salam to All.


Sunday, March 4, 2012

Even Divas do Dishes..

I Loike! Lurvvvv the words.


Tiba-tiba saja semalam perkataan tu terlekat dalam kepala ni. Sewaktu memikirkan background untuk foto Pulut Kuning atau Nasi kunyit semalam, belek-belek alas dulang dan meja yang masih dalam paper bag. Suka membeli lapik2 pinggan ni dulu, pastu kadang sayang nak pakai, bertahun-tahun jadi penghias beg kertas shopping mall dalam almari ha ha. Dalam belek-belek tu terjumpa Tea Towels yang di hadiahkan sahabat masa birthday tahun lepas, warna latar putih dengan border kotak hijau amat manis sekali. Tetapi perkataan yang tertera tu membuat aku tersenyum terus...Even Divas Do Dishes, he he he..ramai wanita-wanita vogue sekarang merasakan diri nya terlalu Diva untuk turun ke dapur kan...;D The words keeps repeating themselves in my subconscious minds, kena tulis jugak pasal nim..harap-harap the words stop dancing in my brains. 


Teringat masa kt sekolah dulu, ada sorang sahabat yang mengaku pandai buat semua benda, pandai masak memasak, pandai mengurus rumah (belum ada tangga masa tu), pandai menjaga adik-adik, pendek kata kita cakap saja apa topik, mesti dia akan bercerita kehebatan dirinya dalam bidang  itu...ada jugak la kawan2 memanggilnya Diva di belakang, ala-ala diva serba tahu...kesian pun ada, kenapa dia mesti ingin menunjuk-nunjuk kehebatan nya ya...sometimes bragging jer lebih. Ada sekali we all cerita pasal karipap putar, dia pun canang akan kemahirannya menolong mak dia buat karipap putar..kita pun dengan Jahatnya suruh dia buat, "kita ajak kawan-kawan Tea esok nak?"..Apa lagi, semalamam dia tak tidur menggentel karipap!..kesian... saya dengan sorang lagi kawan tak sampai hati pulak, datang lah ke student flat dia tolong buat jugak...he he heh, baru pecah rahsia, tak pandai pun buat karipap putar, karipap biasa pun tak berapa comel jalinan tepinya. Lama dah tak dengar khabar tentang dia....semuga dia berjaya dalam urusan rumah tangga dan anak-anaknya.

Even divas do dishes.. so cute!
Sekarang rasa macam ramai pulak kawan kawan yang Diva dan Vogue, tapi Divas yang nim semua elok belaka...lemah lembut, baik hati, pemurah, peramah, suka menolong, pandai masak, pendek kata boleh buat kawan susah dan senang. Saya bersyukur masih memiliki sahabat sahabat REAL (bukan maya) sebegini pada zaman teknologi dan serba canggih ini. Terima kaseh sahabat-sahabat saya semua. kerana memberi kesempatan menjadi rakan anda.  Dont forget to wash your dishes please! Sayang Kamu!


Nak Juga letak sekeping lagi gambar pulut kuning ha ha ha...
(Rasa macam puluh2 keping shot semalam, sewaktu matahari cantik melalui cermin depan umah...)
My fav Shot, with grills shadows over....


Ni pulak Qistina, tunggu kat tepi, tak sabar-sabar nak makan pulut yang
saya nak shot, bagi yang lain dia tak mau..;D


Wassalam.



No comments:

Post a Comment