salam to All.


Monday, December 16, 2013

Terusik

Agak lama berdiam diri dari blog,
maafkan jika ada yang meninjau dan hampa kerana tiada post terbaru.
1) Lappy sudah uzur, sudah tiba masa mengundur diri dari maya, dan dengan berat hati, terpaksa juga melepas kan dia pergi, kehilangan ini sungguh terkesan, kerana secara tidak sedar, lappy sudah menjadi sebahagian dari rutin hidup antara nyata dan maya. Bersemadilah dengan tenang..(errrkkk...jasadnya masih tersadai di bilik, perlukah di adakan acara pengebumian buat nya???)  Sedikit harapan untuk mengembalikan kehidupanya sudah punah...."model lama ni kak, tak ada spare part dah"...itu kata boy yang tersenyum gelihati di kedai 'repair almost anything' di ibu kota. Mungkin dia bergelak dalam hati..maklum, orang dah pakai model senipis kertas dan sepantas ferarri, aku masih mengusung laptop yang beratnya macam batu lesung kat rumah nenek.....sighhhh...keluhan sarat dengan kesalan di lepaskan...berkerut juga memikirkan files yang banyak yang belum di transfer ke external hard disc. File Kerja pejabat juga banyak yang belum di pindah ke desktop ofis...fuhhhh...minggu seterusnya akan menjadi satu minggu yang panjang untuk seorang aku...

2) Cuti sekolah sudah bermula, dengan itu juga anak lelaki ku merenget untuk balik kampung. Katanya tahun ini dia tidak mahu ke Sabah, rumah nenek sebelah bapanya. Dia bertegas ingin ke rumah kakak ku di Kelantan. Dalam membelek-belek budget untuk mengirim dia ke sana, kakak membeli tiket kapalterbang untuk aku dan dia, 'pulanglah sekali, dah lama u tak balik kampung' itu kata kakak. Aku akur.
Sejak arwah mak pergi setahun lalu, aku cuma balik sekali saja, waktu IdilAdha tahun lepas. Secara spontan mengambil cuti seminggu menghuru-harakan jadual kerja pejabat ku. Dengan 'kematian' lappy juga menjadi isu utama yang harus di selesaikan. Aduhhhh...aturan hidup kita cuma boleh dirancang, tetapi total perlaksanaanya masih di ketentuan Dia, di Atas sana. Kami terus saja berkemas dan menaiki pesawat awal pagi ke kota Bharu. Musim tengkujuh menyambut ketibaan kami dengan hujan renyai . Pendaratan pesawat tergendala sebentar, terkulat-kulat aku menelan debar dan gayat bila pesawat terpaksa berlegar-legar agak lama sebelum di benarkan mendarat. Pilihan untuk senyap tanpa apa-apa pengumuman dari pilot atau co-pilot juga membuat penumpang agak cemas, saling berpandangan dan berdoa. alhamdulillah, semuanya berakhir dengan baik.

3) Sungguh rindu dengan suasana kampung. Aku ambil peluang bersantai dan menikmati suasana di negeri Cik Siti wan kembang dengan aman. Suara curahan hujan menimpa bumi seperti melagukan irama rindu seorang pengembara lara. Mungkin aku selesa dengan hujan tanpa henti, awan hitam berkepul, langit yang sentiasa kelabu tidak merisaukan aku kerana aku cuma duduk-duduk saja di rumah. Tidak perlu keluar berurusan kemana-mana.
Tanpa sedar negeri jiran sudah dinaiki air, Kuantan dan Kemaman mula di limpahi bah yang besar. Meseg dari watsup mula bersesak masuk tanpa henti. liputan langsung dari kawan-kawan di merata daerah mula mengisi ruang cuti ku. Ya Allah, selamat kan lah mereka yang di landa musibah, berilah mereka kesabaran dan permudahkan lah semua urusan mereka. Hanya doa yang mampu di panjatkan. Hujan dan hujan sepanjang 8 hari aku di Pantai Timur. Dua hari pulang ke rumah mak, tempat aku di besarkan, menziarah pusara, mnggeledah barang-barang lama......mengimbau semua kenangan yang kemas tersimpan di rumah itu. Begitu cepatnya masa meninggalkan kita, usia yang semakin meningkat menjadikan aku lebih mudah terusik, kenangan yang dulunya manis dan nakal bertukar kepada sayu, tersentuh hati melihat gambar-gambar sahabat di zaman persekolahan. ahhhh..rindunya pada detik-detik lampau. Melancholic . Aku sering begitu bila berada di rumah kayu kampung dengan teduhan pohon rendang di kelilingnya. Renyai hujan dan mendung seperti memberi tema latar yang sesuai untuk mood begitu. :))))

4) Memulakan jejak kasih mencari teman-teman lama. Sungguh mudah!! Era watsup yang masih percuma menjadikan pencarian agak  santai. Wahhhhh..sahabat-sahabat yang berpuluh tahun tidak berhubung mula memenuhi ruang group watsup ku, satu kemenangan peribadi bila dapat mengeratkan kembali silatulrahim yang sudah lama terputus! Pernah aku tulis tentang Nong dalam entry 'sambal tempoyak bilis ' dulu, Paling seronok bila dapat berhubung kembali dengan 4sekawan ku dulu, Nong, Fidah, Bihah, dan aku, gambar-gambar kami di asrama bergaya sakan mengisi masa sebelum SPM menjadi tatapan waktu terluang. Gelak sakan anak ku melihat gambar kami. Nong jauh di Brunei, Fidah di Alor Star, aku dan Bihah di KL, dan kami dapat bersembang serentak sebelum tidur, satu keajaipan maya yang harus aku tabik spring!! . Tidak kurang juga semua sahabat lain yang aku kasihi selamanya. Semoga persahabatan ini terjalin hingga ke hujung nyawa. (okey, sekarang pasang cd Sheila Majid. lagu selamanya menjadi kegemaran ku)...

**********saya sambung kemudian, line sudah tenat********

Monday, November 18, 2013

Antara Pumpkin pudding dan Chicken Pie

Dalam minggu lepas atas permintaan kawan-kawan, aku buat pumpkin pudding, khas untuk Kak Pah yang balik dari India, dan rakan-rakan yang teringin nak rasa keenakannya setelah di promote secara bersungguh-sungguh oleh kak senior ku di FB..aduhhh...sekarang hari-hari ada yang memohon resepi dan memohon masak kan untuk mereka. Hmmmmmmm...kuota untuk bulan ini sebenarnya sudah rabak untuk dibelanjakan , maksudnya nya kuota bajet untuk menjamu kawan-kawan.
Anak pula tiba-tiba kepingin Pie, chicken Pie yang mak masak..demi anak, buat jugak lah untuk dia, dan bila gambar dipaparkan kat dinding FB, Pie itu juga menjadi perhatian, ishhh..melambung-lambung Like kat gambar Pie tu? Kemudian masuk pula inbox permintaan resepi untuk Pie tu. Kadang-kadang aku hairan, punya banyak resepi kat google/web/tenet, tapi kenapa resepi masih di minta melalui personal? Apakah resepi di laman sesawang tak betul? tak boleh di pakai? Aku selalu ikut juga resepi nih, dan ubah lah mengikut citarasa kita, tak semestinya nak ikut bulat-bulat apa yang terpapar kat blog atau laman masakan tu kan?
Aku bukan tak mahu bagi resepi, aku cuma malas nak menaip satu persatu mengikut aturan. Dan Masalah utama nya, aku masak tak ikut sukatan, semua campak-campak dan agak-agak..jadi bila diminta, aku memang tak tahu nak tulis berat ke, isipadu ke bahan-bahan yang aku guna...ishhhh..susahlah nak sukat satu-satu benda yang nak di guna. Ada juga mohon gambar step by step..waduhhh...aku bukan chef yang nak jual buku masakan, sampai nak ambil gambar step by step, buang masa tau. :)
Pengalaman menjadi jurugambar untuk buku resepi buat aku muak dah nak ambil gambar masakan sendiri. Camana eh, bila tak bagi di kata sombong, kedekut ilmu, bila bagi tapi agak2 sukatan diberi, pun di kata tak mau berkongsi resepi.............Hmmmmmmmmm..suka kau lah labu.....

Tunggulah satu hari, bila ada Vitamin R datang, aku cuba paparkan step by step siap sukatan dan timbangan ya...buat sementara ni, aku nak gi cari timbang dan cawan penyukat dulu kat kedai. :)

byeeeeeee...

Thursday, November 14, 2013

ngantuk tahap gaban

Friday.
Hujan dan agak lembab .
Kemalasan dan mengantuk melanda bagai taufan musim tengkujuh, datang bertimpa-timpa tanpa di undang, di layan pun tidak, Kelopak mata bagai di tarik-tarik dan di tekan-tekan supaya tertutup, diusap pula dengan aroma sejuk ekon dan bunyi angin sepoi-sepoi bahasa. Indah nya jika ada bantal di saat begini...
Dalam melawan rasa cuak mengantuk, cuba cuba pula melayari webs, mana tahu jika ada berita yang boleh membuka mata.
Berita sedih, trauma, mengejutkan tentang kematian gadis 16 tahun di Singapura, disyaki dibunuh oleh pembantu rumahnya sendiri membuat dada sesak. Belum reda dengan kisah pegawai keselamatan dengan IC palsu, rompakan, kini pembunuhan di dalam rumah sendiri, oleh pembantu yang sepatutnya menjadi pelindung pada  gadis remaja, apa nak jadi dengan dunia sekarang. :(  :((

Brows beralih pula ke isu-isu yang kurang menyesakkan dada, ternampak nama Babyrina muncul, ada dua post dari contact yang menyebut nama tersebut. Muncul pula komen-komen nakal mengusik nama itu..Eh ..siapa empunya nama itu? Kenapa aku tak kenal? Google punya google "Oooooo" ada cerita hangat lama rupanya. Patutlah aku tak familiar, zaman tu aku masih buta It lagi, dan pemilik komputer yang mempunyai talian internet cuma mereka yang kaya dan berada saja. Nak harap komputer kat kolej, hmmm beratur berlingkar mengalahkan ular sawa kenyang pun belum tentu dapat... sensasi juga cerita nya. ahaks.

Adehhhh..panggilan telefon tadi sudah memutuskan semangat aku untuk menulis, sudah terlupa pula apa yang hendak di tulis sebenarnya. Ishhhh...payah juga menjadi seorang yang sudah meningkat usia ni ya...asyik-asyik terlupa. ho ho hooo...
Huuuaaa....menguap datang kembali...mungkin menulis bukan idea yang bagus. Mungkin bantal adalah lebih baik. Mungkin......Zzzzzz  ZZzzzzzZzzzZzZzzzzzzzzzzzz.....bye. kena berenti sebelum aku melalut ke cerita yang melebihi aras 13PG pulak nanti..huhuhu....

Thursday, November 7, 2013

Kimchi Mek Klate



Kimchi, makanan atau lebih tepat lauk sampingan masyarakat Korea yang mendapat perhatian di seluruh dunia. Bagaimana sebuah Negara boleh mempromosikan makanan tradisi mereka sehingga menjadi buruan masyarakat luar terutama di Barat yang rata-rata sifat ego terhadap budaya sendiri yang begitu tinggi? Kimchi, oh Kimchi. Mungkin ramai yang menonton The Kimchi family di Malaysia. Malah bintang filem Korea dan kumpulan music atau band boys mereka cukup terkenal dan menjadi kegilaan ramai gadis Melayu. Dari Winter Sonata ke Oppa Gangnam , semuanya menjadi siulan santai anak-anak Malaysia. Banggakah kita dengan fenomena baru ini???

Apa kata kita promosikan makanan tradisi kita pula,
tempe goreng rangup?
Sambal ikan bilis petai?
Jeruk Binjai?
Jeruk petai?
Tempoyak?
Patin masak asam pedas tempoyak?
Gulai lemak cili api ikan keli?
Kuah lodeh/lontong dengan sambal kicap pekat?
Rendang pekat?
Chili jeruk, sambal jeruk, mangga jeruk, serunding, sambal ikan , sambal kelapa, Oh banyak nya makanan kampung yang aku rindui!!

(Sekarang saya sudah kecur..adalah orang melilau cari jeruk time lunch nih) 

Sebenarnya Jeruk adalah tradisi orang melayu kita juga. Aku ingat sejak kecil memang beratur balang-balang jeruk petai, tempoyak dan cili kat dapur nenek. Zaman dulu belum ada peti sejuk dan cuaca kita yang panas mempercepatkan proses bakteria dalam makanan kita, menjadikan nya cepat basi. Menjeruk adalah salah satu teknik bagi menjadikan sesuatu makanan tahan lama tanpa melalui proses sejuk beku.

Kenapa Kimchi pula yang menjadi bualan? Kenapa?? Kenaaapaaaaaaa…? bergema-gema pertanyaan datang mengetuk fikiranku yang memang sudah berserabut dengan pelbagai subjek lain.
Huh, mungkin rupa paras pelakun Korea yang sering muncul di kaca TV tempatan itu sudah ‘brainwash’ kepala otak kita untuk turut sama memakan makanan mereka juga..berangan kut-kut dah serasi dengan makanan Korea dapat kawan dengan mat-mat atau mek mek Korea pulaaaa…..hah hah hahhhhh….

Melalutlah pula hari ni…dah lama tak MEMblog..macam dah lupa pula gaya atau style penulisan sebelumni.Hmmmmmmmmm tak kesahlah , suka akulah, Blog sendirikan?. :P

Sebenarnya aku ada membeli Halal Kimchi kat kedai, ready to eat pack, dan rasanya huhhh..tak sama macam yang di hidang di restoren mahal Korea. Lalu aku mula study aka google search cara-cara membuat Kimchi tradisi. Fuhhh punya banyak cara yang di pos ke web rupanya. Variasi yang pelbagai ini merupakan keyunikan Kimchi itu sendiri, Resepi Kimchi boleh di ubah mengikut citarasa masing-masing..wahhh..bahan-bahan yang paling asas adalah Tapa cabbage, sayuran lain boleh ditambah mengikut selera. Saya suka!
Rasa juga berbeza, selagi ada keseimbangan antara masin, masam , manis dan pedas, dan yang penting sedap dengan lidah kita, bermakna Kimchi kita menjadi..Ehh Ehhh…inipun aku suka!
Dalam banyak-banyak cara dan resepi yang di poskan di laman web, ini yang paling aku suka, sila klik sini untuk baca secara details. Aku ikut resepi ini untuk cubaan Kimchiku yang pertama, tetapi Tapa cabbage ku potong terus ke 'bite size' , senang nak simpan dan makan..heh heh heh
Selamat Mencoobaaaa! 
Kimchi ku bukan jadi kimchi Korea, tapi akan jadi Kimchi Mek Klate, next batch aku nak cuba letak budu ganti fish sauce tu, amacam???  :)  :)   


😏😏
** Oleh kerana tenet NAZAK, saya akan attached gambar kemudian, sorryyyy**


Thursday, October 3, 2013

Pumpkin Flower

Tetiba teringin makan pengat Labu! :)



Entah kenapa, minggu ni menjadi minggu aku melayari maya dengan sepi. Maksudnya, tanpa bersembang dengan siapa-siapa. Kalau di mukabuku sering saja berceloteh terus di dinding2 maya itu, bergelak gumbira dengan joke atau topik yang melucukan. Bila belek-belek semula, tak sedar rupanya dah hampir 5 tahun aku berada di alam Flikr. Alam perkongsian minat pada photography, perkongsian rasa yang di terjemahkan dalam bentuk gambar.   Di blog pula aku suka mencurahkan rasa yang di kiaskan dalam bentuk kata-kata. Sungguh berbeza. Kadang aku rasa macam aku ni dua manusia yang berlaianan ...ehh..macam ada split personality la pulak!! eheeee.

Apapun, hari ni tetiba teringin nak makan pengat labu. Turun cafe kat bawah tadi intai kut kut ada masak lemak labu putih ka......hampa, Tapi oh yeahhh, ada tempura labu! eh..sedap pula tau, isi labu di potong sederhana dan di salut dengan tepung tempura, goreng ......tadaaaaaa...rangup lemak di luar, lembut lemak manis di dalam. SEDAP!!

Apa pula kena mengena mukabuku, blog , flickr dan Labu? Adoiiiiii...kan, aku memang selalu begini, berkecamuk dengan topik yang saling tidak ada kena mengenapun. heh ehhh hehh..
Nah, gambar bunga labu dari flickrku, dan kalau tak tahu, bunga labu ni ada jantan betina tau, Dan, bunga labu jantan sedap di masak tau! Lebih lanjut bacalah  kat flickr , kat komen2 dalam gambar tentang bunga labu. Chowwww..Salam Jumaat semua.

Gambar bunga labu sini





Keraguan

Maaf kan aku Tuhan,
kerana sering bertanya, apa hikmahnya .
Maaf kan aku Tuhan,
kerana selalu leka dalam gelodak jiwa sendiri yang membuat aku lupa untuk berdoa.
Maafkan aku Tuhan,
kerana aku selalu sangsi akan aturan perjalanan hidup yang di rencanakan buat aku di sini.
Maafkan aku Tuhan,
kerana kerap saja mengeluh pada kepayahan yang remeh temeh.
Maafkan aku Tuhan,
kerana lupa untuk bersyukur pada anugerah Mu yang maha hebat.
Maafkan aku Tuhan,
kerana mengambil mudah pada hukum hukum yang sudah tertulis untuk kami.
Maaf kan aku Tuhan,
Kerana selalu mengabaikan tugas seorang manusia.
Maafkan lah aku yang kerdil ini
Kerana begini lemah menewaskan bisikan bisikan iblis ini.
:(

Tuesday, October 1, 2013

maafkan aku

Ampun maaf wahai sahabat.
Ramai rupanya yang mencari aku bila FB aku tutup, bila HP aku off. Maafkan, 
maafkan, baru aku tahu ramai yang ambil berat pasal aku yang kerdil ini. Terima kasih sahabat.
Selama ini aku kira kita cuma kenal mesra di alam maya, pertemuan empat mata cuma satu ilusi minda yang tipis. Ada, memang ada yang akrab di luar skrin kejung ni, ada yang mesra di alam nyata dan tidak bertegur di alam maya pun. Sejak zaman begini maju, fasa bersahabat juga menjadi lain, sahabat di alam nyata dan di alam maya, dua dunia berbeza, dan cuma 30% dari total sahabat itu bertemu di garisan keduanya, yakni kenal di alam nyata dan mesra di alam maya.
Apa yang aku merapu ni?
Aku sungguh tertekan minggu ini. Berbagai masalah datang bertindih , sehingga aku merasa sesak, lemas , dan membuat aku hilang semangat. Senyum?
yeahhhh, senyum, selalunya aku senyum pada pagi, senyum pada langit, senyum pada orang2 yang aku sendiri tidak kenal . Tapi nampaknya senyum juga sudah tidak sudi menghampiri. Kosong. Dan dalam kekalutan emosi itu aku tidak mampu berjenaka di alam maya, aku malas untuk menjawab i'm ok, don't worry. Dan aku sentap saja, off FB, Off hand phone, sepi duniaku dari alam maya...dan di situ bermulanya satu pencarian, perbincangan , bisik-bisik tentang aku. Desas desus cepat saja bertiup, dan cepat juga sampai ke cuping telinga ku. Hmmmmmmmmm... aku cuma senyum, sebab aku juga tidak mempunyai jawapan yang jelas untuk di nyatakan pada mereka. :)

Biarkan saja mereka dengan sangkaan mereka. Aku tidak punyai apa-apa tanggungjawab untuk menerangkan apa-apa. Mereka tidak nampak ketika aku jatuh, tersadung atau luka, mereka juga tidak nampak sewaktu aku bangun terkebil kebil cuba membetulkan kehidupan aku yang selerak. Biarlah aku begini saja, bertatih mencari jalan aku sendiri, melangkah dengan perlahan, walaupun sedikit goyah. 

Sombong? Bukan, jauh sekali, aku cuma tidak mahu sahabat aku terkesan dengan masalah aku, aku tidak suka menyusahkan sesiapa, terutama sekali kawan-kawan aku. Meluahkan masalah ke alam maya juga menjadi bencana bertaut yang tidak di sedari, baik aku begini saja, Berdiam , dan cuba mencari jalan sendiri.
Moga aku cepat dapat menyelesaikan semua ini. 

Aikk..Blog ini juga alam maya kan? Yeahhhhhh. Senyum tawar. Blog aku rasanya cuma aku yang baca, aku tak rasa ada pengunjung pun, dan aku tak rasa kawan-kawan aku baca blog aku, he he heee.....jadi di sini saja aku luahkan apa yang terbuku, walau cuma sekadar kiasan rasa yang tersasar dari jiwa yang hampir kontang.

Fuhh fuhh...tarik nafas dalam-dalam. hembus pelan-pelan. Istifar banyak-banyak. Dan mula langkah seterusnya...Bismillahirrahmanirrahim.

Sunday, September 29, 2013

Mencari sesuatu yang hilang


Wahai hati,
mengapakah begitu pedih
gurisan luka yang terbekas
masih berdarah, merah dan basah
bukankah sudah di balut kemas kemas
disapu ubat penahan sakit
dipujuk agar bertahan
kerana waktu akan sentiasa bisa menyembuhkan
kata mereka.
Wahai rasa,
Mengapa masih ada derita
sensara jiwa yang berat tidak tergalas
oleh kedua bahu ini
kerana ciptaan seorang perempuan itu bukankah lemah
untuk di lindungi
untuk di sayangi
bukan untuk menanggung bebanan kehidupan yang payah
Dari sebuah perjalanan yang goyah.
Wahai rindu,
Mengapa masih lagi keliru,
sedang mimpi itu sudah lama ranap
dalam bait bait janji palsu sekian lama
yang terhimpun menjadi sebuah dendam
dalam sisa hidup yang tinggal cuma sejengkal,
sementara Izrail semakin hampir
mampukah berdiam dan memaafkan,
sebelum semuanya terhenti,
dan segalanya tidak beerti lagi.
Hati, rasa, rindu,
berdamailah dengan waktu.
kerana yang akan tinggal di sini cuma jasad yang kaku.



Friday, September 27, 2013

Kau nyawa ku


di setiap denyut nadi
ada nama mu
di setiap hembus nafas,
ada suara mu
di setiap kerdip mata
ada wajah mu,
Bagaimana lagi harus ku coba
meyakinkan bahawa kita adalah satu
Dalam Dua jasad yang terpisah.
Jika langkah ini payah
tangan mu memimpin mesra
jika hidup ini lelah
semangat mu membakar semula
jika malam ini suram
rindu mu menerangi kelam
jika resah ini bergulung
senyum mu membelai manja
Bagaimana harus bisa ku lepaskan
sebuah tulus yang kau hulur
Yang sudah sebati dalam diri ini.

Jika ini Takdir
Merampas mu dari hatiku,
akan terhenti lah detik jantung ku
dan beakhirlah hidupku.

Wednesday, September 25, 2013

Stranger besides me.



1) Cafe Latte n Cream Cheese Bagel.

Perjalan satu jam tadi agak membosankan. Sendirian menaiki kenderaan awam membuka satu pengalaman yang tidak akan pernah sama. 'Anyone sitting here?' Satu suara menyapa. Aku mengangkat muka, pandanganku di sambut mesra pada satu wajah yang tersenyum. Manis! Spontan perkataan itu datang. 'Nope' sambut ku membalas senyum. Dia duduk, semerbak wangian lelaki singgah pada deria bauku, segar sekali. Aku jeling sekilas padanya , tingginya, kepalaku hanya sampai ke paras bahu. Tempat duduk seakan sempit bila dia melabuhkan punggungnya. Aku yang bukan lagi berukuran xs tidak dapat mengelak dari bersentuh dengan lengan di sebelah.. arghhh.. agak awkward pula rasanya. Jalan yang bengkang bengkok tidak menolong langsung.. 'nak sapa ke tidak ni'.. fikirku dalam hati. Satu jam agak lama untuk terus berdiam diri..dalam mencari idea untuk berbual mengisi masa aku leka dengan pemandangan menghijau di luar tingkap. Terasa lenganku agak berat bila dia bersandar, aku menoleh, oh, sudah tertidur rupanya... aku cuma senyum memandangnya, jeans yang agak lusuh membalut sepasang kaki yang panjang, dengan kasut converse hitam agak biasa. Cuma kemeja biru mudanya berpotongan moden, agak sederhana ala k-pop kegemaran anak muda sekarang, dibiar polos menjadikanya santai tapi bergaya... aku dan dia ibarat cafe latte dan creame cheese bagel... . Sejam yang bisu itu berakhir tenang saja. Sampai ke destinasi, dia senyum, dan kami membawa haluan masing-masing. Mungkin dia terkejar-kejar penerbangan nya. Aku? aku cukup masa untuk menikmati hidangan ini dulu.. tenggelam dalam anganku sendiri.



2) Pertemuan kedua

Seminggu berlalu agak pantas. Selepas habis urusan menyediakan anak untuk kembali ke sekolah semula, rutin harian berjalan normal kembali. Tiada apa-apa kejadian yang anih atau menarik berlaku, dengan kata lain agak membosankan.... Petang itu aku setuju membiarkan anak manjaku menghabiskan masa di CC, selepas meronda-ronda menjamu mata di kompleks beli belah aku bersantai saja di cafe sambil melayan minum petang. Angin sepoi sepoi yang sesekali singgah terasa segar dan damai, sendirian bukan lagi satu kekurangan atau sesuatu yang pelik. Agak leka aku menatap skrin telefon dan membaca status kawan-kawan di FB.
'Boleh saya duduk?' Agak terkejut aku bila satu suara menyapa. Spontan aku menoleh ke arahnya, kaget seketika. Mungkin lama aku memandang tanpa suara. Dia mengangkat kening penuh tanda tanya dan tersenyum, ada sedikit kenakalan di sudut senyuman nya. Terasa panas pipiku, aku 'blushing' kah? 'oh ya, sure' balasku ragu-ragu, sambil menoleh sekeliling. banyak meja yang kosong tanpa pelanggan. Bersahaja dia duduk, berhadapan mengadap aku yang masih kelu. Dia ambil kertas dan pensil disudut meja dan menulis ordernya, ' u nak apa-apa lagi tak?' Tanya dia sambil memandang gelasku yang hampir kosong serta sisa sepiring pulut mangga. Aku geleng, dalam hati penuh dengan seribu persoalan. Aku cuma mampu memandang padanya, suaraku seperti tersekat di kerongkong. 'Masih ingat sayakan' Dia seperti dapat membaca fikiranku. 'Lcct' sepatah perkataan yang keluar. Ishhh, bahana apa yang menimpa aku ni, sampai bercakappun seperti budak baru belajar mengeja..mataku sempat menangkap pada sepasang kasut kulit cokelat gelap yang terjulur sedikit dari sudut meja...kasut baru, fikirku .Senyap.

Aku menarik nafas dalam dalam dan menghembus perlahan. Wangian lelaki yang bertaut dalam angin petang mengisi rongga dada terasa nyaman sekali. Perfume yang sama, detik hatiku, tersenyum mengingatkan pada hari itu. 'awak.. ' serentak kami ingin berkata.. dan terhenti, kami saling berpandangan dan ketawa. Spontan dan santai pula. 'ok, awak dulu' katanya mengambil gelas minuman sejuk dari waiter. Nasi lemak ayam juga terhidang . Aku terlupa sudah apa yang ingin diperkatakan. Dia meneguk sedikit Tea ais limaunya. 'betul awak tak mau makan' ajunya sambil mencapai sudu dan garfu. Aku angguk, melihat jemarinya yang runcing memulakan tugas. Dia makan perlahan, duduk dengan selesa seperti kami sudah saling mengenal. 'Akak ..' aku memulakan bicara. Serentak itu juga dia tersedak.. berdehem dan mencapai gelas meminum sedikit airnya. 'Akak?' dia melontar kata dan ketawa. Sepasang matanya tajam memandangku, riak nakal dalam renungan itu terasa menusuk terus ke dada.
Dia senyum senyum sendiri menyambung makan semula. 'Jie' Katanya perlahan, tanpa memandang aku kali ni. Berderau deria rasaku . 'Awak.. awak kenal akak.. saya?' Dengan selamba Dia menarik telefonku dari tangan, mengangkat tegak separas mataku.. 'itu, itu, Fb awak kan.. sejak dari haritu saya nampak, saya ingin menyapa, tapi awak kelihatan asyik dengan skrin ni dan tersenyum senyum sambil menaip.. jadi saya cuba tidur saja.' .


'Oh!' cuma itu yang mampu aku ucapkan. 'Oh!' ulang nya seperti mentertawakan aku. Aduh! malu sungguh rasanya. . . .

Aku cuma memerhati dia makan. Tertib dan berselera. Usai dijamah sambal nasi lemak dia mengambil kertas menu dan menulis sesuatu, tekan butang di hujung meja dan segera muncul waiter di meja kami. Dia hulur kertas dan kembali menatap aku, dengan senyum lebar. Sebaris gigi yang putih dengan sebatang taring yang agak tinggi terkeluar dari susunan, jadi pemanis pula pada mataku.
'so....' mata itu berbicara lebih dari apa yang di luahkan.
'What?..' apa yang cuba dipancing dari perbualan ni eh.. aku agak cemerkap berdepan dengan situasi begini. Serba tak kena rasanya.
'Hari tu flight pegi mana?.. awak nampak tergesa-gesa. ' Aku cuba mengisi kesunyian yang mula buat aku jadi tak keruan. Tiba pula waiter dengan dua cawan kopi. Aku pandang wajahnya penuh tanda tanya.
'Awak suka kopikan, saya tau'
'huh?'
'Tiga malam saya baca fb awak'
'Tapi fb saya private, awak stalk saya? Ishhhh...'
'Bukan stalk, cuba mengenali, most pictures yang tiada orang awak set public' ..
'Jadi awak rasa dah kenal saya? awak mungkin silap, di fb kita boleh berlakun jer..'
'try me. saya baca perbualan awak dan rakan-rakan, saya suka apa yang saya baca...'
'Dan?' tanya aku mencungkil lagi.
'Dan?'
'Ya.. ayat dan nada awak tadi tergantung'
'Dan saya suka orang yang duduk sebelah saya dalam bas .. dannnn...'
Dia sengaja memanjangkan hujung ayatnya. Aku meneguk kopi, agak pahit, tapi cukup untuk memberi aku ruang bernafas.
Dia masih memandang aku dengan satu senyum yang nakal. Apakah ?? Detik hatiku, sedikit berbunga, menahan senyum yang mula menguntum.
'Tak mau tanya lagi?'
'okayy okayyy.. dan apa?' aku ikut rentak dia.
'Dan saya baca awak tulis pasal cheese bagel dan cafe latte tu, pasal saya kan!' Dia memandang tepat padaku, ada senyuman di ekor matanya.
Aduhhh, malu, memang malu, aku tulis sebab aku pasti pertemuan dengannya hanya kebetulan, one off kata orang. Dia pura-pura tidur agaknya hari tu.
'Ya , mungkin pasal awak' . Aku telan saja rasa yang mula bergelodak di dada.
Dia ketawa kecil. Aku baru perasan sesuatu. Dia tidak memegang telefon bimbit, seperti waktu dalam bas juga. Mungkin dia antara orang yang suka aksi fizikal dari mengadap skrin dan berbual dengan sahabat maya. Dan dia masih tidak menjawab soalan pertamaku....

Aku baru saja merasa selesa untuk berbual, tiba-tiba dia tersengih dan melambai kearah pintu. Aku menoleh kearah lambaian itu dan di sambut wajah ceria seorang anak muda bertopi yang di pakai terbalik. Dengan senyum lebar langkahnya laju merapati meja.

'Soryyyy.. terlambat sikit' tuturnya sambil memandang dia dan aku silih berganti. Aku tersenyum lebar mengangguk, tanpa tahu apa-apa. Blurrrr sungguh aku masa tu!
'Eh, kenalkan, Jie.. Dani, Dani Jie' Aku sambut salam Dani, 'hai' tersengih macam kerang busuk pula rasanya.
'Nak minum dulu tak? dia ajukan soalan pada Dani. Dani menarik kerusi, duduk di sebelah kanan aku, sambil melepaskan beg sandang belakangnya ke kerusi kosong di sebelah dia.
'You all dah siap eh? i dah minum tadi , patut tak sibuk call i lambat, ada teman rupanya' Dani mengusik.
'Betul tak nak minum, nak gerak sekarang?' tanya dia sekali lagi. Aku cuma pandang mereka, seperti dua rakan yang akrab. Kemesraan mereka mengingatkan aku pada zaman kolej.
' Kejap' Dia bangun dan menuju ke kaunter bayaran. Aku dan Dani cuma senyum. Kemudian aku tengok dia menyeluk poket jeansnya, kiri, kanan , menepuk saku kemeja dan menoleh pada Dani.
'Dani' sepatah dia panggil dengan nada agak pelik. Dani ketawa, bangun sambil sempat berbisik perlahan padaku . 'dia lupa bawa wallet lagilah tu!' Aku cuba menahan dari ketawa , tapi gagal. Dia membulatkan matanya ke arahku, lucu sekali masatu. Kemudian mereka kembali kemeja.
'Okkkkk, we have to go, dia dan Dani berdiri, di sebelah sambil perkemaskan diri. 'Call me' Dia bersuara, masih belum berganjak, pandanganya sedikit anih ku rasa. Dani menarik bahu dia , berjalan ke pintu, menoleh sambil mengenyitkan mata di iring senyum dengan riak wajah yang nakal. Aku pandang mereka sehingga menghilang di balik dinding. 1, 2, 3 . aku mengira dalam hati. Tepat jangkaanku, dia undur dan menoleh tanpa kata-kata beberapa saat, kemudian pergi. Cafe tiba-tiba terasa begitu sepi.
Call? mana aku nak call? nombor tak bagi, Dan yang penting, Nama dia pun aku tak tahu!!
Kadang-kadang ada yang singgah dalam hidup kita, sebentar saja, namun cukup untuk mengukir sedikit kenangan manis dalam lipatan ingatan .....dan dia salah satu darinya.


~sekian. ~

p/s.. dia tahu fb saya kannn...









Sunday, September 1, 2013

Bila September Tiba.

Tiba di setiap suku terakhir
Seperti dijanjikan
masih setia
menjelma dalam diam
pergi juga tidak berteman.
Tiap datangnya bersambut kenangan
mengajak ku menoleh seketika
pada kelmarin yang panjang
melewati awal musim gugur
mengatur langkah sunyi di perantauan
penuh dugaan
memburu mimpi yang samar
di bumi asing
sendirian dan terasing.

September tiba
walau tiada dedaun perang keemasan
tanpa angin dingin menghembus kencang
tiada juga suara ombak di muara gersang
tanpa lirik senyum si mata biru kundang
Tapi semuanya masih segar dalam ingatan
Kenangan yang jauh tersimpan
Hangatnya terpendam di bumi Scotland.

Monday, July 22, 2013

Seaweed Salad

Bagi mereka yang agak muak memakan jelly seaweed, boleh mempelbagaikan pengambilan seaweed sebagai salad atau kerabu.
Salad atau kerabu Seaweed ini sesuai untuk menjadi hidangan pembuka selera, terutama di bulan Ramadhan ini. Resepi adunan saya sendiri ini mengikut cita rasa saya, yang selalunya sedikit masam. Pengunjung boleh mengubah resepi mengikut citarasa sendiri. Janji SEDAP! :)

Tambahan tauhu goreng dan capsicum

Ekstra bawang, ikan dan udang segar
Mengubah selera dengan menambah sotong kering yang di rebus.

Seaweed yang sudah di rendam semalaman


Resepi:




Sediakan satu mangkuk sederhana besar.

1) 2-3 ekor ikan kembung/sadin. bakar/rebus sampai masak.

ambil isi dan lenyek hancur, masuk dalam mangkuk.

2) 2-3 ekor sotong, dan 7-8 ekor udang segar, berseh, rebus sekejap , toss, potong (udang tak payahla)



3) 2 + 2 cili merah dan hijau, berseh, racip halus.

4) 2 biji mangga muda, kupas, parut ke dalam mangkuk.

5) 2-3 helai daun limau purut, potong halus.

6) setangkai seaweeds yg di rendam semalaman, getus kecil. masuk mangkuk.

7) sebiji capsicum, potong panjang. (guna 2 bijin yang beza warna kalau nak cantik)

8) sebiji timun racip halus. (optional)

9) 2 biji tomato potong.

10) 2 keping tauhu, goreng dan potong nipis. (optional)

11) sebiji bawang besar mayang nipis. (optional)

*jika ada sambal jeruk. boleh masuk sekali sesudu...sedapppp. :) Saya memang sentiasa ada sambal jeruk dalam peti ais. Rasa pedas dan masin, masam yang sudah mesra menyedapkan lagi salad anda. (Kerabu kering)

Anak sedara suka tambah kelapa parut goreng...
sedikit garam, gula dan lada hitam.

sedikit jus limau nipis.

*Gaulkan rata semua bahan dalam Mangkuk.

* simpan sebentar dalam peti ais jika ingin salad sejuk rangup.
*bahan2 sayuran boleh di ubah ikut selera masing2.

Thursday, July 18, 2013

Kamu


Mata itu,
masih lagi lembut
menyembunyikan rahsia
sesekali menjeling
sesekali seakan menduga.
Benarkah,
getar yang kadang kadang
berdesir didada ini
bersambut,
Atau cuma terkhilaf tafsir
berselirat dalam bayangan palsu.
Akan kemanakah hujungnya,
kembara rindu itu
Yang tersimpan dalam sinar purnama
atau mungkin
cuma ilusi gerhana
menemani mimpi sepi ku.
sesekali
Tika langit gelap pekat begini
ku seru namamu dalam senyap
ada nada yang membakar
di segenap detik nadiku
rasa apakah sebenarnya itu ?

********************

Sunday, July 14, 2013

Rendang dendeng | daging hitam


Ramadhan 6.
Tetiba teringin nak masak rendang dendeng, tapi hubby ada gout la pulak...kalau masak sikit, makan sorang tak best huhuhuhu...
Lama dah tak makan masak hitam ni, nampak kat Bazar Ramadhan, tapi malas nak beli, mesti rasanya kelaut. hmmmm..Bagi yang mencari resepi, ini versi saya, mungkin di negeri berbeza rempah dan caranya sedikit berbeza.

ps/ gambar ini di ambil sewaktu sahabat saya memasak untuk buku resepinya. :)
Versi resepi kami agak berbeza sedikit.



resepi.

Rendang dendeng

ingredients
1/kg beef, sliced very thinly ( I mean very very thin)

3 garlic,
2-3 big onions,
10 fresh red chillies,
1 tea spoon coriander seeds (ketumbar)
(bahan di atasdi tumbuk atau blend kasar)


1 table spoon coriander powder 
sedikit tamarind juice/ asam jawa , to taste
2 table spoon thick soy sauce
2 table spoon kicap manis
sugar to taste
salt, to taste
Oil, for cooking


Methods
1. Basuh ketul daging dan potong senipis mungkin. Marinade dengan sedikit garam, gula dan serbuk ketumbar. Selama ½ - 1 jam.

2. Panaskan minyak dan goreng daging yang di perap sehingga rangup. Ketepikan .
3. buang baki minyak goreng tadi , tinggal sedikit untuk menumis Garlic, onions dan cili merah …sampai naik wangi, tambah air asam jawa, gula, ketumbar tumbuk. Kacau.sekejap, tambah kicap pekat dan kicap manis. Kacau sampai wangi satu badan ha ha ha…
4. Masak adunan sampai hamper kering/pekat/mesra…masuk kan garam secukupnya, masukkan daging goreng, kacau sampai rata.

5. Hidang kan dengan pulut/roti/lemang ….he he

Makan dgn nasi panas2 pun sodapppp…;D

P/S.
Kalau daging import dr India, aka daging kerbau kut…rebus dulu ketul daging sampai masak, (bersama garam dan sedikit serbuk ketumbar) kemudian potong nipis nipis masa masih lagi panas…(pandai2 pegang ..melecur kang berparut lak huhuhu)
Lepas tu ketuk dgn pengetuk daging atau ‘ulu lesung’ pun boleh ha ha..satu persatu..bagi lembut daging,
Baru di goreng sampai rangup….
Leceh kan..tapi sedap gop, I buat doh ha ha ha…

*Kalu ganti cili fresh dgn cili kering/potong/rendam/blend kasar pun buleh jugop…

Selamat memasak dan beriftar bersama keluarga. Hari ni Saya tak naik tren, jadi tak ada gambar dan cerita dalam tren nak di kongsi. :)

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Kareem

Ramadhan kedua. 


Semalam aku bergerak seperti biasa, keluar rumah jam 8.30 pagi, dan hari ini terasa ingin memulakan lebih awal. Bulan puasa aku tidak payah menyediakan makan tengahari untuk anak balik dari sekolah, jadi pagi ku agak lapang.


Memulakan perjalanan seawal. 7.50am dengan tren adalah satu pengalaman yang berbeza. Pagi ini rintik hujan masih bertaburan membasahi bumi. Langkahku agak perlahan, berhati-hati memijak rumput yang basah. Dingin angin pagi membelai lembut pipi dan badan , terasa nyaman sekali. Stesyen LRT agak penuh, berpusu-pusu warga kota ingin lekas ke destinasi masing-masing. Tidak ketara perbezaan antara bulan ramadhan dan hari biasa, semuanya mempamirkan wajah serious, tidak peduli atau mungkin tenggelam dalam fikiran sendiri. Setelah lebih 3 bulan aku menggunakan rutin harian begini, aku juga sudah mahir menunjukkan riak selamba, menjadi seorang yang tidak peramah atau mudah tersenyum pada orang asing.
Tren awal pagi juga bermakna peluang untuk mendapat tempat duduk hampir 85% gagal. Aku tarik shawl rapat2 ke badan, hujan dan ekon pagi ini buat aku kedinginan.


Setiap kali, bila tren berhenti di setiap stesyen dan menambah penumpang, aku mengikut saja pergerakan 'automatik' untuk cuba memberi tempat pada penumpang lain berdiri, dan berahkir disuatu posisi, tiada ruang untuk bergerak lagi. Berhadapan secara fizikal dengan seorang lelaki asing dalam jarak 6 inci dan cuba untuk tidak bersentuhan pada mana-mana bahagian badan secara langsung menjadi satu teknik martial art yang harus di miliki setiap penumpang wanita. Memandang. tanpa ekspresi, mengelak dari bertentangan mata, kerana tidak mahu terasa janggal, berada dalam jarak amat dekat dengan sesorang tidak di kenali adalah satu situasi yang pelik. membatukan diri dengan menatap skrin henset juga teknik seni yang baru, satu tangan memegang 'hanger', satu tangan galak memetik skrin telefon, rata-rata di sekelilingku begitulah pemandangannya, aku turut saja, trend orang muda sekarang, skrin 4-6 inci jauh lebih menarik dari orang disekeliling. Sesekali di hujung mata aku perhatikan dia, sepatu loafer cokelat pekat , seluar linen kelabu, dengan kemeja putih kain linen yang halus. Kemas, pakaian pejabat juga boleh membuatkan seseorang nampak bergaya.


Sampai di stensyen KLCC, dia memandang isyarat ingin bergerak turun, aku senyum sekilas memberi ruang lalu.. dia terkejut barangkali, ada alien tersenyum, sampai keluar dari pintu dan ingin menaiki tangga dia masih menoleh padaku. Ehhh aku pun pandang pesal?? Puasa oh puasa.. tunduk kan pandangan. Lupa pula, sidia juga kacak dan wangi! Ahaks!

Aku selalu berfikir, kenapa mesti ada sikap dingin antara sesama manusia? Sebab tidak kenal? sebab tidak ingin beramah mesra tanpa sebab? Kita tengok saja sewaktu menaiki bas ekspress. Sebaik memandang sekeliling mencari tempat duduk, pasti mereka yang sudah duduk di kerusi berusaha untuk tidak memandang kita/kamu/saya, seperti mengisyaratkan 'jangan duduk tepi saya' ...kenapa ya? Bagi saya, tidak ada masalah untuk mengisi masa perjalanan dengan berbual kosong dengan teman baru, bukan kah setiap perkenalan mesra juga mesti di mulai dengan pertemuan pertama? Atau aku hidup di kalangan manusia asing yang bersikap keakuan melampau sehingga hilang ukhwah sesama insan?

Bila sesekali bertemu dengan seseorang yang peramah, mesra dan riang, aku cukup senang, cukup membuat hari ku riang hingga ke petang. Menceriakan hari orang lain juga bisa membuat kita gembira, tapi sayang, semua itu semakin lenyap dalam arus pembangunan kota ini. Setelah lebih 3 bulan, aku membuat kesimpulan sendiri, Kenderaan awam bukan tempat untuk kita berkenalan sesama manusia. Mungkin ramai yang tidak setuju, tapi begitulah, bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi, sama seperti senyuman yang di hulur tersadai ke dinding keretapi....membazir bukan, jadi biarlah, aku juga sudah pandai memakai topeng tidak peduli ini. ...  ...   ...Salam Ramadhan. Senyum senyumlah selalu. (relevant kah? )

Wednesday, July 3, 2013

Tanaka Powder

Tanaka oh Tanaka . (thanaka)
Tiba-tiba saja Tanaka powder, atau Tanaka paste and dust meletup di pasaran dan internet.
Saya suka juga mencuba benda-benda baru. Oleh kerana Tanaka bark ni sudah di gunakan di Burma sebagai bahan kecantikan sejak 2000 tahun dahulu, saya menjadi begitu curious untuk mengenali lebih dekat.
Bacaan menarik bagi tester dari pengguna pertama saya jumpa di sini, (sila klik untuk bacaan lanjut) :)

Apabila our heart trobe , pelakun comel Nora Danish memasarkan product Tanaka base powder atau bedak sejuk tanaka di Malaysia, ramai orang buat carian mengenai Tanaka di internet, termasuk saya.
Hari ini singgah di cafe untuk beli kopi , dan croissant, my morning routine, cuma pagi ni singgah kat essence cafe, teringin nak freshly brewed coffee pagi nim. Dan...tingggg..mata saya tertarik pada bekas-bekas yang di atur depan cashier machine. Eh eh! Tanaka Powder. Saya mem'peramah'kan diri bersembang dengan cashier yang comel, dan tuan cafe pun keluar...owhhh..tuan punya cafe berasal dari Burma/Myanmar rupanya, patutlah dia boleh bawa masuk bedak tanaka original dari Burma, maksud original saya, product yang di buat di Burma, bukan re-packaged semula seperti sesetengah product di pasaran. Tulisan di luar bungkusan juga tulisan Burma, yang saya tak faham. Bagaimana pun..Taaadaaaaaa!! Tanpa bersusah payah order di internet, i can have my own Tanaka Powder right at the doorstep! Yeaaahhh, i loike! Sembang punya sembang sempat lah saya mencadangkan padanya untuk membawa lebih banyak product dari Myanmar, seperti batu-batu permata dan costume jewellery , yang terkenal kehalusan buatannya dari sana, juga kain-kain sutera dan embroidery yang begitu meriah di pasaran sekarang. Saya menjadi marketing consultant secara percuma pagi tadi. he hee heee...seronok juga sembang pasal perniagaan, walaupun saya memang tidak pandai berniaga. :(

Anyway, tak sabar rasanya nak balik cuba Bedak Tanaka powder ni, mana tau, bangun-bangun esok terus Cun macam Nora Danish! Ha ha haaa...

Sekarang nak cari sabun Tanaka pulak, baru nampak kat sini. :) 


Anda berminat? Boleh contact saya, harga agak murah, cuma kena tambah harga posting. :) 


Tanaka Powder and coffee beans. ;)

                

                        This si the image  of Tanaka Powder from Shwe Pyi Nann .                                                                                                                  
                                                            (Sandalwood scented)

Kesan penggunaan Tanaka akan saya post selepas mencuba sekurang-kurangnya seminggu. Byeeee.

Sunday, June 30, 2013

ride of silence


1) Cafe Latte n Cream Cheese Bagel.

Jun4, 2013. Hari ini aku mengambil cuti. Ada sedikit urusan yang perlu di uruskan sendiri. Ini merupakan kali pertama aku ke airport sendirian. Pada awalnya teragak-agak juga untuk menaiki bus di KLcentral ke lcct. Namun aku kuatkan semangat, dengan agak berdebar aku memulakan langkah. Bas sudah agak penuh juga semasa aku naik, dan tertinjau-tinjau mencari tempat kosong, ahhh, lega masih ada ruang kosong di belakang. Aku duduk sambil meninjau keliling, kebanyakan penumpang adalah pelancung asing yang mungkin ingin kembali ke negara masing-masing atau pun meneruskan percutian ke negara lain pula.


Sendirian menaiki kenderaan awam membuka satu pengalaman yang tidak akan pernah sama. 'Anyone sitting here?' Satu suara menyapa. Aku mengangkat muka, pandanganku di sambut mesra pada satu wajah yang tersenyum. Manis! Spontan perkataan itu datang. 'Nope' sambut ku membalas senyum. Dia duduk, semerbak wangian lelaki singgah pada deria bauku, segar sekali. Aku jeling sekilas padanya , tingginya, kepalaku hanya sampai ke paras bahu. Tempat duduk seakan sempit bila dia melabuhkan punggungnya. Aku yang bukan lagi berukuran xs tidak dapat mengelak dari bersentuh dengan lengan di sebelah.. arghhh.. agak awkward pula rasanya. Jalan yang bengkang bengkok tidak menolong langsung.. 'nak sapa ke tidak ni'.. fikirku dalam hati. Satu jam agak lama untuk terus berdiam diri..dalam mencari idea untuk berbual mengisi masa aku leka dengan pemandangan menghijau di luar tingkap. Terasa lenganku agak berat bila dia bersandar, aku menoleh, oh, sudah tertidur rupanya... aku cuma senyum memandangnya, jeans yang agak lusuh membalut sepasang kaki yang panjang, dengan kasut converse hitam agak biasa. Cuma kemeja biru mudanya berpotongan moden, agak sederhana ala k-pop kegemaran anak muda sekarang, dibiar polos menjadikanya santai tapi bergaya... aku dan dia ibarat cafe latte dan creame cheese bagel... . Sejam yang bisu itu berakhir tenang saja. Sampai ke destinasi, dia senyum, dan kami membawa haluan masing-masing. Mungkin dia terkejar-kejar penerbangan nya. Aku? aku cukup masa untuk menikmati hidangan ini dulu.. tenggelam dalam anganku sendiri.



KLcentral yang agak kosong sewaktu aku sampai. Menaiki tren transit ringan sudah menjadi rutin harian bagiku sekarang.



*bersambung*

Tuesday, June 11, 2013

Kamu kah itu.


di bangku itu aku kaku
menatap redup sayu dari matamu
getar yang bersisa dari helai rambut ke hujung kuku
terlerai dicelana biru sampai ke tali sepatu,
kenapakah dalam keasingan ini kita bertemu
dan bertamu dalam setiap gurih mimpi ku...


Destinasi lantas merintangi waktu
saat kaki itu berderap melintasi pintu,
sekilas pandangan kita bertemu
aku terpukau oleh seribu kata yang bisu
dan detik itu pun membeku
semusim datang dan cepat saja berlalu
Manisnya tersimpan kemas di sudut kalbu.

Kamu kah yang berdiri di situ?.

~ojie, 11 June2013.

Monday, April 8, 2013

PMC, Rumpai Laut Semporna, Satu keajaiban pemakanan?



*Collagen is a protein which is present throughout the human body and essential for life.*

Rumpai Laut Semporna, atau di kenali sebagai Ibu kolagen mentah. Maaf, saya kena edit semula Text kerana setelah membaca banyak kisah di internet, Nama Ibu Kolagen mentah ini adalah panggilan semata-mata. 

Warna.
Terdapat 3 warna di pasaran.
1) hijau, agak kurang di pasaran. Paling tinggi nutritions (AAAA) termasuk klorofil
2)Ungu, Popular di kalangan pengguna. (AAA)
3)putih/keemasan/kekuningan (AA)

Warna asal hijau dan ungu adalah warna asli rumpai laut yang di usahakan di Semporna. Proses pengeringan secara semulajadi di buat bagi mengekalkan keaslian khasiat dalam rumpai tersebut. Warna hijau dan Ungu Rumpai sangat cantik sewaktu baru di keringkan dan di bungkus, tetapi warna ini akan meluntur menjadi agak kusam selepas seminggu dalam simpanan. Ini kerana garam laut terhasil pada permukaan rumpai secara semulajadi bagi menghalang jangkitan kulat/fungus pada rumpai tersebut. Sekiranya rumpai yang sampai pada pengguna dalam warna agak kusam dan kelam, jangan risau, itu adalah secara semulajadi. TERDAPAT warna yang kekal cantik hijau dan Ungu di pasaran , tetapi awas, rumpai tersebut kemungkinan telah di 'tinted' dengan food colouring, bagi mencantikkan nya....Kedua dua rumpai ini masih mempunyai kesan rasa yang agak kurang menyenangkan.

Warna Putih/keemasan/kekuningan adalah hasil pemprosesan pengeringan secara steaming..proses ini telah melunturkan warna asal rumpai dan kandungan nutrition juga agak berkurangan. Proses ini perlu bagi rumpai tahan lebih lama dan cantik, dan tasteless, seperti agar agar kosong biasa. Rumpai ini juga menjadi product asas bagi penghasilan product kecantikan yang ada di pasaran.
Yes, base to most of our beauty products. :) 
Juga menjadi bahan pemekat bagi sesetengah bahan makanan.

CARA PENGGUNAAN & PENYEDIAAN _ saranan dari pengguna di serata malaysia.
Rumpai Laut Semporna (PMC)

KAEDAH PENYEDIAAN: 

1. Basuh rumpai mentah, ramas2 seperti basuh beras 4-5 kali 
2. Rendamkan Rumpai  yang telah dibasuh semalaman 
3.* Ketepikan* air rendaman tadi dan bilas sekali lagi 4-5 kali; toskan
4. Rebus Rumpai dengan air biasa sehingga hancur, likat seperti agar-agar. (letakkan 1-2 helai daun pandan bagi mewangikan nya)
Sukatan air dalam 2.5L bagi setiap 100g. rumpai.
5.Selepas mendidih, angkat dan tapiskan ke dalam bekas, sejukkan, tutup dan disimpan dalam peti ais (BUKAN diruang sejuk beku-freezer
*Tinggalan likatan dalam penapis boleh di buat masker segera.
* air rendaman Rumpai tadi boleh digunakan sebagai rendaman kaki, bagi melembut dan melicinkan kulit kaki anda. Elakkan pembaziran, masih boleh di guna bagi siraman pokok bunga juga. :D

CARA PENGAMBILAN: 

Waktu terbaik di ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur 2-3 jam sebelum sarapan & sebelum masuk tidur). Air rebusan rumpai dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 2-3 sudu makan dan masukkan ke dalam gelas, boleh juga dicampurkan dengan sunquick/jus buah/ribena atau di makan begitu saja. 

(saya bancuh bersama air panas dan jus sunquick)

Bagi membuat Masker.
1. Cuci muka bersih bersama air suam  supaya pori2 & liang2 roma di muka itu terbuka luas,
bancuh 1tbs jelly bersama sedikit air panas biar likat.
kemudian sapu rata gumpalan jelly di muka (sangat bagus dibuat setiap hari

2. Biarkan lebih kurang 30 minit atau boleh juga dibiarkan semalaman sebelum dicuci
 * Anda akan rasa kulit LEMBAP, LICIN, GEBU, CERAH dan TEGANG dan sebagai nya.. LOL!

TIPS:  Ambil bersama vitamin C untuk kesan yang maksimum & lebih cepat!! Banyakkan minum air kosong 2.5-3 liter sehari bagi melancarkan pembuangan toksin dan mengoptimumkan penyerapan nutrisen oleh badan. Saranan bagi mereka yang mempunyai kelapangan boleh di ambil 3x sehari, yakni tambahan sekali pengambilan sebelum makan tengahari.

NOTES:  Peringatan, mereka yang mempunyai tekanan darah rendah tidak di galakkan mengambil rumpai ini kerana kesan am nya juga merendahkan tekanan darah. Harap maklum.
*Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan juga di sarankan mendapatkan NASIHAT dari pakar perubatan atau Doktor peribadi anda sebelum mengambil PMC ini bagi mengelakkan elergi atau masalah sampingan lain.

Ramai yang tampil mengatakan kesan positif hasil dari amalan memakan Rumpai ini, terutama kesan 'awet muda' seolah olah seperti mengambil pil-pil kalogen yang mahal di pasaran. 

(copy dr tenet lak yg bawah ni)
Health Benefits
 Studies have shown that the quality and texture of healthy skin is dependent on the amount of collagen present. The proportion of collagen in the skin naturally decreases with age. This results in lines, wrinkles and sagging of the skin especially on the face, hands, and arms. The key to reducing collagen regeneration in skin is to stimulate the production of the collagen matrix beneath the surface.

Marine Collagen is a rich source of collagen proteins combined with the anti-oxidant properties of vitamin C. Together these nutrients can support collagen regeneration and, if taken regularly, may slow or even prevent skin damage. 

Summary of Health Benefits:
 Supports Healthy SkinRich in Anti oxidantAnti-aging Bone and cartilage development

Apa kaitan kalogen dengan Rumpai Semporna?

Belum ada fakta khusus hasil dari kajian yang terperinci YANG menyatakan Rumpai ini mengandungi kalogen Tumbuhan. Apa yang ada dalam rumpai ini ringkas nya berikut. 
sumber 

khlis yisa says:
March 27, 2013 at 3:12 PM
"rumpai memang x de collagen tapi rumpai laut adalah sumber 'hyaluronic acids' (HA) di mana fungsinya adalah seperti artikel di bawah:

Hyaluronic Acid – Function, Benefits, Deficiency Symptoms, Food Sources
5

Other name: Hyaluronan

Hyaluronic acid is an important substance found in many connective tissues in the body, including the joints, skin, and eyes. It is also found in blood vessels and the umbilical cord. About half of all the Hyaluronic Acid (HA) found in the body is in the skin. Unfortunately, as we age, the body begins to produce less and less hyaluronic acid while the cumulative environmental impact of radiation, chemicals, poor nutrition and other hazards continue to take their toll.

Hyaluronic Acid Function in the Body:

One of the important characteristics of HA is its ability to retain water, which contributes significantly to the skin maintaining a youthful appearance.
HA is required for healthy cartilage formation and is important for retaining water in cartilage.

Hyaluronic Acid Deficiency Symptoms: A deficiency of HA is thought to contribute to premature aging and diseases in the joints.

Hyaluronic Acids Food Sources: Rooster combs are considered to contain the most potent variety of HA and are administered via injections. Other source is; SEAWEED.


Hyaluronic Acid Benefits:

Hyaluronic Acid is considered to be an alternative treatment for those who want to delay knee replacement surgery or for those who cannot tolerate anti-inflammatory and pain medications commonly used with osteoarthritis.
Hyaluronic Acid support collagen (the glue of connective tissue that holds its structure together and maintain its elasticity) production and is critical for maintaining moisture in the skin cells and between cells.
Hyaluronic Acid can also help minimize dryness, itching and burning of the skin. It offers a perfect environment for the production of new cells and healing after skin peeling.
Hyaluronic acid plays a role in helping to ensure the proper levels of white cell production in the cells.
Hyaluronic acid help increased hair growth."

Bacaan maklum balas lanjut boleh rujuk pada link http://thesecretmedicines.blogspot.com/2013/03/tiada-kolagen-dalam-rumpai-laut.html

<SEKIAN TERIMA KASIH>

Bagi yang dah order selamat mencuba. Bagi yang baru nak mencuba saya masih mengambil order untuk rakan-rakan.. :)

Saturday, January 12, 2013

Down the memory lane ~ MRSMKT

Sejak dua menjak nim asyik teringat kat kolej lama...Maktab Rendah Sain Mara Kuala Terengganu. Permulaan seorang kanak-kanak belajar memulakan hidup berdikari di asrama penuh, baru masuk 13 tahun, cuci kasut pun belum putih, tetiba kena buat semua sendiri..aduhaiiii bila di kenang kembali gelora rasa sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ke kampus, tanpa mengenali seorangpun kawan dari sekolah yang sama. Semua serba baru, tempat baru, belajar mengenal kawan baru, malah rakan sebilik baru yang tidak pernah di kenali, tapi terus menjadi rakan berkongsi bilik...seorang kanak-kanak sebenarnya amat mudah menyesuaikan diri...kenapa sekarang saya masih ragu-ragu membiarkan anak melakukan urusannya sendiri...
Naluri seorang ibu yang sentiasa ingin melindungi anak2? Mungkin. hmmmm

Rasa macam banyak nak cerita di sini, tapi kenangan sudah banyak bercelaru, maklum di usia matang ni (masih tak mau mengaku tua la kan kan kan) kenangan yang tertentu saja masih melekat, banyak yang sudah kabur dek masa yang berlalu, kemudian bertindih dengan kenangan baru ..kalau pencipta Time Machine sudah berjaya, ingin rasanya menjadi orang pertama mencuba travel back in time..to my precious teenage dreams...big and small...



Gambaran sewaktu hari pertama datang ke Asrama. I love this Hostel..now semua dah Gone. :(

4 februari, tarikh pendaftaran batch kami. Sungguh berdebar-debar bila masuk pagar Mara, melihat kelibat kakak-kakak senior (pioneers) dan abang2 waktu tu, terasa diriku sungguh kerdil. Saya cuma budak hingusan dari kampung, dan mereka kelihatan begitu gah dengan pakaian kemas dan berperawakan sungguh 'ekademik' di mata saya. 
Masing masing cuba membawa barang kesayangan..errr lupa nak add Teady bear. :)
Selepas selesai urusan pendaftaran, kami di bawa ke asrama..dimana semua barang2 peribadi di tinggalkan, menghafal no bilik, berkenalan dengan room mate baru...dll, kemudian di beri masa untuk mengucapkan selamat Tinggal pada ahli keluarga yang datang .Selepas itu..jeng jenggggg...akak akak dan abang2 yang paginya tersenyum manis tiba tiba bertukar serius..dan kami di beri taklimat mengenai pelbagai perkara mengenai kehidupan baru yang bakal di lalui....dan yang penting, minggu suaikenal / orientasi yang akan di adakan seminggu bagi kami menyesuaikan diri dengan kehidupan pelajar kampus ...kecut perut rasanya waktu tu..takut kena ragging ..maklum, macam-macam cerita pelajar kena ragging di sekolah berasrama penuh pernah di ceritakan kakak atau membaca dalam buku cerita...huhuhuuu

Minggu pertama berlalu begitu pantas. Kami cepat saja menyesuaikan diri dengan jadual kampus...kuliah di waktu pagi hingga tengahari, lunch hour di dewan makan yang ketika itu mengamalkan tradisi kebaratan..kami mesti menggunakan sudu/garfu untuk makan, tidak di benarkan menggunakan tangan atau di denda...diberi 'borang B' yaitu kesalah kecil, menu juga agak istimewa..saya masih ingat chicken chop dan curry mee menjadi kegemaran saya waktu itu. Waktu petang juga di wajibkan pergi prep...sehingga waktu Tea , dimana ada hidangan minuman petang, kemudian bergegas pula bertukar baju untuk ke Padang beriadah. Semua di atur dan mesti di turuti...mungkin bulan pertama di penuhi dengan perasaan homesick , asyik teringat nak balik rumah..nak duduk dengan mak, nak makan masakan emak...tapi keadaan semakin seronok bila sudah mempunyai ramai kawan-kawan. 

Kemudian saya jumpa dia.... :)  Dan semuanya mula berubah....

*****
Berkongsi rasa dan pengalaman remaja bersama teman seangkatan adalah sesuatu yang sungguh beharga. Kami menjalin ikatan persahabatan sehingga kini...erat dan utuh, sahabat yang bersama mengongsi suka duka, pahit manis waktu remaja sukar di isi dengan sahabat yang kita kenal setelah dewasa. Ada, bukan tidak ada sahabat baru yang baik, yang ikhlas, cuma perkongsian rasa berbeza...kerana sahabat sejak dari awal remaja telah membentuk satu persepsi yang berbeza.