya mengadu tentang kekaburan perasaannya. Apa lagi yang mampu di tuturkan saat saat sebak menguasai rongga pernafasan. Perpisahan, dengan segala kemungkinan yang menunggu esok seakan berasak-asak menekan perasaan Safiya. Gagah dia tersenyum pada setiap mata yang memandang, terutama pada Emak. “Doakan Safi mak”, itu saja yang mampu terucap. Genggaman salam berakhir di pintu bilik berlepas Terminal 1, lapangan terbang Subang.. Sebak seperti merebak pada tiang dan lantai balai besar itu. Longlai dia mengatur langkah yang sarat berteman sebu yang semakin menggunung. 


Bersendirian diruang berlepas, perasaannya tidak dapat di gambarkan. Benarkah keputusan yang di ambil ini? Pergi ke dunia lain sendirian, tanpa seorangpun sahabat menemani pengajiannya nanti?. Di lihat sekelilingnya, dia dapat melihat beberapa wajah yang agak familiar, mungkin pernah di lihat sewaktu berurusan dengan MARA, penaja pengajiannya nanti. Dari pakaian dan lencana yang di semat ke jeket masing-masing, Safiya tahu, mereka akan menaiki satu kapal terbang ke Heathrow, kemudian masing-masing akan menyambung perjalanan ke Universiti yang di mohon. Berdebar juga Safiya, maklum, inilah pertama kali dia akan berlepas ke Negara Barat , tanpa ada kawan untuk berkongsi rasa pula. 

Empat belas jam perjalanan, begitu lama dan membosankan. Ada dua pelajar lelaki yang silih datang untuk berbual dengan Safiya, sekadar mengisi masa penerbangan yang lama. Mereka agak ramah, tapi mereka akan meneruskan perjalanan ke Dublin dari London nanti. Sementara Safiya akan mengambil connecting flight ke Aberdeen. Namapun masih asing di bibir Safiya. Bagaimana suasana di sana nanti?. “serahkan saja pada Takdir” kata kata Daniel berligar di kepalanya.

Ketibaan di London di sambut oleh angin sejuk dan gerimis. Agak kecoh untuk menyambung penerbangan ke Scotland apabila pihak British Airways menyatakan Safiya perlu check in semula semua bagasi. Sewaktu di Kuala Lumpur pihak Mas memberitahu sudah menguruskan hal bagasi bagi penerbangan bersambung. Kekalutan membuat Safiya tidak perasan sangat keadaan sekeliling. Terasa seperti mendarat di Madras pun ada. Kebanyakan pekerja am di situ adalah dari warga Pakistan dan India.
Cabaran pertama sudah bermula sejak menjejakan kaki di bumi asing itu.

“Nur Ainn Safiya?” Satu suara mengejutkan Safiya. Dia yang selamat mendarat di lapangan Terbang Aberdeen dan memerhati sekeliling sambil berkira-kira dimana harus memulakan pertanyaan. Suasana di sekeliling semuanya kelabu, sejuk dan angin dingin agak kuat terasa menusuk sampai ke tulang hitam. Safiya menarik jacket nipis rapat rapat ke badannya. Tidak disangka begitu sejuk sekali, walhal baru awal September.

Safiya menoleh ke arah suara yang menyebut namanya dengan pelat pekat agak asing di telinganya. Tidak di ketahui pula ada orang akan menunggunya di situ.

“Nur Ainn Safiyya” Lelaki berhidung mancung itu mengulangi sekali lagi, sambil memegang secebis kertas.

“yes, that’s me “ Safiya tersenyum. Rasa lega mengisi perasaan yang gusar setelah hampir 20jam melalui perjalanan.

“I’m Shaun” Lelaki itu memperkenalkan diri menghulur tangan. Salam bersambut. Safiya mengangguk.

“follow me please, I just received a call mentioning someone actually coming here today, from Malaysia right?” Panjang lebar Lelaki itu menjelaskan. Sambil dia mengangkat beg besar Safiya. Beg sandang kecil yang di bimbit Safiya juga ingin di ambilnya.

“it’s ok, I can handle this, thank you”. Cepat cepat Safiya menyandang beg bimbitnya. Wahhh, gentleman sekali mat saleh ni. Fikir Safiya mengulum senyum.

“anyone else coming here today?” Safiya cuba membuka perbualan sambil berjalan mengikut Shaun. Langkah Shaun yang panjang begitu cepat Safiya rasa.

“Nay, only you. “ Sahaun menjawab ringkas , menghampiri sebuah pacuan SUV. Shaun membukakan pintu untuknya.
Safiya berterima kasih, agak lega. Sambil Shaun memandu dia mengambil peluang meninjau pemandangan yang sungguh berlainan dari tanah airnya. Gerimis dingin meninggalkan tetesan jernih di cermin kereta. Ada  rindu menjenguk di hatinya. Ada juga Satu rasa yang anih bertamu, yang mungkin akan menukar lukisan di hati nya. Mungkinkah…?.






Berbisik rindu,
pada titik titik jernih
dalam hujan hati
membanjiri mimpi
yang sudah hilang seri.
Berbisik rindu,
pada bekas bekas luka
di atas kaca rasa
yang masih basah di dada.
Berbisik Rindu,
dalam gerimis petang,
sejuk sendu bertandang
pada jendela jiwa kontang,
sebuah igaun walang,
dalam kamar usang,
kelam.

ojie~copyright reserved.

Monday, February 20, 2012

Bila Rindu Berbisik.


Bahagian 1

September ‘94.
Safiya  renung surat yang di terima pagi tadi lama-lama. Setahun dia merancang untuk perjalanan ini, setahun berkira-kira langkah yang perlu dia ambil. Bila surat itu diterima, Safiya menjadi keliru, serba salah, gundah. Semua perasaan tiba tiba bertimpa-timpa datang dalam hidupnya. Mungkinkah kerana seseorang yang mula mesra di hatinya?

Dia menatap kamar yang dihuninya selama dua tahun. Pelbagai pengalaman sudah di lalui di situ . Dia juga sayang pada rakan-rakan serumah yang sudah seperti adik beradik semuanya. Mundar mandir dia sendirian di bilik yang seluas 10 x 12 kaki persegi itu.
‘pong! Pongggg”  suara hon kereta yang agak kuat mengejutkan Safiya. Dia menjengah ke beranda biliknya. Bilik utama ditingkat satu yang mengadap ke jalan membolehkan dia nampak suasana di hadapan rumahnya dan jiran jiran bersebelahan.
Sebuah kereta hitam berhenti betul betul di hadapan pagar rumahnya. Dia menoleh jam didinding , hampir pukul 11.00 malam.
“siapa pula yang datang waktu begini” fikirnya .
Safiya Nampak pemandunya melambai tangan. Muka pemandu tidak dapat di lihat dengan jelas dari cahaya lampu jalan yang samar samar.
“sebentar!” jerit Safiya agak kuat. Kemudian dia cepat cepat turun tangga ke ruang tamu dan membuka pintu. Dia berjalan ke pagar dengan agak malas.
“Dani!” Safiya menjerit kecil. Jelas keriangan terpancar di mukanya.
“kereta siapa ni? Patut tak cam dari atas tadi” tutur Safiya manja.
“kereta kawan, kereta Dani rosak “ jelas Daniel lembut. “jum minum”. Ajak Dani .
“kejap eh, I kunci rumah dulu” Safiya berjalan semula masuk kerumah, naik kebilik dan mengambil tas tangan serta kunci..

Daniel memandu perlahan keluar dari jalan Terasek ke jalan Telawi.
“mahu minum di sini?” Tanya Dani.
“pergi ke Lucky garden sajalah” jawab Safiya segera. “malas la bersesak sesak dengan remaja kat Telawi ni” tambahnya lagi.
Daniel melunsur terus dan berhenti di gerai kebiasaan mereka. Bawah pokok sena rendang berhadapan dengan deretan rumah kedai. Kebetulan orang tak begitu ramai malam tu.
Pakcik gerai tersenyum bila mereka tiba.
“Lama tak Nampak kamu berdua” Sapa pakcik D ramah.
“kerja out station pakcik” jawab Daniel mesra. Safiya tersenyum kecil . Gerai Pakcik D merupakan tempat mereka selalu melepak. Makanan dan minuman di situ sedap dan murah. Pakcik D juga begitu ramah dengan pelanggannya, membuat mereka senang untuk sering datang ke situ.
“minum apa malam ni?” Tanya Pakcik D.
“biasa pakcik” jawab Daniel.
“adik biasa juga?” Tanya pakcik D pada Safiya. “ya pakcik” Safiya menggiakan.
“makan?”
“Kerang bakar satu, kue tiaw goring basah satu” Tutur Daniel lancar .
Safiya mengangkat kening. “Kerang bakar? Untuk Safi ke?”
“Kalau Safi Tak nak terpaksalah Dani makan sorang” Usik Dani tersenyum.
Jelas ada kemesraan antara mereka berdua.
Pakcik D menyiapkan makanan dan minuman mereka dengan cepat. Safiya melihat kerang bakar dan tersenyum, tidak menyentuhnya.
Dani makan dengan berselera sekali. Belum dinner lagi agaknya. Fikir Safiya. Di tenung saja kerang bakar di hadapan nya. Dani berhenti seketika, menarik bakul kerang dan membuka nya satu persatu, di letak kannya dalam piring kecil .
“nah sayang, tak mau kopek kerang kan, tak mau kuku patah kan” usik Dani.
“thank youuuuu, sayyyyang dia” gurau Safiya sambil mula makan.
Mereka berbual-bual dan sesekali di selangi ketawa kecil.

Safi nak cakap something Dani” tiba tiba suara Safiya serius.
Dani seperti tersentak. Amat jarang Safi menggunakan tonasi yang begitu serius.
“Apa dia?” Tanya Daniel serius juga .
Safi dah dapat offer ke UK” Safiya memulakan bicara sambil matanya tidak berkedip menatap wajah Dani. Ada gusar dalam hatinya.
Dani perlahan meletak kan sudu dan garfu. Perhatian sepenuhnya di tumpukan pada Safiya. Sukar di teka perasaannya waktu itu.
“bila?” Tanya Daniel.
“Safikena berangkat 10 hari lagi”
“10 hari?” Nada Dani agak terkejut. “Cepatnya! “
“mereka kata kami kena mengikuti orintasi selama 2 minggu sebelum semesta bermula, sebab tu kena pergi awal” Safiya mula gelisah.
Daniel mengangguk ngangguk .
“I’m gonna miss you” bisik Daniel perlahan. Kemudian menyambung makan dan minum dalam diam.
Safiya serba salah. Bagaimana dengan perhubungan kita? Bisik nya dalam hati. Tapi ucapan itu tenggelam dalam persaannya sendiri. Haruskah aku bertanya…getus hatinya lagi. Mereka menyudahkan santapan dalam diam. Pakcik D memerhati dari jauh sambil mengerutkan dahi. Setelah usai membayar mereka berdua menuju ke kereta, keduanya masih berdiam diri. Safiya melabuhkan duduk di tempat penumpang. Tangannya kemas di ribaan. Mukanya merunduk memandang jemari nya satu persatu. Seolah olah jari jari halus itu begitu menarik pula. Daniel memandu dengan perlahan, keluar dari kawasan Lucky garden dan membelok masuk ke Jalan besar, menuju ke arah Kuala Lumpur. Bertentangan dengan arah untuk menghantarnya balik. Perjalanan dari situ ke rumah Safiya Cuma memakan masa 5 minit saja sebenarnya. Safiya menoleh kearah Daniel meminta kepastian.
Daniel tersenyum, diambil tangan kanan Safiya dan di genggam kemas. “kita jalan-kalan sekejap, Barang-barang untuk kesana semua sudah ada?” tiba-tiba Daniel mengajukan soalan. Safiya angguk. “hampir kesemuanya” Tuturnya perlahan.
Gelora di hatinya membuak-buak. Haruskah aku bertanya? Gusar sekali perasaan nya. Tidak manis bagi seorang gadis memulakan soalan demikian, itu perinsip yang selalu di pegangnya. Mereka sudah rapat seperti pasangan kekasih, tetapi tidak pernah membincangkan soal masa depan bersama.

Daniel Ashraf bukan orang lain. Daniel adalah anak angkat pada bapa saudara  Safiya yang tidak mempunyai zuriat. Mereka saling mengenali sejak dari kecil lagi. Alam remaja memisahkan mereka. Safiya masuk ke Maktab Rendah sains Mara, sementara Daniel memulakan langkah di sekolah menengah Sains. Sehabis SPM, Daniel melanjutkan pelajaran ke USA, Safiya pula masuk ke Universiti Tempatan. Bertahun mereka tidak pernah berhubungan. Pertemuan di suatu hari Raya selepas keduanya tamat Ijazah pertama dan memulakan kerja di Kuala Lumpur menemukan mereka kembali. Salam yang di genggam kemas ketika itu memulakan satu kemesraan baru antara mereka. Balik ke Kuala Lumpur mereka terus saja berhubungan . Malah kedua keluarga seakan suka dengan hubungan itu, maklum, Safiya lebih selamat di temani Daniel ke mana saja, dan sekurang-kurangnya ada tempat untuk mengadu kata ibu. Malah senang juga untuk berkongsi kereta balik kekampung bila saja ada kesempatan bercuti. Safiya sudah merancang untuk melanjutkan Ijazah lanjutan ke United Kingdom, tapi dalam perancangan itu belum ada Dani dalam hidupnya.
“jauhnya melamun” Daniel mencubit lembut pipinya.
“eii sakitlah!” balas Safiya sambil mencubit peha Dani, “aww awww!” Daniel pura pura kesakitan, kemudian mereka tertawa.

“Dani….Safi nak Tanya boleh”  teragak-agak Safiya bersuara.
“emm..tanya lah, apa dia” balas Daniel masih ada gelak kecil di wajahnya.
“Dani sayang Safi tak? Safiya sedaya mungkin cuba menjadikan soalan itu sebagai senda gurau.
“Sayannnnng” Panjang ungkapan Daniel. “Kalau tak sayang tak kan baru balik dari Kuantan petang tadi cepat-cepat datang nak jumpa…” balas Daniel dengan nada selamba.
“Nanti Safi tak ada…rindu tak?” Safiya memancing. Kalaulah dia tahu debaran di hatiku, fikir Safiya.
“mestilah rindu!” pantas saja Daniel menyahut.
“tapi mesti cepat cari pengganti kan? Maklum le, orang handsome ramai peminat” Ungkap Safiya cuba bergurau.
“ishh..senang ke nak dapat pengganti macam Safi yang manja ni?” Ungkap Dani sambil tersenyum.
“Dani tunggu Safi balik boleh?” Safiya bersuara sambil menahan getar halus dalam hatinya.
“emmm..Daniel tak nak berjanji..lama tu 2 tahun, nanti Safi jumpa orang lain kat sana, mat saleh ke, terus tinggalkan Dani kan?” Jawapan Daniel menusuk terus ke kalbunya. Jelas lah, dia tidak ada perasaan seperti aku. Hatinya terasa begitu kosong tiba tiba.
“kata sayang…” Safiya buat buat merajuk.
Safi…” Daniel memulakan ucapan. Tiba-tiba dia memberhentikan kereta di Lorong kecemasan di pinggir jalan. Safiya menoleh sekeliling, tidak di sedari rupanya mereka berpusing-pusing mengelilingi Kota Kuala Lumpur. Lampu neon berkelipan di rasanya tidak secantik macam selalu. Dani menoleh dan mengambil kedua tangan Safiya. Di kucup nya satu persatu.
“Dani sayangkan Safi, tau?” Matanya kelihatan sendu menatap Safiya dalam kesamaran lampu jalan. Safiya angguk perlahan. “Safi, Dani serius, Dani sayang sangat pada Safi…”  seakan ayat itu tergantung.
“Tapi..?” sambung Safiya inginkan kepastian.

“Tapi Dani tak ingin, tak berani nak  berjanji apa-apa yang belum pasti. Dani tak mau membina harapan yang mungkin kita berdua akan mungkiri” Begitu serius kata-kata Daniel.
“Tapi Safi boleh setia dan balik …” tidak sempat tutur Safiya habis, Daniel menutup mulutnya dengan jemari. Dia menggelengkan kepala.
“Jangan Safi, jangan berjanji apa-apa”
“tapi…” Safiya keliru, kalau benar-benar sayangkan dirinya, kenapa begitu takut untuk memberi satu komitmen yang sekurang-kurang nya untuk di pegang sepanjang dua tahun nanti.
“benar Dani sayangkan Safi, sayang sangat, malah Dani tak tau macamana nanti nak lalui hidup di Kuala Lumpur ni tanpa Safi
“Dani nak Safi tunda my study dulu?” Sungguh gusar hati Safiya. Apa ertinya semua ini.
“Tidak…Safi pergi sambung cita-cita Safi, jangan buat Dani sebagai alasan untuk berhenti separuh jalan. “
“what about us?”..Safiya sudah tidak peduli lagi. Dia perlukan jawapan yang pasti. Perasaan malunya di buang jauh-jauh.
Safi, kita serahkan semuanya pada Takdir…jika ada jodoh kita, kita akan bersama juga.”
Daniel meluah satu persatu tuturnya, sambil mukanya di tunduk kan. Safiya cuba membaca riak wajah itu, tapi hampa. Tidak dapat di baca sedikitpun apa yang tersembunyi diwajah yang sudah lama menghiasi mimpinya.

“kita balik ya, dah malam, esok Safi kerja?” Daniel berpaling dan tersenyum.
“tak , Safi dah serahkan surat berhenti, Cuma tunggu gaji akhir dan urusan cukai saja. Pihak personel akan telefon nanti.”  Panjang penjelasan Safiya. Seboleh mungkin dia cuba berlagak normal. Harapan untuk mendengar kata-kata janji manis dari Daniel ternyata menghampakan.
“kalau macamtu, Dani ambil Safi dalam pukul lima petang esok, kita pergi beli apa-apa yang Safi belum ada” . Ujar Daniel sambil memulakan pemanduan semula. Sepanjang jalan mereka berdua diam saja. Cuma tangan Safiya di genggam kemas oleh Daniel di ribaanya. Malam menyaksikan resah Safiya yang berselarit kedalam satu kekosongan yang amat sukar di mengertikan.


............bersambung......



Thursday, February 16, 2012

Lagu ku untuk mu, cewahhh

Nak Cerita apa hari ni?
Tak ada apa-apa pun actually, seronok baru berjaya attached 'isong' ke sini, ha ha ha..Jakun sungguh laaaaa...Kalau ikut hati semua lagu feveret nak letak sinim, tapi feveret kita tak semesti feveret orang lain..so dari nyakit telinga pengunjung, i letak dua lagu jelah he he he he...enjoy!





air mata,
jatuhnya menimpa,
kelopak berguguran,
di hujung rindu,
lalu,
ku usap manis mimpi,
yang tiba tiba,
bertukar ngeri,
di sini,
lalu musim pun berganti.
Sepi,
kau dan aku,
bukan kita lagi.

Ojie~. October '10.

Wednesday, February 15, 2012

Roses, are still relevant ...



Acara Selingan....errr...tak dapat nak link lagu kt blog la pulak...haizzz...tak pandai pandai la godek2 link nim..hu hu hu..Ingat nak buat back ground lagu Sekuntum mawar merah sebuah puisi by Allycats...hmmm..uols nyanyi laa dalam hati masing-masing ekkk.. he heh heh.
Pernahkah Anda mendapat sejambak ros dari seseorang? suami? Buah hati? sahabat? 
Tentu pernah merasai nya bukan. Seronok bukan main bila dapat bunga, terutama bunga ros/mawar. Saya memang sukakan bunga, Jiwang? Biarlah...Mat saleh suka beri bunga pada awek, beri bunga bila minta maaf, beri bunga untuk ucap terima kaseh..beri bunga bila kawan sakit, tapi orang melayu atau, khasnya 'mat Melayu' susah nak berikan perempuan bunga, Kenapa ya? Takut di katakan Jiwang? bukan? Kita selalu dapat banyak jambangan bunga masa kat Hospital saja rasanya..tu pun bila badan tak larat nak appreciate bunga2 tu....Hmmm...
Masa muda-muda dulu selalu jugak dapat bunga, dari secret admirer la..dari peminat la...ho ho ho...befdey la, Valentine la (a'ah..dulu2 belum keluar fatwa haramkan valentine dan kita yang mentah ni ikut jerlah sibuk2 etek time Valentine)..Dan Yang paling besar jambangan yang pernah saya terima adalah masa befdey back in late 90's...Fuhhh, sampai kena letak dalam Baldi, tak muat vase kecik2 nim...Masa tu berada kat UK lak, alih2 ade orang dari Malaysia post jambangan bunga ros? The biggggg bouquet pulak, WOW!! Terkejut, nasib baik tak pengsan. Ada Chocolate, ade kad..dan..Alamak..dari dia ker? Tergaru-garu kepala yang tak gatal masa tu. Simpan jer lah bunga tu, tak kan nak buang pulak kan. Termenung panjang saya masa tu..serba salah, mesti dia habiskan banyak duit untuk booked international florist nak hantar bunga kat saya, dan saya cuma mampu merenung kosong. Rasa bersalah menyelinap jauh ke hati. Dan saya ucap terima kasih pun tidak, kejam nya saya!
Semuga dia dapat memaafkan saya...sungguh, saya tidak pernah memberi apa-apa harapan atau kata-kata yang membayangkan saya berminat.


Apa pun, mendapat bunga dari orang yang di sayang adalah sangat di hargai oleh seorang wanita. Percayalah, bunga akan membuat hari teman anda ceria sampai ke malam... 


Halfway tru' February, and i don't have a single Flower posted here?..wow...that's a new record!
its been a long time since i shot or play with roses..and i do miss the sweetness that lingers in the morning air,  distinctive aromas that will export you straight to the memory doors.....lovely scented all the way there...in your mind, in your heart.


red, yellow , pink and white..
any colours and your world is bright
gloomy days will just be right,
tears aside,
prejudice and pride,
nothing more to hide,
eyes wide,
steps alight,
smiles delight,
Love strike,
everything pretty till they dried...
Than realised,
that you were lied.

Enjoy my old pictures here.



For You. Yes You!






















Right here waiting...
























Cry me a River.






















Liquid dreams..






















Sekuntum Rindu.


Sekuntum Mawar merah,
sebuah puisi,
untuk gadis pilihan,
oh ho ho ooo...
Di bulan Februari...
Mulanya cinta bersemi,
dan kehadiran
ribuan mimpi-mimpi
oh oooo  oo
Di bulan Februari..

Tuesday, February 14, 2012

A lil whine...

14.February.
And its a Valentine's day, is it not?
Okay...its been a while, and i don't really have the mood to write. I'm supposed to continue my story of 'the week with kids' at home, but those urge to write about it flew out of my window..must be the heat lately, Yessss...i got something to blame on!! Yeaayyy! ;))


Anyway, a year after year passing by, and my life is just stagnant, so to speak, only the additional of a family members, and that's about it. I'm whining now? As we speed along this endless road to the destination called who we hope to be, I can't help but whine, 'Are we there yet?'
~Sarah Jessica Parker Once Said, and I couldn't agree more on that...sighhh...(a sigh again, and whinne? oh come onnn!)  Hey ! Hey! Sorry you guys have to read these..;) . I just want to share here my baby Qistina birthday actually..not complaining about my so called life. 


11 feb 2012, 4 years ago, i gave birth to this beautiful baby, and named her Nur Arissa Qistina, my only girl, well, i just got two kids, one boy & one girl heh hehhh..4 years just flying away faster than an Appolo rocket i think..kids are the Gift from our Great Creator, watching her growing in front of my eyes year after year is a wonderful 'emotional experience', and not all woman privilege to have that kind of "personal encounter"...Alhamdulillah, Syukur kepada nikmat yang di Kurniakan ini.
~Life becomes precious and more special to us when we look for the little everyday miracles and get exited about the privileges of  simply being Human~ Tom Hansel quotes'



the first Hour.
63Days n Smiling.


80Days n Sleeping

8 months.. with 4 top baby teeth 

Taking the First Step...

Appreciate the world around her..

2 years, getting cheeky each day.

3 years 

Exited about the salty taste of the ocean...


4 year old, such a chatter box ...


Happy Birthday Qiss, will always remain as mama's lil one.
If one feels the need of something grand, something infinite, something that makes one feel aware of God, one need not go far to find it. I think that I see something deeper, more infinite, more eternal than the ocean in the expression of the eyes of a little baby when it wakes in the morning and coos or laughs because it sees the sun shining on its cradle.
~Vincent van Gogh~

**********************************************

Tuesday, February 7, 2012

Kids In the House II

Salam maulidur Rasul buat semua teman-teman Maya.
Semuga kita mengambil langkah langkah untuk semakin mendekatkan diri dengan Rasulullah.

Day 3: Fun with Colour Clay.

We do have a few boxes of colour clay around the house. The very limited choice of colour actually, just purple, red and moss green. When the kids start playing and mixed, ponding, shaping  them into various forms, all the colours become greenish grey...quite dull actually.
But who cares? ;D  we did have a lot of fun rolling the clay on the floor, and wrapped them around a few favourite figurines. . . 
This is the only brand of non toxic clay around my place.

haunted castle and Pinocchio..


Even the Barbi has the New Dress! ;)


lost their way..coming out from the enchanted woods, 'Enid Blyton's"
Wrapping the strings of play doh around a few figures...and recreate our own version of the lost Mummy! 
My kids love them!!!  

Try with your kids guys...;))
Have Fun!


Saturday, February 4, 2012

sekalung doa buat teman.

Jumaat. 3/2/12
Tidak ada kata kata dapat ku ungkapkan hari ini. Dari pagi seperti ada rasa tidak selesa dan berdebar debar.
Lantas sebelum ke pejabat aku minta suami menurunkan ku sebentar di pantai m.c. Mahu menjenguk rakan yang sakit sebentar. Sesungguhnya amat terkesan sekali di jiwa. Jumaat sebelumnya dia begitu ceria bercerita dengan ku. Pagi ini keadaan nya tidak dapat ku luahkan dengan kata kata. Sahabat yang setia menemani dia dan isteri tercinta begitu tabah dan sabar. Persahabatan yang terjalin antara mereka membuat kita rasa bertuah kerana masih wujud nilai nilai insani , kesetiaan, kejujuran dalam persahabatan..semuanya membuat aku tersentuh. Keadaan dia sudah tidak mengizinkan kami/tetamu rakan2 menziarahi beliau seperti sebelumnya. Ku mohon permisi dengan iringan doa di dalam hati.
Di Pejabat aku buka surah Yassin kecil yang sememangnya ku bawa dari pagi...entah kenapa, hati ku masih tidak tenang.
Menjelang petang kawan menyampaikan khabar yang kurang baik...kemudian hand phone ku pula just dying on me, kaput!  ishhh...saat saat begitu pula this old iphone pilih untuk just died. gone, nothing can actually revive its live, aku campak ketepi. lupakan.
Bayangan dia dan dua sahabat di hospital singgah dalam fikiranku sampai ke malam. Doa dan Yassin sahaja hadiah yang dapat di hulurkan. Terasa sungguh tidak berdaya sekali diri ini, kerdil dan amat kecil. Menjelang tengah malam  aku buka fb lagi...tidur seperti menjauhkan diri..aku seperti tertunggu tunggu sesuatu. tapi entah apa...kemudian masuk message membawa berita duka itu. Innalillahiwainna-ilaihirajiuun. Sahabat sudah kembali pada Penciptanya. Tidak di sedari berguguran air mata .....
Selepas itu muka buku menjadi aktif dengan doa-doa dari seluruh penjuru . Kami kehilangan seorang kawan yang baik. Ternyata ramai sahabat berjaga hingga ke pagi, masing masing dengan imbauan kenangan yang berbeza, diiring dengan seikhlas doa tentunya. Beliau tidak rapat denganku sewaktu 5 tahun di asrama, tapi perkenalan di penghujungnya meninggalkan kesan sendiri. AlFatihah. Semua urusan telah selesai siang tadi. Semuga beliau di tempatkan di kalangan orang orang yang Soleh.

Selamat jalan sahabat.
Aku yang masih di sini masih dalam kesamaran bekalan untuk keSana.
"life is a gift, never take it for granted"
sepi yang seringkali bertamu di kalbu...

Wednesday, February 1, 2012

Kids in the house.

Rentetan Bosannya Cuti di rumah...

Okay. Hari pertama.

Nampak nya kena buat sesuatu untuk menceriakan anak-anak sepanjang seminggu bercuti Raya Cina ni….ibu mula merencanakan indoor games buat mereka. Nak berjalan-jalan ke kejiranan sambil beriadah pun cuaca tidak menentu. Panas yang melampau dan tiba-tiba hujan boleh membuat seseorang mudah di serang selsema.

Bila di selongkar permainan budak-budak kat rumah..wahhh macam-macam ada rupanya! Mau kalah rancangan kat Astro tu he he he.

Mula-mula jumpa non toxic body colour yang dah tinggal separuh. Apa lagi. Projek hari pertama:-

1) MARI MEWARNA MUKA DAN BADAN !

Tak susah nak ajak budak-budak kearah ini. Bab-bab mencomotkan diri adalah satu kaedah menghilangkan bosan yang sungguh berkesan. Pertama ibu kena pastikan ada cukup ruang kosong yang tidak beralas lantainya, yaitu, tanpa karpet atau tikar atau apa apa hamparan yang mudah comot. Penggunaan warna badan ini boleh di lukis mengikut kreativiti anda dan anak-anak anda. Jika ibu rajin boleh mencari pelbagai teknik lukisan dan corak kat internet, print dan biar anak anda meniru corak tersebut pada abang atau adik atau kakak atau Anda sendiri Hahaa..ada berani? Gunakan alas surat khabar di lantai jika perlu. Dari pengalaman lepas, lantai dan kemungkinan dinding juga menjadi kanvas anak-anak untuk meluahkan hasil seni mereka. Ibu mesti bersedia untuk kerja-kerja mengemas selepas itu. (Part yang bosan buat ibu-ibu he he)
Ibu boleh membiarkan anak-anak melakukan aktiviti sendiri sambil memulakan kerja-kerja memasak.(sambil pemantauan , mana tau, lain jadinya lak..) Kalau sudah menyediakan makanan awal-awal lagi baik, ibu boleh join sekali having Fun with the kids! Yeahhhh..bila lagi nak jadi kanak-kanak semula.

Ni salah satu Hasil dr contengan muka kt si kecik. ;))




2. Hari ke Dua.

Penyelongkaran seterusnya, ibu jumpa pelbagai figurines dari watak-watak kartun terkenal. Setengah nya memang di kumpul dari McDonald, dan setengahnya memang sengaja di beli dari kedai-kedai mainan. Fuhhhh! Tidak disangka, berbakul-bakul dah mainan sebegitu terkumpul, patutlah rumah semak hari-hari!

Hmmm…lets create a story of our own! Semua watak-watak boleh di masuk kan dalam cerita yang di reka sendiri. Ibu memulakan cerita dengan watak kegemaran anak-anak. Biarkan anak-anak menokok tambah cerita tersebut, Mereka mempunyai banyak imaginasi sebenarnya. Terkadang akan terbabas pada situasi yang tidak masuk akal, anda hendaklah bijak mengolah  idea mereka kedalam jalan cerita anda. Cubalah di rumah bersama anak-anak anda, terutama jika hari hujan, cerita rekaan yang tidak pernah di dengar mereka akan menjadi lebih seronok jika ibu membawakan watak-watak rekaan itu dengan gaya bahasa dan tonasi suara yang di pelbagaikan.
Anda boleh mencari idea-idea hebat di internet terutama kisah-kisah dalam ‘puppet show’, dan anda juga boleh mengambil idea-idea itu untuk berhibur dengan anak-anak anda.
Cubalah! ;))




Ibu Mulakan dengan Pinochio dan Ginger. Mereka sedang bersantai-santai di bawah matahari keemasan waktu petang....mereka berdua mula berkawan baik sejak pertama kali bertemu dalam "Shrek' ...bla bla bla....



Tanpa di sangka Ginger menyimpan rasa cinta pada Pino, dan mula berangan-angan sendiri. Sambil tu, mashmellow love tu di kunyah dengan anak-anak dengan milo suam...ohhhh, cerita menjadi semakin menarik! Ha ha ha.

Hah...Persahabatan baik antara Ginger dan Pino tidak di senangi oleh Michelangelo Leonardo Raphael dan Donatello. Mereka takut jika Pino dan ginger nanti tidak lagi ingin bersama-sama melawan penjahat penjahat kotaraya MetroGombak jika mereka berkahwin. Lantas kumpulan Ninja T jr pun merancang sesuatu...jeng jeng jeng...break minum lagi..;D




Rancangan Jahat empat bersaudara tersebut di dengari oleh  donkey dan Horsey, kuda kecil kegemaran Lil Qiss. Mereka berdua cuba merahsiakan perkara ini dari Ginger. Bagaimana kita nak selesaikan masalah ini tanpa menimbulkan curiga dari Pino dan Ginger? Donkey dan Horsey berbisik bisik ...



Keadaan menjadi kecoh bila penghuni kota MetroGombak mula berkumpul dan ingin mengetahui apa yang terjadi. Ginger panik, "kenapa semua orang datang ke sini? " Sambil matanya mencari-cari wajah Pino. Hampa, Pino tidak kelihatan dalam keramaian malam tu. 
"sesuatu telah terjadi pada Pino kah?"  Berdebar-debar Ginger di buatnya.

Race?

Semua yang berkumpul terkejut dengan deruan enjin kereta dari arah jalan besar. Wahhh apa yang berlaku?...

Cerita ibu bermula selepas breakfast, kemudian bersambung lepas Lunch break...membawa ke petang...sambil break bermain something else dan buli kities dulu, sambung semula bila kids minta, Fuhhh..jenuh juga nak habis kan cerita ni. But as always, kids story berakhir dengan Happily ever After. Cerita di habiskan menjelang bed time. Tak payah baca story books malam tu .
Notes, Gambar-gambar adalah dari archive yang dah agak lapuk. Sekadar hiasan saja...cerita selalu di lakunkan dgn watak2 di gerakkan bersama itonasi suara bagi menarik..dengan kata lain, Ibu jadi penglipurlara tak bertauliah gitu!

Dan!! Ibu kena kemaskan semula figurines dan toys masuk kotak hadoiii...berselerak nya rumah! ;))

Next. .. ..