salam to All.


Wednesday, February 1, 2012

Bosan!



Entah nak mula di mana sebenarnya. Seminggu mereka tiga beranak berada di rumah sepanjang cuti Tahun Baru Cina. Abahnya kena pergi Sabah, asyik-asyik ke Sabah saja, tapi tak juga nampak rezeki yang di kejar di sebelah sana. Budak-budak menyuarakan rasa bosan, tapi ibu  biarkan saja. Mana nak di bawa mereka, ibu nya takut nak drive kat Kuala Lumpur tu. Duduk jelah diam-diam…banyak cd dan dvd tu, layan je lahhh….mereka mula gelisah dan asyik bertengkar, ishhh ibu pun naik bosan lah macamtu!

Melukis bosan, mewarna bosan, membaca bosan, menonton juga bosan, macamana nak buat budak 3 tahun dan 8 tahun mengisi hari mereka tanpa merungut? PSP dan PS.2 pun tak mau layan dah. Parah jugak virus bosan tu!…
“Jum tolong mama kemas rumah, satu hari satu ruang, seminggu semua ruang rumah kita bersih nanti.” Ibu cuba memancing reaksi mereka.
‘Kemas??” kemas lagi la bosan mama”. Seperti dijangka, itulah jawapannya. Haizzzz.
“Jum tengok Ombak Rindu” ! !
“Mama!! Mama dah tengok 5 kali dah, boringla camni…” cebik si abang.
“Jum tolong mama masak”  Si abang mendiamkan diri. Si adik teruja nak menolong, “jum-jum mama”. Pantas si adik ke dapur dan mencari sesuatu. Di ambil bangku getah ikea dan berdiri di atasnya. Melilau mata si kecik menjenguk ke atas cabinet dapur.
“cari apa?” Ibu kehairanan.
“pisau biru” jawab si kecil
“Oh…nah!” Ibu menghulurkan pisau plastic biru pada adik. Tersenyum si kecil. Dia terus saja mengeluarkan bawang merah dan bawang puteh dari tempatnya.
Bersungguh-sungguh dia mula mengopek bawang.
“Kita nak masak apa ni?” Tanya ibu pada adik.
“Kita masak ikan” bersahaja jawab adik tanpa mengalih perhatian dari bawang-bawangnya.
“Kita tak ada ikan dalam frezer…” ibu cuba menerangkan.
“Tak ada?” bulat mata adik memandang pada ibu. Kelihatan seperti ada kegusaran pada wajahnya.
“Tak ada” Ibu menggeleng kepala.
Adik terdiam. “Ayam?” dia bertanya selepas beberapa ketika.
“Ayam pun kita tak ada “ Jawab ibu serius.
“kita nanti tak dapat makan?” berkerut wajah adik meminta penjelasan ibu. Ibu tersenyum.
“kita kena pergi kedai beli dulu, ikan ke, ayam ke…baru kita boleh masak” Ibu cuba tenangkan adik.
“ohhhh” adik mengangguk. Seperti faham benar dengan penjelasan ibu.
“Pergi mandi dulu,ajak abang sekali, lepas tu kita ke kedai” Anjur ibu.
“yeeyyy!” adik bersorak sambil berlari keluar dan menarik abangnya naik ke bilik atas untuk mandi sama. Abangnya mengikut saja tanpa berkata apa-apa.

Bunyi mereka mula mandi sambil bermain air boleh di dengar sampai ke tingkat bawah. Ibu dapat mengagak mesti lama mereka mandi, kalau di biarkan mau banjir satu bilik air. Ibu kemas sedikit ruang tamu sambil berkira-kira menu untuk siang hari dan malam. Kalau boleh tak perlu dua kali turun kedapur, bukan ada orang lain pun. Mungkin sup dan sedikit sayur sudah memadai. Kalau tak mau nasi, cecah sup dengan roti saja pun sedap, fikir ibu.

Selepas bersiap seadanya. “Abang bertanya, kita nak pergi mana ni?”
“Kedai”, jawab ibu ringkas.
“Giant? Ong tai kim? KL festival, KLCC? Tanya abang teruja.
“ishhh..mana ibu berani nak drive jauh-jauh tu”…Ibu mengerutkan muka.
“habis nak pegi mana?” Tanya abang mula hairan.
“tu, kedai runcit mamak”, jawab ibu sambil menunjuk kearah kedai runcit yang letak nya Cuma di seberang jalan depan rumah.
Muka abang monyok kembali, bibirnya sedikit di cebik kan. Dia melabuhkan duduknya di sofa dan diam di situ.
“tak nak ikut?” Tanya ibu..
“nak nak nak” jawab adik seronok. Ibu tersenyum, “jum” sambil memimpin adik keluar.
“betul tak mau ikut?” Tanya ibu sekali lagi. Abang geleng kepala. “Beli milo kotak dan aiskrim satu” Tambah abang kemudian.
Ibu angguk sambil memimpin tangan adik melintas jalan.
Kesian pulak si abang. Beriya iya dia ingat nak keluar jalan jalan. Nantilah, ibu fikirkan sesuatu untuk menceriakan nya. ;)).

Begitu begini kat kedai runcit, akhirnya adik dan ibu settle untuk masak mee goreng dengan udang segar. Ibu Nampak ada udang agak besar hari tu.
Nahhhh ni dia hidangan tiga beranak untuk mengisi hari yang boring.

TaaDaaaaa…. He he he. Entry hari ini pun BORING kan!! ;)
....esok kita sambung dengan citer lain ya. good nite, sweet dream all.
wassalam.

1 comment: