salam to All.


Sunday, August 7, 2011

Apple Nestum pudding, with apple sauce

Ramadhan kembali lagi, bersama seribu satu ganjaran yang di janjikan. Semuga kita semua dapat menjalani ibadah puasa lebih baik dari tahun sebelumnya.Dan dengan kehadiran Ramadhan juga menjadi satu sumber rezeki berganda bagi peniaga peniaga di Bazar Ramadhan, Kita di Malaysia sudah begitu sinonim dengan kehadiran pelbagai jenis kueh muih lama dan baru di bazar Ramadhan, Lauk pauk juga melimpah ruah di Niagakan. Terliurnya bukan main lagi kan...tapi seringkali terjadi, sebaik pulang dan bersedia untuk berIftar bersama keluarga tersayang. belian kueh mueh dan lauk pauk kita tidak sehebat bau dan rupa. Sering kecewa dengan rasa nya...pernah terjadi pada anda?...tidak?..Begitulah yang sering terjadi pada saya saban tahun, tapi masih tidak jemu berkunjung saban petang...haiii...begitu hebat tarikan Bazar Ramadhan rupanya....Hari ini saya cuba berkongsi resepi saya di sini, resepi ini saya acu cuba tery test bulan puasa tahun lepas, dan ramai rakan rakan saya yang meminta resepi ini kerana tertarik dengan gambar nya...;))


   Sepotong...mana cukup?..


Apple Nestum pudding, with apple sauce.

Bahan bahan nya:
Acuan 8 atau 6 inci bulat.

A) 2 sudu makan gula merah, 
2 sudu makan gula putih, 
2-4 sudu air. 
panaskan sehingga menjadi merah/caremel, goyang rata, taburkan nestum biar melekat rata...ada yg lebih pun tak pe. ;)) ketepikan biar sejuk.

B)4 biji epal merah besar, kupas dan buang biji.
2 biji blend bersama .750ml air
2 biji lagi di potong dadu kecil2.
70g butter.
2 kayu manis ~ 2inci.
3-4 kuntum bunga cengkih.sedikit essence vanilla & gula merah secukup rasa.

PANASKAN BAHAN B SEHINGGA MENDIDIH, DAN LIKAT, MASUKKAN 2 SUDU NESTUM ATAU LEBIH UNTUK PEKATkannya. SEJUKKAN. letak ketepi.

C)mula sediakan air kukusan. (steamer)

D) 5 Biji telur ayam .
1/3 tin susu pekat.
1 sudu corn flour.sedikit apple essence jika ada. letak vanilla pun boleh.
2-4 Sudu nestum.
BANCUH RATA BAHAN  DALAM BOWL. MASUKKAN SEPARUH DARI bahan B dia atas. dan kacau.(Kalau pekat sangat tambah air kosong...kepekatan macam nak buat cream caremel jugak)

E) Tuang ke dalam bekas acuan ber caremel anda.(A)

F) kukus 25-35 minit.

G) *bahan sauce yang separuh tadi boleh tambah gula jika mau manis.

H) bila puding sudah masak, terbalikkan dalam bekas dan tuangkan apple sauce ke atas nya dan sejuk kan....

makan panas panas pun sedap.

p/s hati2 masa terbalikkan..

    Siapppp!! ;), ini versi yang sos nya sedikit.

    Versi dengan sos yang mewah, lebih lemak berkrim..;)

Harap resepi ini dapat membantu suri suri yang suka mencuba sesuatu yang baru. Boleh di kongsi dengan seisi keluarga dengan belanja yang kurang dari berborong di Bazar Ramadhan...
Sekian terima kaseh, Selamat Ber Iftar bersama keluarga.
0 ·  · 




Thursday, August 4, 2011

Sambal bilis goreng tempoyak (for Nong)

Salam Ramadhan semua...Semuga kita semua mendapat segala kebaikan yang diganjarkan bagi bulan Mulia ini...
(
Belumpun habis cerita mengenai Chomel, saya dah mula pos baru..hrrmmm,..memang saya masih tidak mempunyai disiplin untuk menjadi seorang penulis! Tak mengapalah. Sewaktu saya membaca status FB seorang kawan di Sarawak semalam, terus saya terpanggil untuk menulis mengenai Masakan kegemaran seorang sahabat baik suatu waktu dulu. Status itu berbunyi "Dalam perjalanan ke Bazar Ramadhan, harap harap dapat jumpa sambal tempoyak goreng nanti"...Aduh!!! 


Serentak jiwa terusik, sambal tempoyak goreng, rasanya sudah lebih 15 tahun saya tidak makan sambal itu. Dan sejenak Rindu dan kenangan bersama sahabat di asrama berfmain di fikiran...Nong, nama panggilan kami padanya. Asalnya dari Limbang, Serawak. Setiap kali Nong balik dari Limbang ke Kuala Trengganu, mesti membawa buah tangan istimewa, sambal bilis goreng tempoyak dan ikan salai. Sewaktu itu kami masih remaja, semua masakan dirasa berselera, tambahan lagi tinggal di asrama penuh. Saya tidak pula terfikir waktu itu masakan itu cuma dari Serawak. Kadang kadang Nong masakkan kami sambal itu sewaktu di hostel, terlupa pula darimana mendapat 'multi-purpose rice cooker' untuk kami gunakan. Semua barangan letrik adalah bahan larangan di asrama, kecuali sterika dan cerek. Siapa nak ambil tahu mengenai periuk nasi kan, janji kami dapat makan dengan santai...he he he


Dan semalam, dengan Rindu masakan sambal bilis itu, saya menggagahi diri meredah hujan untuk ke kedai, mencari tempoyak dan ikan bilis...adoiii...kebetulan petang semalam hujan lebat sewaktu balik dari pejabat, dan payung seperti biasa, tertinggal di ofis! Basah kuyup dibuatnya. Tapi misi saya berjaya, ada tempoyak di jual disitu. Gembira saya balik mencuba. Pertama kali sebenarnya saya memasak sambal bilis tempoyak ini...demi rindu, demi teringin....


Cabaran pertama adalah dari anak lelaki saya. Dia tidak suka bau yang menusuk hidung, tidak suka cili..uishkkk..jenuh saya membuka tingkap, pintu , kipas segala supaya bau semasa menumis itu tidak melekat di dalam rumah. Cabaran kedua adalah suami. Suami saya tidak makan tempoyak, baunya juga boleh menghilangkan selera makan beliau...hmmmm, minta maaf la bang ya..kali ni saya teringin makan tempoyak! 
Oleh kerana Tidak tau dimana boleh mendapatkan ikan salai secara tradisional, saya menggantikannya dengan ikan bakar saja. cukuplah Buat menghilang Rindu. Bagi yang ingin mencuba, ini resepi dari Kawan saya Nong, saya juga cuba banding dengan resepi di internet, perbezaan cuma sedikit..tak kisah lakan, kita boleh mengubah mengikut cita rasa masing masing. Selamat mencuba!!


Sambal bilis tempoyak goreng

Bahan-Bahan:
segenggam ikan bilis atau lebih kalau suka.
sedikit minyak utk menggoreng
5 sudu besar tempoyak.
3 -5 keping cili kering di buang biji dan potong halus
 5-7 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
10 biji cili padi (bergantung pada tahap suka anda pada pedas)..

Cara:
Gorengkan ikan bilis sehingga rangup dan toskan. ketepi.
Kisarkan bawang merah, bawang puteh dan cili padi, Tumis sehingga naik bau.
Masukkan hirisan cili kering. 
bancuh tempoyak dgn sedikit air dan masukkan ke dalam tumisan. 
kacau.
Setelah air agak kering, masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
kacau hingga sebati, di tambah garam mengikut selera.(kalau ikan bilis masin x payah garam)
boleh di hias dengan hirisan daun bawang jika suka.
angkat dan hidangkan.
enak dimakan bersama nasi putih panas dan ikan salai...
Note, tempoyak yang baru memberikan rasa yg lebih kick....;)


Sambal bilis goreng tempoyak, siap! Saya menyejukkan nya di dalam bekas tupperware dan menutupnya bagi mengelak bau yang agak kuat...;p
*Dan cili kering saya tidak begitu halus (tak cukup rajin), serta bahan2 juga saya tumbuk, tidak blended..saya memang suka rempah ratus atau bawang tumis dapat di kunyah...
*Dan tempoyak yang di beli di supermarket tidak seenak tempoyak yang mak saya buat di kampung...;(



Ikan kembung bakar (atas kuali serbaguna saja) dengan kunyit hidup, garam dan bawang putih. Saya suka mempelbagaikan rasa ikan kunyit, sama ada dengan bawang putih, halia atau lada hitam. yum yum yum...
Semuga anda yang suka kan sambal tempoyak dapat merasa masakan ini...sekian terima kasih! he he he

Monday, June 13, 2011

kitties, adorable little thing...


Kucing.
Secara semulajadi i memang suka kan kucing. Macam macam kucing i bela masa zaman single dulu, pendek kata , kucing kurap pun i kutip .....Tapi bila perjalanan hidup berubah, terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan. Bila memulakan alam pekerjaan di Kota, ruang untuk membela kucing amat terhad, bukan dari segi ruang tempat tinggal, tapi waktu...kesian kalau sering di tinggalkan...lalu i berhenti membela kucing, Kucing i yang di tinggalkan di kampung pun hampir semua mak lepaskan pada orang orang yang berminat untuk 'mengankat' kan nya...selagi mereka mendapat keluarga yang menjaga mereka dengan baik, i relakan....walaupun hati berat bila satu demi satu kucing di dermakan pada orang lain.


Bila i berumah tangga...terasa ingin pula kembali membela kucing..tapi agak malang bila anak pertama mengalami asma, alah pada debu dan bulu...haiszzzz....tapi secara semulajadi anak juga begitu meminati kucing. Bila saja terjumpa kucing di kedai mamak ke, kedai kopi ke, kedai kucing ke, mesti terpacul perkataan, 'ma, kita bela kucing ma'.....i tersenyum dan menerangkan padanya kenapa dia tak boleh bela kucing...'tunggu bila adik besar sikit, mungkin adik boleh bela kucing'..itulah kata pujuk ku setiap kali di aju soalan demikian.


Alhamdulillah, bila anak pertama mencapai umur 7 tahun, asma nya berkurangan, walaupun masih sensitif dengan debu dan bulu, dengan penjagaan teratur, dia mula serasi dengan kehadiran kucing. i mengikut permintaan pertama nya, seekor anak kucing yang di jumpai di tepi longkang kfc gombak....'mata dia macam puss in the booth ma'''kita bawa balik'...maka berumah lah si comot yang di beri nama chomey....dan bermulalah rutin menyah kutu dan men'comel' kan si comot.




                                      Irfan bersama Chomey, menjadi sahabat akhrab.


Semenjak hadirnya Chomey, rumah kami seakan berseri dan hidup, riuh dan meriah dengan pelbagai aksi lucu dan manja nya. Paling kecoh bila masa untuk memandikan nya, si Chomey yang hidup di Jalanan masih belum dapat membiasakan diri dengan air dan syampu..;). Perlahan-lahan, Chomey makin serasi dengan rutin barunya, anak gembira, maknya juga boleh menumpang  manja. Masa cepat berlalu, Chomey membesar dan sungguh pandai, kami membiarkan saja dia bebas di dalam rumah dan keluar berjalan-jalan. Sangkar yang di gunakan pada awal kehadirannya sudah tidak berpenghuni....Chomey sudah arif dengan selok belok kejiranan kami, kalau pagi dia keluar, semestinya muncul semula bila tiba waktu makan. Ada hari dia cuma bermalas-malas di atas kerusi di rumah. 
Chomey sudah menjadi sebahagian keluarga kami yang kecil. Anak kedua yang baru berumur dua tahun waktu itu juga akhrab dengan Chomey, kadang-kadang tidur juga bersama kami di tilam.
Kehadiran Chomey kini menjadi sebahagian dari kehidupan kami.



                                           Chomey, 8 bulan, gomoks dan gebu...;p





Suatu hari Chomey keluar selepas sarapan pagi...waktu tengahari kelibat nya tidak kelihatan, biasalah, mungkin Chomey berjalan-jalan di sekitar kejiranan. Menjelang senja Chomey masih belum pulang. Balik dari pejabat hari tu, i dan anak anak  mula berjalan jalan di sekitar kawasan memanggil manggil nama Chomey. Diam. Tiada sahutan meaoowww seperti biasa. Menjelang Tengah malam, sebelum melabuhkan diri untuk tidur, i masih menjegah keluar memanggil-manggil namanya...sunyi. Kami semua tertanya-tanya kemana menghilangnya si chomey.
Dua malam berlalu, pagi pagi sebelum pergi kerja i bertekat meninjau ninjau kawasan sekali lagi, memanggil manggil Chomey ...tiba tiba kedengaran suara kecil menjawab..meaooww... hairan, suara itu agak dekat..datang dari bumbung rumah banglo sebelah. Setelah ku berhati hati meninjau, ternampak kelibat Chomey melompat keluar dari tingkat dua rumah jiran, mendarat di bumbung tingkat satu.  kaget sebentar..darimana datang nya Chomey. Dia mengiaow minta di turunkan. Tanpa berlengah i mengambil tangga kayu yang di tinggalkan oleh pekerja tenaga nasional dan memanjat dari pagar ke bumbung sebelah rumah. Dalam hati berdoa semuga Tuan rumah tiada waktu itu…;). Chomey selamat, walau pun kelihatan sedikit lemah. Dia memakan dan meminum susu dengan rakus bila di bawa ke rumah semula.

~to be continue~ 




                                   Oreo, usia 20 hari, salah seekor anak kucing PATI 
                                                yang bermastautin di rumah ku kini...
~sambung sikit~
Chomel mengambil masa dua tiga hari untuk kembali ceria seperti biasa. I dapat rasa , jiran sebelah yang agak 'pelik' itu mengurung chomel selama dua hari. Malah dia sempat menyergah pembantu saya yang menginta-ngintai ke dalam laman nya untuk mencari Chomel. Tak mengapalah, Chomel selamat. Anak riang kembali, saya juga tenang semula.


Selang beberapa bulan Chomel hilang lagi. Sekali lagi kami membuat rondaan sekeliling taman perumahan, termasuk kejiranan sebelah dan sekolah si Irfan, Maklum kadang-kadang Chomel sudah pandai mengikut anak ke sekolah dan kembali sama-sama waktu tengahari. Seminggu kami meninjau2 sekeliling dan mencari, tapi kelibat Chomel tidak kelihatan. Setelah 20 hari, Chomel menghilang, kami mula curiga. Mungkin dia di langgar kereta? Tersesat? Di buang ? Ada kah orang sanggup membuang kucing yang memakai kolar dan loceng? Kami cuma berdoa semuga dia selamat, dan masih mengharapkan kepulangan nya.
Suatu pagi , hari ke 39, Chomel muncul di depan pagar. Keadaannya sungguh menyedihkan. begitu kurus, kaki dan leher berdarah. Luka pada semua kuku, dan sesuatu pada rahangnya membuatkan dia tidak dapat menutup mulut. Saya menyelimutkan, cuba mengelap, memberi minum susu..makan, tapi dia cuma berdiam. Matanya memandang dengan begitu sayu. Bagi pemilik kucing, saya pasti, keadaan ini membuatkan kita menangis. Saya bergegas untuk ke tempat kerja, berpesan pada bibik untuk melihat2 si Chomel, sambil berbisik pada chomel untuk bersabar. Saya sibuk waktu itu, tak sempat mau ambil cuti. Esok ya, kata saya, esok kita pergi Vet. Chomel Rehat dulu.


Menjelang malam baru saya sampai di rumah hari tu. Kelam kelibut saya lihat Chomel. Keadaannya semakin tenat rupanya, makanan sedikitpun tidak di jamah., Mulutnya tidak dapat di tutup, apa lagi ingin memakan atau minum...saya terasa dia seolah olah minta diri. Memandang sayu pada kami semua. 
Kemudian dia pergi. Begitu saja. Irfan menangis teresak esak. Kucing kesayangan dia balik cuma untuk mengucapkan selamat Tinggal. Saya sungguh sedih, membayangkan bagaimana dia menempuh perjalanan untuk pulang semula, dalam kesakitan begitu. Saya tak pasti samada dia di langgar kereta atau di pukul orang, kecederaan nya di dalam, tidak kelihatan. Calar calar diluar mungkin terkesan daripada memanjat pagar atau tembok untuk pulang. ....


Selamat pergi Chomel, bersemadilah dengan tenang di laman rumah.

Tuesday, June 7, 2011

Jawapan kepada 'Surat Terbuka Bantahan Tayangan Nora Eleena'....

oopss...i kena balik rumah dulu..dah petang ghuper nya. Nanti noo..kalau2 malam nanti ada idea nak buat lawak kat sinim...;))

Wednesday, January 5, 2011

Dia...



dia,
yang sering mengingatkan aku, 
pada indahnya sang kejora, 
menghiasi pekat malam, 
dengan kerdip matanya, 
yang selalu menyeri rindu. 
dia, 
selalu mengimbaukan aku, 
pada musim bunga yang mekar indah, 
selepas dingin salju berlalu, 
membelai kalbu, 
dengan senyum manismu 
yang selalu bertamu dalam sepi. 
dia, 
sering saja membawa aku, 
kembara ke alam penuh misteri, 
dalam renungan tanpa suara, 
dalam senyum tanpa kata, 
dalam tawa dalam manja, 
dia.......
~Ojie, copyright reserved. ;D

Tuesday, October 5, 2010

Bebayang Rindu

bebayang,
meratah sepi,
memeluk gundah,
merobek mimpi,
di perut bulan,
hitam.
bebayang,
memanggil rindu,
melambai sendu,
tersingkap duka,
berdarah luka,
di tengah lautan.
kelam.
bebayang,
cuma dendam,
dari remang petang,
sebelum bertemu malam,
kelam dan hitam,
terungkai dalam diam.

Ojie.
Sepetang di Kuala Besut.
penghujung september2010

Saturday, October 2, 2010

pagi hening

Pagi, jam sudah menunjukan angka dua pagi. Alahai mata,mengapa masih terkebil kebil menatap siling rumah, tiada apa pun di situ,selain habuk habuk hitam dan sarang labah-labah di penjurunya. Cuma siling 2'x4' biasa, bukan pun siling fibrous plaster yang berukir cantik...jadi kenapa masih menatap siling?....
Duhai mata, pejamlah, tidurlah, 

"hendak gugur gugurlah nangka,
jangan menimpa si dahan pauh,
hendak tidur tidurlah mata,
Jangan terkenang orang yang jauh"

Ku pujuk hati dengan pantun lama itu....tapi sia-sia. Kenangan bukan seperti menonton Tv, petik butang, tayangan berhenti. Hilang. Alangkah baik, jika ada di mana-mana butang yang boleh ku tekan sekarang ini...