salam to All.


Wednesday, June 20, 2012

hi hi hi

Sooooo sorry my dearest viewers, i'm a bit tight at the moment to post anything new. You can still reach me at my facebook page here . I'm in the process of starting my small 'Art' trading from home kind of thing, searching for materials and time to provide enough sampling to put up on my page. Later i might load some here as well.
On the good side, i found a few great fabrics on sales just around the corner, (here near my office block) and cant wait to have my hands on a Wall Art Project Soon! The handmade/customised cards and product labels are quiet fun to do too. Ok wish me Luck! Will join youall later!



Sambil mencari Idea, best jugak sambil minum kopi dan makan donuts! he heee...pernah Try buat Donut bentuk Love? No, dont try, its hard to maintain the love shape ..it tends to wobble and lost its shape during frying. Unless we prepare the doh a bit hard (which mean the donuts also will turn a bit dry..) ...kalau nak yang gebu, lembut dan sedap, round normal shape is still the best option. ;))

Monday, May 28, 2012

Nasi ayam, (My Version)


Memang berniat nak update blog yang dah lama sunyi ni..tapi minggu ni agak sibuk pula, kerja ofis ada di bawa balik, disamping cuba menyambung kerja tangan yang masih separuh siap. Memandangkan telah berjanji dengan kawan di fb untuk memuat naik resepi Nasi Ayam with steam/baked chicken minggu lepas, saya cuba tulis secara ringkas dan mudah untuk di ikuti. Tetapi satu pesanan, Anda boleh menjadikan resepi saya ini sebagai panduan sahaja, dan boleh di ubah mengikut cita rasa dan selera masing-masing. Saya memang suka memasak sesuatu mengikut apa yang available di dapur, kalau tak cukup satu rencah, boleh diganti dengan rencah lain yang mungkin akan lebih membangkitkan selera kita.

Bahan bahan.
1)      Ayam. Samada seekor ayam dara atau potongan yang di dapati di supermarket.
DAN 2-4 ketul sayap ayam untuk sup. Atau boleh juga kerangka/tulang ayam yang dijual di kedai.Di OTK 3 ringgit seekor kerangka...

Bersihkan ayam dan perap bersama
Seulas bawang merah, 3 -4 bawang puteh, sedikit white pepper dan black pepper, garam secukup rasa dan sedikit sos tiram. (Bagi menjimatkan masa, terus letak kedalam Loyang atau bekas untuk mengukus,)
Ketepikan . Biarkan selama ½ jam atau lebih.

2)      potong sayap/tulang ayam kecil-kecil.

3)      Sediakan air yang banyak (cukup untuk memasak nasi anda dan lebihan untuk di jadikan sup ) Saya gunakan periuk untuk mengukus..2 dlm 1.)

Rebuskan potongan ayam bersama :-
1 labu bawang merah, 2 labu bawang puteh, di potong kasar atau di ketuk2. dan sebungkus kiub ayam (knorr atau Maggie, guna kiub ikan bilis pun ok. ) sedikit garam.

Sementara menunggu, bersihkan beras,
4)      4 pot beras wangi atau basmati atau campuran.  Saya selalu guna 2 pot b wangi dan 2 pot basmati. Untuk 5 org .  Toskan, ketepi.

5)     sediakan 2 labu bawang merah lagi, 2 bawang putih, dan sedikit halia, di potong halus. 

6)      Sediakan rempah untuk membuat sup, atau buka rencah dari bungkusan sup bunjut anda.

(atau bunga lawang, pelaga hindi, bunga cengkih, kayu manis, ‘cabe’, jintan manis/putih, white pepper, ketumbar)

Ketepi kan sebentar.

Apabila Sup mula mendidih, letak kan ayam anda di atas nya kukuskan selama 20-25 minit. Jika ayam anda muda, masa yang  singkat 15 minit sudah memadai. Bila Ayam sudah masak, keluarkan. Ketepi..

Dalam kuali lain tumiskan dgn sedikit minyak bahan 5 dan 6 sehingga wangi dan garing, ambil sedikit kuah sup anda dan tuang kedalam kuali , biar berdesir sebentar dan tuangkan semua nya kedalam kuah sup anda. Kacau dan Rasa sup anda dan tambahlah apa yang anda suka. (serbuk pasti sedap contohnya)   dan daun sup, daun bawang dl...
Matikan api…(penting tu! ) ;))

Kemudian masak beras yang di tos tadi  dalam periuk letrik biasa bersama sup ayam  secukupnya.

Dalam mangkuk campurkan,

7)      Kicap pekat, kicap cair/atau soy sos. Dan sos nenas, atau sos plum atau sos tiram, sedikit garam jika perlu, dan sedikit madu.

8)      Pindah kan ayam kukus anda ke dalam dulang pembakar, dan sapukan ramuan di atas rata2…tambahan seperti lada hitam dan putih atau mix herbs juga boleh jika suka.

9)      Panggang dalam ketuhar ayam tersebut selama 15-20 minit atau sehingga Nampak rangup.

10)  Lebihan juice dari ayam kukus tadi boleh di campur dengan kicap dan sedikit limau untuk di jadikan sos kicap nasi ayam, jika lebih boleh di simpan untuk di jadikan stock ayam.

11)  Bila ayam dan Nasi masak, hidangkan bersama sup, tomato, timun , cili dan sos kicap , taugeh jika suka.

nota:
ANDA juga boleh menghidangkan ayam STEAM tadi tanpa di bakar/baked  bersama nasi ayam.

Tumiskan sedikit bawang merah, bawang putih, dan udang kering hingga wangi, masuk kan sedikit sos tiram, dan sedikit jus dari steam ayam , biar mendidih sekejap, dan tuangkan ke atas ayam kukus (steamed chicken) dan hidangkan.

Cili nasi ayam. Pelbagai versi boleh di dapati di kedai.
Saya suka membuat sendiri dengan

Cili besar.  Cili kering. Buang biji. Kisar sehingga hampir halus. (Bagi yang suka bawang putih, boleh juga kisar bersama 2 ulas bawang puteh. )
Masakkan di atas api sederhana sehingga mendidih, masukkan garam, sedikit gula, potongan halus halia, dan cuka secukup rasa.
Biarkan sejuk dan hiding.


Saya tahu…aturan resepi kelam kelibut sedikit..tapi saya tak punya banyak waktu untuk mengulas nya semula. Harap dapat membantu, cubalah, sedaaaaapppp!!! ;)


Saya nak kena kopek mangga muda pulak..ada orang minta jeruk mangga la pulak isk iskisk…. Bye fo now. Assalamualaikum  .    ;)


Panas panas dari oven. yeezzza!

Ayam yang di panggang/baked/bbq lembut tektur nya dan juicy..yummy

                                                     Ayam yang siap di perap.
bawang merah, bawang puteh. Saya suka 
guna bawang yang saiz/labu besar2. he he
rempah untuk menumis sup.
Tomato, ready... ;)
Timun/cougete/zuchini siap....;))
Kicap siap..maknanya ayam dah masak steaming, sup ready, tunggu Nasi dan 
baked chicken. yehaaa..
sambal dari stock dalam peti sejuk. he he he..(mengilat aci kan?)


*Nota: Ini Ayam steamed, dan di 'sirsm' tumisan serta sos tiram..versi
tak payah baked.

errr..gambar sup tak ambil lah pulak. hohohi.
Selamat mencuba. Tak ada gambar masa hidang sebab sibuk layan anak2 dah, tak sempat dah klik klik klik..;))

Friday, May 18, 2012

Gulp!!!

goshhh..been leaving my blog for sometime. Sooowy my dear friends and visitors. I'm a bit lazy to write at the moment. Em trying to collect materials for my kid innovative 'story book', and still stuck in the middle of nowhere.Thank you for those whom still peep here and there here. ;))

in the meantime, lets enjoy this delicious mix fruits pickles, home made from my friend.
its really tease your taste bud, i tell you! ha ha

And the spicy sambal ikan bilis dengan petai i made yesterday. yummmy!
Catch you later!  ;)) Luv.mmuah.


>>>>>>>>>>>>>  >>>>>>>>>>>>>>>>>>>(^_^)" <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Wednesday, March 28, 2012

Walking down the memory lanes..Roma

In other words, sinking into my TimeBox, yet again. ;)
Roma, atau Rome, sebuah Bandar terkenal yang terletak di Italy. Waktu dulu memang pernah berangan untuk menjejaki bumi Italy, terutama bila menonton filem-filem hebat dan romantik yang back ground settingnya berkisarkan bandar-bandar di Italy. Peluang untuk melawati sambil belajar mengenai kisah-kisah sejarah dan architecture peninggalan kaum Roman tidak saya lepaskan. Beberapa bulan sebelumnya saya baru balik dari Bologna sebenarnya, poket sudah kering, memang dari segi kemampuan kewangan saya tidak mampu. Tetapi saya cuba memohon surat kepada Pihak penaja pelajaran saya tentang 'study tour' yang di anjurkan oleh fakulti masa tu, sekiranya mereka approved untuk saya pergi, sekurang-kurangnya untuk mengganti balik tambang flight dari London ke Romepun saya sudah lega. Penantian yang membuat saya tak senang duduk. 
Setelah mendapat surat sokongan dari Universiti, pihak Mara bersetuju, menaja tiket perjalanan pergi dan balik, dengan kos penginapan sekadar 5P semalam. (pound sterling) .  Duit dari Mara akan saya dapat bila saya membuat claimed terperinci balik nanti, Jadi untuk bekalan sara diri, saya membuat pinjaman di bawah 'student loan' dari Lloyds Bank. Claimed dari pihak Mara nanti akan digunakan untuk membayar hutang Bank, dan selebihnya kena lah pandai-pandai saya ikat perut...fuhhh..hidup sebagai pelajar memang sentiasa tidak berwang. Beruntung nya kalau menjadi anak jutawan...satu impian kosong yang sering saya angankan. he he..5 pound semalam? Hotel jenis apa yang boleh saya duduk?..kadang-kadang pihak atasan tidak mempunyai rational dan logik, tapi tak kisah lah..saya ikut jer dulu, pasal duit kita usaha kemudian.


Sewaktu Lawatan 10 hari ke Rome, kebetulan di bulan puasa. Waktu itu di sana penghujung musim bunga. Cuaca masih sejuk, dengan matahari agak terik di siang hari. Meronda sekitar bandar banyak di lakukan dengan berjalan kaki sahaja. Bayangkan, bekalan meggi dan roti yang menjadi alas perut. Sebagai musafir, saya dan rakan Muslim saya cuba berpuasa juga untuk hari pertama di sana, dan ternyata, cuaca sejuk dengan makanan yang kurang membuat kami lemah. Hari2 seterusnya kami tidak berpuasa, bertekad menggantinya semula  selepas hari raya nanti. Begitu banyak gerai pizza tepi jalan yang sungguh menyelerakan, tapi cuma perisa potato & cheese dan  pomodoro and cheese (cheese dan tomato) yang kami makan, yang lain -lain kebanyakan nya mengandungi daging yang sudah pasti tidak halal. Kami mencuba juga makanan vegetarian di kedai, yang begitu tasteless...urghhhh. Makan Roti bersapu butter, dan sambal daging (serunding) yang saya bawa menjadi hidangan yang lazat masa tu. Di tambah pula slice of sweet tomato and cheese, Walllaaa, ...tapi bila setiap hari menjamah makanan yang sama, rasa payah juga nak menelannya...huhuhu..Sepanjang 10 hari, banyak pemandangan yang dinikmati, ramai orang yang di temui, pelbagai kesan sejarah yang di pelajari, beribu pengalamanan yang di lalui, yang sudah semestinya tidak dapat di nilai dengan duit, matawang termahal duniapun tidak dapat membeli pengalaman itu. Go on frens, Go travel to the foreign countries, meet the unknown, see the unseen, feel the magic touch of our beautiful  world ....than keep the memories to be cherished in the old days...


Lawatan ke Rome agak di cemari dengan pendatang terutama kanak-kanak yang menerpa ke arah tourist meminta sedekah. Ada waktu saya di serbu ramai-ramai, dan mereka mengambil kesempatan mencuri barang dengan meraba-raba beg anda juga...
bertemu lagi di siri perjalanan yang lain pula. ;))
waktu mula mula sampai amat teruja, sampai semua tempat rasa nak posed.




Bergambar kenangan kat depan side entrance ke runtuhan sejarah...
Banyak tempat nak jelajah, rasa macam tak cukup 24 jam sehari.
Anda boleh melihat pelbagai tempat di tautan ini. 



Bersama Jamie berhampiran Piazza de Phanteon.







Tempat tempat yang wajib di lawati..;)

The famous Roman pillar Ruins.
The Twin Church, Piazza di Spagna
Hari tu hujan pulak, dan saya belum mahir mengendalikan kamera filem Canon Eos kawan saya, Kamera Yasica Fx3 saya waktu tu dah stuck due to the cold weather. Maybe kalau saya dapat buat negative scan, boleh di revived lagi gambar ni...
Entry to the Rome Museum.

Jalan jalan cari pasal..;)


Street's cafe yang mengoyak kan poket student time tu huhu..

 "Trinità dei Monti" , Spanish steps, selepas hujan. and it is an ideal departure point for the famous and fashionable Via Condotti. Cuma saya tidak ada budget untuk shopping..huhu


Rasanya cukuplah dulu gambar-gambar nya, banyak sangat, dan line pulak semput semacam, see u all on my next 'trip'! 






Tuesday, March 27, 2012

Walking down the memory lanes...Venice



Bagaimana selalunya kenangan lama mula menguasai minda kita kembali? Bersua dengan xbf or xgf? Melalui tempat-tempat yang pernah menjadi kenangan manis suatu ketika dulu? Membelek album lama dalam almari yang mula menjadikan debu-debu masa sebagai hiasan kekal? Apapun pencetus memori itu, saya pasti anda semua mempunyai kenangan manis masing-masing. Ada yang bersifat terlau peribadi untuk di kongsi walaupun dengan sahabat terdekat. Saya? Hmmm...terlalu banyak kenangannya...


Sudah beberapa bulan saya pindah ke rumah ini. Barang-barang penting yang di gunakan untuk aktiviti harian sudah settle di kemaskini. Tinggal beberapa kotak yang tidak penting untuk kegunaan, tapi sangat penting dalam memperingati kesah-kesah silam. Kotak album lama, kotak surat-surat lama, postcards, kad Raya, kad harijadi, hadiah , souvenir, tandamata dari tempat tempat yang pernah dilawati, termasuk juga paper bags dari store yang terkenal yang pernah di kunjungi. Ade juga tiket2 concerts dan clubs yang pernah di lawati, pendek kata, kotak yang tidak jelas kegunaan nya . :) Membelek-belek dan memilih mana yang sudah patut di buang atau di lupuskan kerana keuzuran ataupun sudah menjadi tidak penting lagi untuk di kenang. Masa di rumah lama dulu, barang-barang ini berada dalam kotak kertas cokelat biasa tu, dah lama dan ronyok keadaannya, dan bila di buka, MasyaAllah, sudah di makan anai-anai separuh dari isinya. Nampaknya Saya perlu memindah mana yang patut ke dalam kotak/bekas baru, kotak 'storage box ' plastik terkini pilihan saya, dan dengan itu bermula lah satu persatu perjalanan ke masa lalu melalui gambar dan barang-barang tersebut. Paling sedih bila album koleksi gambar2 saya di Venice hampir separuh sudah menjadi debu, di mamah anai-anai. Sedih, memang sedeh., Saya mula mencari pula kalau-kalau masih tersimpan filem lama, mungkin boleh di digitalised kan di kedai it. Dari satu barang ke satu barang, dari satu kenangan ke satu kenangan, seperti lagu Yuna, tertulis di bintang..tak mungkin hilang.....walau tiada gambar, ingatan masih kukuh dalam memori.

Kotak ajaib saya panggil TimeBox, berfungsi seperti TimeMachine yang boleh membawa travel kemana-mana saja...;), cuma TimeBox saya boleh bawa saya ke tempat-tempat lama yang pernah saya lawati.....heh heh
Piazza diMarco


Nampaknya minggu ini dan minggu-minggu seterusnya akan di habiskan menjelajah ke masa lampau..walking down the memory lane, with a hint of a soft smile maybe...





On the right is my Cute friend Kevin..;)

Lain lain gambar kena di salvage dari kesan-kesan lekitan plastik album dan gigitan anai-anai..huhuhu...
Terasa ingin sekali ku ulangi detik detik keriangan itu...mungkinkah?.

Sunday, March 25, 2012

Bila Levi's fav ku koyak..

Prapppp! bunyi yang membuatkan aku terkejut semasa mahu mencangkung mengintai seekor Praying Mantis hijau yang agak besar. Mantis pertama aku nampak sejak berpindah ke sini.. Bunyi itu terus mengalih perhatian aku dari si mantis, hilang terus semangat nak shot bugs/bermakro hari tu. Seperti jangkaan, Levis kegemaran ku Koyak! adushhhh...besar pulaktu, terus berlubang melintang kat atas bahagian lutut belah kiri. 


Apa sangat nak heran dengan jeans yang koyak kan? Walhal masa remaja dulu memang sengaja aku rendam jeans dalam clorox untuk dapat kesan faded dan manually tetas bahagian atas atau bawah lutut untuk mendapatkan kesan koyakan yang 'berseni'. ha ha..koyak pun kena ada gaya dan seni nya. Zaman rugged lah katakan waktu tu..kalau pakai Jeans baru dari kedai rasa macam minah 'bagus bagus' gitu. Teringat masa mula-mula berkerja dulu Boss minta datang on weekend. Ada kena belajar trick CAD software dari kawan nya yang handle projek juta-juta..katanya short cut yang kawannya guna senang dari apa yang di ajar di kelas pengeluar software sendiri. tak kesah lah, Boss suruh mesti kita datang...working saturday, aku pun dengan selamber mengenakan Jeans koyak dan Tshirt tiga helai $10 yang aku beli di kedai souvenir murahan kat Paris. Biarlah murahan, janji Paris! Kah kah kah. Bila sampai ofis boss belum datang dan ofis berkunci. Aku lepak dulu kat bawah sambil tengok tengok kedai dan bar yang kebanyakan nya tutup hari sabtu. Kemudian berhenti sebuah bmw hitam, park bertentangan dengan tempat aku berdiri. Driver nya turun, juga berseluar jeans lusuh dan Tshirt longgar. terus saja dia berjalan ke arah aku dan menegur, ' u kerja dengan en.xxxx ke?' tanya nya padaku. Aku angguk, yup, dia tak sampai lagi. A few moments  Boss sampai, parked kereta dan terus menghampiri kami. 'Eh, you two dah berkenalan?' Tanya nya. 'Jum naik atas' ..kami semua naik lift dan terus ke ofis. 'Camana u two kenal ?' Tanya boss kemudian. "Aku tengok Jeans koyak dia dari jauh aku tau dah mesti staf kau punya" Jawab kawan boss...GULP! Tak sangka pulak jeans koyak aku boleh jadi trade mark yang mengaitkan aku dgn boss...mesti boss aku rugged dulu ni he he.
Banyak kali juga seingat aku jeans koyak kegemaran ku menjadi issu sewaktu di Uni dulu, warden dan pensyarah ramai yang tak gemar studen mengenakan jeans lusuh dan koyak-koyak, mencemarkan  image Uni kata mereka..hmmm...tapi yang bermini skirt boleh pulak bebas kesana kemari. tak kesah lah, waktu remaja dan proses menjadi dewasa kita lalui dengan pelbagai kenangan, mungkin waktu melaluinya kita rasa pahit, tapi bila telah menjadi kenangan, ia nya adalah sesuatu yang manis untuk di ingati. 


Berbalik pada Levi's ku. kalau tak silap belum 5 tahun usia this pair. Aku suka kerana cutting nya membuat aku rasa kurus heh heh..mungkin pada pandangan orang lain terserlah kegempalan ku huwaaa huwaa huwaaa...kerana aku gemar this pair, aku sering pakai, ke tempat kerja, ke shopping complex, beriadah bersama keluarga, travel, dan duduk di rumah juga..pendek kata ia menjadi fav Jeans, berbanding dengan Jeans lain yang lebih banyak tergantung dalam almari dari di gunakan. Mungkin kerana kerap di pakai dan di cuci ia menjadi mudah reput. Boleh di katakan setiap minggu aku cuci seluar ni. Rupa-rupanya selama ni aku tak ikut cara yang betul untuk cuci Levi's..hu hu..cara betul nya begini.  Patutlah kaum adam jarang jarang basuh Jeans mereka, mencuci terlalu kerap juga boleh mempercepatkan 'kerosakan' pada jeans seperti yang di jelaskan oleh page ni,

The Jeans Care Secret: Rarely Wash Them (sila klik untuk pembacaan lanjut) 

Selepas bermuram dengan trajedi jeans koyak nim, aku mengintai ke shopping complex, mana tau jumpa jeans baru yang berkenan di hati. Lepas satu kedai satu kedai aku usha...citttt! Rata-rata kedai pakaian sekarang menjual dan mempamirkan Jeans yang ala K-pop! Dalam usia aku sekarang kalau pakai potongan ala-Kpop ni mesti orang kata buang tabiat la pulak Ha ha ha ha...Sungguh, kedai kedai yang aku masuk ni, (aku baru Usha kat KL Festival City jer ni, dekat dengan rumah) hampir kesemuanya menjual jeans yang cutting nya sesuai untuk remaja hingga pertengahan 20han saja. untuk orang berpeha kurus, pinggang ramping, flat tummy...adushhhh...nak salah kan kedai ke nak salah kan badan yang dah terlebih bela ekk? LOL. Anyway...Levi's kesayangan ku akan menjadi pakaian duduk rumah dan keluar photo outing sorang-sorang kat semak jelah lepas ni...malu nak pakai jeans koyak pergi tempat-tempat terbuka dah...;)) Errrr...boleh hantar repair tampal lagi rasanya....... "Yang, kirim repair Jeans boleh?". Ya..sudah tentu Hubby akan kata boleh, TIDAK!  kena tukar strategi, 'Yang, belikan i Levi's baru boleh?' ..begitu baru Vogue! ha ha. Buat masa ni nampak nya kena lah menyelesakan diri dengan 501 yang dah macam balut nangka nim....;(
wassalam. thanks for viewing geng!
image dari 
Life Cycle of Levi's Jeans. Source: http://store.levi.com/waterless/  dan http://static.theurbn.com

Gua Lupa pasal Mantis, gua balik shot Jeans Gua lak Ha ha ha ha..

Friday, March 23, 2012

Hair raising experience.



Pernah mengalami nya? Perkataan melayunya pengalaman yang menegakkan rambut? Atau buluroma? LOL!!
Sebut saja tegak bulu roma atau bulu tengkuk mesti terus membayangkan cerita Hantu kan..serammmm...hu hu, walaupun slot seram hari Khamis malam Jumaat di TV3 cuma kelakar seram, suam suam kuku jer takutnya..he heh. Anak saya umur 4 tahun pun selamber jer ketawakan hantunya..adusss.

Tidak, saya bukan ingin berkongsi pengalaman menaiki roller coaster atau keretapi berhantu di sini. Saya Cuma tertarik dengan koleksi baru yang bertambah kat rumah ni…koleksi kat rumah ni tak ada yang beharga pun, tak ada barang antik, tak ada bohemian crystal, tak ada blue spode atau  Portmeirion  pun he he yang banyak saya collect cuma key chains, dan surat2 lama serta poscards dari tempat yang saya lawati.…semuanya bersifat peribadi, semuanya junk, kalau dah buruk boleh buang saja, tak ada second hand value pun. Oh ya, saya suka juga simpan botol wine..entah kenapa, yang saya jumpa di jalan dan cantik saya ambil, cuci dan simpan, Cantik2 dan unik bentuk botol2 ni. Botol perfume pun ada yang di simpan, ada yang tutup mata dan buang..dah banyak sangat. 

Hello!

Dan barang terbaru ni agak interesting juga. Grass Head nama kat kotaknya. Saya belek-belek…sesuai jugak untuk jadikan belaan atau bahan ujikaji anak-anak ni.
Pernah tengok? Saya pertama kali nak mencuba ni. Lepas baca-baca instruction, buka kotak..taddaaaa…keluar satu bebola seperti kepala bersabut, dengan hiasan mata, hidung dan mulut. Tak comel langsung, fikir saya. Tapi boleh laaaa…kena rendam dulu, sampai basah dan hampir tenggelam. Lepas tu letak dalam bekas yang di sediakan dan simpan atas rak. Siap…tunggu 2 hari hingga seminggu, terdapat cambahan rumput seperti rumput carpet di kepalanya…ehhh cute jugak ha ha ha…bila dah panjang ‘rambut’ hijau nya, boleh lah di trimmed ikut fesyen kegemaran anda. Grass Head kita, suka kita la kan nak buat fesyen macam mana…
Nak maintain senang saja, renjis2 kan air ke ‘kepala’ tu setiap hari…Berapa lama akan bertahan? Entah…yang kat rumah ni baru seminggu ni….harap-harap dapat bertahan lama, ataupun maybe short live sebab jatuh di langgar sang kucings…;))
Yang penting anak saya suka pulak Grass Head tu. Excited bila menunggu dia tumbuh..dan seronok menggunting dan membentuk rambutnya. Ha ha ha ha..macam-macam orang creative buat barang untuk di jual….dan macam macam cara orang nak tarik duit dari poket kita…dharrrhhhhh….

Kelakar pun ade rupa dia nih!
Senang di bela...
Tunggu kalau kalau boleh shot group photo Grass Head nanti he he.
Selamat Berhujung Minggu semua!